Assalamualaikum
Masuk saja
pertengahan bulan-bulan tahun Hijrah, kita pasti dapat melihat keagungan
ciptaan Allah SWT yang sangat cantik iaitu bulan purnama. Sehinggakan kita juga
boleh melihat bayang-bayang pada malam hari kesan cahaya daripada bulan
sekiranya kita berada di tempat yang gelap dan tiada pencemaran cahaya.
sumber: pakcik Google |
Satelit
Semula Jadi
Bulan
merupakan satu-satunya satelit semulajadi planet Bumi. Berbanding planet-planet
lain, ada planet yang mempunyai lebih daripada satu bulan seperti planet Marikh
yang mempunyai dua bulan dan ada planet yang tidak mempunyai bulan seperti
Utarid dan Zuhrah. Bahkan ada planet yang mempunyai berpuluh-puluh bulan
seperti Musytari, Zuhal dan Uranus.
Bulan ialah
jisim yang beredar mengelilingi sesebuah planet yang bersaiz lebih besar
daripadanya. Bulan bumi hanya bersaiz satu perempat daripada saiz Bumi.
Diameternya 3476 kilometer dengan kekuatan gravity hanya 0.6 yang bersamaan
dengan satu perenam bumi. Jarak bulan dari bumi secara purata ialah 384 403
kilometer.
Tahun Hijrah
yang Berpandukan Kepada Bulan
Seperti yang
kita maklum, umat Islam menggunakan kalendarnya sendiri yang dinamakan sebagai kalendar
Hijrah. Dalam kalendar Hijrah, terdapat 12 bulan yang sememangnya dicipta
berdasarkan pergerakan bulan sehari-harian. Kita pasti boleh mengagak berapa
hari bulan kalendar Hijrah apabila melihat bentuk bulan. Itulah salah satu
keindahan Islam yang boleh kita lihat pada penciptaan bulan. Agak-agaknya hari
ni berapa hari bulan dalam kalendar Hijrah?
Keadaan Bulan
Bumi
Walaupun
dilihat cantik dari Bumi apabila bulan purnama, keadaan sebenar di permukaan
Bulan adalah tandus, berkawah dan bergunung-ganang. Bulan tidak mempunyai
atmosfera seperti bumi dan ini menyebabkan cahaya matahari terus ke
permukaannya. Hal ini menyebabkan keadaan suhu pada waktu siang boleh mencecah
100 darjah Celcius bersamaan dengan suhu air mendidih. Berbeza dengan keadaan
pada waktu malam, suhunya boleh menurun sehingga -200 darjah Celcius.
Ketika bulan
purnama, kita boleh melihat permukaan bulan yang cerah dan gelap. Permukaan
bulan yang cerah merupakan gunung-ganang manakala permukaan yang gelap adalah
kawah atau tanah rendah.
Kawah-kawah
di bulan kebanyakannya terbentuk akibat hentaman meteoroid atau hasil letupan
gunung berapi yang berlaku pada peringkat awal kejadian bulan. Tidak terdapat
udara dan air di Bulan. Kawah-kawah yang terhasil akibat hentaman komet. Oleh
sebab ketiadaan udara dan air, hakisan tidak berlaku di sini dan ada antara
kawahnya berusia jutaan tahun serta masih utuh. Ketiadaan udara juga
menyebabkan tiada kedengaran suatu bunyi pun di bulan.
FAKTA MENARIK
TENTANG BULAN
-Satu-satunya
satelit semulajadi bumi
-Objek paling
cerah di langit tetapi tidak mempunyai cahaya sendiri
-Tidak
mempunyai sebarang kehidupan.
-Tidak
mempunyai atmosfera dan air.
-Jarak purata
dari Bumi: 384403 km
-Diameter:
3476 km
-Masa putaran:
27.32166 hari
-Magnitud
kecerahan: -12.74
-Suhu maksimum:
123 darjah Celcius
-Suhu minimum:
-233 darjah Celcius
salam kenal & follow sini..
ReplyDeletedone follow! tq kerana singgah di sini
ReplyDeleteInfo yang menarik :-)
ReplyDeleteTanpa bulan, kejadian pasang surut air laut juga tidak mungkin berlaku.
salam and hai hafizah, salam perkenalan. zati singgah sini :)
ReplyDelete