Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Kahwin Tu Senang, Nikah Tu Yang Payah Dik Oiiii!!



Assalamualaikum..
Dah lama CHn terfikir pasal isu ni. Hehehe..Rasanya terlalu common. But, it's ok. Yang common tu la best skali diperdebatkan. 
Apa beza nikah dan kahwin tu? tak kan bendanya sama je. Perkataan je lain kan?
Bendanya sama je, but how u interpret that thing. bagaimana anda mentafsir benda tu..Kebiasaannya, ayat macam tu selalu jadi bahan berseloroh bila ada orang tanya pasal bab kahwin kepada orang bujang. Kata orang bujang, kalau nak kahwin ni tak payah susah – susah. Apa yang perlu diorang buat hanya perlu daftar ke sebuah bilik hotel antara lelaki dan perempuan. Lepas tu tunggu je Jabatan Agama Islam datang. Habis cerita. Kan senang tu?hahaha..tp bila nk nikah, kena de duit, n segala2nya, tu yg susah..atau pn, khwin kat golok..ataupn khwin koboi je..
Dan juga apabila nikah ni, buat sang lelaki terketar2 kerana akad nikah ni first time dalam hidup mereka except anda orang wanita menikahi duda..kehkehkeh..Yang tu x payah cakap la, memang banyak pengalaman.
Tapi apabila nikah jadi susah, maka timbullah isu : Bila Nikah itu Susah, Zina itu Mudah..
Manusia memberi pelbagai jenih alasan ataupun sebab utk melakukan ZINA.

Pokok pangkalnya ialah IMAN.
Agama sudah menyarankan JANGAN DEKATI ZINA.

Tetapi TIDAK DI ENDAHKAN mereka jugak.

Apabila nasik sudah jadi bubur, mereka menyalahkan Pihak lain MELAINKAN diri sendiri.
Anda semua tak nak kan jadi kat kaum kerabat anda?
Bila ada orang tanya atau persoalkan kenapa anda tak kahwin-kahwin lagi? Berkawan sudah bertahun-tahun. Bila lagi mahu kahwin, bukannya tak ada calon? Apa lagi yang kau tunggu-tunggu. berjumpa sudahlah selalu..
Kenapa nikah jadi susah? Alasan pertama sah2 la belum cukup duit. Ingat kahwin ni senang ke? Dah la nak kat anak orang. Takkan aku tak bagi hantaran kat si perempuan. Si perempuan pulak mintak beribu-ribu. Dah la mintak hantaran, cincin pun dia mintak. Mana aku nak cari duit. kalau tak cukup, sampai ke tua aku tak kahwin2.

Hantaran paling kurang 10 ribu, belum lagi include pelamin, khemah kanopi, kad jemputan, buffet catering, bunga telur, upah photographer, tak cukup indoor, nak sesi outdoor lagi. Moment masa kahwin semuanya indah, bukan setakat capture photo, tetapi video jgak. Tambah lagi pakej sebelum kahwin dan selepas kahwin punya gambar. Photographer makin kaya! sbb korang bayar dia bukan RM10, tapi at least 3K+++..
Terlalu banyak tuntutan @ kehendak dunia yang semakin menuntut anda utk memuaskan nafsu anda. Kahwin sekali je mak oiiii, biarlah jadi kenangan. Walaupun sanggup berhabis duit. Kalau tak orang tak panggil la raja sehari. Kena buat grand2 la, nnti kalau nikah koboi je, orang mengata perut si perempuan dah berisi. Malu la mak oiii..Kat Allah tak malu??
Dan kenapa banyak songeh sangat nak nikah ni... bila nikah kat siam jd tak sah... nak kawin kena kursus sana sini. Sebenarnya kursus kahwin di wajibkan kerana semakin ramai yg TIADA ILMU AGAMA.
Mandi wajib pung tak tau.....Solat???
Berapa % yg solat sekarang ini?
Makan?
Berapa % yg baca bismillah?
ASAS Agama semakin hancur setiap hari......

Kepada yg tahu, allhamdullilah.
TETAPI kepada tidak tahu................nauzubillah..



P/S : Kata orang, kahwin itu soal hidup dan mati. Sebab, kita bukan nak hidup sehari dua dengan si dia, tetapi sepanjang hayat! ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

2 comments:

  1. Pokok pangkalnya, kepercayaan dan amanah yang perlu dipikul baik lelaki dan wanita perlu diperjelaskan sejelas-jelasnya menjelang pernikahan. Wang ringgit bukan ukuran kebahagiaan mahupun usia perkahwinan itu, tetapi ilmu dan iman yang menentukannya.

    Apa makna majlis persandingan lengkap pelamin ribuan ringgit andai perkahwinan porak peranda akibat dibelenggu masalah hutang majlis perkahwinan.

    ReplyDelete
  2. yg awk ckp tu betul.tp ada ke org mcm ni zaman skrg..bila majlis khwin, siap ada dJ radio, mcm2 la..diorang fikirkan adat, ada diorang fikirkan agama? x de dh mcm tu.smua nk sanding kan.hehe

    ReplyDelete

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013