Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Laskar Pelangi

berlarilah tanpa lelah demi mengejar impianmu..bebaskan dirimu...

 First time CHn  dengar lagu ini, hati mula terusik. Sekarang ini ada juga lagu yang berunsur motivasi yang bukan sahaja enak didengari tetapi senang diikuti.. Sungguh lagu ini memberikan satu semangat yang luar biasa...CHn tercari-cari siapakah penyanyi lagu ini. 

Akhirnya, dapat juga CHn mengetahui siapa penyanyi lagu ini dan yang paling penting judulnya sekali.(mudah bagi saya nak download di internet). Sungguh puitis halwa  teliga mendengarkan bait-bait lagu ini. Mungkin diri ini sahaja yang merasa sedemikian. Orang lain CHn tak tau la. Tatkala mendengarkan lagu ini, seolah-olah memberi satu semangat kepada diri betapa pentingnya untuk bebas mengejar impian walau kadang-kala dunia ini tidak adil

Betapa kita patut mencontohi laskar pelangi yang tidak pernah terikat dek waktu, betapa kita perlu berlari tanpa lelah dalam mengejar impian dan tidak jemu serta sentiasa bersyukur dengan pencipta. Bagi CHn lagu berunsur motivasi seperti ini, sesuai untuk pelajar-pelajar yang perlukan dorongan dalam mengejar setiap impian. 



Lagu ini juga mengingatkan kepada diri saya, di dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan dan sebagai manusia, kita perlu menwarnai setiap bintang dalam kehidupan, walaupun bukan semuanya adil namun yang penting kita telah mencuba membuatkan diri gembira hidup di dunia walaupun tidak seindah berada di syurga.


Moga-moga dengan lagu ini memberikan kita sedikit harapan untuk mewarnai dan mengejar impian kita. Insya Allah dengan izinNya setiap impian pasti menjadi kenyataan. Dan apa yang CHn harapkan semoga kalian mendoakan kebahagian CHn..
p/s- berlarilah utk ketenangan jiwa^^



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013