Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Review Filem : The Monkey King 2014

Assalamualaikum


Rasanya belum terlambat lagi CHn nak review cikit tentang filem The Monkey King ni. Maklum la, baru lepas tonton citer ni. 

Seperti biasa cerita dari Hong Kong dan terlalu biasa dengan effect2 yg melampau ni. CHn dah puas tgk effect2 spt ni dalam cerita The Sorceror and The White Snake, Kung Fu Hustle, Journey To The West: Conquering The Demons dan byk lg cerita yg buat effect2 melampau ni. Nama pun cerita, layan je la..hehe. 

Filem ni kesinambungan dari kisah Journey To The West: Conquering the Demons. Sebab dalam filem Journey To The West: Conquering the Demons, babak terakhir keluar la Raja Monyet. Kenapa Raja Monyet dikurung? Jawapannya dalam kisah The Monkey King 2014. hehehe ^-^



Sinopsis
Semenjak kewujudan dunia, dewa dari kayangan telah menggalas tugas dalam menjaga keseimbangan dunia. Keseimbangan antara dewa, manusia dan iblis. Iblis dihalau ke dunia kerana sering ingkar untuk tunduk terhadap dewa. Ratusan dan ribuan tahun iblis ingin menakluki ketiga-tiga kaum itu dalam apa jua cara. Dalam peperangan antara dua kaum, matahari dan bulan tidak bersinar. 



Pada awal cerita, Bull Demon King lakonan Aaron Kwok dan Jade Emperor (Chow Yun Fat) bertarung sebab Bull Demon King datang menyerang istana kerana ingin menawan istana. Akhirnya Bull Demon King kalah dan dihalau ke bumi di kawasan gunung berapi bersama dengan seorang lagi dewi perempuan, Puteri Iron Fan. Puteri Iron Fan memanggil Jade Emperor abang. Jadi, Puteri Iron Fan ni adik kepada Jade Emperor la. hehe. Dan ternyatalah dari kata2 Puteri Iron Fan, dewa/dewi dilarang bercinta dengan Iblis. Tapi, dia cintakan si iblis tu, Bull Demon King. Mereka dihalau dan dilarang menjejakkan ke kayangan lagi. 

Dewi Nu Wa (Zhang Zilin) menyaksikan kejadian itu dan melihat kemusnahan teruk istana kayangan. Dewi Nu Wa mengorbankan dirinya dan menukarkan dirinya menjadi ribuan kristal untuk pulihkan istana kayangan. Dia membina pagar kristal selatan kayangan supaya tiada iblis yang dapat melepasinya. 

Dari serpihan2 kristal yang dikeluarkan oleh Dewi Nu Wa, terdapat satu serpihan air mata kristal Dewi Nu Wa jatuh ke bumi. Di dalam kristal itu, lahirlah semangat monyet. Waktu ni dia tiada nama lagi. Dikisahkan, seekor musang putih cuba untuk membuka kristal itu tapi tak berjaya. Musang putih tu dapat tengok je monyet dalam kristal tu. Dia sentuh dengan kaki dia, dia pula tercampak dan kakinya cedera. 



Dipendekkan cerita, Guru Puti didatangi oleh Dewi Guanyin. Dewi Guanyin menyuruh Guru Puti mengambil monyet ajaib supaya dididik dan dilatih dengan betul agar boleh berbakti kepada manusia. Menurut Guru Puti, monyet ini lahir dengan kedua-dua sifat kebaikan dan keburukan. Oleh kerana itulah, Dewi Guanyin menyuruh Guru Puti mendidik monyet itu dengan sabar dan jadikan dia makhluk baik. 

Guru Puti mengambil monyet ajaib itu menjadi anak didiknya bersama dengan manusia yang lain. Semasa belajar dengan Guru Puti, Guru Puti menamakan monyet itu dengan nama Sun Wukong (Donnie Yen). Sun Wukong ni agak nakal, dan apa yang dia buat serba dia ingin tahu. Waktu belajar dengan Guru Puti, anak didik yang lain sering kali mengejeknya dengan mengatakan Sun Wukong binatang. 

Selepas belajar dengan Guru Puti, Sun Wukong kembali ke tempat asalnya di gunung Huaguo. Di sana dia menemui kembali kawan-kawannya dan menabalkan dirinya sendiri sebagai Raja Monyet. 

Dalam pada itu, Bull Demon King dalam perancangan untuk menggunakan Sun Wukong sebagai kunci untuk ke istana kayangan kerana diri Sun Wukong adalah sebahagian dari dewa yang diciptakan. 

Oleh kerana sifatnya yang nakal, Sun Wukong ni juga ada sifat tamak. Dia menuju ke sebuah kerajaan di dalam laut dan mengambil harta kerajaan tersebut. Dan yang paling teruk, dia mengambil tongkat besar yang berada di dasar lautan yang dapat mengawal banjir dan menenangkan lautan. Walaupun tiada siapa yang mampu menarik tongkat tersebut, namun ia tidak mustahil bagi Raja Monyet menarik tongkat itu. Setelah dia mengambil tongkat itu, air lautan bergelora dan menyebabkan air lautan naik sehingga ke atas darat.

Sun Wukong menuju ke kayangan dan di sanalah dia membuat huru-hara sehingga memancing kemarahan penjaga gerbang kayangan bermata tiga iaitu Erlangshen (Peter Ho). Setelah itu, Sun Wukong pulang ke bumi dan mendapati kawan-kawan monyetnya dan musang putih mati. Di kesempatan inilah Bull Demon King menyatakan tentera dewa yang menyerang dan membunuh rakan2 Sun Wukong. Sun Wukong marah dan menyerang kerajaan dewa di kayangan. 

Akhirnya Sun Wukong menyedari dia dipergunakan oleh Bull Demon King, dia cuba untuk melawan balik Bull Demon King. Dia berjaya mengalahkan Bull Demon King, namun Sun Wukong mendapat pembalasan kerana ingin mengubah takdir dan dikurung di bawah tapak tangan Buddha. Bull Demon King pula? Apa nasib si raja iblis ni? Last2 jadi lembu..Kesian.
Walaupun dilakonkan oleh barisan2 pelakon hebat2, namun, CHn nak kritik satu je mengenai filem ni
-- Effect yang terlalu menipu walaupun ia dinyatakan dalam 3D, namun, ia dilihat seperti unfinished CGI yang sangat la kasar. 

Emm..CHn minat dan lebih terdorong tonton filem bergenrekan fantasy. CGI filem ni tak mampu nak lawan Harry Potter jugak kan? hehe

Ok, saksikan trailer The Monkey King (2014)







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013