Kita semua sudah maklum bahawa setelah nyawa berpisah
dari jasad tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi
manusia, malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim
telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut. Soalan-soalan itu
ialah soalan bocor.
Allah S.W.T
- Siapa Tuhan kamu?
Allah S.W.T
- Apa agama kamu?
Islam
- Siapa nabi kamu?
Rasulullah s.a.w
Ya, kita pasti tahu jawapannya. Tetapi kita harus faham
satu perkara. Alam barzakh dan akhirat adalah alam yang sama sekali tidak sama
dengan kehidupan di dunia.
Lantaran itu, andai kita rasakan menjawab soalan ini sama
seperti menjawab soalan peperiksaan , maka kita silap besar. Kekuatan ingatan,
kecerdasan minda dan tahap pendidikan takkan menjamin kita mampu menjawab kesemua
soalan tersebut dengan cemerlang.
Apa yang menentukan ialah amalan kita di dunia. Oleh
sebab itu, bagi menjawab soalan di atas dengan cemerlang, perhatikan pelan
tindakan di bawah
Soalan
|
Jawapan
|
Siapa Tuhan kamu?
|
Tauhidkan Allah, sembah dan laksanakan
ibadah dengan sebaiknya
|
Apa agama kamu?
|
Jadikan Islam sebagai cara
hidup.
|
Siapa nabi kamu?
|
Menyayangi Rasulullah s.a.w
dan mengikuti sunnah baginda.
|