Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Pengajaran Dari Stephen Covey




Seorang kaunselor seharusnya mempunyai prinsip tertentu dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis. Antara yang boleh dijadikan sumber adalah pengajaran daripada Stephen Covey. Pengajaran ini sedikit sebanyak boleh sama-sama dijadikan panduan:

Habit 1-Be Proaktif
1.      Kaunselor perlu wujudkan program yang proaktif. Program trasisi adalah reaktif.
2.      Reaktif fokus menggunakan tenaga di dalam ‘ circle of concern’ iaitu bertindak balas kepada keperluan semasa yang timbul. Ini menyebabkan kaunselor rasa terbeban dan merasa burnout.
3.        Proaktif fokus menggunakan tenaga berdasarkan ‘ circle of influence’ melakukan sesuatu yang mana ia mempunyai kawalan dan kemahiran.
Habit 2 - Begin With The End In Mind
1.      Semua kaunselor di dalam sebuah sekolah bertanggungjawab sebagai pemimpin dan pengurus.
2.      Untuk mendapatkan program yang berkesan semua kaunselor bertanggungjawab ‘doing the right things’ dan ‘doing things right’.
3.      Tanggungjawab dan  visi secara kolektif to create a visionary  model of excellence.
4.      Perlu cipta pernyataan misi sesuatu program.
an organisational mission statement-one that truly reflects  the deep shared vision and values of everyone within the organization – creates a great unity and tremendous commitment’( Covey)
Habit 3 - Put First Thing First
Aktiviti jatuh di dalam salah satu quadrant berikut:
            -penting & urgent
            -penting & tak urgent
            -tak penting & urgent
            -tak penting & tak urgent
Habit 4 - Think Win / Win
1.      Berfikir menang / menang bermakna bekerja mengikut paradigma konseptual yang memerlukan keuntungan kedua-dua pihak secara berterusan di dalam semua interaksi sesama manusia.
2.      Berfikir menang/menang adalah satu falsafah bukan teknik.
3.      Kaunselor sekolah perlu mencari jalan mengurangkan jurang antara guru-guru dengan pelajar, pelajar-pelajar dengan ibu bapa, pentadbir dengan guru-guru dll.
4.      Masalah dapat diatasi jika kita dapat belajar mendengar antara satu dengan lain dan berfikir secara kreatif bersama dengan conscience

Habit 5 - Seek First to Understand.Then to Be Understood
1.      Kaunselor perlu menjadi role model mengenai komunikasi empati.
2.   Dengan berbuat demikian kita membenarkan orang lain mendengan diri mereka sendiri dan kenal keperluannya.
3.  Kita juga perlu mengajar kemahiran mendengar secara di dalam kelas, kursus dalam perkhidmatan, kelas ibu bapa, melalui buletin atau dengan cara-cara lain.

Habit 6 – Synergize
1.  Sinergi wujud apabila keseluruhan lebih besar dari sebahagian. Kebanyakan program sekolah berfungsi secara bersendirian tanpa menampakan keseluruhan gambaran apa yang sepatutnya menjadi satu program yang besar dan berkualiti di sekolah dan menampakkan kehebatan sekolah.

Habit 7 - Sharpen the Saw
1.   Seseorang kaunselor memerlukan pembaharuan dari segi fizikal, sosial/emosi, spiritual dan mental yang diperlukan untuk mengukuhkan habit-habit yang ada supaya dapat berfungsi dengan berkesan.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013