Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,
“Hidup umpama roda.
Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”
Memang tipulah kalau saya
katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan Mr Hubby. Mesti akan
adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala
isu yang kecil pun boleh menjadikan kita “kurang
mesra” bersama dengan pasangan
kita. Macam-macam perkara, kadangkala gurauan menjadi salah faham, tapi lumrah
dalam berumahtangga, itulah. Pantai mana yang tidak pernah dilanda badai?
Sekecil-kecil buih bakal memukul pantai.
Tetapi apabila timbul isu
seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama
lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan
ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Tetapi,
bagaimanakah caranya?
Cara yang terbaik adalah
berdiam sebentar. Kita biarkan diri kita tenang dan relaxsebelum kita berbincang
semula mengenai masalah yang timbul itu. Ini juga dapat memberikan si dia masa
untuk turut berfikir mengenai kesilapan yang mungkin dilakukan oleh dirinya
sehingga tercetusnya perbalahan.
Dengan cara ini, kedua-dua
belah pihak dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga
hubungan mereka. Tetapi, janganlah menjadikan penyelesaian yang bakal diambil
itu sebagai bahan api yang memarakkan lagi masalah yang ada. Kita kenalah
bersikap matang dan terbuka dalam menerima pendapat si dia.
Jadi, diharapkan dengan
tips ini, dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk menyelesaikan
masalah dengan pasangan anda. Ianya juga boleh digunakan dalam menyelesaikan
masalah dengan orang lain seperti rakan sekerja, bos kita ataupun dengan
sesiapa sahaja.
Bagaimana pula dengan
anda? Sekiranya anda sedang “kurang
mesra” dengan kekasih (for sure untuk yang dah kahwin, kalau belum
jangan gatai nak guna tips ni), apakah tindakan yang anda lakukan?