Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Saya Dah Memilikinya ~ Olay White Radiance

Tiba2 hari ni rasa nk kongsi sesuatu yang tak pernah CHn kongsikan..
Akhirnya CHn dapat jgak memilikinya..
Produk Olay White Radiance terbaru..hasilnya memang mengkagumkan. Dulu masa CHn masih study memang selalu je terdedah dengan chya matahari. Sejak guna produk ni, CHn dapat seimbang warna kulit. Tak de la ketara sangat kehitaman kulit. Jeragat pun mulai berkurangan.
Mula2 CHn Cuma ada protective cream SPF 24/PA++, lepas tu beli la facial cleanser, yg ni murah je..harga dalam belas2 je. Krim tu agak mhal bagi CHn, namun lantak la, CHn nakkan kepuasan. Mak tahu, membebel dia satu rumah sbb akak yg bgtau krim CHn je dah masuk RM50..
Lepas memiliki dua benda tu, CHn beli pulak intensive brightening serum. Yang ni harga dia dalam puluh2 jugak. Tak ingat dah. Kemudian, ada duit lebih cikit, CHn beli kat mydin jalan TAR kot, p KL hari tu dgn kwn2, CHn beli ultra UV blocker SPF50…mak aiii..harga dlm 50..hehehe..
Dan hari tu, CHn akhirnya mampu memiliki dua benda alah ni…….Cellucent white essence water dan Cellucent white cream. N then, CHn beli gak krim malam..
Sbb sekarang ni musim panas kat kelantan, CHn kurang memakainya, tapi kulit tak terjejas sbb CHn hnya terperap dalam rumah je..tak ke mana2. Jadi natural je..
dah abis beratus sbb produk ni..percayalah, ianya berkesan!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Review The Adventure of Merlin S1E9

The Great Sword begotten in the dragon’s breath...




Excalibur merupakan episod kesembilan di dalam siri pertama Merlin, dan pertama kali disiarkan pada 15 November 2008. Episod ini menandakan penciptaan pedang Excalibur.

Sinopsis
Semasa istiadat pertabalan Arthur sebagai Putera Mahkota, seorang pahlawan misteri serba hitam tiba di Camelot, mencabar pahlawan2 Camelot dengan pertarungan satu lawan satu sehingga mati. Lebih ramai pahlawan Camelot yang terkorban, dan ia jelas menunjukkan bahawa masa lalu Uther telah kembali menghantui beliau. Merlin perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan dendam orang yang telah mati itu sebelum ianya membunuh Arthur dan Uther.

Plot
Di dalam ruang bawah tanah makam Camelot, Nimueh melakukan ilmu hitam pada keranda makam tertutup, menyebut beberapa perkataan jampi sihir yang diakhiri perkataan “Uther Pendragon”. Kemudian, makam itu terbuka dan pecah dan keluarnya tangan yang bersarung dengan besi. Nimueh tersenyum gembira dengan hasil kerjanya manakala penghuni keranda itu mengaum dalam kemarahan.
Kembali di istana Camelot, Arthur telah ditabalkan oleh Uther sebagai Putera Mahkota Camelot, dan dengan tiba2 muncul seorang kesatria berpakaian perisai hitam memecah masuk ke dalam dewan majlis melalui tingkap. Kesatria itu mengeluarkan sarung tangannya dan mencampakkan ke atas lantai sebagai cabaran, dan ia diambil oleh Sir Owain. Kesatria itu menyatakan peraturannya : pertarungan satu lawan satu pada tengahari esok sampai mati. Kesatria itu pun berlalu pergi menunggang kudanya.

Gaius memberitahu Merlin dia tidak tahu mengenai kesatria tersebut, tetapi dia dan Geoffrey of Monmouth mengenali perisai dan menyedari ia milik kesatria yang bernama Tristan De Bois. Gaius dengan segera memberitahu Uther mengenainya yang mana Uther telah mengetahuinya; Tristan De Bois telah dibunuh 20 tahun yang lalu oleh Uther sendiri, walaupun Uther tidak tahu bagaimana dia boleh kembali, dan menyatakan “orang yang telah mati tidak kembali”.
Keesokannya harinya, Arthur cuba mengajar Sir Owain bagaimana untuk melawan dengan kesatria itu. Guinevere muncul dan memberikan token kepada Sir Owain dan ianya hadiah daripada Morgana. Pertarungan bermula, Sir Owain berjaya menikam kesatria itu namun kesatria itu tidak luka ataupun cedera. Kesatria itu kemudiannya berjaya membunuh Sir Owain dan dia sekali lagi mencabar pahlawan2 yang lain. Oleh kerana kesatria itu mencabar sekali lagi, Arthur ingin menerima cabaran, namun Arthur dihalang oleh bapanya, Uther. Dan ini menyebabkan ia memberi peluang kepada pahlawan Camelot yang lain menerima cabaran itu. Merlin memberitahu Gaius yang dia jelas nampak Owain berjaya menikam kesatria itu, dan sepatutnya kesatria itu pasti mati. Gaius yakin dan menyatakan mungkin kesatria itu sudahpun mati. Arthur memarahi bapanya kerana menghalangnya dari mengambil sarung tangan kesatria tersebut. Uther menegaskan ia memberi peluang kepada pahlawan2 Camelot membuktikan diri mereka dan dia yakin Sir Pallinor sesuai bertarung dengan kesatria misteri itu.
Utk menjawab persoalan, Merlin dan Gaius menuju ke ruang bawah tanah yang menempatkan makam dan mendapati seseorang telah mengeluarkan mayat di dalam makam terbabit. Kembali ke rumah Gaius, ia mendedahkan bahawa Tristan adalah adik beradik Ygraine, isteri Uther dan merupakan ibu kepada Arthur. Tristan menyalahkan Uther di atas kematian kakaknya semasa melahirkan anak, datang ke gerbang Camelot dan berhadapan dengan Uther. Uther berjaya membunuh Tristan di dalam pertarungan satu lawan satu, namun semasa nafas terakhir Tristan, dia menyumpah Camelot akan terseksa suatu hari nanti saat dia kembali semula. Gaius fikir ianya kata2 merapu oleh seorang lelaki yang hampir mati, tetapi kini Gaius takut ancaman Tristan akan menjadi kenyataan. Gaius mengesyaki penglibatan sihir; sihir telah digunakan utk memanfaatkan kesedihan dan kemarahan roh, lalu membentuk hantu. Apabila Merlin menanyakan bagaimana hendak menghentikannya, Gaius menjawab ianya tidak boleh; kerana hantu tidak hidup, ia tidak boleh dibunuh oleh apa2 senjata manusia, dan akan terus membunuh sehinggalah ia mencapai matlamat utama iaitu DENDAM.
Cabaran hari berikutnya adalah seperti yang pertama, Sir Pellinore bertarung dengan kesatria hitam dan beliau berjaya menikam kesatria itu (disedari oleh Morgana dan Guinevere). Kesatria hitam tidak menunjukkan apa2 tanda cedera atau luka dan berjaya menghabiskan Sir Pellinore. Masa ini lah juga Arthur melemparkan sarung tangannya, mencabar kesatria hitam itu dengan mengejutkan Uther. Kesatria hitam itu menerima cabaran Arthur dan berlalu pergi. Uther ingin membantalkan cabaran tersebut, namun Arthur enggan kerana ia bertentangan dengan peraturan serta ingin membuktikan dia layak utk menaiki takhta. Uther menyatakan Arthur akan mati jika bertarung. Arthur menjawab balik kenyataan Uther dengan menyatakan Uther tidak percaya pada kemampuan dirinya.
Merlin mencadangkan idea menggunakan sihir dalam usaha utk memusnahkan kesatria itu. Gaius pergi berjumpa Uther dan memberitahu yang makam Tristan kosong dan Tristan telah dibangkitkan semula dari kematian. Gaius mengingatkan Uther supaya tidak membenarkan Arthur bertarung. Gaius menjelaskan bahawa tidak ada senjata manusia yang mampu membunuh si mati dan Arthur akan terkorban. Uther tahu anaknya tidak akan mendengar cakapnya, menyebabkan Gaius mencadangkan supaya Uther menceritakan kepada Arthur siapa sebenarnya kesatria itu. Uther mendedahkan bahawa Gauis pernah bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa tentang rahsia ini dan memerintahkan Gaius meninggalkannya seorang diri.
Sementara itu, Merlin menuju ke tempat di mana kesatria itu berdiri. Dia cuba menyerang kesatria itu dengan sihirnya, dengan menghasilkan lingkungan api sama seperti Edwin; Episod 6: The Poisoned Chalice. Sihir yang dibuat tidak meninggalkan apa2 kesan terhadap kesatria tersebut. Merlin berjumpa dengan Arthur dan memberitahu supaya Arthur menarik diri, namun Arthur enggan.
Pada waktu tengah malam, Uther tiba2 dikejutkan dengan kehadiran Nimueh di dalam dewan majlis. Nimueh menyatakan hantu itu adalah dendamnya terhadap Uther kerana menghalaunya daripada istana dan membunuh begitu ramai rakan seangkatannya yang menggunakan sihir.
Uther               : Aku sepatutnya sudah tahu..
Nimueh           : Ini lebih daripada apa yang aku harapkan....Nanti, Arthur akan terbunuh. Kau yang akan menghantar kepada kematiannya.
Uther               : Kau tak penat ke membalas dendam?
Nimueh           : Kalau kau pula? Kau yang mulakan perang ini semasa kau membuang aku dari istana dan membunuh orang sesama jenisku.
Uther               : Kau sendiri yang menjadi penyebabnya. Kau mengamalkan kejahatan.
Nimueh           : Aku sahabat kau, Uther! Kau menerima ku di sini.
Uther               : Kau yang mengkhianati persahabatan ini.
Nimueh           : Aku buat apa yg kau minta! Aku gunakan sihir yang sangat kau benci supaya isteri kau yang mandul boleh berikan anak yang kau idam-idamkan.
Uther               : Jangan cakap begitu tentang isteriku! Dia adalah jantung hatiku, jiwaku. Dan kau mengambil dia dari aku.
Nimueh           : Dia mati di saat2 melahirkan anak kau. Itu bukan pilihan aku. Itu adalah hukum sihir. Utk mencipta nyawa, perlukan kematian. Keseimbangan dunia perlu dibayar semula.
Uther               : Kau tahu ia akan membunuh dia!!
Nimueh           : Tak, kau salah. Jika aku boleh nampak kematiannya, dan hukuman ngeri yang kau lakukan, aku takkan mengabulkan permintaan kau.
Uther               : Aku harap begitu..
Nimueh           : Kau tak berharap kau punya seorang anak? Baiklah, impian kau akan menjadi kenyataan esok.
Uther               : Aku takkan biarkan kau mengambil dia.
Nimueh           : Aku telah lihat ramai orang yang aku sayang mati di tangan kau, Uther Pendragon.... Sekarang giliran kau.
Sekelip mata, Nimueh hilang..............
Dengan bantuan Geoffrey of Monmouth, Merlin mencari maklumat mengenai senjata yang boleh membunuh orang yang sudah mati.
Merlin              : Sy perlu cari senjata yang boleh membunuh sesuatu yang telah mati.
Geoffrey         : Sy pernah baca perkara seperti itu dalam sejarah kuno.
Merlin              : Betul ke? Apa yang ditulis di dalamnya?
Geoffrey         : Beberapa dongeng mengatakan tentang pedang kuno.....
Merlin              : Yang boleh membunuh orang yang sudah mati?
Geoffrey         : Pedang dalam dongeng itu boleh memusnahkan apapun, yang hidup atau pun yang telah mati.
Merlin              : Bolehkah kamu tunjukkan salah satu dongeng itu?
Geoffrey         : Baik..aku fikir dulu...Ya
Merlin              : Kita harus cepat..
Geoffrey         : Ya, orang muda seperti kamu selalu terburu-buru......Ini dia, Dongeng dari Beltain..Ah ini dia...Sir Marhaus menatap pedang hebat, yang dilahirkan oleh nafas sang naga dan menggunakannya utk kebaikan.
Merlin              : Apa yang kamu cakap?
Geoffrey         : Sir Marhaus....
Merlin              : Tak, tak, tak..bukan pasal dia...yang pasal naga...
Geoffrey         : Pedang yang hebat dilahirkan oleh nafas sang naga dan digunakan utk kebaikan....
Merlin terus meninggalkan Geoffrey....
Selepas mencari rujukan mengenai senjata itu, Merlin meminta sebilah pedang dari Guinevere. Guinevere memberikan sebilah pedang yang terbaik yang pernah bapanya cipta, dan kemudian Merlin pergi berjumpa dengan The Great Dragon.
Merlin              : Awak tahu kenapa sy ke mari?
Naga                : Ini mungkin mengejutkan awak Merlin, tapi pengetahuanku tentang hidupmu tidaklah secara umum.
Merlin              : Ia perlu dilakukan utk Arthur. Nyawanya dalam bahaya. Dia akan mati..kecuali..sy boleh buat satu senjata yg boleh membunuh orang yang telah mati.
Naga                : Jadi, awak datang utk suruh aku buat apa?
Merlin              : Bolehkah awak menyemburnya, utk selamatkan Arthur?
Naga                : Orang yang telah mati tak boleh hidup lagi tanpa alasan..Dia datang utk siapa?
Merlin              : Uther.
Naga                : Maka, biarkan dia membalas dendamnya dan hantu itu akan mati tanpa bantuanku.
Merlin              : Tapi, Arthur yang akan melawannya. Awak harus selamatkan dia.
Naga                : Itu takdirmu ahli sihir muda, bukan takdirku.
Merlin              : Tapi kalau Arthur lawan hantu itu dan tewas, Camelot tak ada pewaris. Sy takkan ada takdir lagi.
Naga                : Senjata yang dibuat dengan bantuanku akan mempunyai kekuatan yang besar.
Merlin              : Saya tahu.
Naga                : Kamu tak tahu, kamu hanya boleh teka.Kamu belum lihat apa yang pernah ku lihat. Jika kamu sudah melihatnya, mungkin kamu takkan menyuruhku melakukan ini.
Merlin              : Apa maksud awak?
Naga                : Di tangan yg salah, pedang ini boleh melakukan kejahatan yang dahsyat. Pedang ini harus digunakan oleh Arthur dan hanya dia sahaja.
Merlin              : Aku faham.
Naga                : Kamu perlu lebih dari sekadar faham, kamu mesti berjanji.
Merlin              : Saya janji.

Dan terciptalah pedang yang ditempa oleh nafas naga, Excalibur......
Naga                : Pegang kata-kataku. Pedang ini ditempa hanya utk Arthur, dan hanya dia seorang.
Atas permintaan Uther, Gaius memberikan ubat tidur kepada Arthur dan Uther sendiri akan mengambil tempat Arthur utk berhadapan dengan kesatria hitam itu. Uther berjumpa Merlin di dalam tempat penyimpanan senjata Camelot dan mengambil pedang itu utk dirinya (sesuatu yang luar biasa pada kemahiran penukangan dan keseimbangan yang sempurna), menggunakannya utk bertarung dengan hantu (Tristan). Dia bertemu dengan Tristan di arena perlawanan dan memberitahu Tristan yang dia akan dapat apa yang inginkan; bapanya, bukan anak. Selepas beberapa lama bertarung, perlawanan sampai ke kemuncaknya apabila Uther memukul topi penutup muka Tristan, ia mendedahkan wajah buruk Tristan yang reput berupa hantu. Dan apabila suatu saat pedang Tristan terlekat pada perisai Uther, dia cuba utk mencabut pedangnya, namun ia memberi peluang kepada Uther meluru ke arah Tristan lalu menikamnya. Tristan menjerit, lalu terbakar dan hancur. Nimueh terkejut dan marah, menyaksikan perlawanan itu dalam khalayak ramai.
Arthur berhadapan dengan Uther selepas perlawanan itu, tetapi Uther mempertahankan dirinya dan mengatakan dia tidak akan membenarkan benda yang paling berharga dalam hidupnya mati. Arthur terkejut mendengar pengakuan ayahnya, dan percaya dia amat kecewa dengan ayahnya.

Pada malam itu, The Great Dragon ingin tahu dan memanggil Merlin. Merlin berjumpa dengannya. Merlin memberitahu perkara sebenar yang Uther telah menggunakan pedang itu. The Great Dragon menegaskan bahawa pedang itu digunakan oleh Uther, pedang itu hanya akan membawa kepada kejahatan. Sebagaimana ia telah diciptakan dan tidak boleh dimusnahkan, naga itu mengarahkan Merlin supaya menyembunyikannya dan tidak akan ada sesiapa dapat menemuinya dan menggunakan kuasa yang ada pada pedang itu. Merlin membawa pedang itu keluar dari Camelot dan membuangnya ke dalam tasik (Avalon), di mana ia jatuh di dalam dasar tasik, iaitu gambar yang dipaparkan pada permulaan cerita. 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Review The Adventure of Merlin S1E8

You're saying that this little boy will kill Arthur?
 Merlin to Kilgharrah
The Beginning of the End adalah episod kelapan di dalam siri pertama Merlin yang disiarkan pada 8 November 2008. Episod ini merupakan kemunculan pertama watak Mordred dan orang2 Druid (sami/paderi)

Sinopsis
Ketika seorang Druid serta perintisnya, seorang budak lelaki hampir ditangkap di Camelot, Morgana dan Merlin menyembunyikan budak lelaki yang bernama Mordred daripada pengawal diraja Uther – Druid yang berjaya ditangkap oleh pengawal akhirnya dibunuh. Uther mengumumkan bahawa sesiapa yang menyembunyikan budak itu akan berhadapan dengan hukuman yang berat dan akan dipancung. Mereka perlu cuba menyeludup budak itu keluar dari Camelot tanpa ditangkap. Walaubagaimanapun, The Great Dragon menyatakan Merlin tidak sepatutnya menolong budak itu, dan memberi amaran bahawa budak itu ditakdirkan akan membunuh Arthur suatu hari nanti...

Plot

Cerdan dan seorang perintis mudanya, Mordred sampai di Camelot utk mendapatkan bekalan, tetapi penjual gerai itu melaporkan kedatangan mereka dan mereka dikejar oleh pengawal-pengawal istana. Merlin mendengar suara seseorang dalam mindanya meminta tolong. Mordred menjerit kesakitan kerana lengannya terkena pedang pengawal istana. Druid itu ditangkap selepas menggunakan sihirnya utk menolong Mordred melarikan diri. 
Merlin sekali lagi mendengar suara budak dalam mindanya, merayu meminta tolong. Mereka berjumpa setelah berkomunikasi secara dalam minda, dan Merlin berjaya menyembunyikan Mordred di dalam kamar Morgana. Dia memberitahu Morgana dan Gwen yang pengawal2 istana ingin membunuh budak itu. Seorang pengawal istana mengetuk pintu bilik Morgana, namun Morgana memberi alasan hanya dia dan orang gajinya sahaja berada dalam kamar itu. Selepas itu, Merlin, Morgana serta Gwen mendapati Mordred cedera pada bahagian lengannya. 
Raja Uther serta merta memerintahkan pelaksanaan pembunuhan Druid itu. Arthur membantah dengan menyatakan bahawa orang2 Druid adalah orang yg sukakan keamanan tetapi Uther memandang mereka semua menggunakan sihir sebagai ancaman. Uther menegaskan jika orang2 Druid diberi peluang, mereka akan membawa kembali sihir ke kerajaan.
Raja Uther mahu memberi contoh kepada orang Druid dan memerintahkan Arthur memeriksa setiap bahagian dalam bandar sehingga budak  itu ditemui. Mordred masih lagi berada dalam kamar Morgana, berehat kerana mengalami kecederaan. Dia tidak nampak apa yang berlaku tetapi semasa saat2 tuannya dihukum bunuh, dia menjerit ketakutan sehingga menyebabkan cermin kamar Morgana pecah. Merlin sangat terkejut melihat apa yang telah berlaku.

Seterusnya, Merlin tanya Gaius mengenai orang2 Druid.
Merlin  : Apa yang kamu tahu tentang orang2 Druid?
Gaius   : Tak banyak. Mereka orang yg suka berahsia. Apalagi sekarang, mereka diburu oleh Uther.......Merlin, jangan bagitahu sy yg awk pn terlibat dalam hal ini.
Merlin  : Sy? Tidak..Terlibat dalam apa?
Gaius   : Bagi orang yang ada rahsia besar, kamulah penipu paling teruk sekali.
Merlin  : Sy tak buat apa2 pn..
Gaius   : Merlin....
Merlin  : Sy dengar seorang budak memanggil sy..Sy tak dapat lihat dia..Tp sy boleh dengarnya..seperti suaranya masuk dalam minda sy..
Gaius   : Ya, sy pernah dengar pasal kebolehan ini. Para Druid mencari kanak2 dengan kebolehan ini utk dijadikan perintisnya. Semasa mereka tengah mencari budak itu, kamu mesti berhati-hati. Salah-salah, kepala kamu yang akan dipancung.
Merlin  : Sy selalu hati2. Awk kan kenal sy..
Gaius   : Ya, Merlin..Malangnya, sy memang tahu.
Merlin kemudiannya melawat Mordred yang tengah tidur di dalam kamar Morgana. Dia enggan menyatakan namanya dan enggan bercakap. Morgana sangat sedih apabila Uther ingin membunuh seorang budak yang tidak bersalah dan turut menyatakan mungkin sihir adalah sesuatu perkara yg bukan seseorang pilih, tetapi ia memilih seseorang. Morgana dan Merlin bercadang mereka perlu mengembalikan budak itu ke tempat asalnya.
Semasa makan malam, Morgana terpaksa memberi alasan apabila Uther bertanyakan apa yang merisaukan Morgana. Arthur datang dan memaklumkan kepada Uther yang budak itu masih belum ditemui dan Uther mengarahkan supaya meneruskan pencarian. Hari berikutnya Mordred semakin lemah serta demam kerana jangkitan pada lukanya. Morgana ingin mendapatkan bantuan Gaius tetapi Merlin merasakan ianya berbahaya dan menawarkan diri untuk cuba membantu Mordred. Arthur sampai di depan pintu kamar Morgana dan mengerahkan pengawal2 supaya menggeledah kamar Morgana. Morgana memberitahu bahawa budak yang dicari itu berada di sebalik langsir (sebenarnya Mordred di situ) dan Arthur pergi, kerana memikirkan Morgana bergurau dan ingin memperbodohkannya.
Gaius melihat Merlin membaca buku mengenai perubatan. Beliau amat gembira melihat Merlin berminat dan terus mengajak Merlin duduk dan belajar mengenai anatomi manusia. Ia menyebabkan Merlin lambat, namun dia akhirnya dapat melepaskan dirinya dan terus pergi melawat Mordred. Merlin cuba merawat Mordred dengan membuat ubat, dan semasa dia meletakkan ubat pada luka Mordred, dia mendengar suara Mordred memanggilnya melalui mindanya. Mordred memanggil nama Merlin dengan “Emrys”. Merlin rasa pelik kenapa Mordred memanggilnya dengan nama itu. Dia menyoal Mordred, Mordred menjelaskan itu adalah nama Merlin dalam kalangan orang2 Druid. Merlin sekali lagi bertanya, bagaimana Mordred tahu mengenai dirinya, namun tiada jawapan dari Mordred.
Utk menjawab persoalan yang terngiang2 dalam fikirannya, malam itu juga Merlin pergi menemui si naga, The Great Dragon. Naga itu memberitahu yang Merlin mempunyai banyak nama dan salah satunya ialah Emrys dan masih banyak lagi ramalan2 yang belum Merlin baca mengenai dirinya. Sama seperti Merlin, The Great Dragon juga dapat mendengar suara Mordred. Si naga menyatakan bahawa Merlin tidak seharusnya membantu budak itu. Dia membandingkan Merlin dengan Mordred seperti siang dan malam. Dia menegaskan supaya Merlin pegang nasihatnya dan terus terbang meninggalkan Merlin tanpa menjelaskan kenapa.
Sementara itu, budak itu masih di bawah jagaan Morgana dan Gwen. Seperti Merlin juga, Morgana dapat mendengar suara budak itu memanggil namanya menerusi minda. Mordred semakin lemah. Apabila Merlin sampai di kamar Morgana, Morgana merayu supaya memanggil Gaius kerana dia risau melihat Mordred yang semakin lemah.
Merlin akhirnya menceritakan segala-galanya mengenai budak itu kepada Gaius. Gaius marah kerana ia amat berbahaya kerana pada ketika ini raja Uther sedang mencari budak terbabit. Merlin memberitahu budak itu dalam keadaan tenat dan memujuk Gaius supaya menyelamatkan budak itu. Gaius bersetuju dengan syarat mereka akan menghantar kembali budak itu kepada orang2 Druid secepat yang mungkin setelah dia sembuh.
Semua orang yang meninggalkan dan memasuki Camelot masih lagi sedang diperiksa, jadi Merlin dan Morgana bercadang akan menyeludup keluar budak itu melalui pintu belakang yang membawa jalan ke arah luar bandar. Dan hanya seorang yang mempunyai kunci pintu itu, iaitu Arthur. Merlin menggunakan sihirnya untuk mendapatkan kunci dari Arthur.

Setelah sembuh, Morgana membawa budak itu keluar dan melarikan diri, namun mereka dilihat oleh pengawal istana. Pengawal istana mengejar mereka. Arthur akhirnya dapat menangkap mereka dan mengarahkan supaya mendedahkan diri mereka. Arthur terkejut apabila melihat Morgana bersama budak itu. Morgana merayu supaya tidak mencederakan budak itu tetapi Arthur mengarahkan pengawal menangkap mereka berdua. Raja Uther menuduh Morgana berkomplot dengan orang2 Druid utk menentangnya. Uther mengarahkan supaya budak itu dihukum bunuh. Beliau mengecam Morgana dengan kemarahannya apabila Morgana menyatakan dia dilanda kebencian terhadap sihir. Morgana yang sedih bersumpah kepada Merlin yang dia tidak akan membenarkan budak itu mati. Merlin bersetuju utk membantunya.
Arthur : Mungkin dengan hukuman penjara lebih sesuai utk budak itu. Dia terlalu muda...
Uther   : Itu akan membolehkan dia membesar dan menjadi lebih kuat, lebih bahaya sehingga dia akan melawan kita balik.
Arthur : Kita tak tahu dia akan lawan kita. Dia tidak buat apa2 pun.
Uther   : Sudah cukup yang orang-orangnya bersubahat menyingkirkan aku..Memang ia terburu-buru, tapi kita perlu lakukannya. Aku tak gembira pun bunuh budak tu.
Arthur : Maka, bebaskanlah dia demi Morgana. Jelas2 dia semakin menjadi sehagian daripada budak itu. Dan jika kamu bunuh budak itu, saya takut dia tidak dapat memaafkan kamu.
Uther   : Aku tak perlukan kemaafannya!! Dia telah mengkhianatiku.
Arthur : Walaupun kamu telah selamatkan Morgana.
Uther   : Utk itu dia harus berterima kasih kerana aku sudah berjanji pada ayahnya....Budak itu tiada hak istimewa. Dia akan dihukum bunuh pada subuh nanti. Adakah itu jelas?
Pada saat Arthur pulang ke kamarnya, dia lihat Morgana sudah ada di dalam kamarnya. Morgana meminta pertolongan Arthur utk membebaskan budak itu. Dengan bantuan Merlin mereka bersetuju utk membawa budak itu keluar melalui ruang bawah tanah.
Merlin sekali lagi pergi melawat The Great Dragon dan bertanyakan kenapa dia tidak boleh membantu budak itu.
Merlin  : Sy perlu tahu kenapa kamu melarang sy supaya tidak melindungi budak itu.
Naga    : Kamu minta nasihat saya, tapi kamu pilih dengan tidak mempedulikannya.
Merlin  : Katakanlah kenapa...
Naga    : Jika budak itu hidup, kamu tidak akan dapat mencapai takdir kamu.
Merlin : Apa kena mengena dengan takdir saya? Awak cakap takdir saya adalah melindungi Arthur?
Naga    : Jadi, awak sudah dapat jawapannya.
Merlin  : Kamu nk bagitahu sy, yang budak kecil itu akan membunuh Arthur??
Naga    : Nampaknya, semuanya terpulang pada kamu..
Merlin  : Tak..kamu tak boleh tahunya dengan pasti.
Naga    : Kamu punyai kuasa utk mencegah kejahatan yang besar.
Merlin  : Pasti ada cara lain..Masa depan bukannya sesuatu yang tak boleh diubah.
Naga    : Kamu mesti biarkan budak itu mati. 
Merlin meminta nasihat Gaius, dan jawapannya adalah seolah-olah Merlin telah membuat keputusannya sendiri.
Dan apabila Gwen tanya kenapa Morgana membahayakan dirinya dengan menolong budak itu, Morgana merasakan seperti ada ikatan di antaranya dengan budak itu. Dia percaya dia ditakdirkan membantu budak yang tidak bersalah itu. 
Seperti yang dipersetujui dengan Arthur, Morgana pergi menemui Uther dan meminta maaf dalam usaha utk mengalihkan perhatian Uther. Arthur menggunakan kepulan asap yang menyebabkan pengawal diraja pengsan dan berjaya melepaskan budak itu dari penjara. Beliau telah memaklumkan kepada orang2 Druid mengenai budak itu dan mereka menunggu kepulangan Mordred. Pengawal2 akhirnya mendapati budak itu hilang dan membunyikan loceng. Seperti yang telah dinasihatkan oleh The Great Dragon, Merlin tidak menunggu utk membantu Arthur dan Mordred melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia dihantui suara Mordred yang meminta tolong dengan memanggil namanya menerusi minda. Dia akhirnya lari pergi mendapatkan Arthur dan Mordred. Mordred mengucapkan selamat tinggal kepada Merlin dan menyatakan suatu hari nanti mereka akan bertemu kembali.
Uther sangat marah apabila mengetahui budak itu telah melarikan diri. Dia mengugut utk membunuh Morgana jika dia dapat tahu Morgana terlibat. Morgana hanya mendiamkan diri. Arthur pula mengembalikan budak itu kepada orang2 Druid. Semasa mereka ingin pergi, Arthur memanggil semula dan menanyakan siapa nama budak itu. Pertama kali budak itu mengeluarkan suaranya dan menjawab : Nama saya Mordred. Arthur mengucapkan semoga Mordred berjaya, tanpa mengetahui dia menghantar pulang bakal pembunuhnya dengan selamat. 
More pic:







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Review The Adventure of Merlin S1E7



“Avalon..the land of eternal youth.” “Avalon...tanah kehidupan abadi.”
 Gaius

The Gates of Avalon merupakan episod ketujuh di dalam siri pertama Merlin, pertama kali disiarkan pada 1 November 2008.  
Episod ini menandakan kemunculan pertama Sidhe dan kawasan Avalon.

Sinopsis
Morgana mengalami mimpi buruk di mana ia melihat Arthur dibunuh oleh seorang perempuan cantik. Dia memberi amaran, namun oleh kerana sifat budiman Arthur menyebabkan dia bermasalah apabila dia menyelamatkan seorang gadis, Sophia dan ayahnya, Aulfric dari serangan perompak.
Sekembalinya ke Camelot, Sophia menggunakan taktik kecantikannya utk menawan hati Arthur. Kelakuan aneh ini tidak disedari oleh Merlin, tetapi bolehkah dia mencari siapakah pasangan misteri ini dan apakah yang mereka mahukan dari Arthur? Apa yang paling penting, mampukah dia menyelamatkan Arthur tepat pada masanya?

Plot
Morgana mengalami mimpi buruk, iaitu bermimpi Putera Arthur ditenggalamkan oleh seorang perempuan cantik. 
Semasa keluar memburu bersama Merlin, Arthur mendengar seseorang meminta pertolongan. Dia menolong perempuan itu dan bapanya dari diserang oleh perompak. Dia melawan perompak2 itu dan tanpa pengetahuannya juga, Merlin menolongnya dengan menggunakan sihir. Arthur membawa perempuan itu dan bapanya menemui Raja Uther. Lelaki itu memperkenalkan dirinya, Aulfric dan anaknya, Sophia. Aulfric adalah waris kepada kerajaan Tirmawr yang mana telah dirompak oleh perompak dan mengembara ke arah barat bersama Sophia utk menyertai keluarganya yang lain. Uther mengalu-alukan mereka supaya tinggal di Camelot utk sementara waktu.
Morgana terkejut apabila melihat Sophia menuju ke arah bilik berdekatan bilik Arthur. Dia memberitahu kepada Gaius mengenai mimpinya tentang Sophia dan dengan nyatanya Sophia kini tinggal di istana. Gaius cuba utk menyakinkan beliau dan memberikan ubat tidur, dan menasihatkan supaya jangan terlalu risau. Gaius mengingatkan Morgana supaya jangan mengganggu Uther mengenai perkara itu. Dia tidak mahu Raja Uther risau.
Aulfric pula menuju ke hutan bertemu dengan salah seorang penyamun yang terselamat. Dia membayar upah kepada penyamun terbabit supaya berpura-pura menyerang dia dan Sophia.
Sekali lagi Morgana bermimpikan Arthur yang ditenggelamkan oleh Sophia. Keesokan harinya, Arthur dan Sophia keluar bersama-sama menunggang kuda selepas Merlin berjanji akan melindunginya yang sepatutnya keluar membuat rondaan.
Guinevere menggalakkan Morgana supaya memberitahu Raja Uther mengenai mimpi beliau itu. Namun, Morgana takut sekiranya Uther akan menghukumnya kerana ia melibatkan amalan sihir. Dia sendiri akan berusaha menghentikan Sophia dari membunuh Arthur. Sementara itu, Uther mendapati Arthur hilang dan tidak menjalankan tugasnya. Merlin disalahkan kerana tidak mengarahkan Arthur pergi membuat rondaan. Merlin menanggung kesalahan Arthur dan diikat pada pasung.
Semasa di dalam hutan, Sophia hampir2 menyihir Arthur, namun mereka diganggu oleh pahlawan diraja. Arthur membuat keputusan utk balik semula ke Camelot dan tidak membawa Sophia ke sungai kerana dia takut sekiranya terjadi apa2 pada Sophia. Apabila Merlin pulang ke rumah dan menjelaskan kenapa dia dipasung, tiba2 Gaius teringatkan mimpi yang dialami oleh Morgana. Dia menuju ke kamar Aulfric dan menjumpai tongkat Aulfric. Terdapat ukiran Ogham Runes (abjad jerman purba), menambahkan lagi misteri siapa Aulfric dan Sophia sebenarnya. Kemudian, Aulfric muncul di belakang Gaius tanpa disedarinya. Gaius bijak memberi alasan dan ingin keluar dari kamar itu, tiba2 dia melihat mata Aulfric menjadi warna merah. Sophia yang baru sahaja sampai di istana bertembung dengan Morgana yang berjanji akan memburu Sophia jika dia mengapa-apakan Arthur. Aulfric ingin tahu kenapa Sophia belum lagi menyelesaikan misinya. Sophia menjelaskan bahawa dia diganggu semasa di dalam hutan dan hampir terbunuh. Matlamat mereka sebenarnya adalah utk membuka semula dan memasuki “Pintu Pagar Avalon” dengan menggunakan cara mengorbankan Putera Arthur. Jika sekali hati Arthur milik Sophia, pintu pagar Avalon akan terbuka utk mereka berdua dan akan mendapat kembali bentuk asal mereka.
Aulfric mengingatkan supaya Sophia bertindak cepat dan mereka bersetuju sihir mereka perlu disudahkan pada hari berikutnya. Morgana cuba memberi amaran kepada Arthur mengenai mimpi yg dialaminya, namun Arthur tidak percaya. Keesokan harinya Arthur bersedia untuk pergi menunggang kuda sekali lagi bersama-sama dengan Sophia dan bukannya menghadiri perlantikan baru pahlawan diraja. Merlin berjanji utk menolong Arthur, hingga menyebabkan dia dipasung sekali lagi.
Semasa di dalam hutan pula, Sophia sekali lagi menyebut jampi sihir menyebabkan Arthur berada di bawah kawalan beliau. Merlin pulang ke rumah dan sekali lagi dia menjelaskan bahawa dia adalah orang gaji, jadi dia perlu menolong Arthur.
Gaius memberitahu Merlin mengenai Morgana yang mengalami mimpi tentang Arthur. Dia berpendapat bahawa Morgana secara tidak langsungnya adalah seorang Peramal yang dilahirkan dengan kuasa utk melihat masa depan dalam mimpinya. Beliau mengamati Morgana sejak dari kecil lagi. Dia cuba utk fikir sebaliknya, namun dia menyedari apa yang dimimpikan Morgana selalu menjadi kenyataan. Dia merahsiakan perkara itu dari Uther, kerana kebolehan Peramal terlalu hampir dengan amalan sihir.
Gaius   : Apa yang kamu tahu mengenai Peramal?
Merlin  : Tak byk..Mereka dikatakan mampu melihat masa depan..Mcm nabi.
Gaius   : Ia dikatakan kemampuan semula jadi. Yang dimiliki sejak lahir lagi. Bahkan beberapa orang tidak menyedari apa yg mereka lihat itu adalah masa depan. Ia datang dalam mimpi mereka.
Merlin  : Apa kaitannya dengan Sophia?
Gaius   : Malam sebelum dia dan Aulfric sampai ke Camelot, Morgana bermimpi. Sophia ada dlm mimpinya.
Merlin  : Sebelum dia sampai ke Camelot?
Gaius   : Sy sudah lama memerhati Morgana sejak dia kecil lagi. Walaupun sy cuba utk fikir sebaliknya, sy menyedari kebanyakan dlm perkara2 yg dia cakap dia mimpi sesuatu menjadi kenyataan. Sy tentunya rahsiakan perkara ini dari Uther. Bakat seperti ramalan ini terlalu dekat dengan amalan sihir.
Merlin  : Kamu rasa Morgana ni seorang Peramal?
Gaius   : Tak, sy tak fikir dia seorang Peramal. Tp sy risaukannya. Morgana cakap dia bermimpikan Sophia bunuh Arthur.
Merlin : Boleh jadi ianya hanya mimpi? Mungkin perempuan yg dilihat oleh Morgana hanya mirip Sophia.
Gaius   : Itu yg sy harapkan. Tapi Aulfric nampak sy di dalam kamar Sophia, dan sekilas kemarahannya, matanya berubah warna.
Merlin  : Siapa mereka?
Gaius   : Bukan siapa mereka yg buatkan sy risau. Tp apa yg mereka inginkan dari Arthur.
Malam itu, Sophia sekali meyakinkan tentang cintanya terhadap Arthur. Arthur berada dalam keadaan separuh sedar di mana dia berada dalam kawalan Sophia. 

Sophia keluar dari bilik Arthur dan bertembung dengan bapanya. Sophia memberitahu bapanya sihir itu menjadi, dan esok juga mereka akan dapat menggunakan Arthur utk tujuan mereka. 

Aulfric menyatakan dia perlu berjumpa dengan “orang-orang tua”. Merlin mengekorinya sehingga sampai ke tasik, di mana dia menyeru orang tua Sidhe, yang menyerupai seekor pari-pari. Ia muncul dan menyatakan Aulfric dan Sophia telah diusir dari Avalon, tanah kehidupan abadi kerana telah membunuh Sidhe yang lain. Aulfric mesti kekal di dalam badan seorang manusia selama-lamanya, tetapi Sophia boleh kembali ke Avalon sekali lagi jika mereka dapat mengorbankan nyawa seorang putera manusia utk orang-orang tua Sidhe. Dan pastinya nyawa putera manusia itu adalah Putera Arthur.
Merlin pulang dan memberitahu Gaius mengenainya.
Gaius   : Avalon, apa yang kamu lihat di tasik itu, adalah Avalon. Pasti.
Merlin  : Apa...
Gaius   : Tanah kehidupan abadi. Manusia hanya boleh melihatnya sekilas sebelum mati.
Merlin  : Sy telah lihatnya, dan sy masih di sini.
Gaius   : Luar biasa. Macam mana rupanya?
Merlin  : Penting ke..Mereka akan mengorbankan Arthur dan kita tak tahu siapa mereka sebenarnya.
Gaius   : Sekarang kita tahu siapa mereka. Sy jumpa tulisan ini di bahagian atas tongkat Aulfric. Ia adalah Ogham. Tulisan kuno. Abas ocus bithe. Duthectad bithlane. Utk menggenggam kehidupan dan kematian di tanganmu. Drpd tulisan di tongkatnya dan apa yg kamu lihat di tasik, sy takut dan sy pasti, kita berhadapan dengan Sidhe.
Merlin  : Bunyinya tidak seperti perkara yang baik.
Gaius   : Mereka adalah penguasa ilmu sihir.
Merlin : Kamu rasa Arthur telah diguna-guna?
Gaius   : Hampir pasti. Sy takut mimpi Morgana menjadi kenyataan.
Selepas itu, Arthur membuat permintaan menghadap raja dan meminta kebenaran utk berkahwin dengan Sophia. Uther percaya bahawa anaknya terlalu muda utk berkahwin, dan mengancam akan menangkap Sophia dan Aulfric jika Arthur menentangnya. Morgana hampir2 memberitahu Uther mengenai mimpinya tetapi dia tidak mampu menyatakannya. Merlin cuba utk memberi amaran kepada Arthur tentang Sophia yang sudah menyihirnya, tetapi dia dilihat oleh Aulfric dan Sophia. Dengan tiba2 jugalah mata Arthur menjadi merah bersinar kerana dia dalam keadaan separuh sedar. Aulfric menolak Merlin dengan menggunakan tongkat sihirnya sehingga menyebabkan Merlin pengsan.
Malam itu, Morgana ternampak Arthur meninggalkan istana bersama-sama Sophia dan Aulfric, dan dia bergegas berjumpa dengan Gaius. Gaius menenangkan Morgana yang terlalu risau dan akan meminta pertolongan seseorang. Gaius mencari Merlin dan menemui Merlin di dalam kamar Arthur. Merlin sedar dari pengsannya, namun dia masih bingung kerana diketuk oleh Aulfric. Gaius memberitahunya yang Sophia dan Aulfric sudah membawa Arthur pergi. Merlin bergegas lari utk menyelamatkan Arthur.


Dan tepat pada masanya dia sampai di dalam hutan dan melihat mereka sedang memulakan upacara utk mengembalikan Sophia ke Avalon.
Aulfric tidak boleh bersama-sama Sophia pulang ke Avalon, tetapi dia perlu menjalankan upacara itu; jika orang tua tidak mendapat nyawa Arthur, mereka akan mengambil nyawa Sophia. Merlin tiba semasa Sophia menggunakan sihirnya menenggelamkan Arthur di dalam tasik. 



Merlin menggunakan sihirnya dan mengambil tongkat milik Sophia lalu membunuh Aulfric dan Sophia.
Merlin terjun ke dalam air, mencari Arthur dan menemui Arthur yg sudah lemas.
Selepas beberapa ketika, babak di mana Arthur sedarkan diri. Namun dia tidak ingat apa2. Dia tidak ingat apa yg telah Sophia lakukan padanya. Merlin dan Gaius memberitahu Arthur yang dia kahwin lari dengan Sophia. Merlin menipu Arthur yg dia telah memukul Arthur sehingga pengsan dan membawa balik pulang ke Camelot. Mereka bersetuju tidak akan memberitahu Uther dan Merlin sekali lagi disalahkan dan dipasung dengan lebihan makanan.
Kemudian, Gaius memberikan ubat tidur kepada Morgana kerana dia sering mengalami mimpi buruk. Gaius mengingatkan Merlin bahawa Morgana tidak boleh tahu dirinya adalah seorang ahli sihir.
Episod tamat di mana Morgana sekali lagi mengalami mimpi ngeri.
More picture:
Merlin selamatkan Arthur

Moment with Merlin for a while:-)


Holliday Grainger sebagai Sophia

Sophia menggunakan Arthur sbg korban utk kembali ke Avalon

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013