Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia

Ye, Syura juara Masterchef Selebriti Malaysia. Ni first time sy tgk rancangan masakan ni sebab musim pertama sy tak dapat tonton. Al maklumlah astro masih belum dipasang. 
Dia berhak memiliki kejuaraannya itu. 

Bila sy tonton rancangan masakan, sy suka sangat. Tp, mostly important thing I can't in cooking is the ingredient~LIMITED INGREDIENTS.
Duit tarak, bahan2 tak cukup, perkakas tak cukup, sebab masih tak bekerja. Duit asyik minta ngan mak dan ayah. Mereka plak tak suka makan yang pelik2, makan je ikan singgam, ikan goreng, ikan masak lemak cili api, tom yam, dan lain2 masakan yg senang dibuat. Sy inginkan kelainan dalam hidup saya. Saya suka cuba benda2 baru, tp tu la, tu la masalahnya sekarang. 
Tak pe, nanti kerja, semua duit habis utk barang dapur pun saya tak kisah asalkan saya dapat puaskan hati saya. 

SEMUA ORANG BOLEH MASAK
Isu yang hangat lagi panas.. kenapa ada timbul statement sy tak pandai masak sedangkan semua orang boleh masak. Cuma yang menentukan lebih dan kurang adalah sama ada sedap atau tidak sedap.
Semua orang boleh masak tapi tak semua orang boleh jadi Chef….
Semua orang boleh masak? Ye, semua boleh, masak air, masak telur, masak Maggie, masak apa2 saje yang boleh ditelan.
"Everyone Can Cook..." Semua Orang Boleh Memasak. Yup... tu la petikan dialog dari filem animasi Ratatouille. Sebenarnya tukang masak adalah orang yang memasak bukan sekadar mencampakkan bawang dalam kuali, potong cili, sayur-sayuran dengan laju, tapi mereka memasak dengan hati dan perasaan. Mereka mahu masakan mereka menjadi yang terbaik, terharum dan paling sedap.
Kenapa lahir dan wujudnya kulinari, study pasal makanan dan masakan sedangkan masakan atau makanan apabila dimasak boleh je dimakan dan ‘dihentam’?
Sebabnya dunia semakin kompleks. Bahan2 semua ada atas muka bumi ni, manusia semakin maju, manusia juga menuju ke arah perkembangan di mana semua mengkaji bahan2 semulajadi adakah sesuai di makan, dicampur aduk dalam mana2 masakan.
Dish atau makanan ni bukan hanya satu. Tapi banyak jenis. Masakan melayu banyak jenis. Cina, India, Pakistan, Arab, Western, Itali, Perancis, Jepun, Indonesia??? Berlambak. Nak kuasai semuanya? Hahaha, pergi la belajar kat university ambik course masakan. Boleh jadi chef terkenal macam chef zam, chef wan dll.
Sebab kedua, manusia sekarang ni suka macam2 benda yang lazat. Sape tak nak makan makanan yang sedap dan cuba makanan baru, luar dari budaya Melayu? Kadang-kadang kita juga perlu merasa makanan bangsa lain, contohnya sushi, pizza, roti nan, capati, spaghetti…….
Sebab ketiga, ia memenuhi keperluan manusia. Baiklah sy akan cipta satu ayat, ayat ni sy petik dari filem hebat luar Negara. Ayat ni memang power dan cukup bermakna bagi saya.
KITA MAKAN UTK HIDUP~MEREKA HIDUP UTK MAKAN.
Ayat pertama KITA MAKAN UTK HIDUP- sy tujukan utk semua manusia pada zaman era penjajahan Jepun atau zaman2 dahulu masa nenek moyang sy masih hidup.
Ayat kedua MEREKA HIDUP UTK MAKAN- sy tujukan utk semua manusia pada zaman kegemilangan teknologi canggih ini. Kenapa MEREKA HIDUP UTK MAKAN, sebab -----LU PIKIR LA SENDIRI. Kalau tak, mana kan wujudnya Mcdonalds, KFC, Chicken Rice Shop, Pizza Hut, dll. Manusia tak sempat nak masak, senang makan je instant food macam ni. Yg penting : No Money No Talk.

Ok. Apa2 pun, saya bersyukur kepada Allah, sebab Dialah yang memberi sumber makanan asal kepada kita. Whatever and Ever~LAyAn

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Pengenalan Kepada Bimbingan dan Kaunseling

Pengenalan


Perkataan kaunseling semakin signifikan dalam masyarakat hari ini. Hal ini bermaksud perkhidmatan kaunseling semakin penting dan diperlukan oleh orang ramai. Namun, ada juga masyarakat yang mempunyai anggapan yang salah pada perkhidmatan ini. Sebenarnya kaunseling bukan sahaja sesi bagi kaunselor menyelesaikan masalah klien. Sebaliknya, ia adalah proses khidmat kaunseling yang istimewa di mana klien sendiri menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri.
Profesion kaunseling secara umumnya merangkumi bidang-bidang seperti pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, penyesuaian dan sebagainya. Ia melibatkan pembangunan manusia dalam kehidupan seharian. Maka, perkhidmatan kaunseling menjadi semakin penting dalam dunia yang semakin bersaing, maju dan global walaupun ia masih berada pada tahap perkembangan dan pengukuhan.
Bimbingan dan kaunseling adalah salah satu cabang ilmu psikologi. Mengikut English dan English (1980) kaunseling adalah satu perhubungan ‘menolong’ yang melibatkan penolong dan individu yang ditolong. Ia sama seperti yang dinyatakan oleh Burk dan Steffire (1979) kaunseling melambangkan satu perhubungan antara kaunselor yang terlatih dan orang yang menghadapi masalah.
English dan English (1980) juga menegaskan bahawa kaunseling adalah:
  1. Bidang-bidang penyesuaian yang dapat diketahui melalui hubungan peribadi-sosial.
  2. Rujukan adalah kepada klien yang normal
  3. Perkhidmatan ini prlu dilakukan oleh individu yang terlatih dan profesional.

Menurut Gladding (2003), kaunseling ialah proses menolong individu yang normal dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas-tugas perkembangan dan keadaan hidup. Tujuannya adalah bagi mengenali diri, permasalahan, penyesuaian, menenteramkan emosi dan fikiran yang dihadapi oleh klien.
Sesi kaunseling dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dari peringkat prasesi hingga penamatan. Peringkat membina hubungan adalah langkah utama sebagai persediaan sesi yang seterusnya. Proses ini melibatkan kemahiran kaunselor dalam mengendalikan kliennya supaya mewujudkan proses kaunseling yang berkesan.
Mengkikut Kelly (1976), individu akan bertingkah laku mengikut apa yang dipercayai benar. Hal ini bermakna tingkah laku individu dipengaruhi oleh cara seseorang berfikir. Manakala, menurt Blocher (1966), kaunseling dapat mempercepatkan individu mempelajari keadaan peribadinya secara mendalam. Ia dapat dilakukan dengan memahami watak dirinya dalam kehidupan seharian.
Menurut Abdul Ghani (2003), dalam proses menolong kaunselor harus mementingkan segala aspek perhubungan supaya perhubungan menjadi berkesan dan erat.
Menurut Pepinsky dan Pepinsky (1954), kaunseling didefinisikan sebagai interaksi yang terjadi apabila berlaku perkara berikut:
  1. Apabila pertemuan antara dua orang yang dipanggil kaunselor dan klien.
  2.  Berlaku dalam satu persekitaran yang profesional.
  3. Ia merintis jalan bagi mengekalkan satu cara atau kaedah yang mampu mewujudkan perubahan-perubahan tingkah laku.

Dalam Akta Kaunselor (1998), menjelaskan kaunseling adalah suatu proses sistematik bagi membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunseling bagi mencapai sesuatu matlamat kaunseling.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa proses kaunseling melibatkan seorang kaunselor dan seorang klien yang mempunyai matlamat yang sama iaitu berusaha mencapai matlamat sesi kaunseling. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Bayi Misteri

Aku baru je masuk sekolah berasrama penuh. Sekolah tu bertempat di Kelantan. Nama sekolahnya rahsia. Aku tak kenal pun sorang kawan di situ. Hanya aku dan dunia aku. Maklumlah baru masuk sekolah. Budak baru la katakan.
Aku dengar sekolah tu banyak menyimpan cerita-cerita misteri. Aku tak kisah semua tu. Aku ni boleh dikatakan berani la sikit. Hehehe.. Abang senior kata jangan pergi ke bilik air di sebelah surau tu, di depan makmal dan di belakang bengkel tu. Banyak perkara aneh terjadi di situ. Dia pesan lagi, jangan pergi pukul 5 pagi ke bilik air tu sebab ada seorang bayi di situ. Dah tiga hari aku di situ. Nothing happen.
Pukul 5 pagi aku pergi ke bilik air tersebut . Aku beranikan diri, apa nak jadi, jadilah! Aku pergi nak basuh baju semalam. Dah busuk baunya. Sedang aku membasuh, ada seorang bayi berdiri di depan aku. Dia hanya berpakaian lampin pakai buang. Apa dikatakan betul-betul jadi. Aku diam je nak tengok reaksi bayi misteri itu.
Mcm ni ke rupa bayi misteri tu???

Makin lama, makin dekat pulak bayi tu dengan aku. Tak tau apa dia nak buat dengan aku. Sekali aku ambik air sabun yang aku buat basuh baju dan terus menjirus air tu di mukanya. Bayi tu pun kata, “Tak pedihkan mata”. Ha! Ha! Ha! 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

Isu kali ini akan mengupas petua untuk menjadi pelajar cemerlang, namun beberapa halangan perlu diatasi segera.

Suka Bertangguh-Tangguh
Pada awal tahun biasanya pelajar berasa cukup selesa dan berasakan bahawa terdapat banyak masa lagi untuk mengulang kaji pelajaran. Jadi, mereka mengabaikan sahaja waktu yang ada untuk mengulang kaji pelajaran. Apabila tiba waktu peperiksaan, semuanya akan menjadi kelam-kabut. Akibatnya, keputusan peperiksaan tidak memberangsangkan.
Oleh sebab itu, buatlah persediaan lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan yang akan  ditempuh. Elakkan daripada sikap menangguhkan kerja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Tidak Belajar Secara Berkumpulan
Belajar secara berkumpulan adalah satu cara belajar yang amat berkesan sekiranya diamalkan dengan betul. Akan tetapi ramai pelajar tidak mengetahui hakikat ini dan lebih gemar belajar bersendirian.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan tidak ramai yang mempraktikkan belajar secara berkumpulan, antaranya:
1. Berasa Diri Sudah Pandai
Tanggapan seperti ini salah kerana sepandai mana pun anda, dengan mengajar atau mendengar orang lain bercakap mengenai sesuatu, anda akan dapat memperbaiki kefahaman anda. Bahkan dengan membuat ulang kaji, maklumat          yang diterima itu menjadi “long term memory” atau ingatan jangka panjang. Di samping itu, setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dan setiap             orang mempunyai kefahaman yang berbeza. Mungkin anda bijak dalam pelajaran matematik, manakala kawan anda bijak dalam pelajaran bahasa Inggeris. Anda boleh saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

2. Malu Mengakui Kelemahan Diri.
Setiap insan diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Sehebat mana pun seseorang itu, tentu mempunyai kelemahan juga. Maka dengan mengenal pasti kelemahan yang ada pada diri sendiri, anda boleh mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan mengatasi kelemahan itu.

3. Tidak Kenal Kehebatan Diri
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhlukNya dengan penuh kesempurnaan. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan dimuliakan kerana kita dikurniakan akal fikiran yang tidak dianugerahkan kepada makhluk lain.
Manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberikan akal untuk berfikir. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ini haruslah disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh sebab itu kita perlu mencari dan menonjolkan kelebihan yang dimiliki serta memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri.

Walau bagaimanapun, jika diperhatikan fenomena pada hari ini, ramai pelajar gagal mengenal pasti kelebihan dan kehebatan diri sendiri. Alhasil, rasa rendah diri akan wujud, terutama apabila berhadapan dengan pelajar yang lebih pintar. Setelah gagal sekali, mereka terus mengalah dan mengakui bahawa mereka memang tidak pandai dan tiada harapan untuk berjaya. Pelajar yang tidak mengenal kehebatan diri, sukar untuk berjaya dalam pelajaran kerana dia mudah menyerah kalah sebelum berjuang.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Teknik Belajar Dengan Berkesan

Ulangkaji yang berkesan hendaklah dilakukan SEAWAL MUNGKIN. JANGAN MENANGGUH hingga ke saat peperiksaan 


Baca buku atau nota
-Nota yang dibaca jangan terlalu panjang
-Hadkan kepada perkara yang mampu kamu ingat sahaja

Fahami apa yang dibaca
-Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham
-Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali

Tutup mula
-Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan
-Bina soalan tentang perkara yang kamu baca
-Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab soalan yang dibina, buka semula buku dan ulangi pembacaan
-Jika ingat dan dapat menjawab , terus ke Teknik 4

Baca semula nota
- Baca mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya

* Bagi yg muslim..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Berkualitikah Jiwa Itu?


Saya bersyukur kerana mendapat banyak doa dan dorongan daripada pengunjung. Itu menguatkan jiwa dan semangat saya untuk terus menulis. Saya sering mengingatkan diri, usaha kita mengingatkan orang lain adalah juga usaha kita untuk memperbaiki diri sendiri. Dijauhkan Allah dari bersifat hipokrit. Walaupun kadang2 apa yang diingatkan untuk orang lain, terlupa kita padankan pada diri sendiri. Saya, anda dan kita semua hanya INGIN jadi baik, belum benar-benar jadi baik. Kita insan yang sedang bermujahadah.
Baiklah sahabat dan saudara-saudaraku, kali ini mari kita sama-sama telusuri tulisan yang sangat sederhana ini. Semoga sadara/i ikhlas membacanya, sepertimana saya cuba ikhlas ketika menulisnya. Bacalah… dengan kualiti jiwa, bukan kuantiti harta...

Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa. Semua orang pernah mendengar ungkapan ini. Namun, berapa kerat yang memahami tuntutannya? Dan berpada kerat pula yang telah menunaikan tuntutannya? Ibu-bapa yang telah tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.
Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.  
Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.

Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.
Berapa ramai penulis yang “terbantut” idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibu-bapanya?
Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”
Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya. Lupakah kita kepada Juraij, seorang yang amat soleh (rajin uzlah dan beribadah) tetapi tertimpa malapetaka fitnah kerana tidak disenangi oleh ibunya.
Gara-gara begitu asyik dengan solat sunat, Juraij tidak menyahut panggilan ibunya. Ibunya sungguh terasa hati menyebabkan dia berdoa agar Juraij ditimpa fitnah. Benar, tidak lama kemudian Juraij difitnah berzina dengan perempuan jahat menyebabkan dia dihina dan disakiti oleh penduduk-penduduk setempat. Itulah bahananya mengecilkan hati ibu. Justeru, dari segi hukumnya, ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang. Kenapa? Padahal solat itu hubungan dengan Allah, sedangkan menyahut panggilan ibu bapa itu hubungan sesama manusia? Apakah hak manusia lebih besar daripada hak Allah?
Tidak, bukan begitu. Sebenarnya itu didikan daripada Allah jua, agar seorang anak menjaga hubungan dengan ibu-bapanya semasa berhubung dengan Allah. Taat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ada kalanya dirangkaikan dalam ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Ya, jangan sampai mengejar cinta Allah, dengan mengabaikan cinta terhadap ibu-bapa. Yang setepatnya ialah cintailah ibu-bapa kerana mencari cinta Allah!
Bayangkan jika manusia sesoleh Juraij pun boleh ditimpa kesusahan kerana kesalahan yang boleh dikatakan kecil (berbanding kederhakaan anak-anak zaman ini) terhadap ibunya, apalagi kita. Kebaikan kita tidaklah setinggi dan sebanyak Juraij, sebaliknya kesalahan kita terhadap ibu-bapa kita lebih banyak daripadanya… Bila-bila sahaja kita boleh ditimpa malapetaka akibat kederhakaan ini. Dan mungkin kita tidak sedar, malapetaka itu telah pun menimpa kita.
Intai-intai dan telitilah kembali jalan hidup yang telah, sedang dan akan kita susuri ini. Berapa banyak halangan dan hambatan yang datang melanda. Berapa banyak kali kita kecundang? Apa yang dirancang kekadang sering tidak “menjadi”. Malang dan bencana datang timpa menimpa. Dicari sebabnya, dikaji puncanya, seakan-akan tidak terjumpa… mana tahu semuanya bahana derhaka kepada kedua ibu-bapa.
Dosa kita pada yang lain masih adalah istilah nanti dan tunggu. Tetapi dosa kepada ibu-bapa akan dibalas segera dan tiba-tiba. Sesetengah orang, hanya kerana dia telah menghulurkan bantuan ratusan malah ribuan ringgit sebulan kepada ibu-bapanya, dia telah menunaikan tanggungjawab… Jadi apabila ibu-bapanya “bersuara” sedikit, sudah berani dia membentak. Apa yang tidak cukup lagi? Apa lagi yang ibu hendak? Apa lagi yang bapa tidak puas hati?
Ingatlah, wang ringgit dan harta benda tidak akan mampu membalas jasa atau menebus bakti kedua orang tua kita. Bukan semua perkara dalam kehidupan ini boleh dibeli. Banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini tidak boleh dinilai oleh kuantiti material dan fizikal yang kita ada. Antaranya, jasa dan bakti kedua ibu-bapa. Ia hanya boleh “dibayar” oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta.
Maksudnya, budi hanya dapat dibayar oleh budi. Jasa dengan jasa. Budi baik dan akhlak kita yang cantik sahaja dapat menyenangkan hati orang tua pada usia senja mereka. Layani mereka dengan baik, dengarlah cerita mereka (walaupun telah diulang berkali-kali), duduk berbual dengan mereka, membelai atau mengurut badan mereka dan yang paling penting sering menziarahi dan sentiasa berdoa untuk mereka.
Jangan lupa, satu hari kita juga akan melalui apa yang sedang lalui kini. Kita akan mencecah gerbang tua dan mengecap sisa-sisa umur dengan payah dan lelah seperti mereka… bagaimana kita saat itu? Tentukanlah nasib kita itu pada hari ini. Bagaimana? Taat, layan dan belai dengan penuh kasih sayang orang tua kita pada hari ini, insya-Allah anak-anak kita akan mengamalkan sikap yang sama terhadap kita pada akhir nanti.
Cerita dan nasihat ini bukan pertama kali kita dengar… tetapi semuanya diulang lagi kerana kita sering mengabaikan apa yang sering kita dengar. Kita sering menjadi umpama kelekatu yang melanggar lampu yang bercahaya sedangkan di bawahnya sudah begitu banyak kelekatu lain yang terkorban. Berapa banyak ikon anak derhaka dalam cerita rakyat seperti Sitanggang mahupun Malim Kundang yang kita benci dan caci, ironinya kita menjejak mereka tanpa kita sedari.
Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Aku dan Kenangan

Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah..kini sy masih lg diberi kenikmatan daripada Allah SWT untuk menghirup udara di muka bumi Mu ini. Sepanjang 5 bulan ini, kehidupan sy terlalu sepi. Suka, duka, pahit, masam telah lama saya tinggalkan suatu dahulu. Semuanya dlm satu.
Kisah2 dahulu dan akan datang jauh bezanya. Pengalaman dan kenangan dulu tidak akan dpt sy jenguk kembali dgn tatapan foto. Rindunya saat itu bersama teman dan rakan.
Permulaan kisah kita sendiri, kita tidak akan dapat menjangka apa yang akan berlaku. Banyak perkara yang ingin kita inginkan tak mungkin kita akan dapat walaupun sedaya upaya kita cuba mengawalnya.
Begitu juga dgn kisah sy 4 tahun lepas. Mencipta kenangan dan pengalaman dlm masa 4 tahun. Lama, tetapi sebenarnya ia terlalu singkat.
Ketika waktu itu, mcm2 ada dlm fikiran sy. Nak habis cepat, letih la study, jem la rasanya, duit ptptn tak cukup, mcm2 la perangai kwn2 ni, asyik2 wat discussion kt cafe, boring r, makanan kat cafe x sedap la,  (aish! Byk la komen)..
Tapi yang paling menjengkelkan adalah waktu mula2 dpt masuk UPSI. Excited giler, bawak baju kurung byk2, beli beg dan mcm2 lg la utk di bawa ke sana. Dapat masuk kolej, dapat anak kunci rumah, dan jeng2x:::::: rumah tingkat atas sekali; TINGKAT 5. Mampos. Waktu tu memang kurus, body masih slim, baju kurung moden yg kakak sy bagi masih boleh dipakai.
Rumah tingkat 5, C503, waktu muda2 dulu..
Perkenalan pertama:::::Nurhasmanazil Aziza Mustapa, Nur Aizidawanie Tahir, dan Syafawati Muhammad. (Maaf ye kalau silap eja). Masa dalam SITC ni memang semua muka bersih2, suci, kudus dan penuh dengan keimanan. Dan yang paling takut untuk saya hadapi dalam perjalanan menuju 4 tahun, bila terpandang semua rakan2 sekelas yang bakal sy lihat tiap2 hari. Wajah Razin, “skemanya mamat ni”. Toleh belakang, Adib yang berkaca mata, “bagusnya dia ni”. Pandang ke kiri ada Hamdi “wah ensemnya jate ni”. Toleh ke kanan ada Wan, “Wah!! Untungnya kelas aku ada model dashing free”.
Masa berlalu::::
Satu semester, 5 bulan – Saya kenali setiap watak dan perwatakan teman2 sekelas. Indah, tapi kadang-kadang ada rasa macam minum air kopi, kadang-kadang seperti memandang pelangi di atas langit, sometimes ada perasaan sedih umpama tengah tonton cerita waktu petang2 (macam cerita Teduhan Kasih) dan macam2 lagi yang boleh digambarkan tapi tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata yang panjang.
~Kita layan dulu wajah-wajah yang tergambar dari setiap insan-insan yang pernah ku kenali suatu masa dulu~




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kentut Paling Busuk

Hahahaha!!! Sy paling tak suka jika salah seorang dr family sy kentut tanpa bg amaran. Depan2 tv, ketenangan, kedamaian yang aman tiba2 diganggu oleh pencemaran bunyi dan bau oleh kakak/ abang/ ayah/ mak???? Apa respon anda? Uish..

Apa2 pun, jom layan video ini. Tq kpd My Name Is Nobody


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kisah Batu dan Kepentingannya

Eh..silap. Ni batu terapung bukan batu yang sy maksudkan..
Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi peluang untuk menulis sesuatu yang dh lama sy ingin tulis. Ia tidak penting secara kasarnya. Separuh sedar manusia tidak mempedulikannya. Tapi jika ia diamati, ia wujud secara tersirat dan tersurat/ konkrit @ abstrak. Apa yang sy maksudkan ini?
Rocks?
Batu?
Ni namanya batu...

Sekali lagi nak melalut mlm2. Biar la org kata sy tak de idea nak menulis. Tapi sekurang-kurangnya apa yang ingin ditulis ini memberi satu ilham bahawa batu itu wujud secara abstrak dan konkritnya.
Di dalam percakapan seharian kadang2 timbul juga perkataan batu walaupun tanpa diundang ataupun disedari. Walaupun ia tidak penting namun banyak perumpaan melayu yang masih menggunakannya.
Ini terbukti dengan beberapa peribahasa diantaranya, kepala batu selalunya dikaitkan dengan orang yang degil, padahal kepalanya bukan diperbuat daripada batu. Tapi batu api lebih merbahaya walaupun tidak meletup seperti periuk api. Mata batu dikatakan kepada seseorang yang mencari sesuatu tidak jumpa, padahal zaman sekarang orang lebih menggemari memakai contact lens tapi masih meraba mencari warna yang sesuai.
Hati batu disamakan dengan seseorang yang tegas pendiriannya, padahal batu karang lebih berbahaya sekiranya dihadapi seseorang, sedangkan ia amat cantik sekiranya diletakkan di dalam akuarium. Lesung batu kalau tidak ada masakan kita dapat merasa sambal belacan, walaupun zaman sudah canggih dengan mesin kisar. 

Batu juga ada bermacam2 rasa, ada pedas seperti batu lada dan ada yang keras seperti batu granit.
Batu bata ini amat penting bagi kita kerana sekiranya tidak digunakan masakan ada KLCC, KL Tower dan sebagainya. Jambu batu biar pun namanya agak keras tapi ia sedap. Jerawat batu orang tidak suka kerana boleh mencacatkan muka yang lawa. Ulat dalam batu selalunya digunakan oleh seseorang yang malas, dia rela disamakan dirinya dengan ulat. Ada udang di sebalik batu malang sikit sebab sekarang yg duduk di sebalik batu adalah orang yang sedang dating.
Udang di sebalik batu..

Batu permata banyak terdapat di Habib Jewel, tapi kalau hendak dapat percuma masuklah Roda Impian. Batu belah batu bertangkup memang tak patut sebab dengan anak sendiri pun nak berkira. Hutan batu banyak terdapat di bandaraya tapi batu meroyan bahaya sikit sebab silap hari bulan boleh jadi gila.
Tapi kalau BATU NISAN lebih bermakna kerana inilah satu-satunya tinggalan pusaka buat anak cucu untuk dikenang buat selama-lamanya. FOREVER N AFTER.
Ok.Thats All. Tq..Bye Bye..HaVe A NiCe DaY!!!!!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Jack The Giant Slayer

Hari yang ceria dimulakan dengan senyuman. Senyuman membawa makna kepada kita dalam meniti hari dalam kehidupan.
Dah lama sy tak menulis dalam blog. Malas + Tak Sempat. Apa2 pun, hari ni saya kembali dengan membawa bingkisan kisah saya dah tengok movie Jack The Giant Slayer. Sebelum ni, saya pernah layan movie mcm ni jugak, antaranya ialah Red Riding Hood, Snow White and Huntsman. Dan kali ni, sy layan movie ni. Berdasarkan tajuknya pun kita dah tahu bahawa tiga cerita yang saya tgk ni adaptasi dari kisah 1001 malam. Kisah2 lagenda dan mitos orang barat.
Tiga movie ni, hanya movie Jack The Giant Slayer je yang saya kasi bez. Saya bagi lima bintang. ***** Sebab sy tak berapa suka dgn adaptasi Red Riding Hood. Jalan cerita ok, tapi tak banyak yang sama dgn yg asal. Ada hero, tapi last2 hero pn jadi serigala jadian. Apa ke jadah tu. Snow White and Hunstman ok jgak. Tapi watak Snow White kurang menyerlah kerana cerita tu dh jadi macam cerita mak tiri dia.

Jack The Giant Slayer ni banyak tiru cerita asal. Yang lainnya cuma sikit shj, antaranya dia ada pak saudara. Pak saudara dia lah yang hentam meja dan habis kacang2 tu bertaburan sehinggalah satu biji jatuh ke bawah rumah dia. Kalau cerita asal, mak dia yang marah. Jack trade kacang dengan rahib tu pula antara kelainannya. Cerita asal mestilah Jack trade lembu dengan kacang apabila dia berjumpa dengan seorang pak cik.
Apa2 pun layan je.. Dh 3 hari saya layan cerita ni. Dh blh ingat skripnya. Hua...Fee Fi Fo Fum....Dont ask where the thunders come...hehehe..zass..!!!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013