Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Apa Perasaan Anda Bila Ditipu Oleh ~



Assalamualaikum

Bila difikir panjang, memang stress kalau ingatkan pasal kerja. Utk menenangkan jiwa yang tengah berserabut, baik tak payah pikir pasal status CHn yang masih menganggur. Hahaha.. Relak brother..brother relax...

Entry kali ni CHn dapat inspirasi dari blog Nick Nashram. Cuma ada kelainan. Dan entry ni tak de unsur copy paste ok. 

Apa perasaan anda bila ditipu oleh ::::::

Sahabat baik/ Rakan/ Teman

Fuh!! kena tipu dan tertipu ibarat tipah tertipu la. Rasa tu tak payah nak cakap la bila kena tipu dengan seseorang yang sering kali bersama dengan anda. Apa jua masalah anda, anda akan kongsi dengan sahabat anda, namun dia tikam jugak anda dari belakang. Sebelum ni, gahnya anda announce dia adalah BFF anda, bila dh jadi macam ni, bukan BFF dh la. Best Fren Masuk Longkang!! tak de maknanya Forever tu.  Bila dah kena, susah nak kembalikan kepercayaan yang kita pernah letakkan pada diri sahabat kita tu.  Contoh macam cerita petang2 tu, Teduhan Kasih lakonan Sherry Ibrahim tu. Kena tipu dek kawan baik jugak. Alahai…dunia dunia..


Suami @ Isteri

Hah, yang ni Chn tak boleh nak ulas panjang2 sbb Chn tak de pengalaman sbg isteri. Kehkehkeh. Sebab ni berkait ngan rumah tangga seseorang. Sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pula suami isteri. Tipu jika tiada badai melanda dalam bahtera rumah tangga pasangan suami isteri. 

Contoh kes di mana seorang suami menipu isteri mengatakan bahawa dia p outstation, padahal p  cari perempuan lain. Mak aiiii..tak cukup satu, nk dua, tak cukup 3, cukupkan 4 plak. Ni dah melampau. Suatu hari nanti, Allah akan tunjuk. Si isteri akan tahu juga akhirnya. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke atas tanah jua.  Apa perasaan isteri jika mengetahui suaminya ada isteri lain. Siapa la perempuan atas dunia ni ikhlas dan redha suaminya beristeri lagi. Kalau ada pun, mungkin satu dalam sejuta.



Ditipu oleh Girlfriend/ Boyfriend

Bila kena tipu dek GF or BF, rasa sakitnya hati hanya Allah je yang tahu. Rasa diri bodoh dan dipermainkan. Tu la, nk couple, check dulu latar belakang GF/BF tu. Dan yang paling penting uji kesetiaan mereka..banyak kan tips dalam google. Kalau sama2 nak couple hanya untuk main2, tak pe la.
Yang menjadi masalah dan isu apabila sebelah pihak di tipu oleh sebelah pihak yang lain. Sebab salah seorang pasangan couple yang tidak serius dalam menjalinkan hubungan. Itulah risikonya. Siapa berani buat, tanggung la akibatnya. Jangan main2 kan perasaan orang, nanti ada yang makan hati. bila dah makan hati, ada lah yang mati..kerana dendam dan iri hati.
Perasaan kecewa  itu dah suatu kemestian bila ditipu oleh GF or BF. Siapa tak rasa mcm tu, bila orang yg kita percaya buat mcm tu dekat kita. Rasa mcm tak dihargai la, rasa mcm orang bodoh je kan.


Saudara mara

Hah yang ni memang rasa nak tumbuk2 je muka saudara kita tu. Sama ada saudara ataupun darah daging kita sendiri. Memang sakit hati berganda-ganda. Sebab bila ada family gathering, kenduri ke mesti jumpa balik. Nak senyum memang tak la sebab hati dah bengkak,
Bila ditipu oleh saudara sendiri, anda lebih memilih posisi mana? Apakah menjauhinya dan menceritakan kepada saudara2 yang lain untuk turut mnenjauhinya? atau mengikhlaskannya dan tetap berkomunikasi dengan baik? Its up to u dears






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013