Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Modul Kemahiran Belajar Tanyalah Saya

Emm..makin banyak jugak entry yg sy buat dlm bulan april ni, tp masih lg kurang follower dlm blog sy.mgkin sbb sy malu nk promote blog ni..masih byk yg kurang..berbanding dgn blog2 yg hebat d luar sana..ok la, sy nak share satu lagi benda mengenai kaunseling...
iaitu
Modul Kemahiran Belajar..
Tajuk : Tanyalah Saya..
*credit to : Siti Asma Arifin..
Ok, sila tekan sini dahulu ye..***
Terima kasih, n then tekan sini utk dapatkannya ***

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Bersihkan Minda, Jiwa Positif

Lihat gelas di atas dengan baik. Kemudian cuba tanya diri anda sendiri tentang gelas tersebut.

Sekiranya anda menjawab gelas itu “separuhnya dipenuhi oleh air”, maka anda sebenarnya adalah seorang yang positif.

Sekiranya anda menjawab gelas itu “separuhnya adalah kosong”, maka anda sebenarnya adalah seorang yang negatif.

Sekiranya anda melihat sesuatu secara negatif, latihlah diri anda bermula dari sekarang untuk melihat sesuatu yang negatif sebagai positif. Sebagai permulaannya, cuba lihat setiap perkara positif yang ada pada kawan, keluarga dan masyarakat walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai 1001 kekurangan.

Selamat mencuba dan renung2 kan...:-)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Beza Murid Berakal Dengan Murid Nakal

Bak kata pepatah, lain padang maka lainlah belalangnya. Begitu jugaklah dengan sekolah maka lainlah guru, murid, kerani dan tukang kebunnya. Namun kita bukannya nak bandingkan guru atau tukang kebun, tp tentang ragam dan karenah murid2. Yakni perbezaan antara para pelajar atau murid yang berakal dengan murid yang nakaL.....

Murid berakal
  • Baki duit belanja sekolah simpan dalam tabung
Murid Nakal
  • Pau duit tabung belanja kawan sekolah.
murid nakal..
Murid Berakal
  • Duduk diam2 ketika cikgu mengajar dalam kelas
Murid Nakal
  • Diam2 keluar dari kelas ketika cikgu mengajar





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Review The Adventure of Merlin S1E2

Episod 2 : Valiant
Episod kali ini menceritakan mengenai Valiant, iaitu seorang pahlawan dari Western Isles memperolehi perisai yang dihiasi dengan gambar tiga ekor ular yang telah dijampi dengan sihir. Ianya dijual oleh seorang ahli sihir yang menjampi perisai itu menjadikan gambar ular itu bukan sekadar gambar di perisai malah ia hidup di dalam perisai itu. Valiant akhirnya membunuh ahli sihir terbabit kerana perisai gambar ular itu mengeluarkan ular hidup dan membunuh ahli sihir tersebut. Dengan membawa perisai itu, Valiant menuju ke Camelot untuk menyertai kejohanan tahunan. Juara bertahan yang selalu menang adalah Putera Arthur.



Sementara itu, di Camelot, Putera Arthur sedang berlatih bertarung dengan Merlin. Kasihan Merlin, dia bukannya pandai dalam main2 pedang. Sekejap kena badan, sekejap kena kepala...whatever la..tapi si Merlin kan hero cerita ni.....last2 Merlin terbaring jatuh sebab tak tahan dah kena serangan bertubi2 dari Arthur.
Arthur             :           Nampak lebih berani daripada apa yang disangka. Kebanyakan orang gaji saya dah pengsan lepas kena pukul sekali je.


Balik2 rumah, Gaius ketawa tengok Merlin dengan rupanya yang serabai. Begitulah hari pertama bekerja sebagai orang gaji kepada putera Arthur. Sakit semua urat dan tulang Merlin dikerjakan oleh Arthur.

Hahahaha..kasihan Merlin. Dia merungut dan mengeluh dengan kerjanya yang banyak. Ya, semua orang ada kerja. Malah Arthur sebagai putera pun ada banyak kerja. Sebabnya kenapa? Putera Arthur kan bakal menjadi raja. Rakyat banyak berharap pada dia. Dia sendiri pun banyak tekanan. Keesokan harinya, pagi2 lagi Merlin ke rumah Guinevere nak belajar macam mana nak pakai baju besi untuk para pahlawan.


Sebelum perlawanan bermula, Merlin kena pasang la macam2 jenis besi kat badan Arthur.
Arthur             :           Awak tahu tak kejohanan ni bermula hari ni?
Merlin             :           Ya, tuan.....awak takut ke?
Arthur             :           Saya tak takut.
Merlin             :           Ya ke? Saya ingatkan semua orang akan takut.
Arthur             :           Boleh tak awak diam!!
Memang masa ni saya tak suka kat Arthur. Sebabnya dia memang sombong dan angkuh. Merlin sahaja yang boleh tahan dengan sikap dia. Sebenarnya Arthur ni dalam tekanan. Ayahnya Raja Uther banyak mengharapkan semua yang terbaik daripada Arthur. Dia perlu melakukan dengan terbaik demi semua orang.


Raja Uther memulakan perlawanan dengan kata2 aluan. Kejohanan yang diadakan selama tiga hari ini sebenarnya untuk menguji keberanian, kemahiran sebagai pahlawan dan pastinya pencabarnya ialah Putera Arthur, juara kejohanan yang lepas. Hanya seorang sahaja yang akan dimahkotakan sebagai juara dan akan mendapat hadiah 1000 keping emas. Ia adalah pertarungan di mana kita semua akan mempelajari sikap semulajadi pahlawan sama ada dia pastinya seorang wira atau hanya seorang yang penakut. Raja Uther apa lagi, dia memang berharap dengan Arthur tu. Dia percaya yang Arthur akan membuatkan dia bangga. Tetapi bila tengok wajah Arthur, memang dia tertekan. Pertandingan dimulakan, Arthur dan Valiant dengan mudahnya mengalahkan lawan mereka.


Jeng jeng, Merlin dengan mudahnya guna magik dalam bilik dia. Semua besi2, sama ada perisai, kasut boot Arthur, pedang dan semuanya la dibersihkan, ditajamkan oleh MAGIK! Power kan Merlin ni. Sambil2 dia baca dan belajar dari buku magik yang Gaius bagi pada dia. Sementara itu di istana, Raja Uther memuji Valiant dan memperkenalkan Morgana, anak jagaannya kepada Valiant.


Esoknya pula, Merlin nak pergi ambik perisai2, pedang dan semua senjata yang Arthur perlukan di dalam stor, Merlin dengar bunyi desiran ular kat perisai Valiant. Dia dapati lukisan mata ular tu berkelip dan bercahaya. Sebelum Merlin dapat sentuh perisai itu, tiba2 je Valiant datang menghalang Merlin dari melihat kat perisai dia.  Merlin berjaya melarikan diri dari stor tersebut tanpa membangkitkan syak wasangka Valiant.


Merlin sudah pandai memakaikan baju2 besi kat badan Arthur. Nampaknya dia sudah mahir. Arthur menuju ke medan pertempuran. Babak yang dipaparkan adalah pertempuran antara Valiant dengan seorang pahlawan bernama Ewan. Valiant menggunakan magik perisainya dan mengarahkan ular dalam perisai itu keluar dan mematuk Ewan.



Gaius mengangkat Ewan masuk ke dalam rumahnya untuk dirawat. Gaius mendapati terdapat satu patukan ular pada leher Ewan. Merlin ni nampak je macam bodoh, tetapi dia boleh agak yang Valiant punca Ewan kena patuk ular. Ewan hanya dapat diselamatkan sekiranya diberikan antidote dari racun ular itu juga.


Merlin masuk istana dan dia mengintip Valiant dalam kamarnya. Masa tu Valiant tengah bagi makan kat 3 ekor ular yang ada pada perisainya. Dia bagi makan tikus. Merlin tengok la apa yang jadi, dia lari dan pintu berbunyi sedikit. Valiant cuba nak kejar siapa yang mengintip dia, tapi dia tak sempat sebab Merlin dan berjaya melarikan diri. Merlin memberitahu kepada Gaius hasil pengintipannya, tetapi Gaius mengingatkan supaya tidak boleh terus menuduh Valiant menggunakan magik kerana Valiant ni seorang pahlawan. Susah pula orang nak percaya lagi kan pula Raja Uther. Nak tuduh kena la ada bukti. Kejohanan diteruskan dan berlangsung dengan lancar. Arthur berlawan dan menewaskan pahlawan2 lain, Valiant juga sama. Memang dijangka oleh Merlin, Arthur akan menghadapi lawan terakhir iaitu Valiant dalam mempertahankan gelarannya sebagai juara. Dan Valiant akan membunuh Arthur semasa perlawanan akhir nanti.

Gaius masuk rumahnya, dan menerangkan dengan jelas kepada Merlin mengenai perkara itu. Sebabnya, Merlin dah merajuk dengan Gaius. Gaius tak nak dengar cakap dia. 
Gaius               :           Ok, Uther takkan percaya kata2 saya atau pun awak...tapi awak betul. Kita tak boleh biarkan Valiant teruskan rancangannya itu.
Merlin                :           Tapi, kita tak ada bukti.
Gaius               :           Jika kita boleh ubati dan sembuhkan Ewan, dia boleh beritahu Raja yang Valiant menggunakan magik. Raja akan mempercayai kata2 seorang pahlawan....Tetapi bagaimana kita nak dapatkan antidot, benda yang penting ni juga kena fikir pula.

Dalam pada masa yang sama, Valiant dan para pahlawan lain sedang menikmati makanan di istana bersama dengan raja dan Arthur. Raja ni pula dah berkenan dengan Valiant. Dia harap Valiant dapat teruskan sebagai pahlawan di Camelot selepas kejohanan ini berakhir. Merlin mengintip dari jauh, dia dapat lihat Valiant tengah dinner dengan raja dan pahlawan2 lain. Merlin mengambil kesempatan masuk ke dalam kamar Valiant. Pintu berkunci tetapi its not the problem. Merlin kan boleh buka dengan magiknya. Merlin meneliti gambar ular di perisai itu menggunakan pedang. Bila je Merlin pandang belakang sebab Merlin terdengar bunyi tapak kaki dan risau takut ada orang akan masuk dalam kamar Valiant, ular itu terus keluar dan ingin menyerang Merlin dari belakang. Dengan pantas Merlin memotong kepala seekor ular dan ada dua lagi ekor ular yang keluar tetapi Merlin berjaya melarikan diri dengan mengambil kepala ular yang telah dipotongnya.

Merlin memberikan kepala ular itu kepada Gaius untuk dijadikan antidot supaya Ewan boleh sembuh. Merlin pula nak pergi bagitahu Arthur mengenai perkara ini. Dia mengambil kepala ular itu untuk dijadikan sebagai bukti. Gaius sempat memuji Merlin, tindakan yang dilakukannya itu sungguh berani.

Merlin mendedahkan perkara itu kepada Arthur, tetapi Arthur kurang percaya. Dia percaya Valiant tidak akan berani menggunakan magik di Camelot. Merlin menjelaskan dengan menunjukkan kepala ular yang dipotongnya itu. Last2 Arthur percaya tetapi Arthur meminta Merlin bersumpah semuanya adalah benar belaka. Merlin pun bersumpah keterangannya semuanya benar. Ada seekor pula ular duk atas tiang tengah tengok Merlin dengan Arthur...Makin suspen...

Keesokan harinya, Valiant dibawa menghadap raja. Semua orang berkumpul. Dalam pada masa yang sama, Ewan akhirnya sembuh setelah diberi penawar yang dibuat oleh Gaius. Ewan menerangkan kepada Gaius bahawa ada ular di perisai Valiant. Gaius pula ada kerja nak cari herba2 di luar, jadi dia tinggalkan la Ewan dalam rumah dia. Valiant ni pula mesti la dia suruh ular yang seekor lagi p bunuh Ewan. Jadi, bila Ewan mati, tiada siapa yang boleh menerangkan bahawa Valiant ni guna magik. Di istana pula, Raja masuk ke dalam balai dan mendengar penerangan Arthur. 

Arthur             :           Saya percaya Valiant menggunakan perisai magik untuk menipu dalam kejohanan.
Raja Uther         :           Valiant, apa yang awak nak jelaskan tentang perkara ini?
Valiant           :           Ini semua mengarut. Saya tidak pernah menggunakan magik. Adakah anak awak ada bukti untuk menyokong tuduhan yang melampau ini?
Raja Uther       :           Adakah awak ada bukti?
Arthur               :           Ya.

Raja Uther tengok dan meneliti kepala ular itu. Perisai juga dia tengok. Tetapi tidak mendedahkan apa2 kerana ular itu memang tak ada dalam perisai itu. Sementara itu, Gaius ke istana dan memanggil Merlin dan memberitahu bahawa Ewan sudah mati. Jadi, tak de la bukti dari Ewan. 
Arthur             :           Kita perlukan Ewan, pergi tengok apa yang terjadi.
Valiant            :           Seperti yang awak tengok Tuanku, ianya sekadar perisai biasa.
Arthur             :           Dia takkan biarkan ular2 tu keluar hidup2 dari perisai tu
Raja Uther       :           Bagaimana saya nak tahu apa yang awak cakap ni benar?
Arthur             :           Saya ada saksi. Pahlawan Ewan telah dipatuk oleh ular yang datang dari perisai itu. Bisanya telah menyebabkan Ewan sakit teramat sangat. Tapi, dia telah diberi antidote. Dia yang akan memberitahu Valiant telah menggunakan magik.
Raja Uther       :           Mana dia?
Arthur             :           Dia sepatutnya berada di sini. 

Arthur tanya Merlin di mana Ewan dan pastinya jawapan Merlin, Ewan telah mati. Raja pula tak sabar nak tahu. Arthur perlu jelaskan semua tuduhan yang diberikan kepada Valiant. Saksi dah mati, jadi tak ada bukti. Marah la Raja Uther. Dia tak percaya tuduhan Arthur. Arthur cuba menjelaskan bahawa Merlin yang mendapatkan bukti2 tetapi keterangan tidak kukuh menyebabkan Raja Uther marah sebab anaknya percaya pada kata2 orang gaji untuk menuduh seorang pahlawan. Raja marah kat Merlin sebab menyampuk dan Merlin diheret oleh pengawal. Apa lagi, si Valiant ni nak tunjuk la kebaikan dia dan kemuliaan hati dia supaya Merlin tak ditangkap.

Valiant menambah lagi perisa kata2 manis dia depan Raja.

Valiant                        :           Tuanku, jika anak Tuanku buat tuduhan ini sebab takut nak lawan dengan saya, saya dengan murah hati menerima penarikan diri beliau.
Raja Uther       :           Apakah ini benar? Adakah kamu berhajat mahu menarik diri dari pertandingan?
Arthur               :           Tidak!
Raja Uther       :           Jadi, apa yang ayahanda patut fikirkan tentang tuduhan kamu ini?
Arthur             :           Ternyata ia cuma satu salah faham. Saya tarik balik tuduhan saya ke atas Kesatria Valiant. Harap dapat terima permohonan maaf saya.
Valiant              :           Diterima.


Selepas kejadian itu, Arthur memang marahkan Merlin. Arthur meluahkan rasanya beliau merasa sungguh malu dan rasa macam orang bodoh di depan orang ramai. Sikit2 Merlin kena marah. Kasihan...sehinggalah Arthur memecat Merlin. Dia tidak memerlukan khidmat Merlin sebagai orang suruhannya lagi.



Apalagi si Merlin ni, dia pergi jumpa dengan si naga tu.

Merlin              : Aku datang nak beritahu kamu apa sahaja yang kamu fikirkan tentang takdir aku, apa2 yang kamu fikir aku sepatutnya lakukan, kamu tersilap orang!!!.......Cukuplah..Selamat tinggal..

Kilgharah         : Kalaulah semudah itu sahaja untuk melepaskan diri dari takdir seseorang.

Merlin              : Macam mana ia sudah menjadi takdir aku untuk melindungi seseorang yang bencikan aku.

Kilgharah        : Separuh tidak benar2 membenci, menjadikannya lengkap. Kamu akan mengetahuinya tidak lama lagi.
Merlin              : Oh, baguslah. Itulah yang aku perlukan..satu lagi teka teki
Kilgharah        : Bahawa jalan takdir kamu dan Arthur akan menyingkap kebenaran.
Merlin              : Apa maksudnya tu?
Kilgharah        : Tahukah kamu anak muda, ini bukan pengakhiran, ini adalah permulaannya.
Si naga terus meninggalkan Merlin tanpa jawapan mudah. Merlin masih muda, dia masih belum boleh berfikir dengan matang.

Walaupun Merlin tidak suka pada Arthur, tetapi dia tidak akan membiarkan Arthur mati macam tu je. Dia merenung, berfikir di tangga istana. Waktu tu datang la Guinevere memberi semangat padanya. Tiba2 dia dapat satu idea apabila dia terpandangkan satu ukiran batu yang berbentuk seekor anjing tersadai di tepi tangga. Terus dia dapat idea macam mana nak handle masalah tu.

Merlin ni bukannya bodoh dan dungu sangat, tapi dia penuh dengan idea2 bernas. Dia ingin menjampi ukiran batu berbentuk anjing itu menukarkannya menjadi seekor anjing hidup. Bagaimana?
Buka buku magik tu, cari la..hahahaha
Bebay odothay arisan quickum
(jampi yang Merlin sebut)

Buat la banyak kali, memang tak jadi. Penat giler la jampi ukiran batu anjing ni, tapi tak bertukar2 pun. Malamnya pula, Morgana mimpikan Arthur. Mimpi buruk...Bad dreams..Jadi risau la Morgana takut sekiranya apa2 jadi kat Arthur.

Merlin sempat singgah jumpa dengan Arthur. Dia cuba nasihatkan Arthur supaya tarik diri. Valiant akan bunuh jugak Arthur dengan perisainya. Arthur mengetahui kebenarannya, namun dia tetap berkeras tidak mahu menarik diri. Dia seorang putera raja, amat memalukan rakyat jika menarik diri. Waktu ni memang boleh saya katakan Arthur memang seorang yang ikut arahan tetapi dia ada egonya, kurang bertanggungjawab..masih muda la katakan.

Esoknya, pertarungan akhir akan diadakan. Time ni memang muzik dimainkan dengan sedihnya. Macam akan berlaku sesuatu pada Arthur. Tapi, Merlin ada, dia kan hero. Merlin tak tidur malam duk practice menjampi ayat tu. Tapi tak menjadi. Masa nak dekat perlawanan dimulakan, barulah jampi tu menjadi. Bertukar la anjing batu kepada anjing sebenar yang menyalak.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Episod Valiant ini diakhiri dengan matinya Valiant kena bunuh oleh Arthur. Merlin berjaya menjampi perisai ular itu dari jauh. Ular itu keluar tanpa disuruh oleh Valiant. Waktu ini semua orang nampak ada 2 ekor ular keluar dari perisai itu hidup2. Apalagi, Raja Uther dan nampak kebenarannya bahawa Valiant memang guna magik, menipu dalam kejohanan ini.





Malam itu, diadakan parti meraikan kemenangan Arthur. Arthur mengambil Merlin semula sebagai orang gaji dia. THE END~













Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Contoh Kertas Kerja Konsultasi Keibubapaan


Untuk memudahkan anda semua merangka program berbentuk keibubapaan di sekolah, di sini saya sertakan contoh kertas kerja.

Please, sedikit credit kepada sy..sila tekan butang ini...**

Dan seterusnya, silakan tekan sini.

Ok, sekian terima kasih.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Prosedur Pelaksanaan Kajian Tindakan

Permulaan hari yang baik..setelah kekenyangan makan tengahari. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan kepada saya untuk meneruskan hidup..

Ok, saya ringkaskan entry ini..

Seperti tajuknya, senang je,..1st benda yang perlu anda lakukan ialah tekan here
dan di sini

P/S: Sila creditkan kepada saya..ok!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Counselorization

Syukur Alhamdulillah..akhirnya program T.O.T kami berjaya sampai ke penghujungnya telah Dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Aziz Shah selama 3hari (28-30 Jan 2011) berjalan dengan lancar dengan komitmen dan kerjasama oleh semua ahli extrovert sem 5/2011 amat membanggakan semua..Sekalung tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini termasuklah para fasilitator dalam program ini.
Rasanya tak pernah lagi merasai modul ini di mana-mana kecuali program ini. Ia cukup memberi kesan kepada saya. Banyak input yang saya peroleh semasa mengikuti program Counselorization ini.
Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang lain. Melalui program ni, saya merasakan ia merapatkan lagi hubungan kami sekelas. Makin bertambah jelekit. Pejam celik, pejam celik, 2 hari 3 malam, tiba penghujung program. Begitu cepat masa berlalu. Kenangan itu terlalu manis untuk dikenang.
Di sini ada beberapa gambar rentetan perjalanan program ini berlangsung:



Moto Batch Kami....<3




Pensyarah kami, Dr Aziz Shah yang mengendalikan program ini dgn  terbaik sekali!!!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Langit Tidak Selalu Cerah




Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,
“Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”

Memang tipulah kalau saya katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan Mr Hubby. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala isu yang kecil pun boleh menjadikan kita “kurang mesra” bersama dengan pasangan kita. Macam-macam perkara, kadangkala gurauan menjadi salah faham, tapi lumrah dalam berumahtangga, itulah. Pantai mana yang tidak pernah dilanda badai? Sekecil-kecil buih bakal memukul pantai.

Tetapi apabila timbul isu seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Tetapi, bagaimanakah caranya?

Cara yang terbaik adalah berdiam sebentar. Kita biarkan diri kita tenang dan relaxsebelum kita berbincang semula mengenai masalah yang timbul itu. Ini juga dapat memberikan si dia masa untuk turut berfikir mengenai kesilapan yang mungkin dilakukan oleh dirinya sehingga tercetusnya perbalahan.

Dengan cara ini, kedua-dua belah pihak dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga hubungan mereka. Tetapi, janganlah menjadikan penyelesaian yang bakal diambil itu sebagai bahan api yang memarakkan lagi masalah yang ada. Kita kenalah bersikap matang dan terbuka dalam menerima pendapat si dia.

Jadi, diharapkan dengan tips ini, dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk menyelesaikan masalah dengan pasangan anda. Ianya juga boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah dengan orang lain seperti rakan sekerja, bos kita ataupun dengan sesiapa sahaja.

Bagaimana pula dengan anda? Sekiranya anda sedang “kurang mesra” dengan kekasih (for sure untuk yang dah kahwin, kalau belum jangan gatai nak guna tips ni), apakah tindakan yang anda lakukan?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Gejala Gangsterism Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.


dan salam sejahtera...hehe..hari ini 1st time sy cuba belajar cara nak upload mic word dlm blog..sekadar perkongsian..:-) Ok mula2 sila tekan sini...Lepas tu tekan sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Jom Solat

“HAYYA’ ALAS SOLAH” dikumandangkan ke udara sebanyak 15 kali sehari iaitu 10 kali untuk azan dan 5 kali untuk iqamat. Tetapi sekurang-kurangnya umat Islam akan mendengarnya 10 kali sehari melalui radio atau tv atau pun masjid dan surau di sekitarnya. Bagi mereka yang melakukan solat di masjid, surau atau melakukannya sendirian di rumah dapatlah mendengar 5 kali lagi sewaktu iqamah.

“Jom Solat” itu makna yang boleh kita fahami daripada apa yang di ke udarakan itu. Tetapi dalam ramai-ramai yang mendengar seruan itu, berapa ramaikah yang berhenti untuk solat? Berapa ramai yang masih lepak kat kedai kopi, pasar raya malah ada yang masih di panggung wayang. Tolak pula bilangan mereka yang masih dalam kenderaan dalam perjalanan jauh kerana mereka tidak boleh berhenti sesuka hati kecuali singgah di R&R atau surau di tepi jalan.

Solat Itu Mudah
Susah ke nak berhenti solat? Tidak lama, mungkin sekitar 10 minit sahaja, parkir kereta, ambik wuduk, solat, doa dan masuk kenderaan semula. Tidak perlu borak2 dengan kawan. Kalau kat tempat kerja lagi cepat. Kalau tak ada surau kat tempat kerja pun boleh. Bos takkan marah kerana bos tahu orang yang taat perintah Allah akan takut curi tulang.
Kalau semua orang boleh buat macam ni, tak timbul la “tak cukup masa untuk solat, “rugi masa” dan “kerja banyak”. Yalah, waktu rehat makan tengahari boleh solat zohor, solat asar boleh kat tempat kerja atau sebelum pulang, solat dulu kat surau. Jadi dapatlah pulang ke rumah dalam keadaan tidak berhutang dengan Allah.

Tahu tak, kalau kita tak mahu solat bukan sahaja berhutang dengan Allah, tetapi kita juga dianggap oleh Rasulullah sebagai orang yang meruntuhkan agama. Kalau ini yang terjadi, bila kita nak bayar dan mendirikan semula agama yang runtuh itu? Oleh sebab itu, jom solat demi mengelak dua kesalahan yang pasti sukar untuk ditunaikan nanti.

Tips Khusyuk Solat
  • Berwuduk dengan sempurna.
  • Tinggalkan perkara dunia sebaik sahaja berdiri tegak untuk solat.
  • Memahami bacaan dalam solat.
  • Pandang pada tempat sujud.
  • Makan makanan yang halal dan tinggalkan makanan haram dan syubhat.
  • Hindari daripada melihat perkara maksiat.
  • Berdoa kepada Allah agar diberikan hati yang khusyuk.
  • Bayangkan solat yang dilakukan saat itu adalah solat yang terakhir dalam hidup.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Petua Berhadapan Dengan Ujian Allah


Apa khabar semua? Sudah tentu sihatkan? Alhamdulillah, Allah bg kesempatan kepada anda semua dalam keadaan sihat. Kalau ada yang sakit pun saya doakan semoga cepat sembuh ye. Petua yang saya nak bagi kali ini ialah mengenai resepi mengatasi masalah. Kalau kita tanya semua orang sudah tentu mereka semua ada masalah masing2. Cuma orang gila je yg tak de masalah. Kalau ada pun masalahnya cuma gila. Huhuhu..Gurau je..Baiklah, senang aja caranya. Kalau ada masalah resepinya ialah DUIT. Mari semua, kita sama2 menghayati di sebalik resepi apakah ini......


  • Doa


Setiap perkara perlu dimulakan dengan doa. Mulakan masakan dengan memasukkan beberapa potong doa daripada ayat al-Quran serta masukkan segumpal yakin ke dalam kuali (hati) untuk menambahkan rasa. Kemudian garingkan doa dan yakin tadi sehingga mengeluarkan air mata pengharapan. 


  • Usaha


Kemudian, jika sudah garing, jangan tunggu lama2 nanti hangus pulak. Teruskan masukkan usaha sepenuh-penuhnya dalam kuali. Gaulkan secukup rasa ya. Pastikan rasanya cukup padat dan mantap.


  • Ikhtiar


Jika rasanya masih belum sebati lagi, masukkan beberapa cubit ikhtiar. Jika masih lagi belum cukup tambahkan ikhtiar sebanyak-banyaknya. Begitulah lumrah dalam dunia masakan begitu juga dalam dunia realiti. Setelah ramuan pertama tidak berjaya, cuba ramuan lain pula. Jangan putus asa ya. Cuba sehingga dapat rasa yang kita inginkan.


  • Tawakal


Masak, punya masak, punya masak. Dah gaul dengan secukup rasa. Tibalah masa dihidangkan kepada Pencipta untuk merasa masakan kita sama ada sedap atau tidak (menilai usaha). Insyaallah dengan hidangan tawakal dengan sepenuh hati kepadaNya, pasti ganjaran yang setimpal akan kita perolehi.

Jadi, apa tunggu lagi...Gunakanlah resepi DUIT yang saya bagi ni. Insyaallah pasti anda akan rasa kelazatannya nanti. Boleh juga digunakan untuk perkara-perkara lain. Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!!!!!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Bila Jari Keras Berbicara

Bila jari yang keras berbicara
memang teruk bunyinya
yang penting hari ni saya nk berkongsi satu 
cerita di mana sy telah melukis
hahahaha..

Lukisan ni ibarat hasil seni yang berjiwa
tanpa kata
kita boleh tunjukkan feel kita dengan lukisan

Oleh kerana saya ni memang minat Phineas and Ferb sebab nilah sy lukis phineas..nanti ada masa saya lukis Ferb pulak..
Ni lukisan yg aku lukis gak, 1st step
Ni yg telah diedit siap!


Selamat ye, lukisan ibarat terapi bagi sy!!!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kayu Hikmat


“Sesiapa yang didapati mencuri barang-barang dalam istana ini akan ditangkap! Diarahkan semua pengawal yang bertugas pada malam tadi berkumpul” kata penasihat istana.

Suasana agak tegang. Pada malam sebelumnya, barang-barang berharga telah didapati hilang dari istana. Penasihat istana mengesyaki salah seorang daripada pengawal-pengawal istana yang berkawal pada malam itu terlibat. Tetapi, siapakah orangnya? “Pihak istana memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengaku salah serta memulangkan semula barang yang dicuri. Jangan lepaskan tawaran ini. Jika tidak, pencuri akan dihukum.”

Tiada respons.

“Baiklah, kalau begitu saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa menggunakan kayu hikmat ini” katanya sambil mengeluarkan beberapa batang kayu yang lurus dan sama sahaja panjangnya.
Semua pengawal tersentak. Kayu hikmat? Timbul gerun di hati masing-masing. Apakah itu benar-benar kayu hikmat?

“Setiap orang daripada kamu akan diberikan sebatang kayu hikmat ini. Bawa pulang ke rumah masing-masing. Esok kamu serahkan semula kayu hikmat ini. Kayu yang didapati lebih panjang sejengkal daripada yang lain itulah tanda dialah pencuri yang kita cari!”

Masing-masing membawa pulang kayu hikmat. Si pencuri begitu takut tertangkap dengan petunjuk kayu hikmat itu. Dia mula berfikir mencari helah untuk melepaskan diri.

“Ya, aku akan potong kayu ini sejengkal. Jikalau kayu ini memanjang sejengkal, maka ia akan sama panjang dengan panjang asal!” fikirnya.

Pada keesokan harinya, semua pengawal menyerahkan kayu hikmat masing-masing. Setelah diperiksa, hanya satu kayu yang berbeza, namun yang mengejutkan bukannya lebih panjang, tetapi lebih pendek sejengkal!

“Kamulah pencurinya!” kata penasihat istana dengan yakin.

“Tetapi tuan.....kayu hikmat itu bukannya makin panjang, tetapi lebih pendek?”

“Ya, sebenarnya kayu ini kayu biasa sahaja. Ia tidak boleh memanjang pun. Tetapi hari ini saya dapati batang kayu kamu lebih pendek daripada yang lain. Kamu tahu kenapa?”

Pengawal yang bertanya itu diam.

Penasihat berkata, “Kerana kamu memotongnya dengan anggapan jika kayu itu memanjang maka itu ukurannya akan jadi sama dengan ukuran asal. Bukankah begitu?”

P/S: Kecerdikan sahaja tidak memadai untuk membina kehidupan yang baik. Apa yang lebih penting ialah kejujuran. Kejujuranlah akan menyelamatkan kita dalam menghadapi pancaroba kehidupan.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013