Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 - Siri 2

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP) baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.

Laporan awal tersebut bolehlah dimuat turun (download) kat laman web sesawang Kementerian Pelajaran . Boleh klik kat bahagian pemberitahuan, ade diletakkan link kat situ dan di bahagikan ke 4 dokumen - satu ringkasan dan laporan penuh dalam bahasa Malaysia dan English.





PPP menggunakan 11 anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan 3 fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan negara. Dalam muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem.



Menurut Berita Harian
"Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka. 

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan."

Antara 11 anjakan tersebut adalah :

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah. 
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Nampaknya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 5 September 2013. Sebelum ini blog ini ada membuat post pasal ini tahun lepas apabila laporan awal pelan ini dikeluarkan. Klik sini untuk melihat laporan ringkasan awal.

Petikan daripada bernama mengenai intipati PPPM 2013-2025:


* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

* Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang.

* Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020.

* Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

* Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

* Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kcekapan.

* Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan yang disasarkan.

* Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.

* Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.

* Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan.

* Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

* Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.

* Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun.

* Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

* Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.

* Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak.

* Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berpotensi sebagai penaja.

* Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.

* Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan 2025.

-- BERNAMA
Laman Kementerian Pendidikan ada diletakkan laporan penuh PPPM dan boleh di muat turun kat link di bawah  :

         PPPM (BM)
         PPPM Ringkasan (BM)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Synonyms

Di sini Chn ada rujukan tambahan kepada sesiapa yang inginkan nota mengenai Sinonim..
Penggunaan sinonim ni untuk sesiapa yang ingin gunakan bahasa inggeris....
Have fun!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Korang Ni Suke La Sangat Upload Pic Makanan..Korang Punya Muke Tak Mau Tunjuk Ka????

dan salam sejahtera....Chn nasihatkan anda2 dan korang semua diharapkan tarik nafas panjang2 dan banyakkan bersabar ye.. Chn sebenarnye tak suke condemn orang atau mencari kesalahan orang lain secara public..Chn juga tak suka mengutuk orang terang-terangan tetapi secara diam2, mesti la ada kalau ada yang menjengkelkan Chn. 

Tajuk di atas ni pun, memang agak annoying kan...hehehe..emmm...Ambil gambar makanan sebelum makan? korang mesti pernah buat kan..agak2 ianye mesti trend masa kini..Sbelum makan mesti ambik gmbr makanan tu masukkan terus dlm fb, twitter, instagram dll..why semua ni? kalau ikutkan logik akal, perlu ke ditunjukkan semua ni..???? Bg Chn, Chn paling x suka ambik gmbr makanan sbb makanan tu utk dimakan bkn utk diambil gmbr. Lagipun kite ke restoren utk makan, bukan utk mempamerkan makanan...




Chn google, google dan google, dan Chn akhirnya ada terbaca dalam satu blog ni yang membincangkan tentang trend orang suke upload pic makanan sebelum makan. Sebenarnye ia satu petanda orang yang sakit mental bg orang yg suke upload gmbr makanan sebelum menjamah makanan itu..hah..

Bg Chn, budaya atau trend mcm ni x de la menjuruskan kpd sakit mental bg rakyat Malaysia ni...asalkan niat tu skadar nk kongsikan kpd rakan2 fb..ok jgak daripada korang ambik gmbr muka korang yg cantik tu, pastu wat mimik muka duckface..menjengkelkan tau x...tu baru tanda orang sakit mental..

Satu je pesanan dari penaja ni:
Jangan la korang menunjuk-nunjuk sangat dengan makanan yang korang bakal makan tu. Tak baik tau..Tau la korang ada duit nak makan semua tu, tp kalau korang bg kat anak yatim, orang susah makan ..x pe la jgak..Mak Chn pernah nasihatkan Chn waktu Chn kecik dulu, kalau x nak bg kawan2 mintak makanan kite, jangan makan depan dia..So, Chn pun makan je kat dapur..


Ketika Chn study kat upsi dulu, Chn ingat lagi satu subjek yang pernah Chn ambik, iaitu psikologi abnormal. Tarik helaian rambut pn dikatakan salah satu gangguan psikologi..Banyak lagi sebenarnye ciri2 yg ada pada diri kita yang kita tak sedari ia menjuruskan kepada psikologi..Semua ni ada dalam DSM IV..(lama dh tinggalkan buku, berhabuk dalam kotak). Ok lah....setakat ni sje la Chn menaip..kalau korang nak tau lebih lanjut lg, korang google la dan baca la kat link ni


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Filem OramPutih Yang Paling Aku Suka Tonton~

Sekali lagi...
I'm come back with new story, new feeling and new excitement...kuikuikui..

Ok, baiklah. Since CHn lepas konvo, dari awal tahun 2013 sehingga hari ni, 2 hari sebelum menamatkan 2013, CHn masih lagi menganggur. Penat sgt2 bila otak tak diperah. Ilmu yang CHn perolehi di UPSI makin lama makin ditelan dek perut....kehkehkeh.. Al maklum la buku2 dh lama tersimpan dalam kotak. Nk bincang pasal teori kaunseling, CHn masih ingat id, ego dan superego je..Teori lain, out of service dh..

Dh nak wat cm ne, ni la nasib...nasib badan...ish, x baik tau mengeluh macam ni. Mungkin belum tiba masanya lagi rezeki CHn datang. Insyaallah, 2014 coming, mungkin rezeki baru akan datang. Posting oh Posting...

Oleh kerana Chn masih duk rmh dan x kerja, Chn layan je movie2 yg disukai. Free online je la..biasanye Chn layan citer dalam megashare ataupun putlocker. Namun, biasa la, mana ada subtitle malay..Jadi Chn download subtitle dalam malay (kalau ada) dan open with notepad..dan layan la movie online bersama notepad yg diskrollkan ke bawah.. kalau ada movie dari kawan2 ( mintak dan sedut guna pendrive) yg ni x de masalah. CHn boleh drag je masukkan subtitle ke dalam KMPlayer ....senang jer kan..

First skali, cerita yg paling best setakat ni yang Chn tonton adalah filem THOR. Bg sesiapa yang dh tonton, bg Chn ia best skali. Tgk hero dia pn wowwww!!!! mengancam... Babak yang paling CHn suka bila dia dh baik, dia dh x sombong, tiba2 hammer dia terus melayang datang dan skali dia sambar hammer tu..gahnye...
hehehe

Yg kedua, The Avenger..yg ni pn best gak. watak Thor pn ada..Ironman, Hulk, Blackwidow, Captain America dan Hawkeye. watak antagonisnye pula adik pada Thor iaitu Loki..Loki ni memang jahat..huh geram asenye nak bunuh dia. Memang jahat la, sbb dia kang anak kepada Laufey, raksasa kutub tu..

Chn sebenarnye suka tonton cerita berunsur magik dan fantasi. First ranking la kalau cite macam2 ni.. Level no 2 Chn suka tgk citer komedi, cinta dan science fiction..Yg paling Chn x suka adalah citer bunuh2, citer seram, citer mcm Final Destination tu...x mao la tgk..eee...takut dan geli la...




Antara filem yang Chn suke dan akan ulang tgk ulang tgk  ulang smpai puasssssss.....:::

1. The Hobbit : The Unexpected Journey
2. The Hobbit : The Desolation of Smaug
3. Jack The Giant Slayer
4. Thor 1
5. Thor (The Dark World)
6. The Avengers
7. The First Avenger : Captain America
8. Stardust
9. Mirror Mirror
10. The Adventure of Merlin (drama)
11. Snow White and The Huntsman
12. Alice in Wonderland (Tim Burton)
13. Harry Potter (wajib tgk semua)
14. The Chronicles of Narnia
15. Enchanted
16. Zathura : A space adventure
17. Bedtime Stories...

rasenye banyak lg..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Bertudung dan Solat


Kita selalu cakap perempuan bertudung tak semestinya baik,
tapi kalau dia budak baik, dia akan bertudung,
Sama juga kalau lelaki solat, tak semestinya dia baik,
Tapi kalau dia baik, dia akan solat ...ingat tu...
hehehe

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

MY Engagement Day 22 November 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, akhirnye smua persoalan tentang diri CHn terjawab..
Tanggal 22 November 2013, CHn selamat menjadi tunangan orang..huhu..
Majlis yang simple, tp dimeriahkan oleh abg2 dan kakak2 CHn yang balik ke kampung semata2 utk hari pertunangan CHn..
Apa yang paling CHn puas hati adalah semuanya CHn d.i.y sendiri..DO IT YOURSELF ok..
Dari pakaian, make up, photographer sehinggalah hntaran dan pelamin mini... :-)
Terima kasih juga diucapkan kepada mr fiancee, Mohd Nasrullah..banyak membantu :-) sy syang awk
pelamin yg ringkas, tp sweet~

Bantal couple pn diy sendiri

abg seibu, ayah anak saudara......

Hantaran CHn kpd pihak lelaki ::biase2 je



anak sdara CHn yg tlg susun bantal...tq ikhmal

ni ayah CHn

arissa, bsama dgn kain bucuknye




Photographer tak berbayar....

CHn guna kamera Sony DSLR..effect dan hasilnye bagus je la, nk excellent kena la ambik photographer yg mungkin beratus utk majlis pertunangan..emm..rasenye tak kot. kalau kahwin x pe la..tunang ni, rasenya agak membazir kalau ambik photographer berbayar..


Yang ni pekerja butik pelamin..hahaha..sbnrnya abg ipar

ni kakak CHn, doktor hasinah..hobi:suke makan


nak wat peace x jadi ek haziq?

peace!



yeaaa!! rombongan dh sampai!












dgn dua org anak saudara perempuan




ma tnya ketat ko cincin ni..hehehe..jari CHn kan sedikit berisi..hehe














tangan kami ni memang bammm kan..

apa pandang2? hehehe



nampak x veil dan tudung halfmoon tu..smuanye CHn diy sendiri..puas hati sgt2

saje nak tunjuk eyeshadow ..tajaan dr maybelline



start jem dh, nk mulakan shoot model plak dah :-p













*ade kebanyakan gambar yg tak boleh tekan? hehehe..yg tu x boleh la..private cikit..kalau yg blh tekan tu mgkin gambar ramai2 x pe la..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013