Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Kaunseling di Sekolah Jaga Tepi Kain Pelajar?

Hari ni Chn nak mengemukakan isu BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL...pening kan dengan isu ni.

Isu ni berkait dengan GBK (guru bimbingan dan kaunseling) di sekolah. Bagi pendapat anda sendiri, apa peranan yang dimainkan oleh GBK di sekolah anda? Adakah anda merasakan mereka ni perlu di sekolah? atau anda rasa mereka ni tak perlu berada di sekolah, buat menyemak je kat sekolah..Bukan mereka buat kerja pn, duk memeruk kat dalam bilik kaunseling je...

Masih perlukah lagi unsur “JAGA TEPI KAIN ORANG”? adakah anda sendiri semasa di sekolah menengah dahulu meng’CHOP’ GBK sebagai orang yang jaga tepi kain orang???



Jika GBK tidak menjaga tepi kain anda, siapa lagi yang nak jaga tepi kain anda? hehehehe...(Macam la GBK nak duk tepi kain anda sepanjang masa)..

Mungkin pelajar tidak faham mengenai tugas guru bimbingan dan kaunseling (GBK) disebabkan kurang hebahan. ayat yang mudah untuk ini boleh dikatakan, PELAJAR MERUPAKAN KLIEN. ini merupakan senarai bidang GBK di sekolah, Chn cuma mengambil sebahagian orientasi (hubungan) GBK-Pelajar:

1.Merancang, mengawalselia dan mengemaskini  rekod dan inventori pelajar.
2.Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
3.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
4.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
5.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

Actually, banyak lagi senarai bidang tugas yang lain. untuk makluman anda, nanti boleh la anda GOOGLE, kami GBK bukan duk saje makan gaji buta. Kalau sekolah yg ada pengetua yang tegas, kami GBK, tak duk diam buat program dan segala bagai perancangan utk perkembangan diri pelajar.

Kami GBK bukanlah niat untuk menjaga tepi kain pelajar. GBK cuma ingin melihat semua aspek dapat dikawal, termasuklah 2 aspek paling utama iaitu dari segi disiplin dan akademik. sekiranya GBK tidak masuk campur hal ini, maka tiadalah perlu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Apa rasionalnya Kementerian Pelajaran letakkan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah kalau kami tak ada tugas???????  betul kan? Jaga tepi kain di sekolah saya boleh umpamakan MENGAMBIL BERAT. Rasa tanggungjawab dan mengambil berat ini juga dapat menyelamatkan pelajar dari terjerumus dalam gejala2 sosial yang berleluasa sekarang ni.


Kesimpulan yang Chn boleh katakan disini, jangan malu dan jangan rasa rendah diri apabila dipanggil oleh GBK. Anda sepatutnya bersyukur kerana anda diberikan perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh GBK. Kami bukan setakat mengajar, kami juga MENDIDIK anda ke arah yang lebih baik.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013