Assalamualaikum
Permulaan hari yang baik ini memberi semangat kepada saya
untuk menulis serba sedikit mengenai ulasan drama bersiri Merlin.
Saya ni minat sangat cerita ni. Jadi saya rasa sy nak
berkongsi serba sedikit apa yang saya faham tentang cerita ini.
Drama Bersiri Merlin ini dimulakan dengan suara naga,
yang berlatang belakangkan suara John Hurt. Saya suka sgt dengan suara lelaki
ni. Memang best dan suaranya boleh digunakan dalam iklan tv plak. Mengarut la
plak sy ni. Ok la..sy start la!
Merlin Season 1
Dalam musim pertama ni, biasa la ia dimulakan dengan pengenalan di mana Merlin diperkenalkan oleh suara naga tu.
Dalam musim pertama ni, biasa la ia dimulakan dengan pengenalan di mana Merlin diperkenalkan oleh suara naga tu.
No
young man, no matter how great
Can
know his destiny.
He
cannot glimpse his part in the great story
that
is about to unfold
Like
everyone, he must live and learn
And
so it will be for the young warlock
arriving
at the gates of Camelot.
A
boy that will, in time
father
a legend
His
name...
Merlin
Tiada seorang pun anak muda, yang betapa pun hebatnya dia,
Dapat mengetahui takdir hidupnya
Dia tidak pernah dapat menjangka peranannya dalam cerita hebat ini
yang bakal diceritakan seperti mana orang lain
Dia perlu meneruskan hidup dan belajar
Begitulah juga halnya dengan ahli sihir muda ini
yang tiba di pintu masuk Camelot
Seorang budak lelaki, yang suatu masa nanti
bakal menjadi bapa lagenda
Namanya ialah.....Merlin
Kisahnya bermula apabila seorang budak laki ni, nama Merlin bawa beg sandangnya berjalan menuju ke sebuah tanah yang dinamakan Camelot. Bila sahaja dia melangkah masuk pintu pagar kawasan Camelot tu, dia terpegun dengan kawasan tu. Apabila sahaja melangkah masuk, dia menyaksikan satu peristiwa di mana raja Camelot iaitu King Uther ni menjatuhkan hukuman pancung ke atas Thomas James Collins (Rasa2nye la) disebabkan didapati mengamalkan ilmu sihir.
Bagi
saya, cerita ni memang best dan terhebat dlm banyak2 cerita magic. Tapi Harry
Potter tetap no 1.
Berdasarkan undang-undang Camelot tu sendiri, King Uther ni menyatakan praktis magik dan sihir ni adalah diharamkan. Sebab King Uther ni memang benci sangat dengan praktis magik dan sihir. Raja tu cakap, jenayah sihir ni tidak dapat dimaafkan dan hanya hukuman pancung dapat dikenakan ke atas lelaki itu. Dengan bangganya King Uther ni cakap, masa dia datang ke tanah Camelot, kerajaan ni memang huru-hara. Atas bantuan orang ramai, magik dan sihir ni akhirnya dapat dihapuskan. Jadi, King Uther mengumumkan satu festival diadakan seminggu sempena meraikan 20 tahun sejak The Great Dragon (Kilgharah) ditawan.
Tiba2 ada something yang datang mengganggu. Seorang
wanita tua ni, ibu kepada lelaki yang dipancung tadi tu. Kasihan dia. Dia dah
tua, anak pula baru je mati.
Marah la ibu ni. Perempuan ni cakap, bukan magik yang
kejam dan jahat, tetapi raja yang jahat. Dengan sikap raja yang tidak peduli
dan perasaan bencinya pada magik. Last2 perempuan ni berjanji sebelum perayaan
selama seminggu itu berakhir, raja akan turut merasai kesedihan yang
dialaminya. Perempuan tu siap berperibahasa la plak. Hehehe..So, anda semua faham.
Perempuan ni bakal membalas dendam terhadap raja.
Dengan menggunakan magik, perempuan ni terus ghaib dan
memang tak sempat la askar2 nak tangkap perempuan ni. Dan semua orang bersurai.
Kita kembali semula kepada si Merlin ni, dia masuk dalam
istana dan menuju ke sebuah rumah yang berada dalam istana tu untuk berjumpa
dengan court pyshician (macam doktor la), nama dia Gaius.
Dia masuk dalam rumah tu, tapi tak de orang. Dia panggil
je nama Gaius, rupa-rupanya si Gaius ni duk atas (tak tau nak namakan macam
mana). Macam beranda walaupun rumah tu bukan dua tingkat tapi macam kat atas
ada beranda. Kat situ si Gaius tengah cari benda, dia terkejut la dengar nama
dia dipanggil, dia jatuh, tapi....Merlin yang selamatkan Gaius dari jatuh.
Merlin guna la magik dia, heret katil, Gaius pun jatuh atas katil. Jadi tak de
la sakit sangat belikat Gaius tu. Haaaaaaa....
Gaius ni tanya macam mana kau buat magik tadi? Ada sebut
mantera apa2 ke? Merlin cakap, ia berlaku macam tu je. Tak sebut apa2 mantera.
Kan hebat Merlin tu. Ni bukan ulasan dah, ni dah jadi penceritaan semula la
plak. Saya memang minat giler cerita ni. Jadi boleh ingat satu2 step cerita ni.
Memang tak boleh dinafikan lagi, Merlin dilahirkan dengan
magik. Gaius tanya Merlin macam2 soalan tapi Merlin memang tak pernah belajar
sihir ataupun magik. Pastu, Gaius tanya siapa awak? Boleh plak macam tu. Merlin
cakap dia anak Hunith. Di situlah Gaius baru tahu tu anak Hunith.
Ok,
saya ringkaskan la. Malam tu, Gaius buka surat yang Merlin bagi kat dia. Surat
tu pesanan dari ibu Merlin kepada Gaius. Dalam surat tu, Hunith pesan kat Gaius
supaya jaga Merlin baik2 sebab dia hanya percaya pada Gaius je. Gaius kawan
lama dia la tu. Hunith cakap, Merlin perlukan ‘suara dan tangan’ di belakangnya
selalu supaya Merlin dapat dipimpin dengan baik serta dapat menggunakan magik
dan sihir dengan baik.
Seterusnya babak mengenai Morgana. Hahahahaha..Cantik kan
dia. Saya suka dia, tapi..emm biasa la, bila terikutkan perasaan jadi lain la.
Yang tu nanti saya cerita kemudian. Morgana ni anak jagaan King Uther. Dalam
bahasa Inggerisnya, “king’s ward”. Morgana ditegur oleh King Uther malam tu
sebab bersendirian, tak join parti
yang dianjurkan oleh King Uther tu. Morgana cakap, dia tak rasa yang lepas
pancung kepala orang, pastu raikan parti. Morgana menyatakan rasa simpatinya
kepada ibu tua yang muncul tadi tu. Jawapan King Uther senang je, keadilan yang
amat mudah diberikan kepada orang yang kena hukum tu setelah apa yang dibuat
oleh orang tu tadi (mengamalkan magik). Mereka dua gaduh mulut je la. King
Uther cakap, awak tak tahu apa yang berlaku 20 tahun lepas. Ayat last Morgana,
makin ganas dan kejam awak, makin ramai la musuh yang bakal awak cipta. Hehehehe..
Seterusnya, bermulalah babak di mana perempuan tua tadi
tu ingin membalas dendam terhadap King Uther. Perempuan tua tu menyamar menjadi
Lady Helen yang diminta datang ke istana sebagai penyanyi jemputan sempena
meraikan perayaan di istana tu.
Merlin disuruh oleh Gaius supaya menghantar ubat kepada
seorang pak cik tua ni. Sepanjang perjalanan pulang, dia bertemu dengan Prince
Arthur. Time tu Arthur ni tengah main-main dengan orang gaji dia. Dikira macam
membuli la dan pada masa itu jugalah ia disaksikan oleh Guinevere dan Merlin.
Merlin pula tiba2 jadi dungu pi tegur Arthur, nasihatkan si putera tu dah2 la
duk membuli. Arthur ajak Merlin berlawan dengan dia, tp si Merlin ni bukannya
kuat. Malangnya, Merlin kena tangkap, masuk lokap sebab melawan si putera raja.
Kasihan Merlin kena humban masuk dalam lokap.
Semasa berada dalam lokap, si Merlin ni pula asyik duk
dengar suara naga yang duk panggil nama dia, Merlin...Merlin..Merlin..Dalam
pada masa yang sama, Lady Helen a.k.a perempuan tua tu sedang dalam perancangan
nak membalas dendam terhadap raja.
Keesokannya pula, Gaius berjaya mengeluarkan Merlin dari
lokap. Marah la Gaius pada Merlin, dengan free nya Merlin dapat hukuman. Hehehe..Di
sinilah dia bertemu dengan Guinevere dan berkenalan. Watak yang dibawakan oleh
Guinevere memang seorang yang baik, peramah, rajin, ada la sikit2 nampak
cantik. Ok la dari tak ada rupa. Huhuhu..
Selepas kena hukuman, Gaius dan Merlin bersama-sama makan
di meja makan. Pada waktu inilah Gaius cakap yang dia perlu menunaikan
tanggungjawab dia menjaga Merlin. Gaius ni jugak seorang yang baik, taat dan
amanah. Dia rasa bertanggungjawab menjaga Merlin dengan baik setelah membaca
surat dari ibu Merlin. Gaius mengakui bahawa Merlin seorang yang istimewa.
Namun, Gaius tidak mempunyai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh
Merlin. Kenapa dan mengapa Merlin mempunyai bakat/ talent/ gift magik itu?
Mesti ada sebab dan alasan yang kukuh.
Gaius mengeluarkan hujahnya di mana magik atau sihir
sebenarnya memerlukan dengan menyebut jampi dan mantera apa2 yang berkenaan dan
ianya memerlukan bertahun-tahun untuk mempelajarinya. Walau bagaimanapun, Gaius
melihat Merlin membuat magik tanpa menggunakan jampi. Ia berlaku ibarat Merlin
menggunakan 'gerak rasanya'.
Hah..di sini jugak la Gaius mengaku yang dia pernah
belajar magik suatu ketika dahulu. Namun, King Uther telah mengharamkan
penggunaan magik dan sihir sejak 20 tahun lepas. Hal ini disebabkan ramai orang
dalam kalangan rakyat salah menggunakan magik. Maksudnya kebanyakan orang salah
guna magik dengan membuat perkara2 jahat. Uther merancang dan berjaya
menghapuskan orang2 yang mengamalkan magik dan sihir termasuklah jugak
menghapuskan naga2. Hanya tinggal seekor je naga yang Uther tak bunuh dan di
simpan di dalam gua di bawah istana sebagai contoh dan juga tiada siapa yang
boleh membebaskan naga tersebut (Kilgharah).
Selepas Merlin menghantar ubat kepada Lady Helen, dia
berjalan2 di sekitar istana dan sekali lagi dia bertembung dengan Arthur. Waktu
ni Arthur memang nakal, dia pulak yang mengacau Merlin sedangkan Merlin buat
bodoh je. Setelah dicabar oleh Arthur, Merlin menerima cabaran Arthur. Mereka
berdua bergaduh di kawasan pasar. Babak ni lah paling saya suka sekali, Merlin
dah berjaya tewaskan Arthur dengan sekali sekala menggunakan magik, namun
setelah Merlin ternampak Gaius dari jauh, dia hilang fokus dan akhirnya Merlin
kena tumbuk oleh Arthur. Kasihan Merlin.....:-( Tapi dari ayat terakhir Arthur,
dia cakap yang ada sesuatu pada awak Merlin yang membuatkan saya tidak boleh
sentuh awak. Macam Arthur merasakan ada sesuatu pada Merlin walaupun pada
fizikalnya Merlin memang lembik dan tak kuat.
Lepas kejadian tu, Merlin kena marah oleh Gaius. Bukan
main marah lagi Gaius pada Merlin. Magik dan sihir bukan untuk dijadikan
gurauan bodoh. Ia perlu dikuasai, dipelajari dan digunakan untuk kebaikan bukan
untuk gurauan semata2. Namun bagi Merlin, dia ingin memberi pengajaran kepada
Arthur. Untuk apa dia dapat menguasai sihir dan magik sedangkan dia boleh buat
lebih dari itu. Dia boleh menggerakkan objek2 sebelum dia bercakap. Gaius
dengan mudahnya suruh Merlin kawal diri sebelum membuat tindakan sebegitu.
Apa lagi, si Merlin memang tak nak kawal diri dia. Kalau
dia tak guna magik, apa yang dia akan dapat? Dia hanya seorang yang biasa dan
tiada sesiapa akan memandang dirinya. Dalam babak2 ni, bermula dari surat ibu
Merlin kepada Gaius, sememangnya ibunya menyuruh Merlin ke Camelot untuk
bertemu dengan Gaius sebab dia tahu anaknya Merlin ni mungkin susah dikawal
bila berada di kampung. Bagi diri Merlin, jika dia tidak menggunakan magik,
tiada siapa yang akan menghargai dan memandang dirinya. Sebab tulah Merlin guna
magik. Dengan bantuan Gaius secara perlahan-lahan, Merlin dibimbing dengan
baik, bagaimana mengawal dirinya dari melakukan magik, dan membuat apa2
tindakan dan keputusan dengan baik.
Waktu Gaius masuk bilik Merlin, dia sapukan ubat pada
bahu Merlin. Saya kasihan tengok Merlin. Dia nak tahu sangat kenapa dia macam
tu. Gaius pun tak tahu kenapa Merlin ‘dihadiahkan’ gift macam tu. Mungkin ada seseorang yang tahu mengenai ini dan ada
penjelasan mengenai diri Merlin yang istimewa itu.
Saya skip la babak King Uther dengan Lady Helen. Biasa
la, babak tengah dinner (rasanya tak penting). Dan sekali lagi Merlin terdengar
suara yang memanggil namanya. Rasa ingin tahunya akhirnya membawa Merlin ke
suatu tempat di bawah istana iaitu terdapat sebuah gua yang menempatkan seekor
naga. Terkejut beruk Merlin tengok naga terbang tu..hehehe..
Dalam episod pertama dan juga musim pertama ini, tidak
dinyatakan nama naga tersebut. Tetapi dalam musim kedua baru dinyatakan nama
naga tersebut.
Kilgharah (naga) : Kecilnya kamu untuk seseorang yang punyai takdir yang hebat.
Merlin :
Kenapa? Apa maksud awak? Takdir apa?
Kilgharah : Kebolehan kamu Merlin, diberikan dengan bersebab.
Merlin :
Jadi, memang ada sebab la.
Kilgharah : Arthur, suatu hari nanti akan menjadi raja yang akan menyatukan tanah air Albion.
Merlin : Ok.
Kilgharah : Tetapi dia akan berhadapan
dengan pelbagai ancaman daripada kawan2 dan musuh.
Merlin : Saya rasa ianya
tidak ada kena mengena dengan saya.
Kilgharah : Segala-galanya berkait.
Tanpa awak, Arthur tidak akan berjaya. Tanpa awak juga, takkan ada Albion.
Merlin : Tidak. Tidak, awak
silap.
Kilgharah : Tiada apa yang benar dan
salah. Cuma apa yang akan dan apa yang tidak akan.
Merlin : Tetapi saya serius.
Jikalau ada sesiapa nak bunuh dia, bunuh je la. Saya pun boleh tolong orang
bunuh dia. (marah)
Kilgharah : Tiada sesiapa yang dapat
pilih takdir, dan tiada sesiapa yang boleh lepas dari takdir. (ayat
x boleh blah..hahaha)
Merlin : Tak, tak
mungkin.Mesti ada Arthur lain ni, sebab Arthur ni memang sungguh bodoh.
Kilgharah : Mungkin takdir awak yang
dapat mengubahnya.
Naga pun terbang meninggalkan Merlin. Dialog dengan naga
inilah yang menjawab persoalan Merlin. Tujuan dia diberikan bakat sihir
semulajadi itu.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Episod kali ini diakhiri dengan tragedi di mana perempuan
tua yang menyamar sebagai Lady Helen itu ingin membunuh Arthur tetapi tidak
berjaya kerana dihalang oleh Merlin. Oleh kerana Merlin mempunyai kuasa magik,
magik yang digunakan oleh Lady Helen tidak berjaya membuatkan Merlin mengantuk
sebaliknya ia berjaya membuatkan semua para hadirin tertidur di dalam dewan
tersebut.
Merlin akhirnya diberikan jawatan sebagai orang gaji
kepada Putera Arthur kerana berjaya menyelamatkan Arthur dari dibunuh.
Nampaknya, ada kegunaan jugak la magik Merlin bukan hanya sia-sia sahaja. Gaius
juga turut menghadiahkan buku Magic kepada Merlin supaya Merlin dapat mempelajari
pelbagai ilmu yang ada dalam buku itu.