Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Another Love Message From Frozen (2013)

Assalamualaikum w.b.t



Sekali lagi kita bertemu lagi. Dan kali ni Chn nak ulas sikit mengenai cerita yg baru shj CHn tonton. FROZEN

Filem ni memang best. Rugi kalau tak tengok. Mungkin sudah terlambat nak bg review, lagipun mesti dah ada yg tgk dh. Skrg ni dh 2014 la yunk. Filem ni 2013. Tak pe, its ok.

Kalau dahulunya filem BRAVE yg turut memaparkan kisah kasih sayang antara ibu dan anak, skrg ni kasih sayang antara kakak dan adiknya. 



Elsa, puteri negara Arendelle, memiliki cryokinesis, kebolehan magik yang boleh menghasilkan ais dan salji. Pada satu malam, adik Elsa, iaitu Anna mengajak kakaknya bermain salji di dalam rumah kerana dia tahu kakaknya boleh menghasilkan salji. 


Sewaktu bermain, Elsa dengan tidak sengaja mencederakan adiknya. Raja dan Permaisuri terus mendapatkan pertolongan dari trolls, yang berjaya menyembuhkan Anna dan terpaksa membuang ingatan Anna tentang kuasa yang ada pada kakaknya. 

Akibatnya Raja dan Permaisuri iaitu ibubapa Elsa telah mengurung Elsa didalam bilik agar kuasa Elsa dapat dikawal. Trolls telah berpesan agar menjaga Elsa dengan baik dan kasih sayang kerana sifat amarah akan memburukkan lagi keadaan dan jika terkena jantung manusia, Trolls tidak akan dapat mengubatinya lagi.

Sejak kejadian itu, maka terpisahlah Anna dan Elsa. Elsa mengurungkan dirinya di dalam bilik selama bertahun-tahun. Elsa menjadi murung dan trauma disebabkan kejadian itu dan takut sekiranya kejadian itu berlaku lagi. Sehinggalah mereka membesar menjadi remaja, Raja dan Permaisuri meninggal dunia di lautan kerana kapal yang dinaiki telah karam dipukul ombak. Selepas 3 tahun kemangkatan raja dan permaisuri, Elsa ditabalkan menjadi permaisuri setelah mencapai umurnya. 

Oleh kerana terlalu gembira dapat keluar dari istana setelah lama berkurung, Anna menyanyi dengan gembiranya di sekitar bandar dan bertembung dengan Putera Hans dari Kepulauan Selatan dan akhirnya mereka saling menyukai antara satu sama lain. 

Walaupun Elsa takut, namun pertabalan dia sebagai permaisuri berjalan dengan lancar. Semasa majlis resepsi, Hans melamar Anna dan Anna menerimanya. Walau bagaimanapun, Elsa enggan menerima serta merestui perhubungan mereka dan melarang mereka berkahwin kerana Elsa menganggap mereka baru sahaja kenal. 

Elsa dan Anna bergaduh, Anna mendesak Elsa sehingga Elsa tidak dapat menyembunyikan lagi kuasa yang ada padanya. Akhirnya, kesemua penduduk dapat melihat Elsa mengeluarkan kuasanya. 





Disitulah berlakunya pergolakan, negara bertukar menjadi ais, Elsa melarikan diri, Puteri Anna pergi mencari dengan bantuan kawannya Kristoff bersama seekor rusa ..

Anna turut juga bertemu dengan Olaf, sejenis snowman yang boleh bercakap. Rasa menyampah plak dengan Olaf ni. Dia sedar tak dia tu snowman yang tak boleh hidup waktu summer. Tapi dengan bangganya dia menyanyi lagu kenikmatan musim panas. hahahaha


Pelbagai rintangan dan halangan dipaparkan dalam kisah ini. Namun, ia berakhir dengan sebuah kasih sayang yang  turut menjadi penyelamat hubungan mereka adik beradik. 

Akhirnya dengan kasih sayang sejati seorang kakak kepada adik semuanya menjadi aman seperti sediakala...

:::::: Olaf pun hidup dengan bahagianya. Dia mendapat awan salji dari Elsa. 






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013