Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Kisah Hidup : Dia Dan Kasutnya..

Tok! Ketok! Tok!
“Bang! Boleh…dop?”
“Ya, cik nak apa?”
“Abg Mat...! Ni Abg Mat kan?”
“Cik salah org ni....”
“Salah org? Takkanlah..Abg Mat dh tak kenal Min lagi ke?”
“Saya bukan Mat tapi rasanya sy kenal cik.”
“Kalau awk bukan Abg Mat, macam mana boleh kenal sy pulak?”
“Apa orang yang nama Mat sahaja ke kenal cik?”
“Apa yg Abg Mat cakap ni? Eh, bila Abg Mat jadi tukang kasut pulak ni?”
“Kan saya dah cakap yg saya ni bukan Mat.”
“Jangan nk merepek. Abg Mat apa khabar? Dah tak jual burger lagi?”
“Kan saya dah kata yg saya ni bukan Mat...manalah saya tau dia sihat ke tidak.”
“Kenapa ni, Abg Mat? Knp sampai tak nak mengaku pulak ni?”
“Kenapa cik sangka abang err...saya ni Mat?”
“Hah..kan dh kantoi. Rasanya Min tahu kenapa Abg Mat masih nak berlakon.”
“Maaflah, cik...saya tak de masa nak berteka-teki.”
“Min tau....Abg Mat nak lupakan Min tapi tak boleh kan, kan?”
“Boleh saya tanya sesuatu tak, cik?”
“Tentulah boleh...apa dia?”
“Yang cik perasan sangat ni kenapa?”
“Perasan tu takdelah...tapi itulah kenyataannya pun, kan?”
“Memang betul sangatlah cik ni dh salah orang.”
“Yang Abg Mat bercikcik dengan Min ni kenapa?”
Tok! Tok! Tok! Bunyi tukul diketuk lagi.....
“Tolong jangan buang masa saya. Cik nak apa sebenarnya ni?”
“Ye la...tumit kasut Min ni nak tercabut. Boleh repair lagi tak?”
“Beli baru ajelah...”
“Min sayang kasut ni. Takkan Abg Mat tak ingat siapa yang hadiahkan kasut ni.”
“Kenapa tak mintak pakwe cik belikan yang baru? Dia kan banyak duit...”
“Ai! Tadi tak mengaku nama Mat tapi tau pulak pakwe Min banyak duit.”
“Bak mari kasut saya nak repair....ingatkan dah buang dah kasut murah ni.”
“Kalau orang yang Min sayang hadiahkan, harga bukan ukurannya.”
“Lain macam je bunyi. Apa dah jadi dengan pakwe yang hensem dan berpangkat tinggi tu...?”
“Rupe hensem dan pangkat tinggi pun tak guna kalau tangkai jering..”
“Nampaknya cik ni bukan sahaja tersalah orang tapi jugak dah tersalah tempat.”
“Salah tempat apa pulaknya? Nak repair kasut takkan ke tempat tukang repair jam pulak?”
“Memanglah saya tukang kasut, bukannya tempat mengadu masalah cinta.”
“Perlilah Min banyak2....err..Abg Mat dah dapat pengganti ke?”
“Pengganti apa pulaknya ni? Tumit kasut cik masih boleh pakai lagi, tak perlu nak ganti baru.”
“Buat2 tak faham pulak dia. Takkan masih single lagi kot?”
“Tukang kasut macam saya ni manalah ada perempuan nak.”
“Macam mana kalau Min kata ada orang nak dan masih suka kat Abg Mat?”
“Terima kasih banyak2 lah, cik....”
“Amboi...sombongnye. Tak elok jual mahal tau.”
“Tak de mahalnya...tiga ringgit je.”
“Apa yang tiga ringgit?”
“Upah baiki kasut cik ni nilah....”
“Takkan dengan Min pun kira upah jugak kot?”
“Macam ni sajalah....cik tau tak kenapa saya buat2 tak kenal cik lagi?”
“Kenapa? Cakaplah kenapa, Abg Mat?”
“Sebab saya bukan sahaja nak lupakan cik tapi juga hutang cik yang beratus-ratus ringgit pada saya dulu.”
“Yeke? Abg Mat ingat lagi rupanya...”
“Sekarang cik nak bayar upah repair kasut ni ke nak bayar hutang?”
“Bayar upah kasut ajelah...hehehehe...”
Tok..ketOk..Ketok..Tok...!!!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kenapa Mesti Ada Ujian?

Sebuah hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud : "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan atasnya, Allah akan menimpakan musibah kepadanya". (Riwayat Bukhari)

Penerangan:
Wahai muslimin, bersabarlah atas apa yang Allah timpakan ke atasmu itu kerana sesungguhnya di sebalik perihnya rasa ujian dan musibah tersebut, terdapat hikmah penuh kebaikan. Juga yakinlah bahawa apa yang setiap Allah timpakan ke atas kamu adalah sesuatu yang telah tetapkan kerana sebelumnya telah tertulis di Luh Mahfuz.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Salam Perjuangan~

Salam perjuangan..
Kehilangan seorang teman sememangnya suatu yang agak sukar diterima. Apatah lagi mereka adalah sebahagian dari urat sendi perjuangan. Perasaan yang sama sentiasa menyelebungi jiwa setiap kali berhadapan dengan sunnahtullah ini. 


Manusia sering kali merumuskan bahawa perpisahan itu merupakan sesuatu yang perit, pedih, sedih.. kadang2 perpisahan juga merupakan satu penyelesaian kepada masalah...Walau apapun, kita seringkali gagal mencari hikmah disebalik perpisahan yang berlaku. Hikmahnya diibaratkan seperti jarum didalam rimbunan jerami.Sukar dan sulit untuk ditemukan.

Adanya pertemuan, adalah juga perpisahan. Kembali kepada keadaan kita yang bakal meninggalkan kampus untuk seketika bagi yang bakal berpraktikal dan untuk yang bakal bergraduasi, sudah tentu perpisahan merupakan pintu kepada dunia baru. Tidak dapat lari jua untuk kita membicarakan soal kenangan yang terukir sepanjang kehidupan di kampus, tidak kira yang pahit mahupun yang indah2 belaka. Lebih2 lagi bila berbicara tentang sahabat fillah yang sentiasa bersama kita di saat kita senyum mahupun menjadi bahu untuk disandar tatkala bahu kita terlalu berat untuk menanggung beban. Bukankah itu satu perkara yang kita sukar untuk kita lepaskan?

Sebuah Perpisahan..

Bayangkan, setelah 4 tahun bersama, hadapi suka dan duka, pengalaman pahit dan manis dikongsi bersama tiba-tiba ditakdirkan untuk berpisah..

"Fizah tahu x apa maksud bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah?"
"Hurm, apa maksudnya? Xpernah dengar pun akak... ceritalah" 

"Bertemu dan berpisah kerana Allah... Kita bertemu ni sebenarnya atas percaturan Allah. Malah ketika kita berpisah juga atas percaturan Allah. Kita bertemu kerana Allah untuk membawa risalah alah, untuk membina ukhwah dan menyampaikan perkara2 yang baik. Sebab itulah Allah jumpakan kita dalam usrah ni" terangnya sambil tersenyum.

"Habis tu, kalau Allah temukan kita untuk perkara yang baik, kenapa akak bagitau berpisah kerana Allah pula? Kenapa Allah perlu pisahkan kita sedangkan kita buat perkara baik?" Tanya saya seakan mendesak dia untuk memberi penjelasan lanjut.

Dia menarik nafas, dalam, untuk mencari ayat yang terbaik untuk menjelaskan pada saya yang masih belum faham erti bertemu dan berpisah kerana Allah. Dia begitu tabah melayan saya yang suka mengasak dengan pelbagai soalan.

"Dik, kita kena akui bahawa sememangnya setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Kenapa kita berpisah kerana Allah? sebab perpisahan kita ini bukanlah untuk yang terakhir dik. Kita berpisah sementara sahaja dan InsyaAllah kita akan dipertemukan lagi di medan juang, dalam dunia dakwah di alam realiti. Untuk akak berada bersama2 ngn fizah, mungkin sampai disini sahaja, kerana akak masih ada perjuangan yang panjang, yang entah dimana penghujungnya, dunia tersebut memerlukan kita benar2 menjadi kuat dan tabah kerana realiti dunia itu tidak indah. Akak sendiri berdoa semoga akak antara orang yang terus menjadi kuat berada di dunia tersebut.

"Saya terdiam. Seperti sudah tidak mampu untuk menghabiskan makanan yang tinggal bersisa. Saya memandang dia."Kenapa akak bercakap pasal berpisah ni sebenarnya? Akak nak tinggalkan saya ke? Saya xnak berpisah dengan akak..." Sungguh, pada ketika itu saya menjadi sedih. Saya rasa seperti tidak mampu untuk hidup seorang diri tanpa kakak usrah saya. Kakak2 naqibah lah tempat saya mengadu dan berkongsi kehidupan seharian saya.
"Awak ni degillah fizah, hehehe" Balasnya sambil tersenyum. Saya tahu pada waktu itu dia juga sebak. Biarlah. Inilah antara hakikat yang pedih untuk diterima. Usai makan, kami meninggalkan cafe. Dalam perjalanan kami pulang ke bilik masing2, saya bertanya pada dia satu soalan yang sampai hari ini saya tidak mungkin dapat lupakan.
"Akak, bilakah Allah akan temukan kita balik? Bagaimana kalau saya rindu kat akak nanti?"

"Fizah, Allah sahaja yang memegang hati2 hambaNya. InsyaAllah, dia akan pegang erat hati hamba2Nya yang ikhlas dalam berukhwah demi Allah sebagaimana doa rabitah yang sering kita baca setiap kali selesai usrah. Akak yakin dengan doa yang kita baca tu, Allah akan satukan hati kita walau dimana sahaja kita berada. Walaupun ain di kampus dan akak diluar, Allah akan kumpulkan hati2 ini untuk sentiasa erat dan kukuh. So, fizah xperlu risau kalau ain rindu akak. Mesej or call je la akak..hehehe. Tapi satu je akak nak ain pegang, Yakinlah kepada Allah untuk terus pegang hati kita atas jalan dakwah ni. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu. Okay dik?" dia tersenyum lagi.

Tanpa saya sedari, ada air jernih bergenang di kolam mata. Saya tenggelam seketika bahawa begitu hebat Allah mengatur hamba2Nya untuk bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Pada masa yang sama, hati saya kembali gembira kerana saya yakin Allah akan terus menyatukan hati2 kami. Oleh itu, saya menasihati pada diri sendiri, "Jangan risau akan rindu, kerana pasti rindu itu dari Allah yang telah dijatuhkan pada hati kami pada masa yang sama" Saya pulang dengan pelajaran yang baru. Melekat kukuh di hati sehingga saat ini kenangan itu masih segar di kotak memori. Bukankah begitu indah bertemu dan berpisah kerana Allah itu? Begitu jua dengannya…Dia pergi meninggalkan aku.. Kenangan bersamanya tidak akan kulupakan..dia banyak mengajar ku erti pengorbanan..

Ya, memang indah. Tapi kita juga harus bersedia untuk perpisahan yang kekal abadi. Tidak dapat digambarkan indah ataupun duka akan kehidupannya kerana perpisahan yang kekal itu akan membuka pintunya bila2 masa sahaja tanpa sempat kita mengucapkan selamat tinggal pun. Berbekalkan 'amal dan perjalanannya teramat jauh. Jauh meninggalkan semua insan2 yang pernah menyeri hidup kita di dunia fana ini sehingga membawa diri kita bertemu kembali di hari pengadilan. Dasyat dan gerun tidak dapat digambarkan keadaannya. Ianya sesuatu yang pasti akan tiba, suatu hari nanti...

Akhirul kalam, pertemuan itu bukanlah milik kita. Sekadar menjadi rencah dalam kehidupan untuk mewarnainya dan melakar cerita baru. Itulah hikmahnya kenapa kita bertemu dan berpisah kerana Allah, untuk terus bertebaran dimuka bumi ini membawa panji Islam bermatlamatkan daulah Islam itu sendiri. Hebat bukan bertemu dan berpisah dalam Islam.Doakan semoga diri terus istiqomah atas jalanNya yang benar. Tidak mudah mengalah dalam dunia ini, dan diberi kekuatan diri untuk terus bermujahadah membawa sekeping hati seorang dai'e. Wallahuallam~


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Selalunya Orang Yang Kita Sayang

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis. Dan selalunya orang yang kita sayang, selalu membuatkan kita menangis. Janganlah kamu terlalu membenci seseorang pada masa kini kerana pada masa hadapan dialah yang akan jadi orang yang paling kamu sayangi dan janganlah kamu terlalu menyayangi seseorang itu kerana pada masa hadapan jugalah dia yang akan menjadi orang yang paling kamu benci. 


Percayalah…

Hidup jangan terlalu sayang dan jangan terlalu benci akan seseorang yang tak bersalah…
Bukanlah bagaimana kita melupakan, tetapi bagaimana kita memaafkan. Bukanlah bagaimana kita mendengarkan, tetapi bagaimana kita megertikan. Bukanlah bagaimana kita melepaskan, tetapi bagaimana kita dapat bertahan. Bukanlah apa yang kita lihat, tetapi apa yang kita rasa. Lebih merbahaya mencucurkan air mata di dalam hati, jika dibandingkan dengan menangis tersedu-sedan. Air mata yang keluar akan dapat dihapuskan, tetapi air mata yang tersembunyi akan menggoreskan luka yang tidak akan pernah pudar dan hilang. 

Dalam urusan kasih sayang, kita sangat jarang menang. Tetapi ketika kasih sayang itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita berbahagia dapat menyayangi seseorang lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti daripada menyayangi seseorang, bukan kerana seseorang itu sudah tidak menyayangi kita. 

Tetapi kerana kita menyedari bahawa dia akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya pergi. Lebih baik menunggu orang menyayangi diri kita kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang. Kadangkala, orang yang kita sayangi adalah orang yang paling menyakitkan hati kita dan kadangkala teman yang memberikan kita ketenangan dan menangis bersama-sama adalah kasih-sayang yang tidak pernah kita sedari. 

Saya sayang awak…

Bila kita keseorangan bukanlah kita tidak berteman, bukan jua kita bersendirian tapi akal yang sejengkal itulah teman, ilmu di dada itulah kawan, iman yang kukuh itulah sahabat.
Kadangkala luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan dengan kehidupan buat pertama kali, di mana kita mula mengenali kuasanya dan selok-beloknya. Apabila terluka, kita mungkin menemui kebijaksanaan yang akan membolehkan kita hidup dengan lebih baik berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas gambaran diri dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Modul: Kentang VS Straw?

dan salam 1 Malaysia. Untuk memudahkan tugasan anda, saya ingin berkongsi satu modul yang boleh digunakan kepada semua fasilitator untuk menjalankan modul potensi diri. Di sini, saya sertakan modul tersebut. Tekan sini.

* Di harap, bagi semua yang ingin mendapatkan modul ini, creditkan something kepada saya, like fanpage saya atau jadi follower saya. Kerjasama anda amat dihargai.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Modul: Di Mana Anda Berada

dan salam 1 Malaysia. Untuk memudahkan tugasan anda, saya ingin berkongsi satu modul yang boleh digunakan kepada semua fasilitator untuk menjalankan modul pengurusan masa. Di sini, saya sertakan modul tersebut. Tekan sini. 

* Di harap, bagi semua yang ingin mendapatkan modul ini, creditkan something kepada saya, like fanpage saya atau jadi follower saya. Kerjasama anda amat dihargai.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kenapa Kura-Kura Jalan Lambat?

Hah, entry kali ini berbeza sedikit. Dalam menjalani kehidupan seharian (menganggur)..saya terfikir kenapa la kita berfikir sempit. Bila baca facebook, ada yg gaduh, ada yang komen mengomen orang. Macam dia je yang betul dalam dunia ni. Untuk memperluaskan lagi pemikiran aku...oppss..saya yang dah beku ni, saya ingin cari sebab sesuatu benda atau perkara itu berlaku. hahaha...tapi yang ni agak pelik. Sebab saya mengkaji pasal kura-kura. U know what I mean? tortoise? What? Are you mad? Argh..peduli apa saya. Ok..

Sudah menjadi satu kelaziman bg kita apabila melihat perbuatan seseorang atau tingkah laku yang lembap, lambat, sembap, perlahan dan seangkatan dengannya pasti kita akan menyamakan dengan kura-kura. 

Sememangnya pergerakan kura-kura agak lambat dan perlahan berbanding binatang lain tapi korang tau tak kenapa?

1. Tak larat nak bawa cengkerang yang berat untuk berjalan laju..kihkihkih!
Lukisan yang tak seberapa..tapi membawa makna..hehe
2. Mengamalkan falsafah turun-temurun iaitu biar lambat asal selamat

3. Tak takut jadi mangsa terkaman dari belakang walaupun berjalan perlahan
4. Tak de binatang yang marah kerana jalan perlahan, jadi buat apa nak laju-laju..

5. Untuk menikmati pemandangan sekeliling dengan lebih aman dan selesa. 
Ok itu sahaja utk kali ini..Bye bye..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

I'm Back With New Series



Yes, saya kembali..Hahaha..Malam ni sy nak mencoret sedikit nukilan hati ini. Biasanya saya agak kurang untuk berkongsi perasaan dan pengalaman. Ye la, bg sy bukannya ada orang nak baca perkongsian pengalaman, personal, dan sbgnya la..



Sekarang ni sy tengah gian menonton rancangan masakan. Macam2 ada dalam astro tu. Masterchef Selebriti Malaysia, Baked with Anna Olson, Drive Thru Australia, 5 Rencah 5 Rasa, Iron Chef, Secret Meat Business, French Food At Home...



So, saya pun suka masak. Kalau ada bahan kat dapur, siap la..Baru tadi tgk masterchef buat belut..Amboi, sedapnya belut. 



Kalau diberi peluang masuk dapur masterchef tu, sy nak buat paprik belut atau sup belut. Best sgt2 tau. Dan kadang2 terfikir jugak kenapa ada sesetengah orang tak nak makan belut. 



Memang fizikalnya mcam tu, tp rasa dan khasiatnya amat saya kagumi. 


Sape berani tengok? tengok je, x nak makan...sudah!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Tips 1 : Saya Tak Lemah








Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Ulasan Jurnal : Amalan Kaunseling Keluarga Dalam Agensi Kerajaan.








1.0 Pengenalan

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ulasan jurnal secara berkumpulan bagi subjek Seminar Latihan Mengajar (KPR 3012) ini. Jutaan terima kasih kepada Dr. Ahmad Jazimin Bin Jusoh yang telah memberi peluang kepada kami dalam pemilihan tajuk yang dikehendaki bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Untuk tugasan ini, kami telah memilih tajuk Amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan: Kajian di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, hasil tulisan Zainuddin, Azlan dan Mohamed Sharif (2008), daripada Fakulti Pendidikan, Teknologi Malaya. Kami akan menamakan kesemua individu yang menulis kertas kerja ini sebagai penulis.


2.0 Kefahaman mengenai kertas kerja seminar keluarga

Apa yang kami faham mengenai kertas kerja ini ialah, kertas kerja ini berdasarkan kepada penerangan yang diberikan mengenai amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan. Kajian ini dijalankan di lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara. Berdasarkan kertas kerja ini, ianya telah menerangkan mengenai sumbangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) iaitu penubuhan LPPKN kearah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti. Setelah membaca mengenai LPPKN ini dengan lebih lanjut di laman webnya, barulah kami faham apa itu makna sebenar LPPKN.

Di dalam kertas kerja ini juga, penulis telah menjelaskan mengenai manfaat kemajuan yang ada sejak kemerdekaan, jika digunakan secara berfaedah oleh rakyat dan sekiranya diimbangi pertumbuhan penduduk dan kemajuan ekonomi maka pengurusan sumber akan lebih kukuh, terutamanya bagi sesebuah keluarga. LPPKN juga telah menyediakan khidmat kaunseling dan program-program untuk keluarga dan anak-anak di dalam keluarga tersebut.


3.0 Sumbangan LPPKN dan kaitannya dengan bidang kaunseling

Berdasarkan kertas kerja ini, kami dapat melihat yang penulis telah mengetengahkan mengenai sumbangan yang telah dilakukan oleh LPPKN. Dalam melaksanakan program kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia dengan lebih menyeluruh dan berkesan dalam melahirkan keluarga yang berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif juga, LPPKN telah memberikan komitmen dalam melaksanakan program-program untuk melahirkan sebuah keluarga yang baik. Antara khidmat kaunseling yang disediakan ialah;

Kaunseling perancang keluarga, Kaunseling seksual, Kaunseling keluarga, Kaunseling remaja, Kaunseling kanak­kanak, Kaunseling kelompok, Bimbingan kerjaya dan Tele­kaunseling. Kami dapati sumbangan ini dapat membantu keluarga dan masyarakat, terutamanya dalam bidang kaunseling keluarga. Kesemua kaunseling ini kami akan terangkan dalam tajuk kaitan khidmat kaunseling yang disediakan oleh LPPKN dengan dunia kaunseling.



4.0 Amalan Perkhidmatan


Dalam amalan perkhidmatan pula, LPPKN telah melaksanakan program khusus dan kemahiran dalam aspek kekeluargaan ianya adalah program pembangunan keluarga menerusi khusus dan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran dalam kekeluargaan serta keibubapaan. Selain itu, ianya dapat meningkatkan tahap pengetahuan dalam kekeluargaan dan keibubapaan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh LPPKN ialah perkhidmatan perancangan keluarga, perkhidmatan kepakaran, Saringan kanser reproduktif, serta perkhidmatan latihan dan pembelajaran,

Dalam perkhidmatan perancangan keluarga, LPPKN menyediakan banyak perkhidmatan untuk keluarga. Antaranya ialah menyediakan kaedah perancang keluarga, kaunseling perancang keluarga dan perkhidmatan SMEAR. Semua perkhidmatan ini disediakan oleh jururawat klinik dibawah penyeliaan mentor berpengalaman. Selain itu, perkhidmatan doktor professional bagi mengendalikan kes perancang keluarga dan masalah berkaitan dengannya turut disediakan. Berdasarkan kepada laman web LPPKN, terdapat beberapa perkhidmatan lagi disediakan bagi perancangan keluarga, antaranya ialah LPPKN menyediakan suntikan kontraseptif dan pil kontraseptif kombinasi.

Perkhidmatan seperti menopaus, andropaus, pengurusan kemandulan, kaunseling seksual dan aktiviti kemasyarakatan berasaskan kes telah disediakan pada hari tertentu dan semua ini telah bermula pada bulan Mac 2012.


Bagi membantu penduduk setempat, satu perkhidmatan saringan kanser reproduktif wanita dan lelaki turut disediakan bagi faedah penduduk setempat dan supaya dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ialah, pemeriksaan payudara dan juga demonstrasi pemeriksaan sendiri, pemeriksaan pap smear, dan pemeriksaan testicular (buah zakar).


LPPKN juga telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti latihan dan pembelajaran yang telah dirancangkan semuanya selaras dengan LPPKN. Antara kursus yang telah dibangunkan oleh LPPKN adalah kursus model pembangunan keluarga dan keibubapaan, serta kekeluargaan. Antara aktiviti yang mendapat sambutan ramai ialah bahtera KASIH (pemantapan keluarga), belaian KASIH (keibubapaan anak kecil), mutiara KASIH (keibubapaan anak kecil), Permata KASIH (pembangunan remaja) dan pancaran KASIH (kebapaan).

Pengendalian teknik kursus jurulatih adalah dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Selain itu, ianya adalah untuk menyebarkan data dan maklumat mengenai kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui seminar, bengkel, forum dan persidangan. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang keluarga yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan keluarga melalui amalan penjarakan kelahiran yang lebih baik. Setelah membuat penelitian, kami dapati yang amalan perkhidmatan ini, mampu membentuk keluarga yang bahagia jika institusi kekeluargaan itu memberikan kerjasama yang baik.



5.0 Masalah-masalah yang wujud


Kami dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dikemukakan oleh penulis iaitu, penulis juga telah meberikan fokus kajian iaitu kepada pelaksanaan program keluarga dan masyarakat, yang mana ianya memberikan kesan kepada pembinaan keluarga yang kukuh dan masyarakat yang lebih penyayang dan seimbang. Dalam arus kemodenan dan pembangunan yang semakin pesat ini, langkah yang bijak perlu diambil bagi memastikan nilai kekeluargaan tidak dikorbankan atas keuntungan ekonomi samada di peringkat nasional mahupun individu, terutamanya untuk keluarga nukleur yang kecil, dan ditambah pula dengan ekonomi yang tinggi bagi pasangan suami isteri. Mungkin ini juga merupakan satu cabaran dalam masyarakat dan budaya penyayang pada masa kini. Untuk membantu semua keluarga tidak kira keluarga kecil mahupun keluarga besar. Masalah yang dapat dilihat di sini ialah dari segi ekonomi keluarga.

Kami juga dapat merasai bagaimana cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui apabila melihat kepada pernyataan yang dibuat oleh penulis demi untuk kesejahteraan sesebuah institusi kekeluargaan. Menurut Abd. Rahim (2006), cabaran yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan perubahan dan pengaruh pada abad ke-21 ini. Revolusi pengetahuan, perkembangan teknologi maklumat, kemajuan bioteknologi, globalisasi, liberalisasi, demokrasi dan perkembangan berbagai-bagai ideologi baru yang berlaku pada abad ini mempunyai kesan serta memberi cabaran secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan institusi kekeluargaan.

Dalam meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk, cabaran yang paling besar dihadapi oleh LPPKN adalah untuk menangani masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Golongan ini sentiasa diberi keutamaan yang lebih kerana golongan ini adalah modal insan yang amat berguna pada masa hadapan untuk pembangunan negara. Pembangunan pesat negara ini membawa kepada gaya hidup baru generasi muda yang terdedah dengan pelbagai kegiatan seperti lumba haram, penglibatan dalam jenayah, terjebak dalam najis dadah dan seks bebas yang boleh mengundang kepada bahaya HIV dan AIDS. Gejala sosial yang semakin ketara berlaku ini dalam kalangan remaja mengundang keresahan masyarakat Malaysia. Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mempercayai tanpa memantau aktiviti dan pergerakan anak remaja mereka terutama selepas waktu persekolahan dikatakan salah satu punca gejala sosial ini terjadi. Atas alasan itu, LPPKN telah banyak merancang dan melaksanakan program jangka pendek dan panjang yang sesuai untuk menangani masalah ini namun terdapat banyak cabaran yang dihadapi untuk melaksanakannya sekiranya terdapat pelbagai halangan terutamanya institusi keluarga itu sendiri yang sukar memberi kerjasama.


Keibubapaan adalah tanggungjawab paling utama bagi setiap ibu bapa. Keberkesanan ibu bapa menjalankan peranan mereka akan menyumbang kepada masa depan yang cerah bagi generasi akan datang. Ketidakupayaan ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik akan mempengaruhi generasi akan datang. Oleh itu, bagi kami, adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk menjadikan peranan ini sebagai keutamaan mereka dan memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran terkini agar mereka dapat menjalankan peranan ini dengan lebih berkesan.



Pada masa yang sama, peredaran masa dan perkembangan teknologi telah menyebabkan keibubapaan pada masa kini jauh berbeza dengan keibubapaan pada masa lalu. Berbagai cabaran wujud dalam bidang ini yang kadangkalanya memberi kesan kepada interaksi dalam keluarga. Contohnya perkembangan dalam teknologi telah mengubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan juga pada sistem masyarakat keseluruhannya. Kami dapati masalah ini sama juga yang diceritakan oleh pelajar sewaktu menjalani internship dulu iaitu kebanyakkan pelajar mengatakan yang ibu bapa mereka kurang berinteraksi dengan mereka kerana kesibukan kerja dan hanya mementingkan wang sahaja.




6.0 Kepentingan keluarga


Untuk menyelesaikan masalah diatas, setiap individu perlu mengetahui kepentingan keluarga. Beberapa kepentingan keluarga yang dapat kami kenalpasti ialah, penulis telah mengulas mengenai kepentingan keluarga sebagai, satu unit yang penting dalam masyarakat dan merupakan tonggak dalam pembinaan negara kita. Kanak-kanak juga dapat mengenali keluarga iaitu satu-satunya komuniti pertama yang diketahui mereka dan di dalam keluargalah kanak-kanak akan mendapat perlindungan dan mereka akan mempelajari mengenai nilai, kebaikan serta norma dan amalan dalam konteks budaya sendiri. Disinilah kepentingan keluarga dalam membentuk keperibadian anak-anak mereka dalam membina warganegara dalam acuan yang tersendiri di negara kita Malaysia.

Bagi kami institusi kekeluargaan sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak kerana, ibu bapa, dan ahli di dalam keluarga boleh menjadi contoh tingkah laku anak-anak dan kami juga begitu, yang mana menjadikan ayah, ibu atau kakak mahupun abang yang berjaya sebagai inspirasi untuk kejayaan pada masa hadapan. Amat merisaukan jika terdapat adik yang menjadikan abangnya yang buruk akhlak sebagai contoh.

Kami merasakan perlunya ibu bapa berkerjasama dan mengambil tahu mengenai hal anak-anak disekolah kerana berdasarkan pengalaman kami juga, pelajar-pelajar di sekolah mengatakan yang sebab mereka bermasalah adalah disebabkan sikap tidak ambil tahu ibu dan bapa mereka.


7.0 Refleksi Kendiri

Secara keseluruhannya, refleksi kendiri yang dapat kami simpulkan menerusi ulasan kertas kerja ini ialah, LPPKN telah memainkan peranannya dalam membantu institusi kekeluargaan, malahan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan untuk kesejahteraan dan untuk generasi muda yang akan datang. Maka program-program ini haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Program seperti perkhidmatan kaunseling dan kaunselor mampu menstabilkan sesebuah keluaraga kerana tidak tertumpu kepada kaunseling secara individu sahaja malahan mencakupi skop yang luas seperti kaunseling perancang keluarga, kaunseling seksual, kaunseling keluarga, kaunseling remaja, kaunseling kanak-kanak, kaunseling kelompok dan kaunseling kerjaya seperti yang telah diulaskan oleh penulis. Berdasarkan pengalaman kami dengan pelajar yang mengikuti sesi kaunseling juga, kebanyakkan masalah pelajar adalah disebabkan faktor keluarga. Jadi keutuhan keluarga amat penting dalam pembentukan tingkah laku dan emosi anak-anak.


8.0 Ilmu baru yang diperolehi

Mungkin selama ini kami tidak mengetahui apa itu LPPKN namun, selepas membuat tugasan ini barulah kami mengetahui dan bagi kami pentingnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai LPPKN. Juga untuk menambah pengetahuan sebagai kaunselor kerana kami juga merupakan bakal kaunselor, mana tahu satu hari nanti akan menjadi kaunselor keluarga. Mungkin kami juga boleh menjemput ahli LPPKN yang pakar dalam bidang kaunseling iaitu kaunselor LPPKN untuk membuat ceramah bagi ibu dan bapa pelajar di sekolah. Selain itu kami dapat mengetahui mengenai kepentingan keluarga dalam pembentukan anak-anak.


9.0 Kaitannya dengan profesion sebagai kaunselor

Banyak kaitannya yang dapat dilihat mengenai isi-isi penting yang diterangkan dalam LPPKN dengan dunia kaunseling itu sendiri iaitu, faktor kesejahteraan keluarga boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anak-anak. Keluarga yang bercerai berai boleh menjadikan anak sebagai mangsa dan disinilah peranan kaunselor diperlukan. LPPKN mungkin telah memainkan peranannya jadi apa salahnya jika keluarga turut bekerjasama dalam membentuk jati diri anak.

Kaitannya di dalam profesion kaunseling ialah, untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan peranan institusi keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak dan keibubapaan. Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi bagi pasangan yang telah berkahwin. Kaunseling yang dimaksudkan ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka setelah berkahwin. Kaunseling ini dapat membantu pasangan suami isteri untuk mengurus dan menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat menghindarkan masalah kecil yang mereka hadapi menjadi masalah yang lebih serius. Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya kaunselor yang menangani kes seperti ini akan memberikan fokus kepada peranan, corak perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan pasangan (klien) yang terlibat. Kaunselor akan membantu klien menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka dan membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah. Justeru itu, mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah corak berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan bagi menangani masalah mereka.


Seperti yang diketahui umum, golongan remaja merupakan peringkat yang amat gentir dalam proses kehidupan seseorang individu. Remaja merupakan zaman perantaraan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa. Sebagai persediaan memasuki alam dewasa, banyak perubahan yang berlaku secara semula jadi dalam diri remaja. Perubahan tersebut termasuklah aspek biologikal, fizikal, mental dan sosial. Perubahan-perubahan tersebut pula memberikan satu dimensi baru dari segi tanggungjawab, peranan dan komitmen terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Perubahan ini juga berupaya menimbulkan satu kejutan dalam diri remaja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang pendedahan, pengetahuan dan kemahiran. Hal ini menyebabkan wujud kesedaran dalam LPPKN untuk mewujudkan khidmat kaunseling remaja.



Perkhidmatan kaunseling remaja berkait rapat dengan kewujudan pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja, bukan sahaja di negara Barat, tetapi di negara ini juga. Antara masalah sosial yang dikaitkan dengan remaja ialah seperti penyalahgunaan dadah, membaca dan menonton aksi lucah, mencuri, berjudi dan jenayah seks. Antara punca kepada permasalahan sedemikian ialah kurangnya pengetahuan, bimbingan dan panduan ataupun mendapat bimbingan dan panduan yang salah daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Melalui perkhidmatan kaunseling remaja oleh LPPKN, ia dapat membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu. Di samping itu, ia menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja. Golongan remaja juga diberi peluang berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru serta memperkasakan remaja melalui bimbingan dan pendidikan. Selain golongan remaja, LPPKN juga memberi penekanan terhadap golongan kanak-kanak dengan menawarkan khidmat kaunseling kanak-kanak. Kaunseling kelompok, bimbingan kerjaya serta telekaunseling juga disediakan kepada semua golongan.



Berdasarkan pemahaman kami terhadap pengetahuan kaunseling keluarga, secara umumnya kaunseling keluarga boleh didefinisikan sebagai satu proses membantu klien yang terdiri daripada individu yang menghadapi masalah yang berpunca dari institusi sesebuah kekeluargaan yang mengalami perubahan sosial yang mendadak serta konflik nilai sikap ahlinya (keluarga).



Manakala, berdasarkan pengetahuan kami mengenai jurnal ini, kami dapat menyatakan bahawa kaunseling keluarga merupakan satu teknik terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi. Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki hubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli keluarga. Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya kedua-dua individu dan keluarga berkembang, sejahtera dan ‘subur’.



Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Perkhidmatan yang disediakan juga merangkumi kaunseling dan khidmat sokongan selain mempunyai bilik bedah dan makmal bagi membantu rawatan kesuburan dan telah mendapat sambutan daripada pasangan suami dan isteri.




10.0 Kekuatan dan Kelemahan

10.1 Kekuatan


Beberapa kekuatan yang dapat kami lihat berdasarkan kertas kerja tersebut ialah, penulis menggunakan sumber rujukan yang pelbagai dalam penulisannya. Terdapat beberapa rujukan yang digunakan iaitu buku, di samping jurnal, tesis dan laman web dan keratan akbar. Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti oleh kami ialah penulis memberikan banyak isi-isi penting dan kandungan yang terdapat dalam LPPKN yang masih ramai lagi masyarakat yang tidak mengetahuinya. Berdasarkan penulisan juga penulis agak tersusun iaitu berdasarkan tajuk-tajuk kecil yang ada memudahkan kami untuk membaca dan memahaminya serta senang untuk memahami objektif sebenar penulisan. Selain itu, himpunan ayat-ayat Al-Quran berserta doa untuk diamalkan oleh ahli keluarga juga sangat menarik dan menguatkan lagi penulisan penulis.



Kekuatan lain juga ialah penulis bijak mengaitkan antara fakta dengan isi yang diolah. Misalnya, penulis mengaitkan peranan LPPKN dan kepentingannya untuk institusi kekeluargaan. Semua perkhidmatan, program, dan kekuatan LPPKN dan keluarga juga dimasukkan dalam penulisan. Penulis juga berhati-hati dalam penulisan dengan merujuk kepada sumber rujukan yang lain agar tidak berlaku percanggahan pendapat dalam menghuraikan tajuk yang dibincangkan serta membuat cadangan nilai tambah sebagai satu strategi bagi memberikan kefahaman mengenai perkhidmatan yang disediakan. Serta kertas kerja ini banyak mengaitkan masalah-masalah yang berkaitan keluarga dan anak-anak serta cara mengatasinya.




10.2 Kelemahan



Walaupun penulisan penulis agak baik, namun kami dapati masih terdapat kelemahan-kelemahan kecil penulis yang dikesan dalam penulisan jurnal ini. Antaranya ialah rujukan penulis sangat sedikit. Selain itu, penulis tidak banyak menghuraikan mengenai amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan, dan hanya secara ringkas sahaja diterangkan. Peranan keluarga dan definisi keluarga juga masih kurang jelas. Contoh-contoh dan bukti-bukti amalan kaunseling keluarga juga tidak disertakan untuk memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi penulisan.



11.0 Cadangan penambahbaikan/untuk mengatasi masalah-masalah ini

Beberapa cadangan ingin kami kemukakan untuk mengatasi masalah ini, antaranya ialah fokus tidak hanya kepada keluarga besar tetapi juga kepada keluarga kecil seperti yang telah kehilangan suami, isteri atau anak dan membuat tinjauan mengenai masalah di dalam sesebuah keluarga. Serta perlu menekankan dengan lebih lagi mengenai kaunseling keluarga. Juga boleh meninjau peranan ibu bapa di sekolah.

Walau bagaimanapun, beberapa perkara penting yang sepatutnya kekal terutamanya dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas keibubapaan. Untuk memastikan hubungan stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, ibu bapa mestilah mempelajari bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Ibu bapa mesti belajar untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan peranan sebagai ibu bapa dengan berkesan.


Ilmu keibubapaan yang efektif memerlukan persediaan, pembelajaran dan latihan seperti bidang profesion yang lain. Selaras dengan perubahan masa, kemahiran yang sedia ada harus disesuaikan dengan persekitaran yang baru. Oleh itu, keibubapaan tidak sepatutnya statik tetapi sesuatu yang dinamik. Untuk memastikan keibubapaan sentiasa efektif, ia mesti boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya. Membesarkan anak bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Sejauhmana keberkesanan ibu bapa menjalankan peranan bergantung kepada interaksi ibu bapa dengan anak-anak mereka.



Individu harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap sebelum menjadi ibu bapa. Keupayaan tersebut boleh dicirikan oleh pengetahuan pelbagai jenis strategi yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka. Setiap keluarga harus dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan untuk membolehkan mereka mendidik anak-anak mereka dengan lebih baik. Sebagai tambahan ibu bapa harus faham dan bersedia untuk mengemaskinikan pengetahuan mereka tentang perubahan pada persekitaran mereka. Sesetengah perubahan ini mungkin memerlukan mereka untuk mengubah corak keibubapaan dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Ibu bapa yang efektif akan menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi dunia luar, oleh itu untuk menjadi ibu bapa yang efektif mereka harus mengadaptasikan sebahagian corak keibubapaan mereka dengan perubahan terbaru dalam persekitaran mereka.



Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan kasih sayang dan kediaman yang selesa kepada anak-anak. Kita juga perlu berhadapan dengan realiti yang dunia kita pada masa kini menghadapi krisis. Sekiranya kita ingin melihat anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah, kita bertanggungjawab untuk mengubah keadaan pada masa kini. Ini merupakan tanggungjawab yang berat dan mencabar. Namun, kerjasama semua pihak boleh mewujudkan persekitaran yang lebih baik. Justeru, program kemahiran keibubapaan harus diberi keutamaan dan diajar di institusi-institusi pendidikan, pusat-pusat komuniti serta di tempat-tempat kerja. Perkara ini adalah satu program yang amat penting untuk diadakan. Menerusi program seperti ini, kita dapat melahirkan generasi ibu bapa yang lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.




12.0 Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya, kami percaya dalam era globalisasi ini, perkara yang paling penting adalah menyediakan anak-anak yang boleh menghadapi cabaran-cabaran kehidupan mereka. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang penting untuk mendidik dan membantu anak-anak mereka menjadi lebih tabah, adaptif dan boleh menangani perubahan-perubahan yang berlaku pada persekitaran mereka. Dengan kata lain, pucuk pangkalnya bermula dari ibu bapa. Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka supaya dapat mengadaptasikan diri dalam dunia tanpa sempadan pada masa kini.


Keluarga yang dibina dengan penuh kasih sayang akan dapat melahirkan insan yang prihatin dan bersifat penyayang.Ingatlah bahawa anak adalah amanah dari Allah. Kita perlu jaga amanah ini dengan betul dan cermat supaya ia tidak mendatangkan sebarang mudarat. Allah SWT telah berfirman dalam surah Luqman, ayat 13, bermaksud; "dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: `wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar". Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah pewaris yang bakal menerajui negara. Oleh itu, mereka perlu mempunyai akhlak yang luhur dan tingkahlaku yang terpuji. Oleh yang demikian, semua pihak agar turut bersama dalam memperkukuhkan institusi keluarga. Diharapkan usaha-usaha seperti kaunseling keluarga dan keibubapaan ini dapat membantu golongan ibu bapa serta masyarakat membendung gejala-gejala sosial dan seterusnya mewujudkan keluarga Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Semoga matlamat kita ke arah satu masyarakat dan negara yang aman, stabil dan makmur akan tercapai.



LPPKN memainkan peranan penting dalam membangunkan institusi kekeluargaan, namun keluarga sendiri harus memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan hasrat keluarga bahagia dan untuk melahirkan generasi yang sihat dan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu, semua pihak perlu membantu dan bekerjasama dalam memberikan kerjasama antara satu sama lain untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi dalaman dan luaran serta fizikal dan mental.


RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, & Jamaludin Tubah, (2006). Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran alaf baru. Kuala lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zainuddin Bin Jusoh, Azlan Bin Aris, & Mohamed Sharif Bin Mustaffa. (2008). Amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaa: Kajian di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga negara. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Laman web rasmi LPPKN; http://www.lppkn.gov.my/guest/index.php





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Best Sangat Ke K-Pop Ni? Mcm Goreng Pisang / Keropok Lekor?

Alhamdulillah, hari ni Allah masih memberi kesempatan untuk saya menikmati kemudahan seperti internet…(internet pn orang lain yg bayar, Al maklum la ambo x kerja lagi..)
Tetapi pada zaman sekarang ni la, pada abad ke 21 ni, dari tahun 2011-2013, zaman sudah berubah. Macam2 dah berkembang, pesat, maju, dan seangkatan dengannya. Sekarang ni baru je keluar Samsung S4, ntah lepas ni keluar apa plak. Sy ni ada jgak tak tahu perkembangan semasa sebab memang ambo tak nak ambik tahu..
Perkembangan sains dan teknologi dah berkembang pesat. Itu yg menjadikan manusia ni semakin maju. Hidup semakin kompleks. Banyak yang berubah, cara hidup, gaya hidup, adat pun boleh berubah, budaya apa lagi pun berubah..Ingat manusia je boleh berubah??? Budaya ni pun berubah jugak tau. Makan?? Makanan pun berubah jugak..dah 100% perubahan yang berlaku.
Satu benda yang paling ketara saya nampak pada kebelakangan ini, iaitu hiburan yg paling diminati oleh anak muda zaman sekarang iaitu K-POP. Ntah apa maksudnya, mungkin Korean Pop kot..

Asal-Usul K-POP
Menurut sejarah, muzik ini muncul pada tahun 1930an dan telah bergabung dengan muzik Jepun. K-POP dalam bahasa korea bermaksud korea gaya, pop atau muzik popular korea iaitu genre muzik yang terdiri daripada tarian elektropop, hip hop, rock, R&B muzik yang berasal dari korea selatan.
Selain muzik, K-POP hari ini telah berubah daripada yang asal. Pada hari ini golongan remaja dari korea yang telah mengubah muzik K-POP dengan pakaian yang menjolok mata iaitu dengan memakai skirt yang pendek manakala remaja lelaki memiliki wajah jambu belaka. Mereka telah mengubah rupa parasnya seperti babydoll.

K-POP yang dipersembahkan pada hari ini sangat berbeza. Terdapat persembahan yang memberahikan dan sungguh memberangsangkan. Tiada lagi tarian K-POP asal yang dipersembahkan.
K-POP ni ibaratnya macam makan keropok lekor, rasanya sedap dan semua orang suka jika dihidangkan dalam keadaan panas2. Begitu jugaklah dengan hiburan K-POP ni, mesti dihidangkan dengan persembahan yang panas dan hangat.
Hinggakan pada hari ini muzik K-POP seperti tidak dapat dipisahkan dalam diri anak remaja Malaysia. Saya berharap sangat2 supaya anak2 muda terutamanya belia2 kat luar sana tu dapatlah menilai apa yang buruk dan apa yang baik, kerana kepimpinan akan datang adalah lahir daripada anak muda ini.
Dan juga sebagai bakal pendidik, saya tidak mahu anak2 didik saya lahir menjadi orang yang jauh menyimpang dari agama. Sekian.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Masalah: Bergantung Kepada Bagaimana Anda Melihatnya


If you were to see a problem as your enemy, it will drain your energy,If you were to see a problem as a blessing, it will be a source of your energy.
Kata2 ini sebenarnya aku petik dalam sebuah majalah, kata2 yang penuh dengan makna ini terpahat dalam memoriku selama ini. Namun, aku sendiri bukannya bermotivasi seperti ini. Kadang2 tu, ada jugak merasakan diri ini tak seuntung macam orang lain. Hah, tu namanya tak bersyukur. Huhuhu..(ditujukan pada diri sendiri)
Tapi, saya akan mulai belajar untuk memotivasikan diri dengan sikap2 yg positif. Sepanjang menjalani praktikum bimbingan dan kaunseling di sebuah sekolah di area Perak, saya kerap kali berjumpa dengan para pelajar, dan mereka banyak menceritakan tentang masalah pembelajaran dan ada yang menceritakan masalah peribadi. OK...(mungkin anda faham apa masalah peribadi yang biasa melanda remaja)....
Kehidupan dan masalah sebenarnya adalah pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan. (macam cerita P.Ramlee; tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu..). Orang yang mengaku dirinya tidak ada apa2 masalah langsung hanyalah orang2 yang berada di institusi kesihatan mental seperti Hospital Tampoi atau Hospital Permai...
Hal ini kerana falsafah penciptaan manusia berkadar terus kepada tahap kebolehannya menangani masalah2 yang dihadapinya iaitu sebagai ujian. Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa syurga adalah tempat orang2 yang “lulus ujian” di dunia.
Berbalik kepada kata2 yang saya tulis di atas tu, apabila kita berhadapan dengan sesuatu masalah, pokok pangkalnya ialah cara kita mentafsir dan beranggapan terhadap masalah itu.
Ada dua cara manusia berhadapan dengan masalah;
  1.  Menghadapinya dan menanggapinya sebagai musuh
  2. Menghadapinya dan menanggapinya sebagai suatu rahmat.
MENGHADAPI MASALAH SEBAGAI MUSUH
Orang yang menghadapi dan mencerakin masalah sebagai “musuh” dalam kehidupannya akan bersikap negatif terhadap masalah itu. Dia akan menganggap bahawa masalah yang dihadapinya menggusarkan, merimaskan, memeningkan, menyugulkan, dan perlu dihindarkan dengan serta merta.
Misalnya, seorang remaja yang menghadapi masalah gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Dia berasa risau, cemas, panik dan bimbang menghadapi kegagalan yang dialaminya itu. Seolah-olah kegagalannya itu penyudah dalam kehidupan.
Masalah gagal merupakan musuh dalam hidupnya. Natijahnya dia akan mengalami penderitaan ekoran masalah yang dihadapinya itu. Hal ini disebabkan tanggapannya yang negatif itu akan menyebabkan dirinya kehilangan tenaga beransur-ansur. Tenaga dalam konteks ini ialah tenaga fizikal, tenaga emosi, tenaga fikiran dan sebagainya.  
Dari segi fizikal pelajar itu sudah tentu berpeluh dingin, menggeletar seluruh tubuh, muka pucat lesi dan jantung berdegup kencang. Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini berpunca daripada sorotan pemikiran yang negatif iaitu menganggap masalah itu sebagai musuh menjadikan perasaan positif bertukar secara tiba-tiba menjadi takut, terancam, resah gelisah dan panik. Perasaan negatif akan mempengaruhi tingkah laku dan gerak fizikal seseorang.

MENGANGGAP MASALAH SEBAGAI RAHMAT

Ada pula sesetengah orang menganggap masalah yang dihadapi ada rahmat di sebaliknya. Dia enggan memikirkan secara negatif masalah yang dialaminya. Sebaliknya cuba menelaah rahmat dan hikmat di sebalik masalah yang dihadapi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w ada seorang isteri sahabat baginda telah kematian anaknya. Dia sepatutnya berasa murung dan durja. Tiba-tiba, sejurus selepas kematian anaknya itu, suaminya telah pergi merantau sekian lama kembali ke rumah. Si isteri cepat2 menyembunyikan jenazah anaknya. Dia melayani suaminya dengan penuh kasih sayang dan mesra, seolah-olah tidak ada apa2 yang berlaku. Apabila si suami menanyakan perihal anak mereka, si isteri menjawab, anak mereka sihat sahaja dan tenang kini. Malah, si isteri boleh pula bermesra dengan si suami pada malam itu. Setelah puas melayani si suami dengan penuh kasih sayang, si isteri bertanya kepada suaminya:
“Abang, kalau ada jiran2 meminjam barang kita, kemudian dia tidak mahu mengembalikannya, apakah agaknya tanggapan abang terhadap jiran itu?”
“Hmmm sudah tentulah sikapnya itu zalim..tak sepatutnya bersikap begitu!” jawab si suami.
“Kalau begitu anak kita adalah pinjam-pinjaman, bagaimana kalau yang meminjamkannya ingin memintanya kembali?’ tanya si isteri.
Dengan pertanyaan si isteri itu, si suami pun akur dan redha bahawa anaknya telah pergi buat selama-lamanya. Dia pun menjawab,”innalillahiwainnalillahiraji’un.”
Cerita ini menegaskan betapa jika kita melihat masalah itu sebagai rahmat, kita akan lebih tenang. Menganggap masalah sebagai rahmat, bukan bererti kita tidak berusaha menyelesaikannya. Sebaliknya, kita berusaha mencungkil satu demi satu punca masalah, kemudian merungkaikan penyelesaiannya satu demi satu. Namun jika kita menganggap masalah sebagai musuh, kita akan menganggapnya sebagai bebanan dan bersikap negatif terhadapnya.
Albert Einstein, seorang tokoh saintis terkemuka menyatakan bahawa di sebalik setiap masalah yang timbul, ada peluang yang wujud. Thomas Alva Edison, seorang saintis yang berjasa kepada manusia dengan mencipta mentol; menganggap masalah kegagalannya dalam eksperimen sebanyak 9999 kali sebagai suatu rahmat. Apabila wartawan bertanya perasaannya tentang kegagalannya itu, dia menjawab; ini bukan kegagalan; sebaliknya saya telah ketemu 9999 jenis rintangan elektrik!
Nabi Muhammad s.a.w pelopor tamadun Islam, tidak pernah sunyi dengan apa jua masalah. Namun baginda bukan sahaja tabah, malah sentiasa mencari rahmat di sebalik masalah yang dialaminya itu. Pernah suatu ketika, baginda dilempari najis, batu, dan kayu ketika berdakwah di Taif, tetapi baginda tetap tabah dan mendoakan rahmat di sebalik masalah yang dialaminya. Malah baginda menolak pertolongan para malaikat yang ingin membantunya, sebaliknya mendoakan penduduk Taif memeluk agama Allah yang maha suci itu. Natijahnya, selepas itu, penduduk Taif telah menerima seruan Rasulullah s.a.w dengan memeluk agama Islam.
Kesimpulannya, semua manusia ada masalah. Namun keupayaan menghadapi masalah terletak kepada kebijaksanaan kita; menganggap masalah itu musuh sejati atau sebagai rahmat tersembunyi.




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013