Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Review Legend of the Seeker

Assalamualaikum


Rasanya dh seminggu CHn bertapa dalam kamar utk menghabiskan menonton kisah ini. 



Legend of the Seeker, rugi sgt kalau anda tak tgk. Waktu semester 2 semasa di upsi dlu, CHn ada ambik cerita ni dengan kakak CHn yang jugak masih study di UKM medic kt KL. Minat CHn terdorong ke arah kisah fantasi selepas menonton kisah Merlin lakonan Colin Morgan. Dalam hardisk tu ada jgak folder legend of the seeker. CHn ambik dan layan la cerita ni. 

Oleh kerana masih miskin utk beli hardisk, CHn terpaksa delete je cerita legend of the seeker ni. Tapi baru2 ni CHn ada tengok kat TV2, siri ni disiarkan pada hari ahad, jam 10 malam kalau x silap. Mungkin agak terlambat nk ceritakan satu2 cerita ni sebab ia dah lama, 2008 kot~ tapi bila CHn google, tak de pulak sinopsis dan review psal The Legend of the Seeker dalam Bahasa Melayu, cuma satu blog yang ada review sikit pasal kisah ni iaitu A Duck Story

Disebabkan rasa minat dan terdorong utk menonton cerita fantasi ni, CHn tak putus asa utk mendapatkannya semula. Akhirnya berjaya mendapatkannya secara download free. Nak tau mcm mana? kejap lg CHn cerita.

Sekarang kita berbalik kepada kisah ini, watak heronya dimainkan oleh Craig Horner. hehe..Hensem sgt. Watak heroinnya pula oleh Bridget Regan. 

Siri TV Legend of the seeker ni merupakan karya dari Terry Goodkind berasal dari Amerika yang merupakan novel best seller. Bagi CHn, siri tv ini setanding dengan siri tv Merlin. Cumanya Merlin siri TV British, yang ni pula dari Amerika Syarikat. 


Sinopsis

Kisah perjalanan hidup Richard Cypher atau The Seeker menyelamatkan dunia yang terbahagi kepada 3 wilayah iaitu Midlands, Westland dan D'Hara. 3 wilayah ini tergolong dalam New World sementara ada wilayah lain yang disebut Old World. 

Westland pula dipisahkan dari Midlands dengan sempadan magik yang dicipta untuk mengelakkan sebarang magik memasuki Westland. Pada mula cerita ni Richard tinggal di Westland sehinggalah dia bertemu dengan heroinnya, Kahlan yang juga dikenali sebagai The Confessor. 

D'Hara pula diperintah oleh Lord Darken Rahl (Craig Parker) yang kejam dan jahat. Kisahnya bermula apabila Kahlan Amnell cuba melarikan diri dari serangan askar2 suruhan Lord Darken Rahl. Kahlan berjaya melepasi sempadan magik dan menuju ke Westland untuk mencari The Seeker dan The Wizard yang diramalkan akan menumpaskan Lord Darken Rahl. 

Kahlan menemui The Wizard of The First Order iaitu Zeddicus Zu'I Zorander dan juga The Seeker seorang lelaki muda bernama Richard Cypher, di mana beliau terpaksa menerima takdir yang tidak pernah diketahuinya. Mereka bersama2 memulakan perjalanan untuk menewaskan Darken Rahl. 

Season kedua pula berdasarkan novel Terry Goodkin yang bertajuk Stone of Tears. Ia menceritakan bagaimana Richard, Kahlan dan Zedd utk menyelamatkan dunia dari serangan The Keeper yang berada di Underworld (dunia bawah). The Box of Orden yang dikisahkan dalam season 1 yang telah menyebabkan lapisan di antara dunia kehidupan dan dunia Underworld terkoyak. Mereka perlu mencari Stone of Tears untuk menutup semula lapisan yang terkoyak dan mengalahkan The Keeper. Mereka dibantu oleh satu lagi watak iaitu Cara, seorang Mord-Sith. 


Download
Bagi yang nak tengok cerita ni, boleh la download sendiri ye. Nak cepat, perlu la internet spt streamyx ok. kalau broadband, anda tahu kan setakat mana limit broadband ni. Nak download tekan link kat bawah ni ye.


Cara nk download, bagi sesiapa yang menggunaka GOOGLE CHROME, boleh la download ye. Tapi berisiko la sbb GOOGLE CHROME ni byk 'varus' yg masuk. 

Tekan je episod yang ingin ditonton ataupun nk download dan ia akan membawa anda ke : 














Tekan je kat link yg CHn merahkan tu, dan boleh la download dgn cara ADD EXTENSION kat google chrome, cari GET MORE EXTENSION. cari VIDEO DOWNLOAD HELPER. bila dh di add, ia akan ada simbol mcm gmbr kat bawah ni, tp play kan video dahulu baru boleh download, tekan kat WAITING FOR THE SERVER. secara automatik ia akan download dlm format FLV. Bg sesiapa yg ada REAL DOWNLOADER atau IDM, boleh la guna sbb dua downloader ni lagi power dan laju.















Untuk subtitle pula, CHn dah cari dlm google, x de plak subtitle dalam BM, so kerana tiada pilihan, anda boleh download subtitle English yang bersesuaian dalam laman web SUBSCENE. Anda boleh EXTRACT file, dan drag masuk dalam player. Thats the way I did. Kalau ada kaedah lain utk load subtitle, anda boleh buat. Its up to u. 

selamat menonton 








Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013