“HAYYA’ ALAS SOLAH” dikumandangkan ke udara sebanyak 15
kali sehari iaitu 10 kali untuk azan dan 5 kali untuk iqamat. Tetapi
sekurang-kurangnya umat Islam akan mendengarnya 10 kali sehari melalui radio
atau tv atau pun masjid dan surau di sekitarnya. Bagi mereka yang melakukan
solat di masjid, surau atau melakukannya sendirian di rumah dapatlah mendengar
5 kali lagi sewaktu iqamah.
“Jom Solat” itu makna yang boleh kita fahami daripada apa
yang di ke udarakan itu. Tetapi dalam ramai-ramai yang mendengar seruan itu,
berapa ramaikah yang berhenti untuk solat? Berapa ramai yang masih lepak kat
kedai kopi, pasar raya malah ada yang masih di panggung wayang. Tolak pula
bilangan mereka yang masih dalam kenderaan dalam perjalanan jauh kerana mereka tidak
boleh berhenti sesuka hati kecuali singgah di R&R atau surau di tepi jalan.
Solat Itu Mudah
Susah ke nak berhenti solat? Tidak lama, mungkin sekitar
10 minit sahaja, parkir kereta, ambik wuduk, solat, doa dan masuk kenderaan
semula. Tidak perlu borak2 dengan kawan. Kalau kat tempat kerja lagi cepat.
Kalau tak ada surau kat tempat kerja pun boleh. Bos takkan marah kerana bos
tahu orang yang taat perintah Allah akan takut curi tulang.
Kalau semua orang boleh buat macam ni, tak timbul la “tak
cukup masa untuk solat, “rugi masa” dan “kerja banyak”. Yalah, waktu rehat
makan tengahari boleh solat zohor, solat asar boleh kat tempat kerja atau
sebelum pulang, solat dulu kat surau. Jadi dapatlah pulang ke rumah dalam
keadaan tidak berhutang dengan Allah.
Tahu tak, kalau kita tak mahu solat bukan sahaja
berhutang dengan Allah, tetapi kita juga dianggap oleh Rasulullah sebagai orang
yang meruntuhkan agama. Kalau ini yang terjadi, bila kita nak bayar dan
mendirikan semula agama yang runtuh itu? Oleh sebab itu, jom solat demi
mengelak dua kesalahan yang pasti sukar untuk ditunaikan nanti.
Tips Khusyuk Solat
- Berwuduk dengan sempurna.
- Tinggalkan perkara dunia sebaik sahaja berdiri tegak untuk solat.
- Memahami bacaan dalam solat.
- Pandang pada tempat sujud.
- Makan makanan yang halal dan tinggalkan makanan haram dan syubhat.
- Hindari daripada melihat perkara maksiat.
- Berdoa kepada Allah agar diberikan hati yang khusyuk.
- Bayangkan solat yang dilakukan saat itu adalah solat yang terakhir dalam hidup.