Lihat gelas di atas dengan baik. Kemudian cuba tanya diri anda sendiri
tentang gelas tersebut.
Sekiranya anda menjawab gelas itu “separuhnya dipenuhi oleh air”, maka anda
sebenarnya adalah seorang yang positif.
Sekiranya anda menjawab gelas itu “separuhnya adalah kosong”, maka anda
sebenarnya adalah seorang yang negatif.
Sekiranya anda melihat sesuatu secara negatif, latihlah diri anda bermula
dari sekarang untuk melihat sesuatu yang negatif sebagai positif. Sebagai
permulaannya, cuba lihat setiap perkara positif yang ada pada kawan, keluarga
dan masyarakat walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai 1001 kekurangan.