Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Ujian, Dugaan, Pengorbanan Serta Keikhlasan

Ujian, Dugaan dan Pengorbanan...kenapa semua ni? Ye, kerana kita adalah hambanya, manusia yg terlalu kerdil di sisiNya. 

Hari silih berganti, di mana kehidupan kita terus berjalan seiring dengan masa yang pantas bergerak. 

Agak berat bila CHn sendiri ingin menulis entry ni. Too personal. Tapi, masa2 lalu yang dilalui CHn sendiri betapa banyaknya ujian dan dugaan yang dihadiahkan kepada CHn. 

Dan paling ketara, CHn mengalaminya seperti orang lain. Setiap manusia di sekeliling CHn akan diuji oleh Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. Pelbagai jenis, bentuk dan rupa ujian itu hadir. 

Entry kali ini lebih kpd diari hati CHn. CHn tidak pernah berkongsi apa yg terbuku di dlm hati kpd umum. Tapi di sebalik wajah dan senyuman CHn, terselit ujian dari Allah yg kadang2 menggugat keimanan CHn. 



Sejak dari lahir, Allah menetapkan nama sebenar CHn. Allah juga menetapkan apa yg bakal dilalui oleh CHn. 
Bermula dari lahir, CHn dihadiahkan ujian penyakit. CHn menghidapi sejenis penyakit PDA (Patent Ductus Arteriosus). Nak explain pn x reti. Nanti google la ye :-)

Ketabahan dan kegigihan seorang ibu membesarkan CHn, berjaya membesarkan CHn. Namun, sepanjang perjalanan membesarkan CHn, pelbagai ujian dan rintangan yg dilalui oleh ibu. Dia ibu yg paling tabah CHn pernah kenal. (walaupun ibu seorang yg konservatif). Pengorbanan ibu penat lelah membawa CHn ke Institut Jantung Negara mendapatkan rawatan serta pembedahan yang memakan belanja sebanyak RM 15000. 

Usia sewaktu kanak2, sekali lagi CHn dihadiahkan ujian dari kawan2 sekolah. Terlalu byk teguran yg lebih ke arah fizikal. CHn tak tau nk jawab persoalan yg diajukan oleh kawan2. Nak marah mereka, nnti mereka tak nak kawan ngan CHn. Jadi CHn hanya boleh diamkan diri atau cakap tak tau je. 
CHn pulang ke rumah, CHn marah pada diri..kenapa CHn tak sesempurna rakan lain di sekolah. Kenapa aku kurangnya di situ? Kenapa mereka sering mengejek dan mempertikaikan kekurangan fizikal CHn. 

Keluhan dan persoalan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala tanpa sedar CHn, CHn terlanjur marah pada DIA kerana menghujani CHn dengan pelbagai ujian. 

Di saat dewasa ini pula, diri CHn rasa agak terpinggir dengan rakan2 sekolah lama. CHn sengaja mendiamkan diri, membawa diri dan berkawan dengan kawan2 baru di UPSI..disebabkan agak malu dengan rakan2 lama. CHn rasa sewaktu di sekolah, rakan2 serta kenalan tidak pernah memandang diri CHn. Mereka hanya tegur dan sapa saje. tak pernah nk kawan dengan CHn. CHn pn sedar bkn CHn sebijak mereka dlm pelajaran. CHn hanya ada 3, 4 orang je sahabat baik di dlm kelas...

Bila meningkat usia, impian dan harapan ingin dicapai. CHn berjaya mendapatkan segulung ijazah..but.......rezeki kerja belum sampai jugak. Walaupun berbekalkan ijazah Pendidikan, namun, tempoh menganggur yg sgt lama perlu CHn tempuh. Sepanjang waktu ni la..CHn berbakti semula pd ibu. Ibu makin tua dan uzur. Kadang2 diri memberontak, why? kenapa aku tak dpt kerja lg..kwn2 aku dh kahwin, dh ada suami, anak, kerja tetap..Di situ CHn mula mempersoalkan rezeki yg Allah bg. 



Pengorbanan, adakah semuanya akan terhasil dengan hasil yang baik? Waktu dan tika ini, di saat ini juga, CHn mengeluh lagi..again n again.. aku jaga anak kakak aku, nanti suatu saat, bila aku dh ada anak, adakah mereka akan membalas apa yg aku dh korbankan utk mereka?




Walaupun hati dan mulut ikhlaskan apa yg CHn lakukan utk family, but.....jauh dalam sudut hati CHn, inginkan balasan yang baik. CHn mengharapkan balasan. Ikhlaskah apa yg aku buat?



Arghhhh...Grrrrr

Jiwa memberontak, Perasaan Tertekan..

Namun____

Hanya Allah sahaja yg boleh membantu insan yg lemah ini..

Dengan rezeki makan, pakai, dan tempat berteduh...Aku bersyukur Ya Allah..Terima Kasih Allah..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013