Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Cantik atau Bijak?

Assalamualaikum


Cantik atau bijak? Perghh..mantap kan.
CHn ni dah buntu nak dapatkan idea menulis entry. Ye la, untuk dapatkan idea tajuk dan penulisan mestilah mantap, senang difahami, menarik orang untuk membacanya dan mempunyai idea yang bernas/selari dengan realiti hidup.

Menjadi lumrah hidup, setiap manusia di dalam dunia ni inginkan cantik. Bukan sahaja ingin orang yang cantik malahan barang2 pn nak cantik, mahal dan berkualiti.

Sekarang ni, kita focus pada manusia itu sendiri. Dan tidak hairan jugak entry ni ditulis untuk ditujukan kepada kaum adam..hehehe ^^

Jika ditakdirkan CHn ni seorang lelaki, yang manakah satu menjadi priority CHn dalam memilih kaum hawa? Pilih satu je…Emmm..CHn pilih bijak!!!! Why? Sebab BIJAK dengan erti kata lain adalah PANDAI ..kehkehkeh




KETURUNAN

Sememangnya wanita bijak yang dipilih oleh seseorang lelaki secara tidak langsungnya akan mempunyai ciri-ciri wanita cantik. Ini kerana bijak yang ada dalam diri seseorang wanita itu akan bakal melahirkan anak-anak yang bijak. Siapa yang tak nak anak yang bijak kan?
Mungkin ada di antara lelaki yang mengutamakan wanita yang cantik akan mempunyai rasa bangga bila dapat berdampingan dengan wanita cantik. Tapi, semua itu hanyalah sementara. Kecantikan itu takkan kekal lama kan?


PENILAIAN MANUSIA

Bagaimana nak tentukan cantiknya seseorang itu?
Nak tahu cantiknya seseorang tu tak perlulah orang lain ajar. Sebab diri sendiri akan berupaya mengetahuinya. Disebabkan itulah cantik dikatakan relatif. ~
Hebatnya kuasa Allah di mana Dia menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa. Namun Allah S.W.T tidak lupa untuk membuktikan kepada hambaNya bahawa Dia Maha Adil. Bagaimana ingin dibuktikan?  Pernahkan anda dan sahabat2 berbual tentang kecantikan seseorang? CHn rasa pasti pernahkan? dan CHn lagi pasti tidak semua akan mempunyai pendapat yang sama. 



Mungkin orang yang kamu lihat tu cantik di mata kamu tetapi tidak di mata rakan2 kamu, begitulah juga sebaliknya. Jadi ini membuktikan kepada kita Allah swt itu Maha Adil kerana meletakkan penilaian manusia itu berbeza-beza and the almost more important thing jangan kita bimbang akan kecantikan kita kerana ia tidak sama di mata manusia. Jika kita tidak cantik pada pandangan seseorang belum tentu kita juga tidak cantik pada pandangan mereka yang lain. Oleh itu, CHn berani mengatakan semua kita manusia ini dijadikan CANTIK oleh Allah s.w.t. Begitu hebat dan adilNya Allah s.w.t kepada kita.

So, jgn kita risau jika ada yang tak suka kita sebab kita tak cantik. hehe..^^ Jangan duk hiraukan pandangan manusia, hiraukan pandangan Allah. Apa yang paling penting, biar kita cantik pada pandangan Allah s.w.t kerana Dialah sebaik2 Pencipta. 


PASANGAN DUNIA DAN AKHIRAT

Kata orang, kita kahwin bukan  untuk sehari, tapi kita kahwin utk hidup bersama dengan pasangan kita sehingga hujung nafas kita yang terakhir. Jgn sesekali mendekati wanita sekadar untuk mengisi masa lapang ^^…tapi carilah wanita yang bijak yang akan dijadikan pasangan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Carilah yang senang untuk dipimpin..


END OF DISCUSSION

Bijak atau cantik..sesuatu yang amat bahaya sekiranya tidak difahami dengan betul2 dan boleh menjadi fitnah dunia yang akan mengorbankan perasaan dan emosi anda sendiri. Bijak dan cantik dalam erti kata sebenar biarlah merangkumi dari luar dan dalam..iaitu yang bijak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri mahupun ibu. Cantik pula seharusnya dizahirkan dengan tingkah laku, perbuatan, keluhuran jiwa, kasih sayang, serta keikhlasan bersama pasangan. 



Pandanglah sesuatu itu secara tersurat dan tersirat barulah jiwa akan tenang 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

2 comments:

  1. cantik itu sangat subjektif. bg sy..andainya akhlaknya sopan, maka cantiklah dan bijak lah sesorang tu kerana allah swt.

    ReplyDelete
  2. betul tu kak ija :-) sy sokong

    ReplyDelete

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013