Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Islamofobia Realiti Britain



Tadi CHn berpeluang menonton sebuah dokumentari di astro oasis. Mungkin ulangan. Tajuknye, Islamofobia Realiti di Britain. 


Dokumentari yang agak menarik. Tapi dihentikan bila elektrik terputus.. Uwaaa...x sempat nk tgk smpai habis. 

Entah kenapa diri ini rasa mcm berderau bulu roma bila tonton rancangan ni. Sungguh hati Chn merasakan hinanya Islam di Britain. Apa perasaan mereka2 yang tinggal di sana? Dipulaukan? Dipinggirkan kerana agama yang dipeluk? Kenapa perlu prejudis terhadap agama? 

Chn google, dan ini hasilnya. Islamophobia bermaksud kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajaran dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Menurut pelapor khas PBB, Islamofobia bermakna suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka. 



Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa Islamofobia merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam. 

Ini bukan fantasi, ia realiti. Benar-benar terjadi. Kenapa wujudnya fahaman Islamofobia ini? Ada sesetengahnya menyatakan bahawa sejak kejadian serangan 11 September 2001. Ditambah lagi dengan pembunuhan di Woolwich..

Nak komen panjang2, nanti takut org cop CHn ni terrorist la plak. Rujuk la entry ni ye :

Pembunuhan Askar British di Woolwich




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013