Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Semua Ada Dalam Al-Quran



“Semua ilmu ada dalam al-Quran,” kata seorang ulama.
“Maksud tuan ilmu dunia juga?” balas seorang pemuda.
“Ya, ilmu dunia dan akhirat.”
“Saya tidak percaya, masakan begitu? Bagi saya mustahil kitab al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu.”
“Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada?”
Wah, tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangatlah luas.”
“Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam al-Quran.”
Saya tetap tidak bersetuju,” tegas si pemuda.
Ulama hanya tersenyum.
Tidak puas hati, keesokan harinya pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.
“Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-Quran?”
“Ya,” jawab ulama itu pasti.
“Kalau begitu berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?”
Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk kepada pandangannya.
“Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya...” tambah pemuda itu.
Beberapa ketika kemudian, ulama itu berkata, “Ya saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya, mari ikut saya.”
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat. “Kita nak ke mana?”
“Ikut sahajalah.”
Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit.
Ulama itu bertanya,”Tuan, boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram buah kelapa sawit?”
Penyelia itu spontan memberi jawapannya. Sejurus kemudian, ulama berkata kepada si pemuda, “Itulah jawapannya.”
“Eh, saya mahukan jawapan daripada al-Quran, bukan penyelia ini!” bantah pemuda itu agak marah.
“Itulah jawapan al-Quran,” jawab ulama itu dengan tenang.
“Apa maksud tuan?”




“Inilah jawapan al-Quran. Dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud, ‘Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.’ Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh al-Quran. Dan inilah jawapan al-Quran kepada soalan kamu itu.”



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

ABC Aku Berjaya Dalam Peperiksaan::::


ABC!!!
Tahukah anda, kenapa pada awal persekolahan benda yang pertama sekali kita pelajari ialah mengenal ABC…….sebab di sebalik huruf-huruf ini tersembunyi maksudnya yang tersendiri. Betul ke ni? Kenapa? Tak Percaya? Cuba anda lihat di bawah…

A         -           A (Terbaik)
B         -           Bersungguh dalam kebaikan
C         -           Cintaku murni
D         -           Dedahkan kehebatanku
E          -           Elak pada hal yang tak berfaedah
F          -           Fuh! Semua orang menyukaiku
G         -           Geliga otakku
H         -           Hatiku bulat dengan keputusan yang ku buat
I           -           Indahnya hidup bersama Islam
J           -           Jika aku silap, Insyaallah aku betulkan
K         -           Kerana aku dijadikan tidak sia-sia
L          -           Lemparkan jauh-jauh semua yang tidak baik
M         -           Membina imiginasi cemerlang
N         -           Neraca timbang taraku
O         -           Otak genius
P          -           Pintar
Q         -           Quran peganganku
R         -           Rahsia kehebatanku untuk dikongsi
S          -           Sentiasa memotivasikan diri
T          -           Tak mungkin ku gagal
U         -           Untuk yang satu
V         -           Volvo kereta idamanku
W        -           Wahai diriku yang tiada duanya
X         -           X-zem ku pasti meletup
Y         -           Ya! Tidak aku, siapa lagi?
Z          -           Zaman sekolahku belum tamat lagi

So, macam mana? Think it
Lastly, the spirit of studies is out there! Where?
In your mind...



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013