Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Masalodeh Rangup Versi Saya

Assalamualaikum

Fuh! penat..baru je lepas santap hidangan petang - masalodeh versi saya!

Rasanya sedap, tapi nk buatnya memang penat. Maklumlah, CHn guna cara lama iaitu dengan menumbuk kacang dal. 

Tapi memang berbaloi..

Resepinya:

1. Rendam kacang dal selama semalaman. Tapi CHn rendam sekejap je, dari pukul 10 pagi sampai 4.30 petang

2. Tumbuk kacang dal (atau pn anda boleh guna food processor) kalau guna blender kering x jadi. 

3. Tumbuk sekali dengan 
    -bawang merah (2 ulas), bawang putih (2 ulas), halia (sedikit je), serbuk masala, udang kering, kangkung dihiris halus2, cili padi 1 je, garam dan serbuk perasa. 

4. Campurkan kesemua bahan2 ini. Bersiap sedia untuk membentuknya



3. Ingat, jangan campur pn dengan air. Nanti nk goreng susah la, habis terberai mcm nasi beras siam!!!





Jom makan :-)





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Tutorial Adobe Photoshop - Border Gambar Menggunakan Layer Styles

Di dalam tutorial ini, kita akan mempelajari bagaimana utk menyimpan, memasukkan dan menggunakan semula layer style..Layer style dalam PS ni merupakan cara terbaik untuk mencipta kesan2 gambar dan teks yang menarik tanpa memerlukan usaha yang lebih, ataupun pelbagai kemahiran. 

Anda tak perlu belajar PS dengan gigih sepanjang hidup anda dan teori warna untuk memulakan aplikasi drop shadows, strokes, gradients, patterns, inner dan outer glows dan banyak lagi dalam gambar anda dengan gaya2 layer ini. Sebenarnya apa yang diperlukan ialah anda perlu memanfaatkan layer styles dalam PS dengan sanggup untuk bermain di dalam PS dan mengeksperimen setiap satu tool di dalamnya.
PS menjadikan kerja lebih mudah dengan menyimpan penciptaan layer style, so, kita akan lebih mudah mengaplikasikannya semula untuk gambar2 lain tanpa kembali membuat semula langkah2 yang sebelumnya. Di dalam tutorial ni, kita akan buat bingkai gambar yang simple menggunakan layer styles. 

Step 1: Open picture

Dengan gambar yang telah dibuka di dalam PS, apa yang perlu kita buat adalah dengan menambah layer untuk duplicate background layer. 
Jika kita tengok gambar di dalam panel layer kat hujung bawah sekali tu, kita sudah ada layer bernama Background. Layer ni lah yang mengandungi original photo. PS tidak benarkan kita aplikasikan apa2 efek ke atas layer ni sebab tu lah kita kena duplicate. Cuba anda tekan kat Layer Styles icon kat bawah panel layer tu. Anda akan nampak ia berwarna kelabu dan unavailable.
Let’s get around this little problem ni dengan creating a copy of the Background layer. Pergi ke atas menu, cari Layer kat atas screen, pilih New dan pilih Layer via Copy


Or, for a much faster way to duplicate a layer, tekan je Ctrl+J kat keyboard anda!
Hasilnya mcm kat bawah ni yang CHn tandakan dengan merah.kan ada layer baru.


Step 2: Apply A Black Stroke To The Layer

Seperti yang CHn mention kat atas tadi, kita akan mencipta satu frame yang simple menggunakan layer styles, and the first thing we’ll do is create a black border around the edges of the photo. Klik di atas ikon Layer Styles di bawah panel layer dan pilih Stroke


This brings up Photoshop’s Color Picker. Select black for the stroke color. If you’re not sure how to use the Color Picker, simply enter a value of 0 for the RG and B options, circled in red. This will select black. Click OK when you’re done to exit out of the Color Picker:


Sekarang, setkan Stroke seperti gambar di atas. 



Tadaaa!!! jadi la macam ni



Step 3: Add A White Inner Glow

Nak nampak lebih kemas, tambah pula efek Inner Glow






Frame akan menjadi seperti ini!


Nak tambah seri lagi, tambah je Inner Shadow









Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Tutorial Adobe Photoshop CS5 - Letakkan Gambar di dalam Teks

Assalamualaikum

Akulah Penganggur Terhormat!! So, kerana status inilah CHn suka buat entry..hehehe


Tak payah banyak ckp, lets get it started!


Step 1: Open gambar yang anda nak!

CHn ambik wallpaper ni.




Step 2: Duplicate Background Layer. 
Jika kita tengok kat panel layer, kita cuma ada satu layer sahaja bernama Background. layer ni terkandung gambar wallpaper kita tu. Kita perlu duplicate layer ni, dan cara yang paling mudah ialah gunakan shortcut keyboard anda dengan menekan CTRL+J. 
Tapi make sure kedudukan layer tu betul. Sekarang kita dah ada dua layer. Original Background layer kat bawah, dan salinan (copy) Background layer kat atas, di mana Photoshop akan automatik namakannya sebagai Layer 1. 
Cuba tgk gambar di bawah ni tempat CHn dah highlightkan dengan garisan merah tu.



Step 3: Tambah layer kosong di antara dua layer
Pastikan anda highlightkan layer Background tu seperti no 1 yg CHn tunjukkan tu. Sekarang tekan kat bawah tu, yg no 2 tu. Secara automatik keluar la Layer 2

We now have a new blank layer named “Layer 2″ sitting directly between the Background layer and “Layer 1″:


Step 4: Fill new layer with white

Pergi ke MENU, cari EDIT, cari FILL, dan akan keluar la box mcm kat atas ni. TEKAN OK.

Dan akan muncul Layer 2, mcm gambar di atas ni yg CHn bulatkan tu. 


Step 5: Pilih "Layer 1" di dalam panel layer 
Highlightkan seperti yg CHn buat ni dan 


Step 6: Pilih Type Tool










Step 7: Choose A Font In The Options Bar

Hah, yg ni jangan risau lagi. Set kan mana2 size dulu..



Step 8: Set White As Your Foreground Color


Step 9: Tambahkan Teks Anda!



Bila dah siap tulis, klik kat bar checkmark ni



Step 10: Resize and Reposition The Text With The Free Transform Command

Yang ni anda mestilah gunakan CTRL+T untuk besarkan tulisan tu. Bila dah rasa ok dengan size yang anda nak, Tekan ENTER


Step 11: Drag The Text Layer Below “Layer 1″

Seperti yang saya dh highlightkan tu, drag Layer yang bertulis HAFIZAH tu ke bawah, tahan mouse, dan lepaskan bila ia menyentuh Layer 1. 

Jadilah macam ni.

Secara automatik, bila anda drag Layer HAFIZAH tu, hilanglah tulisan HAFIZAH tu. 




Step 12: Select “Layer 1″ Again

Pergi ke layer MENU, cari Create Clipping Mask


Dan hasilnya jadilah macam ni.hehehe
 Kalau anda nk cantikkan lagi, ikut la step mcm kat bawah ni ye









HASIL TERAKHIR*











Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Bulan Jiran Angkasa Paling Dekat

Assalamualaikum

Masuk saja pertengahan bulan-bulan tahun Hijrah, kita pasti dapat melihat keagungan ciptaan Allah SWT yang sangat cantik iaitu bulan purnama. Sehinggakan kita juga boleh melihat bayang-bayang pada malam hari kesan cahaya daripada bulan sekiranya kita berada di tempat yang gelap dan tiada pencemaran cahaya.

sumber: pakcik Google


Satelit Semula Jadi

Bulan merupakan satu-satunya satelit semulajadi planet Bumi. Berbanding planet-planet lain, ada planet yang mempunyai lebih daripada satu bulan seperti planet Marikh yang mempunyai dua bulan dan ada planet yang tidak mempunyai bulan seperti Utarid dan Zuhrah. Bahkan ada planet yang mempunyai berpuluh-puluh bulan seperti Musytari, Zuhal dan Uranus.
Bulan ialah jisim yang beredar mengelilingi sesebuah planet yang bersaiz lebih besar daripadanya. Bulan bumi hanya bersaiz satu perempat daripada saiz Bumi. Diameternya 3476 kilometer dengan kekuatan gravity hanya 0.6 yang bersamaan dengan satu perenam bumi. Jarak bulan dari bumi secara purata ialah 384 403 kilometer.



Tahun Hijrah yang Berpandukan Kepada Bulan

Seperti yang kita maklum, umat Islam menggunakan kalendarnya sendiri yang dinamakan sebagai kalendar Hijrah. Dalam kalendar Hijrah, terdapat 12 bulan yang sememangnya dicipta berdasarkan pergerakan bulan sehari-harian. Kita pasti boleh mengagak berapa hari bulan kalendar Hijrah apabila melihat bentuk bulan. Itulah salah satu keindahan Islam yang boleh kita lihat pada penciptaan bulan. Agak-agaknya hari ni berapa hari bulan dalam kalendar Hijrah?



Keadaan Bulan Bumi

Walaupun dilihat cantik dari Bumi apabila bulan purnama, keadaan sebenar di permukaan Bulan adalah tandus, berkawah dan bergunung-ganang. Bulan tidak mempunyai atmosfera seperti bumi dan ini menyebabkan cahaya matahari terus ke permukaannya. Hal ini menyebabkan keadaan suhu pada waktu siang boleh mencecah 100 darjah Celcius bersamaan dengan suhu air mendidih. Berbeza dengan keadaan pada waktu malam, suhunya boleh menurun sehingga -200 darjah Celcius.

Ketika bulan purnama, kita boleh melihat permukaan bulan yang cerah dan gelap. Permukaan bulan yang cerah merupakan gunung-ganang manakala permukaan yang gelap adalah kawah atau tanah rendah.

Kawah-kawah di bulan kebanyakannya terbentuk akibat hentaman meteoroid atau hasil letupan gunung berapi yang berlaku pada peringkat awal kejadian bulan. Tidak terdapat udara dan air di Bulan. Kawah-kawah yang terhasil akibat hentaman komet. Oleh sebab ketiadaan udara dan air, hakisan tidak berlaku di sini dan ada antara kawahnya berusia jutaan tahun serta masih utuh. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada kedengaran suatu bunyi pun di bulan.


FAKTA MENARIK TENTANG BULAN
-Satu-satunya satelit semulajadi bumi
-Objek paling cerah di langit tetapi tidak mempunyai cahaya sendiri
-Tidak mempunyai sebarang kehidupan.
-Tidak mempunyai atmosfera dan air.
-Jarak purata dari Bumi: 384403 km
-Diameter: 3476 km
-Masa putaran: 27.32166 hari
-Magnitud kecerahan: -12.74
-Suhu maksimum: 123 darjah Celcius
-Suhu minimum: -233 darjah Celcius






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Tutorial Adobe Photoshop CS5 Clipping Mask Bahagian 2 - Masukkan Gambar dalam Border

Assalamualaikum

Kali ni CHn nak buat sambungan dari tutorial yg lepas. Tutorial pertama CHn ada save gambar yang di clipping mask kan..

Sekarang CHn nak open balik gambar tu




Langkah 2: Buka file baru iaitu New kat menu atas sekali tu



Kat sini, pilih Custom, size korang set kan ikut suka korang..hehe



Sekarang, buka pula gambar border. Yang ni CHn ambik dalam laptop CHn, sebaik-baiknya gunakanlah picture border tu yang format PNG.



Hah, ini dia ada 2 bentuk border. OK. CHn pilih yg sebelah kiri tu tau



Now, ambik Eraser Tool



Padamkan yang tak nak tu.



Tinggallah border ni je dalam layer ni.



Oleh kerana warnanya senang utk di padamkan, anda ambik Eraser Tool sekali lg, tapi ambik Magic Eraser Tool pula tau. Dan tekan di dalam border tu yang ada warna purple tu. Sekaligus dia akan padamkan tanpa apa2 kesan. 



Jadilah macam dalam gambar di atas ni



Untuk centerkan kedudukan border ni, drag gunakan Move Tool kat tempat CHn bulatkan tu



Kan dah jadi center tu.



Kalau anda nak edit kat layer yang sama, boleh je. Tapi CHn suka edit di dalam layer baru. So, buka la new file dengan size yang baru. Lepas tu, anda drag kan border tu masukkan dalam layer baru. 



Di dalam layer baru, resizekan border tersebut. Gunakan CTRL+T serentak. kecikkan atau sesuaikan dengan saiz yg anda suka. 



Nampak tak CHn ada bulatkan warna merah kat atas tu. Yang tu adalah gambar yang diclipping maskkan oleh CHn. Ambik layer gambar tu, Drag pastu letak kat tepi.



Bila dah drag, dia jadi mcm ni. Duk sebelah menyebelah.



Sekarang, ambik Move Tool, tekan kat gambar yang dah di clipping mask kan tu. Drag masukkan dalam layer border. 



Bila dah jadi macam ni, anda resizekan semula gambar anda tu. 



Gunakan CTRL+T



ok. gambar anda dah sama saiz ngan border tu. Layer gambar anda tu, anda simpan kan kat bar yang CHn gariskan tu. drag letakkan di situ. 



Bila dah ok, boleh la tekan ENTER pada laptop anda. hehe



Jadilah macam ni



Perasan tak, Layer 3 adalah gambar anda, Layer 2 adalah border tu. Jadi, nak bagi nampak cantik dan kemas, drag kan pula kedudukan layer tu.



Drag Layer 2, tahan mouse anda, tindih Layer 2 atas Layer 3 macam anak panah ni.




Dan akhirnya siap!...save dlm format PNG. Boleh digunakan utk header atau apa2 saje, banner ke..amacam? 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013