Cantik atau bijak? Perghh..mantap kan.
CHn ni dah buntu nak dapatkan idea
menulis entry. Ye la, untuk dapatkan idea tajuk dan penulisan mestilah mantap,
senang difahami, menarik orang untuk membacanya dan mempunyai idea yang
bernas/selari dengan realiti hidup.
Menjadi lumrah hidup, setiap manusia
di dalam dunia ni inginkan cantik. Bukan sahaja ingin orang yang cantik malahan
barang2 pn nak cantik, mahal dan berkualiti.
Sekarang ni, kita focus pada manusia
itu sendiri. Dan tidak hairan jugak entry ni ditulis untuk ditujukan kepada
kaum adam..hehehe ^^
Jika ditakdirkan CHn ni seorang
lelaki, yang manakah satu menjadi priority CHn dalam memilih kaum hawa? Pilih
satu je…Emmm..CHn pilih bijak!!!!
Why? Sebab BIJAK dengan erti kata lain adalah PANDAI ..kehkehkeh
KETURUNAN
Sememangnya wanita bijak yang dipilih
oleh seseorang lelaki secara tidak langsungnya akan mempunyai ciri-ciri wanita
cantik. Ini kerana bijak yang ada dalam diri seseorang wanita itu akan bakal
melahirkan anak-anak yang bijak. Siapa yang tak nak anak yang bijak kan?
Mungkin ada di antara lelaki yang mengutamakan
wanita yang cantik akan mempunyai rasa bangga bila dapat berdampingan dengan
wanita cantik. Tapi, semua itu hanyalah sementara. Kecantikan itu takkan kekal
lama kan?
PENILAIAN MANUSIA
Bagaimana nak tentukan cantiknya
seseorang itu?
Nak tahu cantiknya seseorang tu tak perlulah orang lain ajar. Sebab diri sendiri akan berupaya mengetahuinya. Disebabkan itulah cantik dikatakan relatif. ~
Nak tahu cantiknya seseorang tu tak perlulah orang lain ajar. Sebab diri sendiri akan berupaya mengetahuinya. Disebabkan itulah cantik dikatakan relatif. ~
Hebatnya kuasa Allah di mana Dia
menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa. Namun Allah S.W.T tidak lupa untuk membuktikan
kepada hambaNya bahawa Dia Maha Adil. Bagaimana ingin dibuktikan? Pernahkan anda dan sahabat2 berbual tentang
kecantikan seseorang? CHn rasa pasti pernahkan? dan CHn lagi pasti tidak semua
akan mempunyai pendapat yang sama.
Mungkin orang yang kamu lihat tu cantik di mata
kamu tetapi tidak di mata rakan2 kamu, begitulah juga sebaliknya. Jadi ini
membuktikan kepada kita Allah swt itu Maha Adil kerana meletakkan penilaian
manusia itu berbeza-beza and the almost more important thing jangan kita bimbang
akan kecantikan kita kerana ia tidak sama di mata manusia. Jika kita tidak
cantik pada pandangan seseorang belum tentu kita juga tidak cantik pada pandangan
mereka yang lain. Oleh itu, CHn berani mengatakan semua kita manusia ini dijadikan
CANTIK oleh Allah s.w.t. Begitu hebat dan adilNya Allah s.w.t kepada kita.
So, jgn kita risau jika ada yang tak
suka kita sebab kita tak cantik. hehe..^^ Jangan duk hiraukan pandangan
manusia, hiraukan pandangan Allah. Apa yang paling penting, biar kita cantik
pada pandangan Allah s.w.t kerana Dialah sebaik2 Pencipta.
PASANGAN DUNIA DAN AKHIRAT
Kata orang, kita kahwin bukan untuk sehari, tapi kita kahwin utk hidup
bersama dengan pasangan kita sehingga hujung nafas kita yang terakhir. Jgn
sesekali mendekati wanita sekadar untuk mengisi masa lapang ^^…tapi carilah
wanita yang bijak yang akan dijadikan pasangan untuk kehidupan di dunia dan di
akhirat. Carilah yang senang untuk dipimpin..
END OF DISCUSSION
Bijak atau cantik..sesuatu yang amat
bahaya sekiranya tidak difahami dengan betul2 dan boleh menjadi fitnah dunia
yang akan mengorbankan perasaan dan emosi anda sendiri. Bijak dan cantik dalam
erti kata sebenar biarlah merangkumi dari luar dan dalam..iaitu yang bijak
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri mahupun ibu. Cantik
pula seharusnya dizahirkan dengan tingkah laku, perbuatan, keluhuran jiwa,
kasih sayang, serta keikhlasan bersama pasangan.
Pandanglah sesuatu itu secara tersurat dan tersirat barulah jiwa akan tenang
cantik itu sangat subjektif. bg sy..andainya akhlaknya sopan, maka cantiklah dan bijak lah sesorang tu kerana allah swt.
ReplyDeletebetul tu kak ija :-) sy sokong
ReplyDelete