Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Trivia Islam

Assalamualaikum

Menurut Kamus Dewan, trivia bermaksud: "Pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz."

Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambahkan ilmu, di samping menajamkan minda kita.

Mari bersama2 CHn menguji pengetahuan am kita dengan menjawab soalan2 trivia berikut:




1. Bilakah disyariatkan solat sunat Hari Raya

2. Jika malam yang paling mulia ialah malam lailatulqadar, apakah siang yang paling mulia?

3. Apakah bukti yang menunjukkan terdapat solat lima waktu sehari semalam dalam Al-Quran?

4. Siapakah sahabat yang dikenali sebagai "Ghasil al Malaikah" iaitu yang bermaksud "dimandikan oleh para malaikat"?

5. Siapakah sahabat wanita yang syahid di laut?

6. Apakah surah-surah yang disebut dengan nama sifat-sifat Al-Quran?

7. Berapakah jumlah lapisan langit?

8. Apakah yang dimaksudkan dengan "Muttafaq 'alaih"?

9. Apakah tiga perkara yang dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Abu Hurairah supaya diamalkan dan tidak meninggalkannya?

10. Siapakah sahabat yang mencadangkan menggunakan taktik menggali parit semasa perang Khandak?



JAWAPAN

1. Tahun Pertama Hijrah

2. Hari wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah.

3. Nafi' bin al-Azraq pernah bertanya kepada Ibn Abbas, "Adakah terdapat bukti tentang solat lima waktu dalam Al-Quran?" Jawab Ibn Abbas: "Ada!"
Lalu beliau membacakan ayat 17 dan 18 surah al-Rum, maksud firman Allah Taala: "Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. Dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan pada waktu kamu berada pada waktu zuhur" seraya mengatakan, "Ini ialah solat lima waktu dan waktunya sekali. Tumsun merujuk kepada waktu maghrib dan isyak, tusbihun pula merujuk kepada waktu solat subuh, 'ashiyyan merujuk kepada waktu asar manakala hina tuzhirun merujuk kepada waktu zuhur."

4. Hanzalah bin Abi 'Amir yang dimandikan oleh malaikat selepas syahid dalam perang Uhud. 

5. Ummu Haram bin Milhan.

6. Surah Al-Furqan dan surah Fussilat.

7. Tujuh lapis sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis..." (Surah al-Mulk 67:3)

8. Maksudnya ialah "disepakati atasnya" iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari sumber sahabat yang sama, dikenali sebagai hadis al-Bukhari dan Muslim. 

9. Abu Hurairah berkata: Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepadaku tiga perkara supaya aku tidak meninggalkannya iaitu supaya aku tidak tidur melainkan selepas mengerjakan solat sunat witir, supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Duha dan berpuasa tiga hari daripada setiap bulan. " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

10. Salman al-Farisi



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013