Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

The Hobbit: Unexpected Journey 2012 - Sinopsis

Sudah terlewat bg Chn nak buat review filem ni, namun biarlah..Mungkin review ni membantu anda tahu serba sedikit tentang kisah trilogy ni.

Sinopsis The Hobbit 
Film Hobbit 2012: An Unexpected Journey” adalah sebuah kisah fantasi yang pernah ditulis oleh R. R. Tolkien yang kemudiannya merupakan filem Trilogi diikuti oleh The Desolation of Smaug dan There and Back Again yang filemnya akan disiarkan tahun 2013 dan 2014.



Martin Freeman sebagai Bilbo Baggins
Sinopsis The Hobbit


Filem Hobbit 2012: An Unexpected Journey” adalah sebuah kisah fantasi yang pernah ditulis oleh R. R. Tolkien yang merupakan film Trilogi diikuti oleh The Desolation of Smaug dan There and Back Again yang filemnya akan segera disiarkan tahun 2013 dan 2014.

Kisah ini menceritakan enam puluh tahun sebelum The Lord of the Ring dimulai. Teraju utama adalah Bilbo Baggins (Martin Freeman), seorang hobbit yang diberi tugas oleh seorang penyihir Gandalf Si Kelabu (Ian McKellen) sebagai seorang penyelinap untuk menemani tiga belas orang Dwarves yang dipimpin Thorin Oakenshield (Richard Armitage) dalam perjalanan ke Dunia Tengah untuk merebut kembali Pergunungan Sunyi dari Smaug si naga jahat.

Awal cerita bermula, enam puluh tahun yang lalu ketika Bilbo Baggins muda ‘diminta’ oleh Gandalf membuat pesta untuk menjamu Thorin dan para pengikutnya. Bilbo diundang untuk mengikuti petualangan bersama mereka dalam perjalanan merebut kembali tempat dan harta mereka di Pergunungan Sunyi.

Bilbo akhirnya membuat keputusan meninggalkan Shire tempat tinggalnya dan membawanya memasuki ke dalam alam liar yang penuh dengan kengerian. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan penyihir Radagast Si Coklat yang memberi tahu akan bahaya yang sedang mengancam iaitu seekor makhluk aneh yang telah dijumpainya di Dol Guldur. Radagast memaklumkan dia menjumpai roh yang bangkit di Dol Guldur iaitu Nacromancer. Selepas Radagast menceritakan kepada Gandalf, mereka di serang oleh makhluk warg yang juga pihak Orc mengintip kumpulan mereka. Radagast menghulurkan bantuannya dengan mengalihkan perhatian puak Orc dengan menunggang kereta arnab Rhosgobel yang amat laju.
Perjalanan berlanjutan hingga melintasi pergunungan curam dan berkabut. Semasa berehat mereka telah ditawan gerombolan goblin. Bilbo Baggins berhasil melarikan diri dan bertemu Gollum yang secara tidak sengaja telah menjatuhkan sebentuk cincin misteri (kesinambungannya adalah The Lord of the Ring.) Part ni paling Chn suka sgt apabila Bilbo dan Gollum main teka-teki. Gollum ni nampak je tua, tapi dia amat cerdik, otaknya ligat berfikir. 

Gollum tersedar cincinnya telah hilang dan mencuba untuk mengejar Bilbo yang telah pergi meninggalkannya dengan menggunakan kekuatan ghaib dari cincin tersebut. Semasa Gandalf menyelamatkan Thorin dan pengikutnya dari goblin, Bilbo akhirnya bertemu kembali dengan mereka.
Setelah mereka berjaya melarikan diri dari dikejar oleh goblin, mereka kemudian diserang oleh pasukan warg. Saat mereka terkepung di hujung jurang, Gandalf meminta tolong kepada sekutunya di Rivendell melalui seekor burung kecil. Sekumpulan helang datang dan menyelamatkan mereka dengan menerbangkan mereka ke tempat aman di sisi bukit. Dari kejauhan, mereka melihat Pergunungan Sunyi. Jauh di dalam Pergunungan Sunyi, “Smaug” si naga jahat, bangun dari tidurnya yang tertutup oleh wang-wang emas.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013