Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Salam Perjuangan~

Salam perjuangan..
Kehilangan seorang teman sememangnya suatu yang agak sukar diterima. Apatah lagi mereka adalah sebahagian dari urat sendi perjuangan. Perasaan yang sama sentiasa menyelebungi jiwa setiap kali berhadapan dengan sunnahtullah ini. 


Manusia sering kali merumuskan bahawa perpisahan itu merupakan sesuatu yang perit, pedih, sedih.. kadang2 perpisahan juga merupakan satu penyelesaian kepada masalah...Walau apapun, kita seringkali gagal mencari hikmah disebalik perpisahan yang berlaku. Hikmahnya diibaratkan seperti jarum didalam rimbunan jerami.Sukar dan sulit untuk ditemukan.

Adanya pertemuan, adalah juga perpisahan. Kembali kepada keadaan kita yang bakal meninggalkan kampus untuk seketika bagi yang bakal berpraktikal dan untuk yang bakal bergraduasi, sudah tentu perpisahan merupakan pintu kepada dunia baru. Tidak dapat lari jua untuk kita membicarakan soal kenangan yang terukir sepanjang kehidupan di kampus, tidak kira yang pahit mahupun yang indah2 belaka. Lebih2 lagi bila berbicara tentang sahabat fillah yang sentiasa bersama kita di saat kita senyum mahupun menjadi bahu untuk disandar tatkala bahu kita terlalu berat untuk menanggung beban. Bukankah itu satu perkara yang kita sukar untuk kita lepaskan?

Sebuah Perpisahan..

Bayangkan, setelah 4 tahun bersama, hadapi suka dan duka, pengalaman pahit dan manis dikongsi bersama tiba-tiba ditakdirkan untuk berpisah..

"Fizah tahu x apa maksud bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah?"
"Hurm, apa maksudnya? Xpernah dengar pun akak... ceritalah" 

"Bertemu dan berpisah kerana Allah... Kita bertemu ni sebenarnya atas percaturan Allah. Malah ketika kita berpisah juga atas percaturan Allah. Kita bertemu kerana Allah untuk membawa risalah alah, untuk membina ukhwah dan menyampaikan perkara2 yang baik. Sebab itulah Allah jumpakan kita dalam usrah ni" terangnya sambil tersenyum.

"Habis tu, kalau Allah temukan kita untuk perkara yang baik, kenapa akak bagitau berpisah kerana Allah pula? Kenapa Allah perlu pisahkan kita sedangkan kita buat perkara baik?" Tanya saya seakan mendesak dia untuk memberi penjelasan lanjut.

Dia menarik nafas, dalam, untuk mencari ayat yang terbaik untuk menjelaskan pada saya yang masih belum faham erti bertemu dan berpisah kerana Allah. Dia begitu tabah melayan saya yang suka mengasak dengan pelbagai soalan.

"Dik, kita kena akui bahawa sememangnya setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Kenapa kita berpisah kerana Allah? sebab perpisahan kita ini bukanlah untuk yang terakhir dik. Kita berpisah sementara sahaja dan InsyaAllah kita akan dipertemukan lagi di medan juang, dalam dunia dakwah di alam realiti. Untuk akak berada bersama2 ngn fizah, mungkin sampai disini sahaja, kerana akak masih ada perjuangan yang panjang, yang entah dimana penghujungnya, dunia tersebut memerlukan kita benar2 menjadi kuat dan tabah kerana realiti dunia itu tidak indah. Akak sendiri berdoa semoga akak antara orang yang terus menjadi kuat berada di dunia tersebut.

"Saya terdiam. Seperti sudah tidak mampu untuk menghabiskan makanan yang tinggal bersisa. Saya memandang dia."Kenapa akak bercakap pasal berpisah ni sebenarnya? Akak nak tinggalkan saya ke? Saya xnak berpisah dengan akak..." Sungguh, pada ketika itu saya menjadi sedih. Saya rasa seperti tidak mampu untuk hidup seorang diri tanpa kakak usrah saya. Kakak2 naqibah lah tempat saya mengadu dan berkongsi kehidupan seharian saya.
"Awak ni degillah fizah, hehehe" Balasnya sambil tersenyum. Saya tahu pada waktu itu dia juga sebak. Biarlah. Inilah antara hakikat yang pedih untuk diterima. Usai makan, kami meninggalkan cafe. Dalam perjalanan kami pulang ke bilik masing2, saya bertanya pada dia satu soalan yang sampai hari ini saya tidak mungkin dapat lupakan.
"Akak, bilakah Allah akan temukan kita balik? Bagaimana kalau saya rindu kat akak nanti?"

"Fizah, Allah sahaja yang memegang hati2 hambaNya. InsyaAllah, dia akan pegang erat hati hamba2Nya yang ikhlas dalam berukhwah demi Allah sebagaimana doa rabitah yang sering kita baca setiap kali selesai usrah. Akak yakin dengan doa yang kita baca tu, Allah akan satukan hati kita walau dimana sahaja kita berada. Walaupun ain di kampus dan akak diluar, Allah akan kumpulkan hati2 ini untuk sentiasa erat dan kukuh. So, fizah xperlu risau kalau ain rindu akak. Mesej or call je la akak..hehehe. Tapi satu je akak nak ain pegang, Yakinlah kepada Allah untuk terus pegang hati kita atas jalan dakwah ni. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu. Okay dik?" dia tersenyum lagi.

Tanpa saya sedari, ada air jernih bergenang di kolam mata. Saya tenggelam seketika bahawa begitu hebat Allah mengatur hamba2Nya untuk bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Pada masa yang sama, hati saya kembali gembira kerana saya yakin Allah akan terus menyatukan hati2 kami. Oleh itu, saya menasihati pada diri sendiri, "Jangan risau akan rindu, kerana pasti rindu itu dari Allah yang telah dijatuhkan pada hati kami pada masa yang sama" Saya pulang dengan pelajaran yang baru. Melekat kukuh di hati sehingga saat ini kenangan itu masih segar di kotak memori. Bukankah begitu indah bertemu dan berpisah kerana Allah itu? Begitu jua dengannya…Dia pergi meninggalkan aku.. Kenangan bersamanya tidak akan kulupakan..dia banyak mengajar ku erti pengorbanan..

Ya, memang indah. Tapi kita juga harus bersedia untuk perpisahan yang kekal abadi. Tidak dapat digambarkan indah ataupun duka akan kehidupannya kerana perpisahan yang kekal itu akan membuka pintunya bila2 masa sahaja tanpa sempat kita mengucapkan selamat tinggal pun. Berbekalkan 'amal dan perjalanannya teramat jauh. Jauh meninggalkan semua insan2 yang pernah menyeri hidup kita di dunia fana ini sehingga membawa diri kita bertemu kembali di hari pengadilan. Dasyat dan gerun tidak dapat digambarkan keadaannya. Ianya sesuatu yang pasti akan tiba, suatu hari nanti...

Akhirul kalam, pertemuan itu bukanlah milik kita. Sekadar menjadi rencah dalam kehidupan untuk mewarnainya dan melakar cerita baru. Itulah hikmahnya kenapa kita bertemu dan berpisah kerana Allah, untuk terus bertebaran dimuka bumi ini membawa panji Islam bermatlamatkan daulah Islam itu sendiri. Hebat bukan bertemu dan berpisah dalam Islam.Doakan semoga diri terus istiqomah atas jalanNya yang benar. Tidak mudah mengalah dalam dunia ini, dan diberi kekuatan diri untuk terus bermujahadah membawa sekeping hati seorang dai'e. Wallahuallam~


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013