REFLEKSI KEDUA
PERSEPSI TERHADAP PENEMPATAN SEKOLAH INTERNSHIP KAUNSELING
OLEH : MOHAMAD AZWAN BIN AHMAD
1. Apa
yang anda faham tentang pembentangan rakan anda?
Berdasarkan tajuk yang telah dibentangkan oleh rakan
saya, ia memberi penekanan terhadap apakah tanggapan atau penerimaan rakan saya
terhadap sekolah yang bakal beliau jejaki sebelum memulakan internship
kaunseling. Pada permulaan pembentangan, beliau memulakan pembentangan dengan
menyatakan mengenai sejarah sekolah internship beliau. “Sekolah Menengah rendah Laki-Laki,
Taiping ditubuhkan pada 11 haribulan Januari 1965 dengan 8 kelas peralihan
berjumlah 371 orang pelajar dan 15 orang guru. Pada masa itu, sekolah ini tidak
mempunyai bangunannya sendiri dan terpaksa “menumpang” di Sekolah Menengah St.
George, Taiping. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Lee Swee Keng”. Sejurus
selepas itu, beliau menerangkan serba sedikit mengenai persepsi terhadap
penempatan sekolah internship kaunseling iaitu dengan memecahkan kepada tiga
skop, persepsi awal, semasa dan selepas.
2. Apa
kaitannya dengan profesion anda sebagai kaunselor?
Tajuk yang dibentangkan oleh rakan saya ini amat berkait
dengan profesion saya sebagai seorang kaunselor. Internship kaunseling
merupakan latihan pertama yang perlu ditempuh oleh seorang bakal kaunselor
sebelum menjadi kaunselor. Melalui
penerangan rakan saya ini, persepsi awal terhadap penempatan sekolah internship
kaunseling adalah untuk melatih bakal kaunselor kerana ia mengukur mental dan
emosi kita dalam menyediakan pengalaman secara praktikal sebelum berkembang ke
arah profesion sebagai seorang kaunselor.
Seseorang individu tidak akan terlepas mempunyai persepsi
atau tanggapan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Berdasarkan teori REBT
yang telah dipelajari semasa semester 1, manusia diandaikan dilahirkan dengan
keupayaan berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Sama juga seperti
tajuk yang dibentangkan oleh rakan saya ini, manusia tidak lari dari
persepsi-persepsi yang timbul dalam pemikiran mereka sebelum melakukan sesuatu
perkara atau tugasan.
Begitu juga dengan saya sebelum saya berpraktikum di SMK
SG BAYOR. Pelbagai tanggapan dan persepsi yang bermain dalam fikiran saya.
Persepsi negatif menguasai pemikiran saya, di mana saya banyak berfikir adakah
saya mampu menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor pelatih di sana,
bagaimanakah penerimaan pihak sekolah di sana, adakah saya mampu menangani
isu-isu yang bakal timbul di sekolah, serta sikap pelajar terhadap kaunselor
pelatih.
3.
Bagaimana pembentangan rakan anda penting berdasarkan dunia kaunseling?
Hasil dari pembentangan yang telah disampaikan oleh rakan
saya ini amat penting berdasarkan dunia kaunseling. Sebagai seorang bakal
kaunselor saya perlu menghadapi pelbagai pengalaman dan situasi bagi
mengukuhkan diri untuk menyelami dunia kaunseling. Melalui apa yang telah
disampaikan oleh rakan saya ini mengenai persepsi awal terhadap penempatan
sekolah internship kaunseling.
Di sini, saya amat menekankan kepada persediaan awal
seorang kaunselor apabila menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku
dalam profesion sebagai seorang kaunselor. Saya sebagai kaunselor perlu kuat
untuk anak-anak pelajar yang ada di hadapan saya. Yang pastinya sebagai seorang
kaunselor adalah mengatur gerak yang sesuai dalam bidang tugasnya. Hal ini
penting kerana kaunselor sekolah bakal menghadapi banyak persimpangan dalam
melaksanakan tugasnya.
Apa yang saya lakukan semasa menjalani latihan praktikum
adalah sebahagian persediaan untuk bergelar sebagai seorang kaunselor.
Persekitaran di luar memerlukan saya supaya lebih bersedia terutamanya apabila
berhadapan dengan masyarakat pelbagai peringkat. Setiap orang
berbeza pengalaman yang diperolehi dan saya berkonsi pengalaman untuk perbaiki
diri saya sendiri. Apa yang lebih penting adalah seorang kaunselor tidak
seharusnya terlalu mudah untuk mendifinisikan sesuatu pekara yang kita sendiri
belum mengalaminya.
4. Apa
isu dan masalah yang wujud dalam pembentangan tersebut?
Antara isu serta masalah yang wujud dalam tajuk
pembentangan rakan saya ini ialah mengenai persepsi awal terhadap penempatan
sekolah internship kaunseling adalah tanggapan yang sama sekali negatif
terhadap sekolah. Isu ini sebenarnya biasa berlaku dalam kalangan mana-mana
golongan pendidik, di mana ramai yang akan menilai terlalu awal sesuatu perkara
tanpa usul periksa. Tidak semua sekolah atau sesebuah institusi pendidikan
teruk sekiranya kita hanya melihat dari segi luaran sahaja. Sebagai
seorang kaunselor perlu mengubah persepsi awal agar tidak terlalu awal untuk
seseorang itu mendifinisikan sebelum suasana sebenar dialaminya.
5.
Bagaimana anda ingin mengatasi masalah-masalah itu?
Sebagai seorang
kaunselor yang efektif, kita tidak boleh mempunyai pemikiran yang negatif.
Penerimaan tampa syarat sering kali diungkapkan dalam dunia seorang kaunselor
yang mana menggambarkan seorang kaunselor perlu sentiasa berfikiran positif
dalam apa jua keadaan. Pemikiran yang positif dapat mengelakkan seseorang itu
memberi tanggapan awal terhadap suasana sekolah. Isu pemilihan sekolah juga
amat penting bagi seorang kaunselor yang mana melibatkan persekitaran sekolah.
Sebagai seorang kaunselor yang berkebolehan tidak perlu risau akan suasana
sekolah kerana ia membolehkan seseorang kaunselor itu bersifat positif dan
tidak melebelkan ia sebagai suatu masalah yang sukar. Dengan kaedah yang telah
saya nyatakan ini dapat membantu saya dan juga kaunselor-kaunselor dalam
menangani permasalah yang dihadapi. Seorang kaunselor tidak sewajarnya cepat
mengalah akan kesukaran yang dihadapinya kerana kesukaran inilah yang akan
mengajar kita menjadi lebih dewasa.
6. Apa ilmu-ilmu
baru yang anda peroleh?
Perhubungan yang baik banyak membantu kaunselor baru terutamanya kaunselor pelatih bagi mengembangkan diri kealam dunia kaunselor yang sebenar. Segala perkonsian ini dapat dimafaatkan untuk meningkatkan pekembangan diri.
7.
Bagaimana anda dapat menintegrasikan ilmu yang dibentangkan oleh rakan anda?
Berikan hujah anda berdasarkan fakta keilmuan.
Daripada pembentangan
rakan saya itu dapat saya jadikan panduan dalam meningkatkan prestasi saya.
Banyak cadangan dan hujah yang disampaikan boleh digunakan semasa menjejak kaki
ke setting yang sebenar. Perkongsian pengalaman dapat mematangkan lagi
pengalaman kita untuk menharungi cabaran yang mendatang.
Belajar dari
pengalaman orang lain merupakan salah satu ilmu yang berguna bagi mematangkan
pemikiran seseorang terutamanya diri saya sendiri. Perkonsian pengalaman boleh
mematangkan lagi pemikiran saya dan tidak mudah untuk mengaku kalah sekiranya
menhadapi situasi yang tidak terduga kelak. Pengalaman banyak mengajar kita
dalam melansaikan kehidupan, pepatah ada mengatakan ‘jatuh pada lubang yang
sama adalah satu kebodohan’ ini memberi pengajaran kepada kita agar belajar
dari pengalaman.
Cara seseorang
menilai sesuatu keadaan amat berbeza, untuk menyesuaikan diri juga memainkan
peranan dalam kerjaya seseorang. Perkejaan yang melibatkan organisasi adalah
satu cabaran bagi seseorang terutamanya kaunselor yang mana melibatkan
perhubungan dua hala. Komunikasi yang baik amat membantu dalam melaksanakan
tugas dengan cemerlang. Seperti yang telah dinyatan oleh pembentang, internship
kaunseling merupakan latihan praktis yang wajib dilalui bagi membolehkan
seseorang kaunselor pelatih bergraduat. Pembelajaran secara mengalami di
persekitaran sebenar adalah sebahagian daripada kaedah pembelajaran yang
dipratiskan dalam sistem latihan kaunselor di Malaysia. Pembelajaran secara mengalami
dapat menyediakan peluang kepada kaunselor pelatih untuk belajar
mengaplikasikan pekara yang telah dipelajari diuniversiti.
Beberapa
perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal saya menghadapi tugas sebagai
kaunselor di sekoleh seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada
kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah yang wujud di sekolah, apakah
peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor dan kesan kehadirannya
sebagai kaunselor di sekolah tersebut.
Selain itu, apa
yang saya dapat melalui pembentangan rakan saya ini, saya dapat simpulkan
bahawa kaunselor perlulah menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap
pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta menghargai pelajar sebagai
individu yang unik dan berguna.