Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Jin Lebih Ramai Berbanding Manusia?

Sesungguhnya Allah menjadikan para malaikat, jin dan manusia itu sepuluh bahagian. Kadar keramaian malaikat adalah Sembilan bahagian (9/10), sedangkan jin dan manusia itu hanya satu bahagian (1/10) sahaja.

Kemudian daripada satu bahagian yang terakhir dipecahkan pula kepada 10 bahagian kecil, sembilan bahagian kecil daripadanya  adalah bilangan jin, manakala hanya satu bahagian kecil sahaja manusia.
Kenyataan ini walaupun dikatakan diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, namun penulis tidak menemui hadis tersebut beserta barisan perawinya, wallahu ‘alam. Daripada kenyataan tersebut, dapatlah dirumuskan nisbah perbandingan keramaian makhluk-makhluk ini sebagaimana berikut:




Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana telah mencipta makhluk-makhluk ini dalam dua atau tiga keadaan. Pertama, makhluk yang dapat kita lihat iaitu anak-anak Adam (manusia) yang dijadikan Allah daripada bahan tertentu (tanah) yang kemudian ditiupkan roh. Kedua, makhluk halus yang tidak dapat kita lihat. Makluk ini terbahagi kepada dua iaitu:
1. Sebahagiannya dijadikan daripada cahaya (nur) iaitu malaikat.
2. Sebahagian lagi dijadikan daripada api yang ditiupkan roh dan ia merupakan suatu kejadian yang lengkap iaitu jin.


Penciptaan Jin

Sebagaimana Allah menjadikan manusia daripada tanah yang sebaik sahaja ditiupkan roh lalu tubuhnya yang terdiri daripada daging, darah dan tulang belulang, berdaya dan bergerak, maka begitulah juga Allah jadikan jin daripada api yang apabila diberikan roh oleh Allah, lalu berdayalah ia kepada suatu keadaan hidup yang mempunyai perimbangan tertentu. Jin mempunyai tubuh halus yang tidak didindingi oleh bahan-bahan, sekalipun unsur-unsur kejadiannya terdiri daripada udara (angin), air dan bahan-bahan yang imbang-mengimbangi.
Oleh sebab itu, selain manusia, terdapat di muka bumi penduduk-penduduk yang terdiri daripada kalangan jin juga. Mereka bukan sahaja menghuni daratan di bumi, malah turut mendiami di air, udara, awan, kawasan-kawasan lapang tanpa dilihat oleh manusia, melainkan kepada orang yang dibukakan oleh Allah penglihatannya, dapatlah mereka melihat dan berhubung dengan mereka. Keadaan-keadaan ini tidak mustahil kepada Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Muddaththir ayat 31 yang bermaksud: “Dan tiadalah yang mengetahui tentera-tentera Tuhanmu selain Dia (sendiri).”




Boleh Menjelma Dalam Pelbagai Rupa.

Menurut bahan kejadiannya, jin itu boleh berupa dengan mana-mana rupa yang ia mahu, dan ia boleh memasuki atau keluar dari mana-mana badan yang ia mahu tanpa sebarang halangan. Kenyataan ini terdapat dalam Sahih al-Bukhari (jil. 1,hlm. 450) yang bermaksud:

“Sesungguhnya seseorang jin ifrit telah datang menggangguku (melintasi di hadapanku) semalam untuk memutuskan sembahyangku, lalu aku diteguhkan oleh Allah. Hampir-hampir aku hendak menambat dia pada sebatang tiang masjid sehingga kamu (para sahabat) berpagi-pagi, dapat melihatnya. (Di kala itu) aku menyebut perkataan saudaraku Nabi Sulaiman a.s.:

“Wahai Tuhanku! Ampunilah aku dan kurniakanlah kepada aku kerajaan yang tidak akan diperoleh oleh seseorang pun sesudahku.” (Surah Sad 38:35), sehingga jin pun menghilang.
Kemudian Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu memasuki tubuh manusia mengikut aliran darah, sekalipun ia tidaklah terus memasukkan perasaan kepada seseorang. Sememangnya kehidupan makhluk jin ini memang ada. Tiada siapa yang boleh mengingkarinya melainkan orang yang tidak berakal.” Wallahu ‘alam. 




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013