Yes, betul 100% dengan tajuk ni.
Agak2 anda semua pernah kena dengan situasi seumpama ini? Maybe, graf hidup
kita sbg manusia sama, tapi contoh kes yang dilalui oleh setiap individu
berbeza-beza kan..
Yes, of course la. Sebab tu lah CHn
pernah tekankan bahawasanya manusia tu unik. Masalah yang dihadapi oleh semua
orang berbeza-beza. Cuma yang samanye, well, mungkin subtopik nye..kehkehkeh..Contohnya,
masalah kewangan, masalah keluarga, masalah rakan..etc
Benar kata orang, jika kita punyai
seribu kawan, jarang kita dapat menemukan mereka. Jika kita punyai seorang
musuh, kita akan temuinya di mana-mana sahaja. hehe
CHn bukan nak bermusuh, tetapi perlu
kita ingat, dalam kita menjalani kehidupan seharian kita, kita takkan terlepas
dari menghadapi karenah manusia. Ada yang benci, ada juga yang sayang. Ada yang
peduli dan ada yang menyampah. For me, hahaha, CHn bakal menemui pelbagai jenis
manusia dengan pelbagai tingkah laku, karenah, sikap yang kadang2 CHn tak
pernah jumpa.
Waktu internship kaunseling dulu
(dengan bahasa mudahnya, praktikal), macam-macam karenah pelajar yang CHn
jumpa. Alahai, nak list satu2, esok takkan habis.
JADI SAYA NAK JADI APA?
Emm..jap nak fikir..agak2 nak jadi apa ye? Loading For a Moment
Bila jadi jahat orang benci, bila
jadi baik orang dengki. Jadi, saya nak jadi apa? Buat donno je?
Bila orang buat jahat, bencinya pada
orang itu seolah-olah orang tu tak patut wujud kat atas muka bumi ni. Tapi bila
ada orang buat baik, semua perkara yang dia buat kita pertikaikan, kita dengki
sana sini, kita cakap dia berlagak alim, berlagak baik.
Dan ada certain manusia ni, bila
seseorang buat baik, ada orang yang akan mengambil kesempatan terhadap orang
yang baik itu. Dipijaknya kepala si baik itu.
Jadi manusia pendiam ni susah jugak.
Kenapa? Bila jadi pendiam, tak kacau orang, tak ambil kisah hal orang tapi ada
jugak manusia nak kacau hidup si pendiam tu. So, saya nak jadi apa? Saya pergi
jauh2, buat rumah Eskimo kat kutub utara. duk sorang2, tak de orang
kacau..kehkehkeh
YANG SEDANG-SEDANG SAJA
Kalau dah tak boleh buat jahat, buat
baik pun orang tak suka..jadilah orang yang sederhana. Macam mana tu? Suka
boleh, tapi jangan terlalu suka. Benci jangan terlalu membenci. Pendek kata,
tanamkan sifat was-was dalam diri, sentiasa berwaspada akan sesuatu perkara.
Tak rugi kan. Allah sentiasa ada jika kita sentiasa mendampingiNya. Berdoa dan
istikharah dalam membuat keputusan. Allah akan bantu. ^^
PANDANGAN
MANUSIA
Dalam
diam-diam, sedar tak sedar, kebanyakan daripada manusia tidak akan pernah
berpuas hati dengan kita. Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut
manusia memang tak lah kan? Bahkan yang dah meninggal dunia sekalipun, ada lagi
yang masih mengungkit masa lalu arwah.
Jangan
hiraukan pandangan manusia pada kita. Lebih2 lagi pandangan mereka tentang masa
lalu kita. Apa yang penting ialah pandangan Allah pada kita :’)
That’s
why la, jika semua orang tak sukakan kita sedangkan Allah sudah redha terhadap
kita. Maka tiada lagi yang penting selain dari redha Allah bersama. Betul tak?
Al
maklum la redha manusia ni adalah sesuatu yang amat mustahil untuk kita
perolehi secara total. Buat kerja yang diredhai Allah s.w.t dan Rasulullah
s.a.w..Insyaallah aman dan selesa hidup kita di dunia dan akhirat. Kejarlah
redha Allah dan RasulNya, jangan dikejar redha manusia.
Sebab
tulah ada firman:
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Sebab
itulah, berpada-padalah bila kita membenci atau menyukai seseorang/sesuatu
CONCLUSION
Dan
akhirnya kita akan tersedar, bahawa kita ni bukan sesiapa, dan tidak memiliki
apa-apa pun. Dan suatu saat, setiap manusia akan faham, bahawa hidupnya hanya
mengikuti iradah Allah sahaja, bukan ikut sesiapa pun.
P/S:
Nak hidup, kena berlandaskan syariat supaya agama terpelihara. Ingat!!! Manusia
ni tak sempurna J