Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Suami Awak Kerja Apa? - Antara Pangkat, Darjat & Keturunan

Assalamualaikum

Hah, tajuk ni sempena persoalan yang ditujukan oleh seorang rakan CHn. Petang tadi CHn ada berborak dengan dia dalam chat fb.

Pernah tak anda, ditujukan soalan ----
1) " bakal suami awk kerja apa?" (Waktu belum kahwin, tp hampir2 nk kahwin)
2) Suami awak kerja apa? (waktu majlis di rmh pengantin perempuan)
3) Menantu awak kerja apa timah oii? (soalan ditujukan kpd mak/bapak pengantin)

Rasanya banyak lagi situasi yg lebih kurang sama seperti di atas...hehe..dan CHn sendiri tak terkecuali menanyakan hal yg sama kpd rakan2 CHn yg bakal melangsungkan perkahwinan cuti sekolah akan datang.


Keputusan yg dibuat dlm hidup sememangnya di atas tgn kita sendiri. Dalam memilih pasangan, jgn dipandang rendah antara ciri2 yg penting bagi seorang bakal suami kita. Jangan terlalu memilih sgt, nanti tak pasal2 jadi andartu. Dan dalam masa memilih, harus juga pentingkan pemilihan. Janganlah mencari yang terlalu sempurna, cukuplah yang sederhana yg blh membahagiakan dan membimbing kita. 



MEMANDANG KEPENTINGAN DUIT

Tanpa kita sedari, kita sebagai kaum perempuan, sehebat mana pun kita menafikannya, duit amat penting dalam kehidupan. Walaupun beralaskan cinta semata-mata, bagaimana seorang lelaki boleh menampung kehidupan seorang perempuan hanya berduitkan CINTA? Oh no!!


Sedangkan dalam Islam sendiri memandang harta sebagai ciri2 yg harus dipandang!

Namun, letakkan pandangan terhadap harta itu selepas agama..Tak gitu?


Level pandangan terhadap kepentingan duit juga dipandang? Mcam mana tu? Bagaimana pandangan anda terhadap kepentingan duit dalam kehidupan semestinya berbeza2 di antara individu dengan individu lain. Ada yang sememangnya mementingkan harta dan duit, dan ada juga yg menganggap duit dan harta cukup sekadar memenuhi syarat. 



PEMILIHAN SUAMI

Sebenarnya CHn tak menolak kebenaran bahawa pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal. Jika tersalah pilih kerana terikutkan tuntutan emosi semata-mata sehingga melupakan pedoman syarak maka boleh membawa padah. Yang paling dibimbangi, pilihan suami tidak membawa ke jalan menuju ke syurga. Kerana suami ni ibarat ibusawat penghubung talian taat seorang isteri kepada Allah.



PENTING SANGAT KE PANGKAT?

Yang paling tak tahan, bila ada yang tanya, "menantu awak kerja apa?"
"Menantu saya kerja sendiri2 je. Buat bisnes sendiri."
-----
Balik rumah
"Kalau aku, aku tak nak anak aku kahwin ngan org kerja sendiri2 ni. Ngan orang kerja swasta pn aku tak nak bagi. Lebih senang kahwin ngan org kerja kerajaan"


****

Alahai, makcik~pakcik..kerja sendiri la blh kaya, atas usaha masing2 la. Kerja kerajaan tak kaya makcik!
Jgn terlalu drastik letakkan pandangan mcm tu. Kerja kerajaan ni basically senang nak dpt pinjaman, berhubung ngan kerajaan. Tapi gaji tetap MAKAN GAJI. 
Di dalam memilih menantu, usahlah kita terlalu berbangga dengan kekayaan yang dimilikinya sebelum kita mengetahui sejauh mana kekayaan hatinya. Seperti mafhum hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu, ia berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Kaya itu bukanlah bermakna banyaknya harta. Tetapi, kaya itu adalah kaya hati (mencukupkan yang ada).
Biarlah bagaimana hebat pun menantu kita, biarlah kita sahaja yang mengetahuinya. Ini kerana kekayaan yang ditonjolkan secara zahir itu belum terbukti dari sudut batinnya. 


CIRI-CIRI SUAMI

Agama
Boleh bimbing kita la


Bertanggungjawab

Kalau tak de sifat ni, mcm mana nk kemudikan rumah tangga?



Ikhlas

Ikhlas sayangkan kita :-)


Rupa

Tak la sehensem aaron aziz, setampan dr muszaphar, tp biarlah sedap mata memandang!


Harta

Sekurang-kurangnya dia dapat rezeki dengan hasil usaha dia sendiri. Cukup untuk menyara keluarga. Bagi makan anak bini. Dapat duit lebih tu, rezeki Allah bagi.


Keturunan

Biarlah dari keluarga elok2. hehe




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

9 comments:

  1. betul..ramai sekarang ni mesti tanya bakal suami/isteri kerja apa? ketrunan apa? alahai..susah juga nak menjawab tu. tapi yg penting hati kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, tau pn. yg pnting hati. hehehe.. org suka tnya tu disebabkan skrg ni kan smuanya duit..

      Delete
  2. panduan yang berguna untuk orang-orang bujang macam saya..hehe. soalan paling tak best : bila nak kahwin???

    ReplyDelete
  3. soalan famous tu..bila nk khwin? bila nk dpt anak? mmg prihatin sgguh la org sekeliling kite ni kan

    ReplyDelete
  4. nice sharing ..suke sgt entri ney .. mmg soalan tu pun yang paling famous bila nak khwin ..aishh mulut org mmg tak bleh nak tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tau x pe. mulut oorg mmg x blh nk tutup, dan susah nk puaskan hati semua org. pedulikan mrk, bkn mrk nk khwin kan..hehehe

      Delete
  5. soalan sama yang terjadi pada debaa.. lebih2 lagi mulut sedare sendiri.. manusia yang begitu pentingkan harta dari yang sepatutnya..

    ReplyDelete
  6. biarlah beragama dititikberatkan..tak guna kalau kaya tapi agama entah kemana...Mencari untuk kebahagian dunia dan akhirat..bukan dunia semata2..salam jumaat

    ReplyDelete

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013