Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Islamofobia Realiti Britain



Tadi CHn berpeluang menonton sebuah dokumentari di astro oasis. Mungkin ulangan. Tajuknye, Islamofobia Realiti di Britain. 


Dokumentari yang agak menarik. Tapi dihentikan bila elektrik terputus.. Uwaaa...x sempat nk tgk smpai habis. 

Entah kenapa diri ini rasa mcm berderau bulu roma bila tonton rancangan ni. Sungguh hati Chn merasakan hinanya Islam di Britain. Apa perasaan mereka2 yang tinggal di sana? Dipulaukan? Dipinggirkan kerana agama yang dipeluk? Kenapa perlu prejudis terhadap agama? 

Chn google, dan ini hasilnya. Islamophobia bermaksud kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajaran dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Menurut pelapor khas PBB, Islamofobia bermakna suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka. 



Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa Islamofobia merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam. 

Ini bukan fantasi, ia realiti. Benar-benar terjadi. Kenapa wujudnya fahaman Islamofobia ini? Ada sesetengahnya menyatakan bahawa sejak kejadian serangan 11 September 2001. Ditambah lagi dengan pembunuhan di Woolwich..

Nak komen panjang2, nanti takut org cop CHn ni terrorist la plak. Rujuk la entry ni ye :

Pembunuhan Askar British di Woolwich




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Ujian, Dugaan, Pengorbanan Serta Keikhlasan

Ujian, Dugaan dan Pengorbanan...kenapa semua ni? Ye, kerana kita adalah hambanya, manusia yg terlalu kerdil di sisiNya. 

Hari silih berganti, di mana kehidupan kita terus berjalan seiring dengan masa yang pantas bergerak. 

Agak berat bila CHn sendiri ingin menulis entry ni. Too personal. Tapi, masa2 lalu yang dilalui CHn sendiri betapa banyaknya ujian dan dugaan yang dihadiahkan kepada CHn. 

Dan paling ketara, CHn mengalaminya seperti orang lain. Setiap manusia di sekeliling CHn akan diuji oleh Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. Pelbagai jenis, bentuk dan rupa ujian itu hadir. 

Entry kali ini lebih kpd diari hati CHn. CHn tidak pernah berkongsi apa yg terbuku di dlm hati kpd umum. Tapi di sebalik wajah dan senyuman CHn, terselit ujian dari Allah yg kadang2 menggugat keimanan CHn. 



Sejak dari lahir, Allah menetapkan nama sebenar CHn. Allah juga menetapkan apa yg bakal dilalui oleh CHn. 
Bermula dari lahir, CHn dihadiahkan ujian penyakit. CHn menghidapi sejenis penyakit PDA (Patent Ductus Arteriosus). Nak explain pn x reti. Nanti google la ye :-)

Ketabahan dan kegigihan seorang ibu membesarkan CHn, berjaya membesarkan CHn. Namun, sepanjang perjalanan membesarkan CHn, pelbagai ujian dan rintangan yg dilalui oleh ibu. Dia ibu yg paling tabah CHn pernah kenal. (walaupun ibu seorang yg konservatif). Pengorbanan ibu penat lelah membawa CHn ke Institut Jantung Negara mendapatkan rawatan serta pembedahan yang memakan belanja sebanyak RM 15000. 

Usia sewaktu kanak2, sekali lagi CHn dihadiahkan ujian dari kawan2 sekolah. Terlalu byk teguran yg lebih ke arah fizikal. CHn tak tau nk jawab persoalan yg diajukan oleh kawan2. Nak marah mereka, nnti mereka tak nak kawan ngan CHn. Jadi CHn hanya boleh diamkan diri atau cakap tak tau je. 
CHn pulang ke rumah, CHn marah pada diri..kenapa CHn tak sesempurna rakan lain di sekolah. Kenapa aku kurangnya di situ? Kenapa mereka sering mengejek dan mempertikaikan kekurangan fizikal CHn. 

Keluhan dan persoalan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala tanpa sedar CHn, CHn terlanjur marah pada DIA kerana menghujani CHn dengan pelbagai ujian. 

Di saat dewasa ini pula, diri CHn rasa agak terpinggir dengan rakan2 sekolah lama. CHn sengaja mendiamkan diri, membawa diri dan berkawan dengan kawan2 baru di UPSI..disebabkan agak malu dengan rakan2 lama. CHn rasa sewaktu di sekolah, rakan2 serta kenalan tidak pernah memandang diri CHn. Mereka hanya tegur dan sapa saje. tak pernah nk kawan dengan CHn. CHn pn sedar bkn CHn sebijak mereka dlm pelajaran. CHn hanya ada 3, 4 orang je sahabat baik di dlm kelas...

Bila meningkat usia, impian dan harapan ingin dicapai. CHn berjaya mendapatkan segulung ijazah..but.......rezeki kerja belum sampai jugak. Walaupun berbekalkan ijazah Pendidikan, namun, tempoh menganggur yg sgt lama perlu CHn tempuh. Sepanjang waktu ni la..CHn berbakti semula pd ibu. Ibu makin tua dan uzur. Kadang2 diri memberontak, why? kenapa aku tak dpt kerja lg..kwn2 aku dh kahwin, dh ada suami, anak, kerja tetap..Di situ CHn mula mempersoalkan rezeki yg Allah bg. 



Pengorbanan, adakah semuanya akan terhasil dengan hasil yang baik? Waktu dan tika ini, di saat ini juga, CHn mengeluh lagi..again n again.. aku jaga anak kakak aku, nanti suatu saat, bila aku dh ada anak, adakah mereka akan membalas apa yg aku dh korbankan utk mereka?




Walaupun hati dan mulut ikhlaskan apa yg CHn lakukan utk family, but.....jauh dalam sudut hati CHn, inginkan balasan yang baik. CHn mengharapkan balasan. Ikhlaskah apa yg aku buat?



Arghhhh...Grrrrr

Jiwa memberontak, Perasaan Tertekan..

Namun____

Hanya Allah sahaja yg boleh membantu insan yg lemah ini..

Dengan rezeki makan, pakai, dan tempat berteduh...Aku bersyukur Ya Allah..Terima Kasih Allah..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kenapa Jalan Hidup Kita Berbeza?




Sedetik Chn terfikir apabila suatu saat dan ketika Chn bertemu kembali dengan orang2 yang pernah Chn kenal dan pernah bersama suatu ketika dulu.. Waktu yang kian lama meninggalkan tiba2 Chn jumpa balik individu2 yg pernah hadir dlm hidup CHn, walaupun tak lama, tapi ia agak meninggalkan kesan pd diri Chn.



Sometimes, I wonder…bagaimana masa itu mengubah segalanya..keadaan dan diri seseorang itu terlalu byk berubah.

Walaupun individu yang tiba2 muncul di hadapan mata bukanlah seseorang yang dahulunya signifikan dalam hidup CHn, tetapi…Chn membayangkan bagaimana jika waktu lalu dia adalah teman rapat atau sahabat CHn. Impian dan harapan waktu lalu terlalu manis dan pahit utk dikenang kembali.

CHn masih teringat lagi satu ayat yg benar2 memberi kesan kpd CHn. Ayat ni dalam sebuah drama Inggeris..

“I’m sure our paths will cross again.”

Kalau la CHn dapat undurkan masa, CHn nak bagitau semua org yg pernah muncul dlm hidup CHn guna ayat “I’m sure our paths will cross again”. Sometimes, orang yang dulunye sekejap je CHn kenal, nama dia pn CHn tak tau, tiba2 dpt jmpa dia bandar kota bharu. Terkejut kan..hehehe.. 




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Temuduga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)




Welcome back CHn.. bila dh ada new face blog, baru ada semangat nk menulis entry.
Baiklah..before this, CHn ada kongsikan serba sedikit mengenai soalan2 temuduga SPP utk - Bimbingan dan Kaunseling sahaja. 

Untuk entry kali ini, CHn nak kongsi pelbagai tips2 untuk adik2 junior CHn yang bakal ditemuduga dan tidak khusus kepada kursus bimbingan dan kaunseling. Entry ni lebih umum. 

Ia bermula apabila..................

Yang ni panggilan temuduga CHn..jgn terkejut, tu la nama CHn sebenarnya..hehehe




Sebelum menghadiri temuduga, of course la kena prepare dari awal2, better 2 minggu sebelum..utk study apa yg patut dan prepare segala bagai persediaan contohnya - print, pengesahan, pemakaian, dokumen yg perlu dibawa...


Sijil salinan pula hanya boleh disahkan oleh pegawai kerajaan kelas/gred A. 

SENARAI SEMAK SEMUA

1. Diri sendiri. (maksud saya kenalah hadiri temuduga tu)
2. Pakaian yang bersesuaian. (Semua tahu kan?)
3. Blazer (bagi saya WAJIB! Kalau orang lain pakai, tak kan kita tak pakai? Saya pun pinjam pengawas punya. Haha. Ada cakap yg 2 butang, ada cakap 3 butang.)
4. Nametag (sebaiknya yang besar tu – 7.5cm x 2.5cm)
5. Sijil ikut senarai semak (dalam laman web SPP)
6. Sahkan salinan tu. (Sebaiknya pengetua sekolah sahaja.)
7. RPH (Wajib)
8. Ilmu (anda dah bayar saya, jadi yakin dengan nota ini sebagai satu usaha kita.)
9. Restu mak ayah.
10. Doa dan tawakal. Insya Allah.. Kejayaan milik kita.


ANTARA SOALAN POPULAR

 Kenalkan diri (ready juga dalam BI)
Nama saya … Saya berumur 25 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang. Saya merupakan graduan UPSI dengan mengambil jurusan … (terus cerita kekuatan, kelebihan diri, pengalaman. Tak perlu benda2 tak penting seperti makanan kegemaran semua tu. Ok?

Kenapa suka jadi cikgu?
- Minat
- sudah mencuba pelbagai kerja tetapi tidak mendapat kepuasan seperti menjadi guru.
- ini contoh saja.. Anda mesti ada jawapan lain kan?

Kenapa cikgu KH? Kenapa bukan cikgu Sejarah?
-Jawapan ini hanya ada pada anda. Saya tak tahu.. Fikir kenapa anda suka jadi cikgu itu.

Apa yang kamu mampu tawarkan kepada sekolah?
- Cerita kelebihan di universiti dulu.
- Contoh : Semasa di university dulu saya aktif dengan  pidato dan  jika ditawarkan jawatan  ini, saya akan  mencungkil bakat pelajar saya yang berpotensi dalam pidato ini.

Ceritakan tentang peribadi kamu/kekuatan diri kamu?
-Mampu berdikari dan bekerjasama dalam satu organisasi
- Mampu berkomunikasi dengan baik dalam BM dan BI
- Mempunyai kelebihan memberi tunjuk ajar.
- yang lain fikir sendiri. Mana saya tau peribadi anda.Hahaha

Pengalaman ketika praktikum?
- Saya tak tahu pengalaman anda.

Kamu datang untuk temuduga apa?
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41

Anda sudah bersedia untuk ditempatkan di pedalaman?
Jawapannya mesti kedengaran positif. "Apabila saya menyertai bidang ini, saya sebenarnya sudah bersedia sejak awal lagi. Jika itu keputusan yang terbaik buat saya,saya akan mendidik anak-anak murid dengan seberapa baik."

Kelemahan diri yang ingin diperbaiki.
- Cuba fikirkan, mana ada orang perfect kan melainkan saya. Haha

Anda sudah berkahwin, bagaimana kalau ditakdirkan kami tempatkan anda jauh dari suami?
Sejak dari awal lagi, saya sudah maklum dengan perkara ini. Namun demikian, menteri pendidikan sendiri sudah memberi kenyataan di akhbar bahawa kementerian sentiasa mengambil kira kebajikan guru2 yang sudah berkahwin dan permohonan pertukaran lebih mudah dilakukan atas faktor kemanusian.


SOALAN2 YANG PERNAH DITANYA

1. Gunung tertinggi di Malaysia?
- Gunung Kinabalu (4095m)

2. Cara kira BMI?
- (BMI = Berat (kg) / [Tinggi(m) x Tinggi (m)]
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas, anda adalah obesiti

3. AGONG
-  Pertama - Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (dari N9 sejak 1957)
- Agong sekarang - Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (dari kedah sejak 2011)
3. Mata wang
 – Malaysia – RM, Indon – Rupiah, Brunei – Dolar Brunei Darusslam, Thailand – Baht, Myanmar – Kyat, Laos – New Kip, Kemboja – Riel , Singapura – Dolar Singapura, Vietnam – Dong, Filipina – Peso, Timor Leste – Dolar US.

4. Cara tingkat kecemerlangan sekolah
- Meningkatkan keupayaan guru dari segi pemantauan dan penilaian. (kursus, seminar dll)
- memaksimumkan penggunaan kemudahan yang disediakan. (ICT dll)
- mementingkan nilai bukan hanya akademik dan kokurikulum sahaja.
- penglibatan komuniti ibu bapa
- sokongan berkualiti dari semua pihak.
- (fikir saja apa2 yang berkaitan.)

5. Majlis raja2 bersidang berapa kali setahun?
- Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari. Raja-raja dan Yang di -Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Persidangan dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

6. Bil sekolah?
- Rendah         7,746
- Menengah     2,355
-Jumlah            10,101

7. Bilangan Murid
- Prasekolah     192,183
- Rendah         2,740,992
- Menengah     2,285,446
- Jumlah           5,218,621

8. Bilangan Guru
- Rendah         241,068
- Menengah     178,872
- Jumlah           419,940

9. Nisbah guru dan murid sekarang?
- Murid (tak termasuk prasekolah) bahagi guru
- 5026438 bahagi 419940 = 11.9
- 1 : 11
- (betul la kan saya kira?? )

10. Cara atasi masalah buli?
- Pendidikan Agama atau moral (terapkan dalam diri pelajar)
- Peranan Media (tidak menayangkan program yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat.)
- Penguatkuasaan Peraturan (supaya para pelajar lebih patuh dan akur dengan peraturan yang ditetapkan.)
- Poster (Poster-poster berkenaan kes buli perlu disebarkan secara meluas agar kefahaman masyarakat tentang masalah ini meningkat.)
- Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi penjelasan secara mendalam tentang isu ini ke dalam masyarakat.)

11. Murid lebih cenderung untuk belajar di pusat tuisyen, adakah anda sudi menjadi guru tuisyen?Mengapa?
- Maaf,  saya tak tahu pekeliling bagi atau tidak tapi ini jawapan yang saya google.
- ikut JPN masing2.
- Guru yang mengajar tuisyen tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri dan beroperasi di pusat yang tidak berdaftar, boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk diberhentikan kerja.
- maknanya kalau berdaftar boleh la kan? Kan3x? Hehe..

12. Apakah punca guru stress?
- Bebanan tugas perkeranian.
- akses dalam talian yang lemah.
- masalah disiplin pelajar.
13.Cara atasi stres guru.
- Komitmen sosial (Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.)
- Kehidupan fizikal (Seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.)
- Intelek (Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

14. Nyatakan perbezaan antara interpersonal dengan intrapersonal
- Interpersonal membawa maksud komunikasi dua arah. Intrapersonal lebih membawa maksud komunikasi satu arah, (monolog dalaman diri seseorang).
- Contoh Inter (cara komunikasi dengan orang seperti gerak tubuh, memek muka dll)
- Contoh Intra (kawalan emosi, psikologi dll)

15. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah
- Menguruskan fail panitia.
- menyelaras dan menyemak persediaan kertas soalan dan skema.
- menyediakan laporan analisis peperiksaan.
- merancang dan menyelaras program peningkatan prestasi
- bantu pentakbir menjalankan tugas berkaitan kurikulum.

16. Saiz nametag
-  hitam putih 7.5cm x 2.5cm.

17. Kenapa pakai nametag?
- terdapat dalam pekeliling.
- jika tidak silap mula zaman Mahathir. Selain nametag, punch kad juga idea tun dari usaha pandang ke Timur – Jepun

18. Beza blazer lelaki dan perempuan
- lelaki butang sebelah kanan, perempuan butang sebelah kiri.
- ini saya tak faham sangat. Hehe.. tapi bolehlah sekadar pegetahuan.

19. Apa kebudayaan negeri anda?
- contoh seperti di Johor terkenal dengan tarian Zapin.

20. Lagu negaraku?
- Asal lagu kebesaran negeri Perak. (Lagu Terang Bulan)
21. Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)
- 14 jalur merah dan putih. 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan
- anak bulan maksud agama Islam
- dicipta oleh seorang arkitek kerajaan bernama En. Mohamad bin Hamzah
- mula guna 26 Mei 1950
- Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri, Tun Mahathir bin Mohamad telah mengistiyarkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

22. Kepentingan RPH
- Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
- Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
-Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
- Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran  yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
- Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

23. Mana paling penting dalam RPH
- Contoh kita cakap induksi set. Dapat tarik perhatian pelajar, supaya pelajar lebih berminat, menimbulkan ras aingin tahu pelajar dll.
- pilih je yang mana nak dan mudah samada fasa dalam pengajaran, penutup dll.

24. Kepentingan refleksi dalam pengajaran
• membuat penilaian kendiri
• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
• menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
• melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
• mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
• mengubah tingkahlaku

25. Sedikit sejarah Malaysia
- Merdeka (31 0GOS 1957)
- Penubuhan Malaysia + gabung dengan Borneo (16 Sept 1963)
- Portugis merupakan penjajah Barat yang pertama menjajah negara ini, iaitu di Melaka pada 1511, di ikuti dengan Belanda pada 1641 dan Inggeris pada 1824. Negara kita juga pernah dijajah oleh Siam pada 1821-1909 dan Jepun pada 1942-1945.



26. Aspek keselamatan yang perlu ada di sekolah
-  Data cara pelajar ke sekolah.
- Pelan kawasan berisiko sekita sekolah
- Pelajar mematuhi tatacara pergi dan balik sekolah
- Sistem kwalan lalu lintas di dalam dan di luar sekolah
- Sistem kawalan keluar masuk sekolah ( Buku Rekod Pelawat , Buku
Kebenaran Membawa Pelajar Keluar dan lain-lain )
- Nombor-nombor telefon semua pihak yang berkaitan semasa krisis dipamerkan dengan jelas di tempat yang sesuai.
- Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.
- Kerjasama anatara pihak polis ,pengawal keselamatan sekolah , sukarelawan sebelum,semasa dan selepas waktu persekolahan.

24.       Apa itu kelas kondusif? Apakah yang perlu ada pada setiap guru untuk menjadikan kelas tersebut kondusif?
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

25.       Berapa kapasiti penduduk Malaysia? Nisbah lelaki : perempuan? Kenapa nisbah seperti itu? Dimanakah untuk kita merujuk kapasiti penduduk di Malaysia?
- 29,964,680
- tahun 2013 lelaki lebih ramai dari wanita.
- Nisbah 106 : 100
- Jabatan Perangkaan Malaysia

26. Maksud teknologi
- Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
- Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.
- Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

27. Beza ujian sumatif dan formatif

Ujian Formatif – Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.

Ujian Sumatif - Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran.

28. Kenapa pakai blazer?
- Ada orang pernah ditanya macam ni. Cuba jawab macam ni..
- Saya sedar iklim di Malaysia tidak sesuai untuk sentiasa pakai blazer setiap masa. Hari ini saya datang dengan blazer sebab pakaian ini saya rasa sesuai digunakan waktu majlis formal seperti temuduga ini. Melalui pakaian ini turut melambangkan profesional saya sebagai seorang guru.

29. Berapa oran guru bersara tiap tahun?
- Maaf sebab soalan ini saya dah cari tapi tak jumpa. Berubah2 sejak persaraan naik dari 58 ke 60. Saya tak tau nak amek data tu kat mana.

30. Intipati Belanjawan 2014
- Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

 i. Kadar BRIM dinaikkan

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
BR1M 3.0  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.


ii. Subsidi Gula di mansuhkan

iii. Bonus setengah bulan gaji

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250
Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500
Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250
Akan dibayar pada awal Januari 2014

iv. Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan

v. Kadar Baucar Buku Diteruskan
Baucar Buku RM 250 bagi setiap pelajar pra – universiti dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia diteruskan.

P/S - apa2 pun pesan CHn, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Apa2 pun contoh soalan yang disenaraikan di atas tidak ditanya, ia berlaku kerana tidak dijangka. Perubahan semasa sering berlaku, menyebabkan panel penemuduga akan bertanyakan soalan yang tidak terduga oleh anda sendiri. Prepare pengetahuan am jugak. 






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Perhatian Bagi Pelajar Lepasan SPM !!!


Agak2 mantap tak tajuk ni? hehehe..

Jadual yang CHn sediakan di bawah ini serba sedikit dapat membantu adik2 lepasan SPM nak buat keputusan dalam memilih hala tuju pendidikan selepas SPM. Ia menerangkan secara ringkas ciri2 yg penting dalam menentukan keputusan yg dibuat ..




P/S - Buatlah keputusan dengan bijak utk masa depan adik2 ye :-)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013