Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

The Writer



Assalamualaikum


Segala pujian saya panjatkan kepada Allah di atas anugerahnya ini. Berbekalkan hidayah, kudrat dan nikmat serta pertolonganNya, blog Page of Qalam Nurani ini akhirnya dapat dipersembahkan kepada para pembaca. Seiring dengan itu, didoakan, Ya Allah, blog ini saya niatkan sebagai ibadah kepada Mu. Untuk itu, saya memohon redha dan cintaMu. Jadikanlah blog Qalam Nurani ini bermanfaat bagi orang-orang yang memperolehi petunjukMu. 


Perkongsian saya dalam blog ini hanya sekadar ilmu yang telah saya dapat sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Kehidupan, Inspirasi, Motivasi dan aspek yang saya utamakan iaitu Kaunseling merupakan titik utama saya menghasilkan blog ini. 


Dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terlalu banyak bidang dan cabang ilmu kaunseling di sekeliling kita tanpa kita sedari. Perjalanan hidup sebagai hamba Allah juga memerlukan sedikit sebanyak ilmu kaunseling sebagai panduan untuk kita dalam menjalani kehidupan. 


Menulis itu biarlah dapat meninggalkan manfaat dan faedah kepada yang membacanya - Cik Hafizah Nurani



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013