Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Bulan Jiran Angkasa Paling Dekat

Assalamualaikum

Masuk saja pertengahan bulan-bulan tahun Hijrah, kita pasti dapat melihat keagungan ciptaan Allah SWT yang sangat cantik iaitu bulan purnama. Sehinggakan kita juga boleh melihat bayang-bayang pada malam hari kesan cahaya daripada bulan sekiranya kita berada di tempat yang gelap dan tiada pencemaran cahaya.

sumber: pakcik Google


Satelit Semula Jadi

Bulan merupakan satu-satunya satelit semulajadi planet Bumi. Berbanding planet-planet lain, ada planet yang mempunyai lebih daripada satu bulan seperti planet Marikh yang mempunyai dua bulan dan ada planet yang tidak mempunyai bulan seperti Utarid dan Zuhrah. Bahkan ada planet yang mempunyai berpuluh-puluh bulan seperti Musytari, Zuhal dan Uranus.
Bulan ialah jisim yang beredar mengelilingi sesebuah planet yang bersaiz lebih besar daripadanya. Bulan bumi hanya bersaiz satu perempat daripada saiz Bumi. Diameternya 3476 kilometer dengan kekuatan gravity hanya 0.6 yang bersamaan dengan satu perenam bumi. Jarak bulan dari bumi secara purata ialah 384 403 kilometer.



Tahun Hijrah yang Berpandukan Kepada Bulan

Seperti yang kita maklum, umat Islam menggunakan kalendarnya sendiri yang dinamakan sebagai kalendar Hijrah. Dalam kalendar Hijrah, terdapat 12 bulan yang sememangnya dicipta berdasarkan pergerakan bulan sehari-harian. Kita pasti boleh mengagak berapa hari bulan kalendar Hijrah apabila melihat bentuk bulan. Itulah salah satu keindahan Islam yang boleh kita lihat pada penciptaan bulan. Agak-agaknya hari ni berapa hari bulan dalam kalendar Hijrah?



Keadaan Bulan Bumi

Walaupun dilihat cantik dari Bumi apabila bulan purnama, keadaan sebenar di permukaan Bulan adalah tandus, berkawah dan bergunung-ganang. Bulan tidak mempunyai atmosfera seperti bumi dan ini menyebabkan cahaya matahari terus ke permukaannya. Hal ini menyebabkan keadaan suhu pada waktu siang boleh mencecah 100 darjah Celcius bersamaan dengan suhu air mendidih. Berbeza dengan keadaan pada waktu malam, suhunya boleh menurun sehingga -200 darjah Celcius.

Ketika bulan purnama, kita boleh melihat permukaan bulan yang cerah dan gelap. Permukaan bulan yang cerah merupakan gunung-ganang manakala permukaan yang gelap adalah kawah atau tanah rendah.

Kawah-kawah di bulan kebanyakannya terbentuk akibat hentaman meteoroid atau hasil letupan gunung berapi yang berlaku pada peringkat awal kejadian bulan. Tidak terdapat udara dan air di Bulan. Kawah-kawah yang terhasil akibat hentaman komet. Oleh sebab ketiadaan udara dan air, hakisan tidak berlaku di sini dan ada antara kawahnya berusia jutaan tahun serta masih utuh. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada kedengaran suatu bunyi pun di bulan.


FAKTA MENARIK TENTANG BULAN
-Satu-satunya satelit semulajadi bumi
-Objek paling cerah di langit tetapi tidak mempunyai cahaya sendiri
-Tidak mempunyai sebarang kehidupan.
-Tidak mempunyai atmosfera dan air.
-Jarak purata dari Bumi: 384403 km
-Diameter: 3476 km
-Masa putaran: 27.32166 hari
-Magnitud kecerahan: -12.74
-Suhu maksimum: 123 darjah Celcius
-Suhu minimum: -233 darjah Celcius






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

4 comments:

  1. done follow! tq kerana singgah di sini

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik :-)

    Tanpa bulan, kejadian pasang surut air laut juga tidak mungkin berlaku.

    ReplyDelete
  3. salam and hai hafizah, salam perkenalan. zati singgah sini :)

    ReplyDelete

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013