Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Review The Adventure of Merlin S1E2

Episod 2 : Valiant
Episod kali ini menceritakan mengenai Valiant, iaitu seorang pahlawan dari Western Isles memperolehi perisai yang dihiasi dengan gambar tiga ekor ular yang telah dijampi dengan sihir. Ianya dijual oleh seorang ahli sihir yang menjampi perisai itu menjadikan gambar ular itu bukan sekadar gambar di perisai malah ia hidup di dalam perisai itu. Valiant akhirnya membunuh ahli sihir terbabit kerana perisai gambar ular itu mengeluarkan ular hidup dan membunuh ahli sihir tersebut. Dengan membawa perisai itu, Valiant menuju ke Camelot untuk menyertai kejohanan tahunan. Juara bertahan yang selalu menang adalah Putera Arthur.



Sementara itu, di Camelot, Putera Arthur sedang berlatih bertarung dengan Merlin. Kasihan Merlin, dia bukannya pandai dalam main2 pedang. Sekejap kena badan, sekejap kena kepala...whatever la..tapi si Merlin kan hero cerita ni.....last2 Merlin terbaring jatuh sebab tak tahan dah kena serangan bertubi2 dari Arthur.
Arthur             :           Nampak lebih berani daripada apa yang disangka. Kebanyakan orang gaji saya dah pengsan lepas kena pukul sekali je.


Balik2 rumah, Gaius ketawa tengok Merlin dengan rupanya yang serabai. Begitulah hari pertama bekerja sebagai orang gaji kepada putera Arthur. Sakit semua urat dan tulang Merlin dikerjakan oleh Arthur.

Hahahaha..kasihan Merlin. Dia merungut dan mengeluh dengan kerjanya yang banyak. Ya, semua orang ada kerja. Malah Arthur sebagai putera pun ada banyak kerja. Sebabnya kenapa? Putera Arthur kan bakal menjadi raja. Rakyat banyak berharap pada dia. Dia sendiri pun banyak tekanan. Keesokan harinya, pagi2 lagi Merlin ke rumah Guinevere nak belajar macam mana nak pakai baju besi untuk para pahlawan.


Sebelum perlawanan bermula, Merlin kena pasang la macam2 jenis besi kat badan Arthur.
Arthur             :           Awak tahu tak kejohanan ni bermula hari ni?
Merlin             :           Ya, tuan.....awak takut ke?
Arthur             :           Saya tak takut.
Merlin             :           Ya ke? Saya ingatkan semua orang akan takut.
Arthur             :           Boleh tak awak diam!!
Memang masa ni saya tak suka kat Arthur. Sebabnya dia memang sombong dan angkuh. Merlin sahaja yang boleh tahan dengan sikap dia. Sebenarnya Arthur ni dalam tekanan. Ayahnya Raja Uther banyak mengharapkan semua yang terbaik daripada Arthur. Dia perlu melakukan dengan terbaik demi semua orang.


Raja Uther memulakan perlawanan dengan kata2 aluan. Kejohanan yang diadakan selama tiga hari ini sebenarnya untuk menguji keberanian, kemahiran sebagai pahlawan dan pastinya pencabarnya ialah Putera Arthur, juara kejohanan yang lepas. Hanya seorang sahaja yang akan dimahkotakan sebagai juara dan akan mendapat hadiah 1000 keping emas. Ia adalah pertarungan di mana kita semua akan mempelajari sikap semulajadi pahlawan sama ada dia pastinya seorang wira atau hanya seorang yang penakut. Raja Uther apa lagi, dia memang berharap dengan Arthur tu. Dia percaya yang Arthur akan membuatkan dia bangga. Tetapi bila tengok wajah Arthur, memang dia tertekan. Pertandingan dimulakan, Arthur dan Valiant dengan mudahnya mengalahkan lawan mereka.


Jeng jeng, Merlin dengan mudahnya guna magik dalam bilik dia. Semua besi2, sama ada perisai, kasut boot Arthur, pedang dan semuanya la dibersihkan, ditajamkan oleh MAGIK! Power kan Merlin ni. Sambil2 dia baca dan belajar dari buku magik yang Gaius bagi pada dia. Sementara itu di istana, Raja Uther memuji Valiant dan memperkenalkan Morgana, anak jagaannya kepada Valiant.


Esoknya pula, Merlin nak pergi ambik perisai2, pedang dan semua senjata yang Arthur perlukan di dalam stor, Merlin dengar bunyi desiran ular kat perisai Valiant. Dia dapati lukisan mata ular tu berkelip dan bercahaya. Sebelum Merlin dapat sentuh perisai itu, tiba2 je Valiant datang menghalang Merlin dari melihat kat perisai dia.  Merlin berjaya melarikan diri dari stor tersebut tanpa membangkitkan syak wasangka Valiant.


Merlin sudah pandai memakaikan baju2 besi kat badan Arthur. Nampaknya dia sudah mahir. Arthur menuju ke medan pertempuran. Babak yang dipaparkan adalah pertempuran antara Valiant dengan seorang pahlawan bernama Ewan. Valiant menggunakan magik perisainya dan mengarahkan ular dalam perisai itu keluar dan mematuk Ewan.



Gaius mengangkat Ewan masuk ke dalam rumahnya untuk dirawat. Gaius mendapati terdapat satu patukan ular pada leher Ewan. Merlin ni nampak je macam bodoh, tetapi dia boleh agak yang Valiant punca Ewan kena patuk ular. Ewan hanya dapat diselamatkan sekiranya diberikan antidote dari racun ular itu juga.


Merlin masuk istana dan dia mengintip Valiant dalam kamarnya. Masa tu Valiant tengah bagi makan kat 3 ekor ular yang ada pada perisainya. Dia bagi makan tikus. Merlin tengok la apa yang jadi, dia lari dan pintu berbunyi sedikit. Valiant cuba nak kejar siapa yang mengintip dia, tapi dia tak sempat sebab Merlin dan berjaya melarikan diri. Merlin memberitahu kepada Gaius hasil pengintipannya, tetapi Gaius mengingatkan supaya tidak boleh terus menuduh Valiant menggunakan magik kerana Valiant ni seorang pahlawan. Susah pula orang nak percaya lagi kan pula Raja Uther. Nak tuduh kena la ada bukti. Kejohanan diteruskan dan berlangsung dengan lancar. Arthur berlawan dan menewaskan pahlawan2 lain, Valiant juga sama. Memang dijangka oleh Merlin, Arthur akan menghadapi lawan terakhir iaitu Valiant dalam mempertahankan gelarannya sebagai juara. Dan Valiant akan membunuh Arthur semasa perlawanan akhir nanti.

Gaius masuk rumahnya, dan menerangkan dengan jelas kepada Merlin mengenai perkara itu. Sebabnya, Merlin dah merajuk dengan Gaius. Gaius tak nak dengar cakap dia. 
Gaius               :           Ok, Uther takkan percaya kata2 saya atau pun awak...tapi awak betul. Kita tak boleh biarkan Valiant teruskan rancangannya itu.
Merlin                :           Tapi, kita tak ada bukti.
Gaius               :           Jika kita boleh ubati dan sembuhkan Ewan, dia boleh beritahu Raja yang Valiant menggunakan magik. Raja akan mempercayai kata2 seorang pahlawan....Tetapi bagaimana kita nak dapatkan antidot, benda yang penting ni juga kena fikir pula.

Dalam pada masa yang sama, Valiant dan para pahlawan lain sedang menikmati makanan di istana bersama dengan raja dan Arthur. Raja ni pula dah berkenan dengan Valiant. Dia harap Valiant dapat teruskan sebagai pahlawan di Camelot selepas kejohanan ini berakhir. Merlin mengintip dari jauh, dia dapat lihat Valiant tengah dinner dengan raja dan pahlawan2 lain. Merlin mengambil kesempatan masuk ke dalam kamar Valiant. Pintu berkunci tetapi its not the problem. Merlin kan boleh buka dengan magiknya. Merlin meneliti gambar ular di perisai itu menggunakan pedang. Bila je Merlin pandang belakang sebab Merlin terdengar bunyi tapak kaki dan risau takut ada orang akan masuk dalam kamar Valiant, ular itu terus keluar dan ingin menyerang Merlin dari belakang. Dengan pantas Merlin memotong kepala seekor ular dan ada dua lagi ekor ular yang keluar tetapi Merlin berjaya melarikan diri dengan mengambil kepala ular yang telah dipotongnya.

Merlin memberikan kepala ular itu kepada Gaius untuk dijadikan antidot supaya Ewan boleh sembuh. Merlin pula nak pergi bagitahu Arthur mengenai perkara ini. Dia mengambil kepala ular itu untuk dijadikan sebagai bukti. Gaius sempat memuji Merlin, tindakan yang dilakukannya itu sungguh berani.

Merlin mendedahkan perkara itu kepada Arthur, tetapi Arthur kurang percaya. Dia percaya Valiant tidak akan berani menggunakan magik di Camelot. Merlin menjelaskan dengan menunjukkan kepala ular yang dipotongnya itu. Last2 Arthur percaya tetapi Arthur meminta Merlin bersumpah semuanya adalah benar belaka. Merlin pun bersumpah keterangannya semuanya benar. Ada seekor pula ular duk atas tiang tengah tengok Merlin dengan Arthur...Makin suspen...

Keesokan harinya, Valiant dibawa menghadap raja. Semua orang berkumpul. Dalam pada masa yang sama, Ewan akhirnya sembuh setelah diberi penawar yang dibuat oleh Gaius. Ewan menerangkan kepada Gaius bahawa ada ular di perisai Valiant. Gaius pula ada kerja nak cari herba2 di luar, jadi dia tinggalkan la Ewan dalam rumah dia. Valiant ni pula mesti la dia suruh ular yang seekor lagi p bunuh Ewan. Jadi, bila Ewan mati, tiada siapa yang boleh menerangkan bahawa Valiant ni guna magik. Di istana pula, Raja masuk ke dalam balai dan mendengar penerangan Arthur. 

Arthur             :           Saya percaya Valiant menggunakan perisai magik untuk menipu dalam kejohanan.
Raja Uther         :           Valiant, apa yang awak nak jelaskan tentang perkara ini?
Valiant           :           Ini semua mengarut. Saya tidak pernah menggunakan magik. Adakah anak awak ada bukti untuk menyokong tuduhan yang melampau ini?
Raja Uther       :           Adakah awak ada bukti?
Arthur               :           Ya.

Raja Uther tengok dan meneliti kepala ular itu. Perisai juga dia tengok. Tetapi tidak mendedahkan apa2 kerana ular itu memang tak ada dalam perisai itu. Sementara itu, Gaius ke istana dan memanggil Merlin dan memberitahu bahawa Ewan sudah mati. Jadi, tak de la bukti dari Ewan. 
Arthur             :           Kita perlukan Ewan, pergi tengok apa yang terjadi.
Valiant            :           Seperti yang awak tengok Tuanku, ianya sekadar perisai biasa.
Arthur             :           Dia takkan biarkan ular2 tu keluar hidup2 dari perisai tu
Raja Uther       :           Bagaimana saya nak tahu apa yang awak cakap ni benar?
Arthur             :           Saya ada saksi. Pahlawan Ewan telah dipatuk oleh ular yang datang dari perisai itu. Bisanya telah menyebabkan Ewan sakit teramat sangat. Tapi, dia telah diberi antidote. Dia yang akan memberitahu Valiant telah menggunakan magik.
Raja Uther       :           Mana dia?
Arthur             :           Dia sepatutnya berada di sini. 

Arthur tanya Merlin di mana Ewan dan pastinya jawapan Merlin, Ewan telah mati. Raja pula tak sabar nak tahu. Arthur perlu jelaskan semua tuduhan yang diberikan kepada Valiant. Saksi dah mati, jadi tak ada bukti. Marah la Raja Uther. Dia tak percaya tuduhan Arthur. Arthur cuba menjelaskan bahawa Merlin yang mendapatkan bukti2 tetapi keterangan tidak kukuh menyebabkan Raja Uther marah sebab anaknya percaya pada kata2 orang gaji untuk menuduh seorang pahlawan. Raja marah kat Merlin sebab menyampuk dan Merlin diheret oleh pengawal. Apa lagi, si Valiant ni nak tunjuk la kebaikan dia dan kemuliaan hati dia supaya Merlin tak ditangkap.

Valiant menambah lagi perisa kata2 manis dia depan Raja.

Valiant                        :           Tuanku, jika anak Tuanku buat tuduhan ini sebab takut nak lawan dengan saya, saya dengan murah hati menerima penarikan diri beliau.
Raja Uther       :           Apakah ini benar? Adakah kamu berhajat mahu menarik diri dari pertandingan?
Arthur               :           Tidak!
Raja Uther       :           Jadi, apa yang ayahanda patut fikirkan tentang tuduhan kamu ini?
Arthur             :           Ternyata ia cuma satu salah faham. Saya tarik balik tuduhan saya ke atas Kesatria Valiant. Harap dapat terima permohonan maaf saya.
Valiant              :           Diterima.


Selepas kejadian itu, Arthur memang marahkan Merlin. Arthur meluahkan rasanya beliau merasa sungguh malu dan rasa macam orang bodoh di depan orang ramai. Sikit2 Merlin kena marah. Kasihan...sehinggalah Arthur memecat Merlin. Dia tidak memerlukan khidmat Merlin sebagai orang suruhannya lagi.



Apalagi si Merlin ni, dia pergi jumpa dengan si naga tu.

Merlin              : Aku datang nak beritahu kamu apa sahaja yang kamu fikirkan tentang takdir aku, apa2 yang kamu fikir aku sepatutnya lakukan, kamu tersilap orang!!!.......Cukuplah..Selamat tinggal..

Kilgharah         : Kalaulah semudah itu sahaja untuk melepaskan diri dari takdir seseorang.

Merlin              : Macam mana ia sudah menjadi takdir aku untuk melindungi seseorang yang bencikan aku.

Kilgharah        : Separuh tidak benar2 membenci, menjadikannya lengkap. Kamu akan mengetahuinya tidak lama lagi.
Merlin              : Oh, baguslah. Itulah yang aku perlukan..satu lagi teka teki
Kilgharah        : Bahawa jalan takdir kamu dan Arthur akan menyingkap kebenaran.
Merlin              : Apa maksudnya tu?
Kilgharah        : Tahukah kamu anak muda, ini bukan pengakhiran, ini adalah permulaannya.
Si naga terus meninggalkan Merlin tanpa jawapan mudah. Merlin masih muda, dia masih belum boleh berfikir dengan matang.

Walaupun Merlin tidak suka pada Arthur, tetapi dia tidak akan membiarkan Arthur mati macam tu je. Dia merenung, berfikir di tangga istana. Waktu tu datang la Guinevere memberi semangat padanya. Tiba2 dia dapat satu idea apabila dia terpandangkan satu ukiran batu yang berbentuk seekor anjing tersadai di tepi tangga. Terus dia dapat idea macam mana nak handle masalah tu.

Merlin ni bukannya bodoh dan dungu sangat, tapi dia penuh dengan idea2 bernas. Dia ingin menjampi ukiran batu berbentuk anjing itu menukarkannya menjadi seekor anjing hidup. Bagaimana?
Buka buku magik tu, cari la..hahahaha
Bebay odothay arisan quickum
(jampi yang Merlin sebut)

Buat la banyak kali, memang tak jadi. Penat giler la jampi ukiran batu anjing ni, tapi tak bertukar2 pun. Malamnya pula, Morgana mimpikan Arthur. Mimpi buruk...Bad dreams..Jadi risau la Morgana takut sekiranya apa2 jadi kat Arthur.

Merlin sempat singgah jumpa dengan Arthur. Dia cuba nasihatkan Arthur supaya tarik diri. Valiant akan bunuh jugak Arthur dengan perisainya. Arthur mengetahui kebenarannya, namun dia tetap berkeras tidak mahu menarik diri. Dia seorang putera raja, amat memalukan rakyat jika menarik diri. Waktu ni memang boleh saya katakan Arthur memang seorang yang ikut arahan tetapi dia ada egonya, kurang bertanggungjawab..masih muda la katakan.

Esoknya, pertarungan akhir akan diadakan. Time ni memang muzik dimainkan dengan sedihnya. Macam akan berlaku sesuatu pada Arthur. Tapi, Merlin ada, dia kan hero. Merlin tak tidur malam duk practice menjampi ayat tu. Tapi tak menjadi. Masa nak dekat perlawanan dimulakan, barulah jampi tu menjadi. Bertukar la anjing batu kepada anjing sebenar yang menyalak.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Episod Valiant ini diakhiri dengan matinya Valiant kena bunuh oleh Arthur. Merlin berjaya menjampi perisai ular itu dari jauh. Ular itu keluar tanpa disuruh oleh Valiant. Waktu ini semua orang nampak ada 2 ekor ular keluar dari perisai itu hidup2. Apalagi, Raja Uther dan nampak kebenarannya bahawa Valiant memang guna magik, menipu dalam kejohanan ini.





Malam itu, diadakan parti meraikan kemenangan Arthur. Arthur mengambil Merlin semula sebagai orang gaji dia. THE END~













Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013