Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Kenangan Lama Menjengah Kembali

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia ini. Masa makin berlalu begitu pantas. Tahun 2013 pun dah lebih dari setengah.
Mulai dari saat ini, sy akan bahasakan diri sbg CHn. Senang, ringkasan dari nama pena sy sendiri, Cik Hafizah Nurani. Nak bahasakan SAYA, skema plak. Nak bahasakan AKU, x sopan. Nak bahasakan I, sy bukan anak orang mat saleh. Nak bahasakan KITE, sy bukan orang Melaka, hahahahaa..nak bahasakan AMBO, takut terkeluar byk plak perkataan kelate.
Baiklah. Sempena bulan yang mulia ini, CHn ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.(baru nak ucap)…hehehe. Tak pe la. CHn juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang bakal merayakannya. Ia menjadi bukti kepada kita semua umat Islam, yang kita telah memperolehi kejayaan setelah berpuasa selama sebulan.
CHn tiba2 teringat kat kawan2 U dulu. Imbas kembali kenangan dengan gambar yang disimpan dlm hardisk. Tersenyum sorang2 depan laptop bila satu persatu pic yg CHn simpan ditatap lama. Masa dan waktu jauh meninggalkan CHn sehinggakan CHn lupa seketika kenangan lama. Padahal waktu dulu CHn suka berada kat U. Tak nak balik kampung. Kalau boleh nak balik pn sekejap je, pastu p balik sana. Biar la sorang2 pn kat kolej, asalkan CHn tenang. Dah waktu tu mana la CHn ada teman istimewa, so, ia menjadi alasan kenapa CHn suka duk kat kolej lagi berbanding di kampung.
Hari ni CHn nak imbas kembali satu kenangan ni. CHn sebenarnya tak tau nak mula dari mana, sebab CHn tak de plak notakan tarikh pada satu event tu. Tu lah kelemahan CHn, kemahiran mendokumentasikan sesuatu perkara tu sgt2 la lemah. Nak jadi kaunselor macam mana la ni ek.hehehehe


Lets check it Out






Sory la ye, CHn pakai hentam je ambik gmbr ni. CHn x de pun dlm ini gmbr. Main upload je sbb rindu sgt2 nk tgk gelagat kwn2 CHn ni semua.


2 orang mek cun ni memang suka ambik gmbr:::



Yg ni baru la ada CHn..hehehe



mak aiii..kasut pn nak bergmbr

Bergambar bersama dgn pensyarah subjek kerjaya kami, Dr Noraini
Waktu ni, CHn lupa sama ada semester 3 atau 4. Nanti CHn rujuk dengan Ekslamasi Holistik k..bye..SYS

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kalau La Dia JodohKu

Tajuk tu sje je nak bg hot cikit entry ni n then masuk google..naikkan traffic blog I...hehehe..


Cuba anda fikir, dalam sehari berapa banyak perkataan ‘kalau’, ‘jika’ yang anda sebut? Kalau, jika, andai, sekiranya.... Tajuk lagu, tajuk cerita banyak menggunakan perkataan2 ni. Cuba kita singkap sekejap::::
Andai Ku Tahu – lagu kump ungu
Andai Itu Takdirnya – novel siti rosmizah
Jika – lagu melly goeslow
Seandainya – akim
Kalaulah Aku tahu – novel ayu emelda
Kalau bukan aku – drama, slot zehra tv3
Kalau aku kaya – lagu altimet feat awie rafael
Jika engkau – noah
Kalau dah jodoh – rancangan ustaz kazim elias
Kalau dah jodoh tak ke mana – ni quotes famous..faham2 sendiri la
 
Kalau dah jodoh, where to go?? hehehe
Sifat perkataan 'kalau' ni boleh ditafsirkan dengan dua maksud. 'Kalau' yang dah terjadi, dan 'kalau' yang belum terjadi..
Example:
1. “Kalau la tadi aku tak sempat tekan break, confirm aku berlanggar dengan lembu2 tu tadi”. Nasib baik!!
-  merujuk 'kalau' yang dah terjadi..
2. ‘Kalau awak rajin dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, Insyaallah awak akan cemerlang dalam peperiksaan nanti”
- 'kalau' yang belum terjadi..
Dalam Islam sendiri pun, dinyatakan rukun Iman yang terakhir, percaya Qada’ dan Qadar. Apa kaitannya dengan rukun iman yang ke-6 ni dengan “KALAU”? Cuba anda baca dan fahami semula contoh ayat pertama di atas.
“Kalau la tadi aku tak sempat tekan break, confirm aku berlanggar dengan lembu2 tu tadi”. Nasib baik.
Percaya qada’ dan qadar atau takdir ni maksudnya beriktikad bahawa Allah SWT Maha Mengetahui dengan terperinci berkenaan segala kejadianNya sejak azali dan apa yang berkaitan dengannya pada masa akan datang. Seperti Allah SWT Maha Mengetahui bahawa seseorang itu akan mengambil sebab-sebab dan ikhtiar tertentu, lalu dia akan dinilai oleh Allah atas apa yang diusahakannya tersebut. Beriman dengan qada' dan qadar juga bermaksud membenarkan bahawa segala sesuatu terjadi dan berlaku dengan kehendak (iradah) Allah SWT dan bertepatan dengan ilmu Allah SWT yangazali atau bersifat qadim. Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Yasiin ayat 12:
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam kitab (ibu suratan) yang jelas nyata".

Kesimpulannya, Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku dan akan berlaku. Semuanya di atas kehendak Allah S.W.T. Allah cakap A, A la jawabnya. Kita tak tau apa yg akan berlaku kat kita pada masa hadapan kan..thats why kita kena ikhtiar dan usaha. Tak perlu kita duk dlm rmh terperup je, menunggu ketentuan takdir. Takdir itu Allah dh tetapkan + dengan ikhtiar kita.

Jika ingin pandai, kena la belajar molek.
Kalau nak kaya, kerja la rajin2 pastu doa.
Berbalik kepada contoh ayat pertama, ia ibarat kita tidak mempercayai qada’ dan qadar. Sebenarnya contoh ayat pertama tu 'kalau', memang tu la yang akan berlaku dan telah berlaku..bukan sebab dapat emengence break baru selamat dari eksiden. Kita pun tak tau andai sempat break sekalipun, adakah kita akan selamat.haha...perkara ni nampak macam lekeh je kan..tapi agak melibatkan akidah sebenarnya bak kata ustaz..better kita ucap alhamdulillah bila kita selamat..
Itulah bukti kuasa Allah, dia beri kita sesuatu yang boleh kita pilih. Pilihan yang Allah bg teramat la besar maknanya dalam hidup kita sebagai seorang makhlukNya. Bukankah Qada dan Qadar tu rukun iman kita..percaya la apa yang jadi tu memang dah tersurat gitu..
Tak perlu “kalau” yang akan buat kita rasa kononnya kita yang mengubah keadaan tu.. 'Kalau' untuk contoh kedua tu pulak penggunaan ayat yang betul..Yg tu kira bagus la sebab motivasi semangat untuk berjaya. Lagipun perkara tu belum terjadi dan dengan izin Allah 'kalau' tu akan terjadi dengan usaha kita. Percaya dengan usaha dan doa sesuatu tu boleh kita miliki..tapi andai apa yang kita inginkan tak dapat atau terjadi sesuatu di luar kemahuan kita, terus percaya tu semua qadar dan qadar yang telah ditetapkan..elakkanlah menyalahkan takdir..
Supaya hidup kita dapat keberkatan dari Allah, jalanilah sesuatu hal yang telah tersurat dan tersirat di dalam TAKDIR ALLAH SWT.
~cik hafizah nurani

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Susah Dapat Apa Yang KIta Mahu


Dalam meniti hari2 sebagai seorang insan di muka bumi ini, kita sebagai makhlukNya perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kehidupan ini memerlukan banyak perkara utk dilengkapi supaya ianya menjadi lebih sempurna. Pernah tak anda lihat orang kaya? Agaknya mcm mana ye kehidupan mereka dan keluarga mereka? Dilimpahi dengan harta yang tak habis2 dipakai.
Kalau anda (orang kaya) yang terbaca entry saya ni, agak2 apakah perasaan anda sekarang ni? Happy/ Puas dengan semua yang anda miliki? Anda punyai kasih sayang, harta kemewahan? Cukup lengkap…
Kalau anda (orang miskin) yang terbaca entry saya ni, agak2 apakah perasaan anda sekarang ni? Adakah anda merungut dengan kehidupan anda? Anda punyai kasih sayang tapi anda tak ada harta untuk menyempurnakan hidup anda?
Ya, semua orang nak duit. Siapa yang tak nak duit. Nak masuk tandas 30sen. Nak beli aiskrim pun dah RM 1/ 2 dan banyak lagi la benda yang saya sendiri pun tak terhabis fikir untuk nyatakan satu persatu kerana ‘everything needs money’. Tak hairan la bila saya cakap cinta boleh kalah dengan duit.
Bagaimana pula dengan nasib saudara2 kita kat luar sana yang payah untuk mendapatkan sesuap nasi? Mereka bekerja siang malam untuk mendapatkan wang hanya untuk makan. Bila dah dapat 2-3 suap nasi pun sudah memadai bagi mereka (syukur sangat2). Mereka ni ibarat kais pagi mkn pagi kais petang makan petang.
Dan cuba anda bandingkan dengan orang kaya? Makanan mereka pn dah hampir mencecah RM100 sepinggan. Mak aiiii!! Kat rumah ada orang gaji yang masak, baju? Orang gaji yang basuh.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini?
Sebenarnya, saya cuba didik hati saya supaya menerima apa yang saya ada. Apa yang saya miliki sekarang. Dulu, sekarang dan masa depan jauh berbeza. Keinginan saya pada waktu kecik lain. Bila dah remaja berubah. Bila meningkat dewasa, lain la plak.
Waktu kecik nak disayangi. Waktu remaja nak baju cantik2. Waktu dewasa ni nak kahwin!!!!

Hahahaha..kantoi^^

Apa yang saya nak? Saya nak hidup bahagia, ingin disayangi oleh orang yang dicintai, nak suasana baru (alam pekerjaan), nak segala mcm kehendak (perkahwinan, kamera dslr, percutian). Itu semua kepuasan. Kenapa saya inginkan semua ni sedangkan saya tak pernah terfikir pun inginkan semua ni?
Sebab semua orang mampu mendapatkannya. Kenapa saya tak boleh???
Bila tengok kawan saya kahwin, saya pn nak mcm tu jgak. Ntah la, sy sendiri pn susah nak huraikan keinginan saya ini.

Apa yang mampu saya buat?


Hanya dengan doa blh merubah segala2nya
Allah tak pernah kata tidak untuk doa2 yang baik2. Allah hanya beri tiga jenis jawapan bila hambaNya berdoa iaitu
Yes
Not Yet
I got Something better In Mind

And sometimes, I think, lebih baik kita berdoa minta “dapat yang terbaik” daripada mintak benda yang kita nak. Semakin kita nak kat sesuatu benda tu, semakin tinggi kemungkinan yang kita tidak akan dapat.

Jom sama2 kita mengambil ibrah dari entry ini::::::::
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 (-Surah Al-Baqarah ayat 216)..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Life Needs Justice::

Assalamualaikum


Percayakan anda jika saya cakap sudah tidak ada keadilan mutlak kat dunia ni. Semakin kita terima hakikat ni, bermakna kita akan semakin tenang. Selagi anda tak boleh terima kenyataan dunia ni tidak adil, selagi tu lah anda akan kecewa, dan marah bila hanya kezaliman yang anda dapat.
Let me give u some example, orang selalu cakap : BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT.. tp hakikatnya tak seindah realiti. Dah nak buat mcm mana, dunia ni mcm2. Tapi sy tak salahkan dunia, org dalam dunia ni yang mcm2. Dunia hanya berputar untuk meneruskan masanya. Pernah tak tengok orang jahat bebas, terlepas? Hah..its more than that. Kadang2 ada orang jahat plak yang disanjung. Kemuncak ketidakadilan akan tiba ketika Dajjal keluar nanti..
Dan ada jugak bila mana kita mempersoalkan diri dengan orang lain. Ada yang tak solat, hidup senang, hidup mewah, kaya raya..Yang solat siang malam, tak kaya2..
Yg free hair plak boleh masuk U, pandai, bijak, cantik..Yg biasa2 plak, tersadai kat rmh..
Ini bukan drama, bukan filem. Ini yang telah berlaku dan akan terus berlaku terutama pada akhir zaman ni. Ini la yang sebenarnya dinamakan ujian iman..kalau mengikut pengajian tauhid tentang mengenal sifat-sifat Allah, kita sedia maklum bahawa Allah swt memberi dan menunjukkan sifat keadilanNya secara mutlak di akhirat kelak..manakala didunia Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman..

Bercakap tentang keadilan, pasti lah kita semua selalu mengharapkan ganjaran, pembalasan atau penghargaan terutama sesama manusia. Contohnya suami yang berpoligami tentu akan mengalami situasi di mana isteri akan merasa ketidakadilanan terhadap dirinya. Dalam berkerja pon sama..usaha kita yang lebih, tapi kurang mendapat ganjaran setimpal.
So jelas kan, tiada keadilan yang mutlak di dunia ni...dah tu macam mana kita nak menghadapi sesuatu situasi andai keadilan tu memang kita tak dapat walau macam mana pon usaha kita?..takkan kita nak salahkan Allah sebab tak berlaku adil..hahaha..dalam hal ni kita berbalik la semula kepada yang mula tadi..Allah sedang menguji kita..dan sebetulnya memang apa yang Allah berikan pada kita kat dunia ni adalah ujian..
Jangan pulak kita sangka hanya kesusahan tu je satu ujian..buat baik terus terus diberikan balasan, Allah berikan kenikmatan pon sebenarnya satu ujian..dengan cara ni jugak sebenarnya kita belajar untuk berlaku adil..bukan sekadar dengan manusia tetapi berlaku lah adil dengan Allah..ikhlas lah dalam beramal..ingatlah yang di akhirat kelak keadilan yang sebenar-benarnya akan Allah berikan..
Banyak hikmahnya mengapa Allah berbuat demikian..salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikkan dan meninggalkan larangan dengan  ikhlas, sabar dan istiqamah hanyalah orang yang beriman..percaya dengan yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau hukuman yang setimpal..
Cuba anda fikir fikir kan , renung renung kan . ayat ayat , kata kata di bawah ^^



Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.
Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai2 kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA.

Dunia ada keadilan.. cuma mungkin belum kita temukan.. atau kita dalam masa pahit dmana masa itu  keadilan belum ditemukan..ingat tuhan menciptakan kita semuanya adil. kita di beri kelebihan masing-masing..so keadilan bukanlah tidak ada.. tetapi kita tidak berusaha untuk merahi atau kita blom menemukannya...
Heee.eeee... Kerana Dunia ini Bukanlah tempat untuk menuntut & Mencari serta Mendapatkan Keadilan...!!!
Lalu dimana Tempatnya kita Mendapatkan KEADILAAN..??? Heee..eee.eee Mungkin di AKHIRAT..!!

Kesimpulannya, marilah kita betulkan niat dalam melakukan sesuatu tu biarlah kerana Allah. Trust and believe even there is no justice to us, walaupon tiada sapa dapat membalas kebaikan dan kejahatan di dunia, yakinlah hanya Allah yang mampu kemudian hari...jadi terima la hakikat ni dengan jiwa yang tenang. Allah itu Maha Adil!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Tips Untuk Cantik

Semua orang nak cantik, bukan nak cantik sangat sebenarnya nak sedap mata orang memandang kita. Sebenarnya ia tak perlu pun nak habiskan duit beli ubat-uabatan, makan macam-macam segala2nya yang boleh masuk dalam mulut.. jika tersilap makan parah. jika terlebih makan pun parah. jika kurang makan tak menjadi lak. macam-macam akan jadi jika kita sendiri tak tahu nak jaga kecantikan kita. Sama ada lelaki atau perempuan. sama saja. Setiap insan dicipta dengan keistimewaanya. Setiap insan dicipta dengan kebijaksanaan akalnya dan setiap insan dicipta dengan hatinya yang suci. Bagaimana kita nak guna akal menampakkan penampilan kita cantik dan bagaimana nak guna hati kita jaga kecantikkan kita. Semua kecantikan itu bergantung kepada cara dan amalan hidup kita sepanjang hari.
Bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan. Apa yang telah dianugerahkan kita kena bersyukur. Ini penting. setiap pemberiannya kita kena bersyukur. Kadang-kadang ia hanya nak uji kita bagaimana kita laluinya bila kita cantik, dia bagi lagi kita cantik. kita suka, dia bagi cantik lagi orang puji kita tapi kita lupa nak bersyukur dia tarik bila kecantikkan kita. mula la nak cari cara nak cantik balik tapi da silap dari awal.
Sentiasa berfikiran positif. Think positive ini penting untuk memotivasikan diri kita. Jangan kita kutuk diri sendiri nanti kita akan jatuh down dan tak da semangat. rasa diri terhina dan reaksi muka akan berubah sepanjang waktu. terasa diri sentiasa disisih. rasa macam orang kutuk kita. Tapi semua tu fikiran kita jea yang fikir. hati kita jea rasa yang terasa sendiri sebab diri sendiri. Bila kita fikir positif, kita ada keyakinan, ada motivasi walaupun muka tak seberapa orang akan pandang diri kita tinggi sebab mampu menyakinkan mereka. Hari-hari kita sentiasa positif, hari-hari kita akan ceria dan sedikit sebanyak texture muka akan berubah tanpa kita sedari dan lihat lah orang akan puji anda semakin encem dan cantik. bersyukur la sebab mampu menjadikan diri anda berubah. sebab setiap perubahan umur kita, akan berubah berperingkat ada 2 jea nak cantik kea hodoh?? nak baik kea jahat?? semua tu bergantung pada amalan, perbuatan adat harian kita. jaga hati kawal akal.
Sentiasa senyum. senyum ni seperti mana kita tahu merupakan terapi terbaik untuk cantik dan menjadikan diri itu lebih hebat. Dalam kajian pun sudah menunjukkan yang senyum ini mampu mengerakkan otot muka. tak perlu nak pergi spa mengerakkan otot muka. tak perlu nak cucuk muka nak gerakkan otot muka bagi jadi kulit tegang. Selain itu ia mampu membuat suhu badan terkawal seterusnya mampu kawal kawalan darah. dan Kalau seorang taknak senyum try cakap macam ini. awak kacak awak ncem, awak cantik, jika saya senyum, awak senyum la sekali. Bila kita berdua senyum nanti akan berjangkit orang yang tengok kita akan senyum, dan semua akan senyum. bila semua akan senyum dunia tiada penyakit lagi, semua sihat, semuanya sedap mata memandang.
Kurangkanlah penggunaan alat solek atau tak perlu pakai langsung. Alat solek diperbuat daripada apa?? tak adanya diperbuat daripada tumbuhan semuanya kena campur bahan kimia. Bila da campur bahan kimia sedikit n sedikit dia akan makan kulit kita. jika tiada effect diluar ada effect di dalam. Orang lelaki lebih suka memandang perempuan yang tak bersolek suka yang natural.. Jika terlebih solek diowg akan kutuk. Pernah tengok lelaki make up. Kalau pernah itu bukan lelaki dia saja buat-buat ayu .. tak kea hodoh. Hilang seri wajah kita nanti.

Bersenam. Rajin kea kita nak bersenam. jika lelaki bab Fitness jangan halang. mereka bila kata nak Fitness memang akan fitness. jika malas tak perlu bersenam, jika rajin bersenam, kecantikkan itu semula jadi. Senamlah otak anda. itu mampu mengerakkan otot muka. bersenam otak dengan melihat yang cantik, melihat benda baik, tengok lah keindahan alam betapa indahnya ciptaannya begitulah ciptaanya terhadap kita.

Wajib Amalkan pegangan agama, solat 5 waktu dan selalu amalkan solat sunat. Insyaallah muka kita akan berseri dan sentiasa bersyukur kepada yang Maha Esa. Ini memang wajid diamalkan. bila kita amik wudhuk ia seperti pembersih muka. Wudhuk itu lebih menyegarkan dan menyucikan. setiap 5 waktu kita akan cuci muka kita bersihkan muka kita. sepertimana kita tahu bukan saja pada muka sengaja difokuskan kepada muka jea. Solat sunat itu penyeri kita, amalkan selalu insyaallah sedap mata orang akan pandang kita selepas ini. Tanya la orang yang muka dia berseri-seri bercahaya apa rahsia dia. Dia akan cakap sembahyang jangan tinggal dan amalkan solat sunat. Insyaallah akan diterangi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Laskar Pelangi

berlarilah tanpa lelah demi mengejar impianmu..bebaskan dirimu...

 First time CHn  dengar lagu ini, hati mula terusik. Sekarang ini ada juga lagu yang berunsur motivasi yang bukan sahaja enak didengari tetapi senang diikuti.. Sungguh lagu ini memberikan satu semangat yang luar biasa...CHn tercari-cari siapakah penyanyi lagu ini. 

Akhirnya, dapat juga CHn mengetahui siapa penyanyi lagu ini dan yang paling penting judulnya sekali.(mudah bagi saya nak download di internet). Sungguh puitis halwa  teliga mendengarkan bait-bait lagu ini. Mungkin diri ini sahaja yang merasa sedemikian. Orang lain CHn tak tau la. Tatkala mendengarkan lagu ini, seolah-olah memberi satu semangat kepada diri betapa pentingnya untuk bebas mengejar impian walau kadang-kala dunia ini tidak adil

Betapa kita patut mencontohi laskar pelangi yang tidak pernah terikat dek waktu, betapa kita perlu berlari tanpa lelah dalam mengejar impian dan tidak jemu serta sentiasa bersyukur dengan pencipta. Bagi CHn lagu berunsur motivasi seperti ini, sesuai untuk pelajar-pelajar yang perlukan dorongan dalam mengejar setiap impian. 



Lagu ini juga mengingatkan kepada diri saya, di dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan dan sebagai manusia, kita perlu menwarnai setiap bintang dalam kehidupan, walaupun bukan semuanya adil namun yang penting kita telah mencuba membuatkan diri gembira hidup di dunia walaupun tidak seindah berada di syurga.


Moga-moga dengan lagu ini memberikan kita sedikit harapan untuk mewarnai dan mengejar impian kita. Insya Allah dengan izinNya setiap impian pasti menjadi kenyataan. Dan apa yang CHn harapkan semoga kalian mendoakan kebahagian CHn..
p/s- berlarilah utk ketenangan jiwa^^



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Love And Materialistic


Pernahkah anda dengar mengenai wanita yang memilih harta berbanding cinta atau dalam bahasa mudahnya perempuan materialistik?..Hah, kalau dari pengalaman saya sendiri la kan, sy tak pernah jumpa lg perempuan mcm ni. Tp dlm kalangan rakan2 sy di UPSI, ada la sorang dua. Tu pun tak nampak ketara sgt. Sebab mrk ni masih lg student. Sebenarnya, wanita metarialistic memang ada dan bersepah.

Tujuan materialistic ni sememangnya inginkan kemewahan.
Isu perempuan materialistik ni kebiasaannya saya banyak tengok di TV shj. Yang ni, memang sy benci sgt, bila ada je dalam movie/drama, watak perempuan materialistik yang gedik, nakkan harta semata2, tapi jangan pelik bila perempuan materialistik ni semuanya cantik.
Contoh yg dapat sy gambarkan dalam tahun 2013 ni, watak Ayu yang dibawakan khas oleh Nabila Huda dalam drama Teduhan Kasih memang memberi impak yg besar kepada peminat novel/drama tanahair. Berlambak status di FB yang bencikan watak Ayu ni sebab perwatakannya yang gila2, gediks, iri hati dan juga materialistik.
Perempuan jenis materialistik ni confirm2 la tak pandang lelaki yg tak de duit walaupun hensem dan baik. Yang penting bagi mereka ialah harta dan kekayaan yang dimiliki oleh sang lelaki terbabit.
Duit memang penting, segala2nya memerlukan duit, tp duit bukan segala2nya. Faham tak ayat sy ni? Hehehe...
Dalam pengalaman sebagai seorang student, ada suatu ketika di dalam bas sepanjang perjalanan ke kolej kediaman, seorang rakan saya berkata “ore ngaku ore ni jenis pentingkan duit, kalau cari laki, ore nk cari ore kaya. Sene hidup ore”
Bila seorang perempuan keluarkan kenyataan mcam ni “ciri-ciri lelaki idaman aku mestilah kaya" atau "cinta tak boleh bagi makan anak orang" – I think its better you leave this person, seriously and find another woman who can make your life happier!!!!!
Satu lagi kisah yang pernah sy tonton di kaca tv iaitu drama telenovela RUBI. Do u remember this telenovela? Sy memang suka tgk Rubi ni sebab dia cantik, tp malangnya dia adalah seorang perempuan MATERIALISTIC...Ending cerita ni agak puas, tp memuaskan, agak sadis, tak sedih tp gembira, jiwa memberontak dan mcm2 yg dapat sy rasakan kerana akhirnya Ruby mendapat balasan yang setimpal atas perbuatannya. Dia watak utama tetapi watak utama tak memberi apa2 makna kalau watak utama adalah watak antagonis.
Cantik kan dia...tp seksi..
Rubi uses her beauty to manipulate others to get what she wants and, to no one’s surprise, her ultimate goal is money. She falls in love with someone, but dumps him when she realizes he is not rich. What’s a girl to do after a breakup? Well, if you are Rubi, go and have an affair with your best friend’s wealthy fiancé—even though you clearly don’t love him. To top it all off, run away with said fiancé during his wedding… to your best friend.
Di antara ciri-ciri perempuan materialistic ni adalah inginkan lelaki kaya sebagai bf, No Money:::No Love, mungkin ini prinsip2 perempuan jenis ini.
Kalau diberi pilihan, sorang laki biase, sorang kaya, tapi hati korang ada kat laki biase ni. Hanya tuhan je la yang tahu..tak alami sendiri sapa tahu kan...In my opinion, kuatnya kuasa cinta tu (THE POWER OF LOVE) mcm lagu celine dion, harta dan kemewahan takkan dapat melawan kuasa cinta yang Allah kurniakan..biar la sebelum tu tak nak laki miskin, nak yang kaya je..tapi bila jodoh yang sebenar muncul, baru korang tau..hahaha..masa ni sebab dah cinta betul, susah bersama pun sanggup..


So, kesimpulannya cinta cannot dibandingkan dengan harta, sebab apa yang kononnye di bandingkan tu bukanlah realiti cinta yang sebenar pun..cuba laki kaya tu tetiba muflis, tentu la korang yang materialistik ni pun nak tinggalkan dia kan (sadisnya)..tu bukannye cinta..tu forever alone.
Sy harap korang faham la yang entri ni bukan aku nak mengata orang perempuan, cuma nak bagi ‘pencerahan’ yang perempuan materialistik ni sebenarnya belum jumpa cinta sebenar, sebab tu dia boleh cakap camtu. ^^
p/s: maaf jika campur aduk BI n BM..smua ni pengaruh Jibam OHMYENGLISH


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kenapa Kita Ada?

Kewujudan sesuatu adalah berdasarkan tujuan.wujudnya air untuk kegunaan hidupan.wujudnya langit untuk melindungi bumi.wujudnya bukit untuk stabilkan bumi.


wujudnya manusia..rasanya,untuk apa?






;)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Prinsip Kaunselor

Seorang kaunselor seharusnya mempunyai prinsip tertentu dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis. Antara yang boleh dijadikan sumber adalah pengajaran daripada Stephen Covey. Pengajaran ini sedikit sebanyak boleh sama-sama dijadikan panduan:
Habit 1-Be Proaktif
1.      Kaunselor perlu wujudkan program yang proaktif. Program trasisi adalah reaktif.
2.      Reaktif fokus menggunakan tenaga di dalam ‘ circle of concern’ iaitu bertindak balas kepada keperluan semasa yang timbul. Ini menyebabkan kaunselor rasa terbeban dan merasa burnout.
3.        Proaktif fokus menggunakan tenaga berdasarkan ‘ circle of influence’ melakukan sesuatu yang mana ia mempunyai kawalan dan kemahiran.
Habit 2 - Begin With The End In Mind
1.      Semua kaunselor di dalam sebuah sekolah bertanggungjawab sebagai pemimpin dan pengurus.
2.      Untuk mendapatkan program yang berkesan semua kaunselor bertanggungjawab ‘doing the right things’ dan ‘doing things right’.
3.      Tanggungjawab dan  visi secara kolektif to create a visionary  model of excellence.
4.      Perlu cipta pernyataan misi sesuatu program.
an organisational mission statement-one that truly reflects  the deep shared vision and values of everyone within the organization – creates a great unity and tremendous commitment’( Covey)
Habit 3 - Put First Thing First
Aktiviti jatuh di dalam salah satu quadrant berikut:
            -penting & urgent
            -penting & tak urgent
            -tak penting & urgent
            -tak penting & tak urgent
Habit 4 - Think Win / Win
1.      Berfikir menang / menang bermakna bekerja mengikut paradigma konseptual yang memerlukan keuntungan kedua-dua pihak secara berterusan di dalam semua interaksi sesama manusia.
2.      Berfikir menang/menang adalah satu falsafah bukan teknik.
3.      Kaunselor sekolah perlu mencari jalan mengurangkan jurang antara guru-guru dengan pelajar, pelajar-pelajar dengan ibu bapa, pentadbir dengan guru-guru dll.
4.      Masalah dapat diatasi jika kita dapat belajar mendengar antara satu dengan lain dan berfikir secara kreatif bersama dengan conscience
Habit 5 - Seek First to Understand.Then to Be Understood
1.      Kaunselor perlu menjadi role model mengenai komunikasi empati.
2.      Dengan berbuat demikian kita membenarkan orang lain mendengan diri mereka sendiri dan kenal keperluannya.
3.      Kita juga perlu mengajar kemahiran mendengar secara di dalam kelas, kursus dalam perkhidmatan, kelas ibu bapa, melalui buletin atau dengan cara-cara lain.
Habit 6 – Synergize
1.      Sinergi wujud apabila keseluruhan lebih besar dari sebahagian. Kebanyakan program sekolah berfungsi secara bersendirian tanpa menampakan keseluruhan gambaran apa yang sepatutnya menjadi satu program yang besar dan berkualiti di sekolah dan menampakkan kehebatan sekolah.
Habit 7 - Sharpen the Saw
1.      Seseorang kaunselor memerlukan pembaharuan dari segi fizikal, sosial/emosi, spiritual dan mental yang diperlukan untuk mengukuhkan habit-habit yang ada supaya dapat berfungsi dengan berkesan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

6 Kaedah Mendidik Anak-Anak

Mendidik Akhlak, Adab dan Budi Pekerti
Ilmu yang tinggi tidak membawa apa2 faedah jika seseorang itu tidak beradab serta berakhlak dengan Allah dan sesama manusia di sekelilingnya. Ibu bapa hendaklah memastikan ilmu dan amalan anak-anak menunjukkan akhlak yang terpuji. Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.”(Riwayat Tarmizi).

Mendidik Anak-anak ke Arah Matlamat Hidup yang Jelas
Anak-anak yang lahir sememangnya dalam keadaan suci dan fitrah. Dari sini ibu bapa yang akan mencorak anaknya ke arah Nasrani, Majusi dan Yahudi. Anak-anak yang tidak ada matlamat yang jelas akan mudah terpesong daripada landasan yang benar dan mudah hanyut dengan duniawi. Matlamat hidup tidak lain iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Mendidik Anak Supaya Memiliki Iman yang Teguh dan Mantap
Ibu bapa dituntut menerapkan iman yang teguh dan ilmu yang mantap dalam dada anak-anaknya supaya dapat menepis sebarang anasir jahat. Malah disunatkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri semasa bayi baru dilahirkan. Biasakan anak-anak mentaati perintah Allah. Sabda Nabi yang bermaksud: “Perintahkan anak-anak kamu supaya mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Demikian itu dia dapat melepaskan diri daripada seksa neraka.” (Riwayat Ibnu Jarir).

Mendidik dengan Hukum-hukum Syarak
Mendidik anak-anak dengan rukun-rukun Islam sama ada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Ibu bapa juga disarankan mendidik batas-batas pergaulan dan batas-batas aurat. Hal ini termasuklah memisah dan mengasingkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak lelaki serta anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW: “ Dan pisahkanlah tempat tidur mereka (setelah berumur 10 tahun).” (Riwayat Hakim dan Abu Daud).

Mewujudkan Suasana yang Harmoni dan Toleransi serta Saling Menyayangi
Suasana yang harmoni dan saling bertoleransi serta saling menyayangi akan mewujudkan satu keluarga yang aman damai dan tenang dalam melayari bahtera keluarga dengan penuh keredhaan Tuhan. Dengan bertoleransi, satu umat Islam akan saling menghormati dan menyayangi antara sesama Muslim di seluruh dunia.

Memberi Nama yang Baik dan Membuat Akikah Untuknya
Nama yang baik akan berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah dapat dikaitkan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan terpelihara dengan akikahnya, maka sembelihlah haiwan pada kelahirannya. Pada hari itu dicukur rambut dan diberi nama.” (Riwayat Ahmad)








Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013