Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Petua Berhadapan Dengan Ujian Allah


Apa khabar semua? Sudah tentu sihatkan? Alhamdulillah, Allah bg kesempatan kepada anda semua dalam keadaan sihat. Kalau ada yang sakit pun saya doakan semoga cepat sembuh ye. Petua yang saya nak bagi kali ini ialah mengenai resepi mengatasi masalah. Kalau kita tanya semua orang sudah tentu mereka semua ada masalah masing2. Cuma orang gila je yg tak de masalah. Kalau ada pun masalahnya cuma gila. Huhuhu..Gurau je..Baiklah, senang aja caranya. Kalau ada masalah resepinya ialah DUIT. Mari semua, kita sama2 menghayati di sebalik resepi apakah ini......


  • Doa


Setiap perkara perlu dimulakan dengan doa. Mulakan masakan dengan memasukkan beberapa potong doa daripada ayat al-Quran serta masukkan segumpal yakin ke dalam kuali (hati) untuk menambahkan rasa. Kemudian garingkan doa dan yakin tadi sehingga mengeluarkan air mata pengharapan. 


  • Usaha


Kemudian, jika sudah garing, jangan tunggu lama2 nanti hangus pulak. Teruskan masukkan usaha sepenuh-penuhnya dalam kuali. Gaulkan secukup rasa ya. Pastikan rasanya cukup padat dan mantap.


  • Ikhtiar


Jika rasanya masih belum sebati lagi, masukkan beberapa cubit ikhtiar. Jika masih lagi belum cukup tambahkan ikhtiar sebanyak-banyaknya. Begitulah lumrah dalam dunia masakan begitu juga dalam dunia realiti. Setelah ramuan pertama tidak berjaya, cuba ramuan lain pula. Jangan putus asa ya. Cuba sehingga dapat rasa yang kita inginkan.


  • Tawakal


Masak, punya masak, punya masak. Dah gaul dengan secukup rasa. Tibalah masa dihidangkan kepada Pencipta untuk merasa masakan kita sama ada sedap atau tidak (menilai usaha). Insyaallah dengan hidangan tawakal dengan sepenuh hati kepadaNya, pasti ganjaran yang setimpal akan kita perolehi.

Jadi, apa tunggu lagi...Gunakanlah resepi DUIT yang saya bagi ni. Insyaallah pasti anda akan rasa kelazatannya nanti. Boleh juga digunakan untuk perkara-perkara lain. Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!!!!!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013