Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Trivia UPSI


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan universiti ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era iaitu:
Era SITC (29 November 1922 – 1957)
Era MPSI (1957 – 1987)

Era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997).
Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997. 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Thomas Alva Edison Sewaktu Alam Persekolahan


Thomas Alva Edison adalah pencipta teknologi yang terhebat di dunia ini. Sepanjang hidupnya, dia mencipta hampir 1100 jenis ciptaan yang kebanyakannya digunakan oleh orang ramai sewaktu hayatnya. Tetapi, pada alam persekolahan, dia agak ketinggalan. Ada satu ketika, guru Edison menghantarnya pulang ke rumah dan memberitahu kepada ibu Edison supaya mengajarnya kemahiran yang lain selain akademik. 


Ini kerana Edison dikatakan lemah daripada segi kebolehannya berfikir. Ibu Edison marah apabila mendengar perkara ini. Beliau memarahi cikgu itu kerana beliau percaya bahawa Edison adalah seorang kanak-kanak yang bijak. Beliau meneruskan pembelajaran Edison dan apabila Edison dewasa, dia berjaya membuktikan apa yang dikatakan oleh ibunya adalah betul. Dia adalah seorang yang bijak. 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013