Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

The Hobbit : The Desolation of Smaug 2013 - Sinopsis

Review The Hobbit : The Desolation of The Smaug
Plot bermula dengan babak flashback pertemuan di antara Gandalf Si Kelabu dan Thorin Oakenshield di sebuah tempat persinggahan (Bree). Di dalam pertemuan tersebut, Gandalf memujuk Thorin agar mendapatkan semula Arkenstone dari Si Naga Smaug di Lonely Mountain untuk menyatukan semula puak Dwarves. Kerja mendapatkan semula Arkenstone boleh dilakukan dengan bantuan seorang pencuri licik (Bilbo Baggins).



Lanjutan dari kisah The Hobbit – Unexpected Journey, selepas berjaya melarikan diri dari Azog Si Pemusnah puak Orcs, Gandalf, Bilbo dan 13 Dwarves bertemu dengan makhluk menyerupai beruang yang boleh bertukar menjadi manusia. Makhluk itu dikenali sebagai Beorn. Selepas berlindung di rumah kediaman Beorn, Gandalf, Bilbo dan 13 Dwarves meneruskan perjalanan mereka melalui Mirkwood. Di sempadan Mirkwood, Gandalf terpaksa meninggalkan Bilbo dan Thorin bersama Dwarves yang lain setelah menemui tulisan ‘mentera hitam’ di kawasan Mirkwood. Gandalf hanya berpesan agar mereka semua bergerak tidak menyimpang dari laluan utama dan perlu menunggu beliau sebelum memasuki Lonely Mountain.
Di dalam perjalanan melepasi kawasan Mirkwood, Bilbo dan 13 Dwarves tersesat juga dari laluan utama. Mereka kemudiannya di serang oleh labah-labah gergasi. Dengan memakai ‘One Ring’, Bilbo berjaya membantu melepaskan 13 dwarves yang sudah hampir di makan oleh labah-labah gergasi. Dalam masa yang sama, muncul watak Legolas dan Tauriel dari puak Wood Elves menyelamatkan mereka semua dari serangan labah-labah gergasi. Kemudian, kesemua 13 Dwarves telah menjadi tawanan puak Wood Elves dan dipenjarakan atas arahan Raja Wood Elves iaitu Thranduil.
Bilbo pula berjaya menyembunyikan diri dengan memakai One Ring dan terlepas dari menjadi tawanan puak Wood Elf. Kemudian Bilbo membantu Thorin dan rakan-rakannya melepaskan diri dari tempat puak Wood Elf dengan menyembunyikan diri didalam tong wine dan kemudian dihumban keluar ke kawasan air terjun. Di dalam usaha melepaskan diri dari puak Wood Elf, Bilbo, Thorin dan rakan-rakannya diserang oleh puak Orc yang kini diketuai oleh Bolg iaitu anak kepada Azog. Di dalam pertempuran itu, salah seorang daripada dwarf iaitu Kili telah terkena panah beracun dari puak Orc.





Setelah berjaya melepaskan diri dari serangan puak Elf dan Orc, Bilbo dan 13 Dwarf bertemu dengan seorang lelaki bernama Bard. Dengan bantuan Bard, Bilbo dan 13 dwarf berjaya diseludup masuk ke Esgaroth – Lake Town. Menyedari siapa sebenarnya Thorin dan dwarf yang diseludup itu, Bard cuba untuk menghalang Thorin dari pergi meneruskan perjalanan ke Lonely Mountain bagi mengelakkan Lake Town diserang oleh Naga Smaug. Dalam masa yang sama, identiti Bard terdedah dimana Bard adalah keturunan Girion, penguasa terakhir kerajaan Dale yang memiliki anak panah hitam yang boleh mengalahkan Naga Smaug. Namun Thorin telah menabur janji pada ketua dan penduduk Lake Town untuk berkongsi harta kekayaan Lonely Mountain kepada mereka semua. Maka Thorin diberi bantuan untuk meneruskan perjalanan ke Lonely Mountain dengan meninggalkan 4 orang dwarf iaitu Kili yang sedang tenat bersama Fili, Oin dan Bofur.
Sebaik sahaja Thorin meninggalkan Lake Town, puak Orc yang dipimpin oleh Bolg datang menyerang rumah Bard. Dalam masa yang sama, Legolas dan Tauriel juga turut sama hadir mematahkan serangan Orc. Tauriel mengambil kesempatan mengubatkan Kili yang sedang tenat terkena racun, manakala Legolas mengejar Bolg yang cuba meninggalkan Lake Town selepas menyedari Thorin sudah berjaya melepasi Lake Town dan sedang belayar ke Lonely Mountain. Bard pula telah ditangkap dan dikurung oleh Ketua Lake Town. Apabila Thorin dan rakan-rakanya sampai di Lonely Mountain, Bilbo mengingatkan mereka agar menunggu kehadiran Gandalf sebelum membuka pintu Lonely Mountain, namun Thorin bergegas untuk meneruskan rancangan mereka memandangkan Gandalf langsung tidak kelihatan.
Berbalik kepada cerita Gandalf. Selepas meninggalkan Bilbo dan 13 dwarves di Mirkwood, Gandalf telah menjejakkan kaki ke makam Nazgul yang telah pun kosong dan bertemu dengan rakannya Radagast. Kemudian mereka menuju ke Dol Guldur. Gandalf meminta Radagast bertemu Lady Galadriel dari puak Elf bagi menyampaikan apa yang mereka temui di makam Nazgul. Manakala Gandalf meneruskan niat memasuki kawasan Dol Guldur. Disitu, Gandalf telah diserang oleh Azog dan puak Orc. Ketika cuba melepaskan diri, Gandalf bersemuka dengan Necromancer yang mempunyai kuasa jauh lebih hebat. Gandalf hampir kalah didalam pertempuran dan telah menyedari rupa sebenar Necromancer. Ianya adalah Dark Lord Sauron.
Bertempat di Lonely Mountain, Thorin dan rakan-rakannya berusaha mencari lubang kunci bagi membuka pintu Lonely Mountain. Dengan munculnya cahaya bulan terakhir hari Durin, lubang kunci mula kelihatan. Selepas membuka pintu Lonely Mountain, Thorin menyerahkan tugas mencuri batu Arkenstone kepada Bilbo. Semasa sedang mencari arkenstone, Bilbo telah mengejutkan naga Smaug. Di dalam usaha melepaskan diri dari buruan naga Smaug, Thorin dan rakan-rakannya cuba membunuh naga Smaug dengan mencurahkan cairan emas ke atas naga Smaug. Namun usaha mereka gagal, malah mereka telah membuatkan naga Smaug semakin marah dan keluar dari Lonely Mountain untuk memusnahkan kawasan penempatan berdekatan….
Kisah seterusnya akan bersambung didalam movie The Hobbit : There And Back Again yang bakal ditayangkan pada Disember 2014.
Kesinambungan kisah ‘Lord Of The Ring’ dan ‘The Hobbit’.
Sebagai salah seorang peminat movie Lord Of The Ring, sudah pasti saya akan mengikuti juga movie The Hobbit yang sememangnya mempunyai kaitan di antara kedua-dua cerita ini. Terdapat beberapa persoalan yang timbul semasa menonton movie The Hobbit: Unexpected Journey telah pun terjawab didalam movie The Hobbit: The Desolation of Smaug ini. Antaranya…
Kenapa puak Wood Elves tidak membantu puak Dwarf semasa mereka diserang oleh Smaug? 
Raja Wood Elf – Thranduil memberitahu yang beliau pernah memberi amaran kepada Raja Dwarf pada ketika itu agar tidak terlalu tamak mengejar kekayaan, namun tidak diendahkan. Thranduil juga ada menunjukkan wajah cacatnya yang telah dialami kerana bertempur dengan Naga dari Utara.
Kejatuhan Puak Dwarf kerana bongkak dengan kemewahan?
Semasa bertemu dengan Beorn, makhluk manusia yang boleh bertukar menjadi beruang, Beorn ada memberitahu yang dia benci pada puak Dwarf kerana sombong, bongkak diatas kuasa dan kekayaan yang mereka miliki pada ketika dahulu. Namun begitu Beorn lebih membenci puak Orc yang mempergunakan puak Beorn sebagai hamba yang diseksa untuk hiburan mereka.
Diantara ke 13 orang puak Dwarf, yang mana satukah keturunan Gimli yang menjadi salah satu watak penting di dalam kisah Lord Of The Ring? 
Semasa 13 orang Dwarf ini dikurung di tempat Wood Elves, Bombur ada menatap 2 gambar. Seorang Wood Elf bertanya, siapakah gambar yang ditatap itu? Bombur menjawab, seorang adalah gambar isterinya dan seorang lagi adalah gambar anaknya – Gimli.
Legolas – Watak immortal…
~ Jika pada kisah The Hobbit, Bombur iaitu bapa kepada Gimli menunjukkan gambar Gimli masih muda. Tidak hairan Gimli bertemu dengan Legolas pada kisah Lord Of The Ring kerana Legolas adalah puak Elf yang mempunyai sifat immortal. Namun Legolas didalam movie The Hobbit kali ini kelihatan seorang yang agak garang berbanding wataknya didalam movie Lord Of The Ring, seorang yang tenang dan tidak terburu-buru namun seorang yang hebat didalam peperangan…
Tauriel – Watak gadis Elf ciptaan pengarah filem The Hobbit yang menggantikan watak Arwen didalam LOTR.
~ Jika didalam LOTR, terdapat watak Arwen seorang gadis Elf yang hebat didalam perubatan semasa mengubati Frodo, dan memiliki kisah cintanya dengan Aragorn. Maka pengarah filem The Hobbit telah mewujudkan watak Tauriel (khabarnya watak Tauriel tiada didalam novel sebenar The Hobbit)yang mempunyai kelebihan yang hampir sama dengan Arwen bagi menjadi seorang penyeri didalam movie ini. Selain mengubati Kili, Tauriel memiliki kisah cinta 3 segi di antara Kili dan Legolas.
Antara persoalan lain yang masih menjadi tanda tanya…Apakah nasib yang akan menimpa Bilbo? Adakah ia berjaya menjalankan tugasnya sebagai si pencuri?Apa agaknya kesudahan kisah Bard dan naga Smaug?
Ke manakah perginya Tauriel? 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013