Modul Kemahiran Belajar Tanyalah Saya
Bersihkan Minda, Jiwa Positif
Lihat gelas di atas dengan baik. Kemudian cuba tanya diri anda sendiri
tentang gelas tersebut.
Sekiranya anda menjawab gelas itu “separuhnya dipenuhi oleh air”, maka anda
sebenarnya adalah seorang yang positif.
Sekiranya anda menjawab gelas itu “separuhnya adalah kosong”, maka anda
sebenarnya adalah seorang yang negatif.
Sekiranya anda melihat sesuatu secara negatif, latihlah diri anda bermula
dari sekarang untuk melihat sesuatu yang negatif sebagai positif. Sebagai
permulaannya, cuba lihat setiap perkara positif yang ada pada kawan, keluarga
dan masyarakat walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai 1001 kekurangan.
Beza Murid Berakal Dengan Murid Nakal
Murid berakal Murid Nakal
- Baki duit belanja sekolah simpan dalam tabung
- Pau duit tabung belanja kawan sekolah.
murid nakal.. |
Murid Berakal
Murid Nakal
- Duduk diam2 ketika cikgu mengajar dalam kelas
- Diam2 keluar dari kelas ketika cikgu mengajar
Review The Adventure of Merlin S1E2
Episod kali
ini menceritakan mengenai Valiant, iaitu seorang pahlawan dari Western Isles
memperolehi perisai yang dihiasi dengan gambar tiga ekor ular yang telah
dijampi dengan sihir. Ianya dijual oleh seorang ahli sihir yang menjampi
perisai itu menjadikan gambar ular itu bukan sekadar gambar di perisai malah ia
hidup di dalam perisai itu. Valiant akhirnya membunuh ahli sihir terbabit
kerana perisai gambar ular itu mengeluarkan ular hidup dan membunuh ahli sihir
tersebut. Dengan membawa perisai itu, Valiant menuju ke Camelot untuk menyertai
kejohanan tahunan. Juara bertahan yang selalu menang adalah Putera Arthur.
Sementara itu,
di Camelot, Putera Arthur sedang berlatih bertarung dengan Merlin. Kasihan
Merlin, dia bukannya pandai dalam main2 pedang. Sekejap kena badan, sekejap
kena kepala...whatever la..tapi si Merlin kan hero cerita ni.....last2 Merlin
terbaring jatuh sebab tak tahan dah kena serangan bertubi2 dari Arthur.
Arthur : Nampak lebih berani daripada apa yang disangka. Kebanyakan orang gaji saya dah pengsan lepas kena pukul sekali je.
Arthur : Nampak lebih berani daripada apa yang disangka. Kebanyakan orang gaji saya dah pengsan lepas kena pukul sekali je.
Balik2 rumah,
Gaius ketawa tengok Merlin dengan rupanya yang serabai. Begitulah hari pertama
bekerja sebagai orang gaji kepada putera Arthur. Sakit semua urat dan tulang
Merlin dikerjakan oleh Arthur.
Hahahaha..kasihan
Merlin. Dia merungut dan mengeluh dengan kerjanya yang banyak. Ya, semua orang
ada kerja. Malah Arthur sebagai putera pun ada banyak kerja. Sebabnya kenapa?
Putera Arthur kan bakal menjadi raja. Rakyat banyak berharap pada dia. Dia
sendiri pun banyak tekanan. Keesokan harinya, pagi2 lagi Merlin ke rumah
Guinevere nak belajar macam mana nak pakai baju besi untuk para pahlawan.
Sebelum
perlawanan bermula, Merlin kena pasang la macam2 jenis besi kat badan
Arthur.
Arthur : Awak tahu tak kejohanan ni bermula hari ni?
Merlin : Ya, tuan.....awak takut ke?
Arthur : Saya tak takut.
Merlin : Ya ke? Saya ingatkan semua orang akan takut.
Arthur : Boleh tak awak diam!!
Arthur : Awak tahu tak kejohanan ni bermula hari ni?
Merlin : Ya, tuan.....awak takut ke?
Arthur : Saya tak takut.
Merlin : Ya ke? Saya ingatkan semua orang akan takut.
Arthur : Boleh tak awak diam!!
Memang masa ni
saya tak suka kat Arthur. Sebabnya dia memang sombong dan angkuh. Merlin sahaja
yang boleh tahan dengan sikap dia. Sebenarnya Arthur ni dalam tekanan. Ayahnya
Raja Uther banyak mengharapkan semua yang terbaik daripada Arthur. Dia perlu
melakukan dengan terbaik demi semua orang.
Raja Uther
memulakan perlawanan dengan kata2 aluan. Kejohanan yang diadakan selama tiga
hari ini sebenarnya untuk menguji keberanian, kemahiran sebagai pahlawan dan
pastinya pencabarnya ialah Putera Arthur, juara kejohanan yang lepas. Hanya
seorang sahaja yang akan dimahkotakan sebagai juara dan akan mendapat hadiah
1000 keping emas. Ia adalah pertarungan di mana kita semua akan mempelajari
sikap semulajadi pahlawan sama ada dia pastinya seorang wira atau hanya seorang
yang penakut. Raja Uther apa lagi, dia memang berharap dengan Arthur tu. Dia
percaya yang Arthur akan membuatkan dia bangga. Tetapi bila tengok wajah
Arthur, memang dia tertekan. Pertandingan dimulakan, Arthur dan Valiant dengan
mudahnya mengalahkan lawan mereka.
Jeng jeng,
Merlin dengan mudahnya guna magik dalam bilik dia. Semua besi2, sama ada
perisai, kasut boot Arthur, pedang dan semuanya la dibersihkan, ditajamkan oleh
MAGIK! Power kan Merlin ni. Sambil2 dia baca dan belajar dari buku magik yang
Gaius bagi pada dia. Sementara itu di istana, Raja Uther memuji Valiant dan
memperkenalkan Morgana, anak jagaannya kepada Valiant.
Esoknya pula,
Merlin nak pergi ambik perisai2, pedang dan semua senjata yang Arthur perlukan
di dalam stor, Merlin dengar bunyi desiran ular kat perisai Valiant. Dia dapati
lukisan mata ular tu berkelip dan bercahaya. Sebelum Merlin dapat sentuh
perisai itu, tiba2 je Valiant datang menghalang Merlin dari melihat kat perisai
dia. Merlin berjaya melarikan diri dari
stor tersebut tanpa membangkitkan syak wasangka Valiant.
Merlin sudah
pandai memakaikan baju2 besi kat badan Arthur. Nampaknya dia sudah mahir. Arthur
menuju ke medan pertempuran. Babak yang dipaparkan adalah pertempuran antara
Valiant dengan seorang pahlawan bernama Ewan. Valiant menggunakan magik
perisainya dan mengarahkan ular dalam perisai itu keluar dan mematuk Ewan.
Gaius
mengangkat Ewan masuk ke dalam rumahnya untuk dirawat. Gaius mendapati terdapat
satu patukan ular pada leher Ewan. Merlin ni nampak je macam bodoh, tetapi dia
boleh agak yang Valiant punca Ewan kena patuk ular. Ewan hanya dapat
diselamatkan sekiranya diberikan antidote dari racun ular itu juga.
Merlin masuk
istana dan dia mengintip Valiant dalam kamarnya. Masa tu Valiant tengah bagi
makan kat 3 ekor ular yang ada pada perisainya. Dia bagi makan tikus. Merlin
tengok la apa yang jadi, dia lari dan pintu berbunyi sedikit. Valiant cuba nak
kejar siapa yang mengintip dia, tapi dia tak sempat sebab Merlin dan berjaya
melarikan diri. Merlin memberitahu kepada Gaius hasil pengintipannya, tetapi
Gaius mengingatkan supaya tidak boleh terus menuduh Valiant menggunakan magik
kerana Valiant ni seorang pahlawan. Susah pula orang nak percaya lagi kan pula
Raja Uther. Nak tuduh kena la ada bukti. Kejohanan diteruskan dan berlangsung
dengan lancar. Arthur berlawan dan menewaskan pahlawan2 lain, Valiant juga
sama. Memang dijangka oleh Merlin, Arthur akan menghadapi lawan terakhir iaitu
Valiant dalam mempertahankan gelarannya sebagai juara. Dan Valiant akan
membunuh Arthur semasa perlawanan akhir nanti.
Gaius masuk
rumahnya, dan menerangkan dengan jelas kepada Merlin mengenai perkara itu.
Sebabnya, Merlin dah merajuk dengan Gaius. Gaius tak nak dengar cakap dia.
Gaius : Ok,
Uther takkan percaya kata2 saya atau pun awak...tapi awak betul. Kita tak boleh
biarkan Valiant teruskan rancangannya itu.
Merlin : Tapi,
kita tak ada bukti.
Gaius : Jika kita boleh ubati dan sembuhkan Ewan, dia boleh
beritahu Raja yang Valiant menggunakan magik. Raja akan mempercayai kata2
seorang pahlawan....Tetapi bagaimana kita nak dapatkan antidot, benda yang penting
ni juga kena fikir pula.
Dalam pada
masa yang sama, Valiant dan para pahlawan lain sedang menikmati makanan di
istana bersama dengan raja dan Arthur. Raja ni pula dah berkenan dengan
Valiant. Dia harap Valiant dapat teruskan sebagai pahlawan di Camelot selepas
kejohanan ini berakhir. Merlin mengintip dari jauh, dia dapat lihat Valiant
tengah dinner dengan raja dan pahlawan2 lain. Merlin mengambil kesempatan masuk
ke dalam kamar Valiant. Pintu berkunci tetapi its not the problem. Merlin kan boleh buka dengan magiknya. Merlin
meneliti gambar ular di perisai itu menggunakan pedang. Bila je Merlin pandang
belakang sebab Merlin terdengar bunyi tapak kaki dan risau takut ada orang akan
masuk dalam kamar Valiant, ular itu terus keluar dan ingin menyerang Merlin
dari belakang. Dengan pantas Merlin memotong kepala seekor ular dan ada dua
lagi ekor ular yang keluar tetapi Merlin berjaya melarikan diri dengan
mengambil kepala ular yang telah dipotongnya.
Merlin
memberikan kepala ular itu kepada Gaius untuk dijadikan antidot supaya Ewan
boleh sembuh. Merlin pula nak pergi bagitahu Arthur mengenai perkara ini. Dia
mengambil kepala ular itu untuk dijadikan sebagai bukti. Gaius sempat memuji
Merlin, tindakan yang dilakukannya itu sungguh berani.
Merlin
mendedahkan perkara itu kepada Arthur, tetapi Arthur kurang percaya. Dia
percaya Valiant tidak akan berani menggunakan magik di Camelot. Merlin
menjelaskan dengan menunjukkan kepala ular yang dipotongnya itu. Last2 Arthur
percaya tetapi Arthur meminta Merlin bersumpah semuanya adalah benar belaka. Merlin
pun bersumpah keterangannya semuanya benar. Ada seekor pula ular duk atas tiang
tengah tengok Merlin dengan Arthur...Makin suspen...
Keesokan
harinya, Valiant dibawa menghadap raja. Semua orang berkumpul. Dalam pada masa
yang sama, Ewan akhirnya sembuh setelah diberi penawar yang dibuat oleh Gaius.
Ewan menerangkan kepada Gaius bahawa ada ular di perisai Valiant. Gaius pula
ada kerja nak cari herba2 di luar, jadi dia tinggalkan la Ewan dalam rumah dia.
Valiant ni pula mesti la dia suruh ular yang seekor lagi p bunuh Ewan. Jadi,
bila Ewan mati, tiada siapa yang boleh menerangkan bahawa Valiant ni guna
magik. Di istana pula, Raja masuk ke dalam balai dan mendengar penerangan
Arthur.
Arthur : Saya
percaya Valiant menggunakan perisai magik untuk menipu dalam kejohanan.
Raja Uther : Valiant,
apa yang awak nak jelaskan tentang perkara ini?
Valiant : Ini semua mengarut. Saya tidak pernah
menggunakan magik. Adakah anak awak ada bukti untuk menyokong tuduhan yang melampau ini?
Raja Uther : Adakah
awak ada bukti?
Arthur : Ya.
Raja Uther
tengok dan meneliti kepala ular itu. Perisai juga dia tengok. Tetapi tidak
mendedahkan apa2 kerana ular itu memang tak ada dalam perisai itu. Sementara
itu, Gaius ke istana dan memanggil Merlin dan memberitahu bahawa Ewan sudah
mati. Jadi, tak de la bukti dari Ewan.
Arthur : Kita
perlukan Ewan, pergi tengok apa yang terjadi.
Valiant : Seperti yang awak tengok Tuanku, ianya
sekadar perisai biasa.
Arthur : Dia
takkan biarkan ular2 tu keluar hidup2 dari perisai tu
Raja Uther : Bagaimana
saya nak tahu apa yang awak cakap ni benar?
Arthur : Saya
ada saksi. Pahlawan Ewan telah dipatuk oleh ular yang datang dari perisai itu.
Bisanya telah menyebabkan Ewan sakit teramat sangat. Tapi, dia telah diberi
antidote. Dia yang akan memberitahu Valiant telah menggunakan magik.
Raja Uther : Mana
dia?
Arthur : Dia
sepatutnya berada di sini.
Arthur tanya
Merlin di mana Ewan dan pastinya jawapan Merlin, Ewan telah mati. Raja pula tak
sabar nak tahu. Arthur perlu jelaskan semua tuduhan yang diberikan kepada
Valiant. Saksi dah mati, jadi tak ada bukti. Marah la Raja Uther. Dia tak
percaya tuduhan Arthur. Arthur cuba menjelaskan bahawa Merlin yang mendapatkan
bukti2 tetapi keterangan tidak kukuh menyebabkan Raja Uther marah sebab anaknya
percaya pada kata2 orang gaji untuk menuduh seorang pahlawan. Raja marah kat
Merlin sebab menyampuk dan Merlin diheret oleh pengawal. Apa lagi, si Valiant
ni nak tunjuk la kebaikan dia dan kemuliaan hati dia supaya Merlin tak
ditangkap.
Valiant
menambah lagi perisa kata2 manis dia depan Raja.
Valiant : Tuanku, jika anak Tuanku buat tuduhan ini sebab takut nak
lawan dengan saya, saya dengan murah hati menerima penarikan diri beliau.
Raja Uther : Apakah ini benar? Adakah kamu berhajat mahu menarik diri dari pertandingan?
Arthur : Tidak!
Raja Uther : Jadi, apa yang ayahanda patut fikirkan tentang tuduhan kamu ini?
Arthur : Ternyata ia cuma satu salah faham. Saya tarik balik tuduhan saya ke atas Kesatria Valiant. Harap dapat terima permohonan maaf saya.
Valiant : Diterima.
Raja Uther : Apakah ini benar? Adakah kamu berhajat mahu menarik diri dari pertandingan?
Arthur : Tidak!
Raja Uther : Jadi, apa yang ayahanda patut fikirkan tentang tuduhan kamu ini?
Arthur : Ternyata ia cuma satu salah faham. Saya tarik balik tuduhan saya ke atas Kesatria Valiant. Harap dapat terima permohonan maaf saya.
Valiant : Diterima.
Selepas
kejadian itu, Arthur memang marahkan Merlin. Arthur meluahkan rasanya beliau
merasa sungguh malu dan rasa macam orang bodoh di depan orang ramai. Sikit2
Merlin kena marah. Kasihan...sehinggalah Arthur memecat Merlin. Dia tidak
memerlukan khidmat Merlin sebagai orang suruhannya lagi.
Apalagi si
Merlin ni, dia pergi jumpa dengan si naga tu.
Merlin : Aku datang nak beritahu kamu apa
sahaja yang kamu fikirkan tentang takdir aku, apa2 yang kamu fikir aku
sepatutnya lakukan, kamu tersilap orang!!!.......Cukuplah..Selamat tinggal..
Kilgharah : Kalaulah semudah itu sahaja untuk
melepaskan diri dari takdir seseorang.
Merlin : Macam mana ia sudah menjadi
takdir aku untuk melindungi seseorang yang bencikan aku.
Kilgharah : Separuh tidak benar2 membenci,
menjadikannya lengkap. Kamu akan mengetahuinya tidak lama lagi.
Merlin : Oh, baguslah. Itulah yang aku
perlukan..satu lagi teka teki
Kilgharah : Bahawa jalan takdir kamu dan Arthur
akan menyingkap kebenaran.
Merlin : Apa maksudnya tu?
Kilgharah : Tahukah kamu anak muda, ini bukan
pengakhiran, ini adalah permulaannya.
Si naga terus
meninggalkan Merlin tanpa jawapan mudah. Merlin masih muda, dia masih belum
boleh berfikir dengan matang.
Walaupun
Merlin tidak suka pada Arthur, tetapi dia tidak akan membiarkan Arthur mati
macam tu je. Dia merenung, berfikir di tangga istana. Waktu tu datang la
Guinevere memberi semangat padanya. Tiba2 dia dapat satu idea apabila dia
terpandangkan satu ukiran batu yang berbentuk seekor anjing tersadai di tepi
tangga. Terus dia dapat idea macam mana nak handle
masalah tu.
Merlin ni
bukannya bodoh dan dungu sangat, tapi dia penuh dengan idea2 bernas. Dia ingin
menjampi ukiran batu berbentuk anjing itu menukarkannya menjadi seekor anjing
hidup. Bagaimana?
Buka buku
magik tu, cari la..hahahaha
Bebay odothay arisan quickum
(jampi yang Merlin sebut)
Buat la banyak
kali, memang tak jadi. Penat giler la jampi ukiran batu anjing ni, tapi tak
bertukar2 pun. Malamnya pula, Morgana mimpikan Arthur. Mimpi buruk...Bad
dreams..Jadi risau la Morgana takut sekiranya apa2 jadi kat Arthur.
Merlin sempat
singgah jumpa dengan Arthur. Dia cuba nasihatkan Arthur supaya tarik diri.
Valiant akan bunuh jugak Arthur dengan perisainya. Arthur mengetahui
kebenarannya, namun dia tetap berkeras tidak mahu menarik diri. Dia seorang
putera raja, amat memalukan rakyat jika menarik diri. Waktu ni memang boleh
saya katakan Arthur memang seorang yang ikut arahan tetapi dia ada egonya,
kurang bertanggungjawab..masih muda la katakan.
Esoknya,
pertarungan akhir akan diadakan. Time ni memang muzik dimainkan dengan
sedihnya. Macam akan berlaku sesuatu pada Arthur. Tapi, Merlin ada, dia kan
hero. Merlin tak tidur malam duk practice menjampi ayat tu. Tapi tak menjadi.
Masa nak dekat perlawanan dimulakan, barulah jampi tu menjadi. Bertukar la
anjing batu kepada anjing sebenar yang menyalak.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Episod Valiant
ini diakhiri dengan matinya Valiant kena bunuh oleh Arthur. Merlin berjaya
menjampi perisai ular itu dari jauh. Ular itu keluar tanpa disuruh oleh
Valiant. Waktu ini semua orang nampak ada 2 ekor ular keluar dari perisai itu
hidup2. Apalagi, Raja Uther dan nampak kebenarannya bahawa Valiant memang guna
magik, menipu dalam kejohanan ini.
Malam itu,
diadakan parti meraikan kemenangan Arthur. Arthur mengambil Merlin semula
sebagai orang gaji dia. THE END~
Contoh Kertas Kerja Konsultasi Keibubapaan
Prosedur Pelaksanaan Kajian Tindakan
Counselorization
Syukur
Alhamdulillah..akhirnya program T.O.T kami berjaya sampai ke penghujungnya
telah Dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Aziz Shah selama 3hari (28-30 Jan
2011) berjalan dengan lancar dengan komitmen dan kerjasama oleh semua ahli
extrovert sem 5/2011 amat membanggakan semua..Sekalung tahniah kepada semua
yang telah menjayakan program ini termasuklah para fasilitator dalam program
ini.
Rasanya tak pernah
lagi merasai modul ini di mana-mana kecuali program ini. Ia cukup memberi kesan
kepada saya. Banyak input yang saya peroleh semasa mengikuti program
Counselorization ini.
Begitu juga dengan
rakan seperjuangan yang lain. Melalui program ni, saya merasakan ia merapatkan
lagi hubungan kami sekelas. Makin bertambah jelekit. Pejam celik, pejam celik,
2 hari 3 malam, tiba penghujung program. Begitu cepat masa berlalu. Kenangan
itu terlalu manis untuk dikenang.
Di sini ada beberapa gambar rentetan perjalanan program ini berlangsung:
Moto Batch Kami....<3 |
Pensyarah kami, Dr Aziz Shah yang mengendalikan program ini dgn terbaik sekali!!! |
Langit Tidak Selalu Cerah
Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,
“Hidup umpama roda.
Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”
Memang tipulah kalau saya
katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan Mr Hubby. Mesti akan
adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala
isu yang kecil pun boleh menjadikan kita “kurang
mesra” bersama dengan pasangan
kita. Macam-macam perkara, kadangkala gurauan menjadi salah faham, tapi lumrah
dalam berumahtangga, itulah. Pantai mana yang tidak pernah dilanda badai?
Sekecil-kecil buih bakal memukul pantai.
Tetapi apabila timbul isu
seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama
lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan
ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Tetapi,
bagaimanakah caranya?
Cara yang terbaik adalah
berdiam sebentar. Kita biarkan diri kita tenang dan relaxsebelum kita berbincang
semula mengenai masalah yang timbul itu. Ini juga dapat memberikan si dia masa
untuk turut berfikir mengenai kesilapan yang mungkin dilakukan oleh dirinya
sehingga tercetusnya perbalahan.
Dengan cara ini, kedua-dua
belah pihak dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga
hubungan mereka. Tetapi, janganlah menjadikan penyelesaian yang bakal diambil
itu sebagai bahan api yang memarakkan lagi masalah yang ada. Kita kenalah
bersikap matang dan terbuka dalam menerima pendapat si dia.
Jadi, diharapkan dengan
tips ini, dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk menyelesaikan
masalah dengan pasangan anda. Ianya juga boleh digunakan dalam menyelesaikan
masalah dengan orang lain seperti rakan sekerja, bos kita ataupun dengan
sesiapa sahaja.
Bagaimana pula dengan
anda? Sekiranya anda sedang “kurang
mesra” dengan kekasih (for sure untuk yang dah kahwin, kalau belum
jangan gatai nak guna tips ni), apakah tindakan yang anda lakukan?
Gejala Gangsterism Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Jom Solat
“HAYYA’ ALAS SOLAH” dikumandangkan ke udara sebanyak 15
kali sehari iaitu 10 kali untuk azan dan 5 kali untuk iqamat. Tetapi
sekurang-kurangnya umat Islam akan mendengarnya 10 kali sehari melalui radio
atau tv atau pun masjid dan surau di sekitarnya. Bagi mereka yang melakukan
solat di masjid, surau atau melakukannya sendirian di rumah dapatlah mendengar
5 kali lagi sewaktu iqamah.
“Jom Solat” itu makna yang boleh kita fahami daripada apa
yang di ke udarakan itu. Tetapi dalam ramai-ramai yang mendengar seruan itu,
berapa ramaikah yang berhenti untuk solat? Berapa ramai yang masih lepak kat
kedai kopi, pasar raya malah ada yang masih di panggung wayang. Tolak pula
bilangan mereka yang masih dalam kenderaan dalam perjalanan jauh kerana mereka tidak
boleh berhenti sesuka hati kecuali singgah di R&R atau surau di tepi jalan.
Solat Itu Mudah
Susah ke nak berhenti solat? Tidak lama, mungkin sekitar
10 minit sahaja, parkir kereta, ambik wuduk, solat, doa dan masuk kenderaan
semula. Tidak perlu borak2 dengan kawan. Kalau kat tempat kerja lagi cepat.
Kalau tak ada surau kat tempat kerja pun boleh. Bos takkan marah kerana bos
tahu orang yang taat perintah Allah akan takut curi tulang.
Kalau semua orang boleh buat macam ni, tak timbul la “tak
cukup masa untuk solat, “rugi masa” dan “kerja banyak”. Yalah, waktu rehat
makan tengahari boleh solat zohor, solat asar boleh kat tempat kerja atau
sebelum pulang, solat dulu kat surau. Jadi dapatlah pulang ke rumah dalam
keadaan tidak berhutang dengan Allah.
Tahu tak, kalau kita tak mahu solat bukan sahaja
berhutang dengan Allah, tetapi kita juga dianggap oleh Rasulullah sebagai orang
yang meruntuhkan agama. Kalau ini yang terjadi, bila kita nak bayar dan
mendirikan semula agama yang runtuh itu? Oleh sebab itu, jom solat demi
mengelak dua kesalahan yang pasti sukar untuk ditunaikan nanti.
Tips Khusyuk Solat
- Berwuduk dengan sempurna.
- Tinggalkan perkara dunia sebaik sahaja berdiri tegak untuk solat.
- Memahami bacaan dalam solat.
- Pandang pada tempat sujud.
- Makan makanan yang halal dan tinggalkan makanan haram dan syubhat.
- Hindari daripada melihat perkara maksiat.
- Berdoa kepada Allah agar diberikan hati yang khusyuk.
- Bayangkan solat yang dilakukan saat itu adalah solat yang terakhir dalam hidup.
Petua Berhadapan Dengan Ujian Allah
Apa khabar semua? Sudah tentu sihatkan? Alhamdulillah,
Allah bg kesempatan kepada anda semua dalam keadaan sihat. Kalau ada yang sakit
pun saya doakan semoga cepat sembuh ye. Petua yang saya nak bagi kali ini ialah
mengenai resepi mengatasi masalah. Kalau kita tanya semua orang sudah tentu
mereka semua ada masalah masing2. Cuma orang gila je yg tak de masalah. Kalau
ada pun masalahnya cuma gila. Huhuhu..Gurau je..Baiklah, senang aja caranya.
Kalau ada masalah resepinya ialah DUIT. Mari semua, kita sama2 menghayati di
sebalik resepi apakah ini......
- Doa
Setiap perkara perlu dimulakan dengan doa. Mulakan
masakan dengan memasukkan beberapa potong doa daripada ayat al-Quran serta
masukkan segumpal yakin ke dalam kuali (hati) untuk menambahkan rasa. Kemudian
garingkan doa dan yakin tadi sehingga mengeluarkan air mata pengharapan.
- Usaha
Kemudian, jika sudah garing, jangan tunggu lama2 nanti
hangus pulak. Teruskan masukkan usaha sepenuh-penuhnya dalam kuali. Gaulkan
secukup rasa ya. Pastikan rasanya cukup padat dan mantap.
- Ikhtiar
Jika rasanya masih belum sebati lagi, masukkan beberapa
cubit ikhtiar. Jika masih lagi belum cukup tambahkan ikhtiar
sebanyak-banyaknya. Begitulah lumrah dalam dunia masakan begitu juga dalam
dunia realiti. Setelah ramuan pertama tidak berjaya, cuba ramuan lain pula.
Jangan putus asa ya. Cuba sehingga dapat rasa yang kita inginkan.
- Tawakal
Masak, punya masak, punya masak. Dah gaul dengan secukup
rasa. Tibalah masa dihidangkan kepada Pencipta untuk merasa masakan kita sama
ada sedap atau tidak (menilai usaha). Insyaallah dengan hidangan tawakal dengan
sepenuh hati kepadaNya, pasti ganjaran yang setimpal akan kita perolehi.
Jadi, apa tunggu lagi...Gunakanlah resepi DUIT yang saya
bagi ni. Insyaallah pasti anda akan rasa kelazatannya nanti. Boleh juga
digunakan untuk perkara-perkara lain. Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!!!!!
Bila Jari Keras Berbicara
Bila jari yang keras berbicara
memang teruk bunyinya
yang penting hari ni saya nk berkongsi satu
cerita di mana sy telah melukis
hahahaha..
Lukisan ni ibarat hasil seni yang berjiwa
tanpa kata
kita boleh tunjukkan feel kita dengan lukisan
Oleh kerana saya ni memang minat Phineas and Ferb sebab nilah sy lukis phineas..nanti ada masa saya lukis Ferb pulak..
Ni lukisan yg aku lukis gak, 1st step |
Ni yg telah diedit siap! |
Selamat ye, lukisan ibarat terapi bagi sy!!!
Kayu Hikmat
“Sesiapa yang didapati mencuri barang-barang dalam istana
ini akan ditangkap! Diarahkan semua pengawal yang bertugas pada malam tadi
berkumpul” kata penasihat istana.
Suasana agak tegang. Pada malam sebelumnya, barang-barang
berharga telah didapati hilang dari istana. Penasihat istana mengesyaki salah
seorang daripada pengawal-pengawal istana yang berkawal pada malam itu
terlibat. Tetapi, siapakah orangnya? “Pihak istana memberi peluang kepada yang
terlibat untuk mengaku salah serta memulangkan semula barang yang dicuri.
Jangan lepaskan tawaran ini. Jika tidak, pencuri akan dihukum.”
Tiada respons.
“Baiklah, kalau begitu saya tiada pilihan lain. Saya
terpaksa menggunakan kayu hikmat ini” katanya sambil mengeluarkan beberapa
batang kayu yang lurus dan sama sahaja panjangnya.
Semua pengawal tersentak. Kayu hikmat? Timbul gerun di
hati masing-masing. Apakah itu benar-benar kayu hikmat?
“Setiap orang daripada kamu akan diberikan sebatang kayu
hikmat ini. Bawa pulang ke rumah masing-masing. Esok kamu serahkan semula kayu
hikmat ini. Kayu yang didapati lebih panjang sejengkal daripada yang lain
itulah tanda dialah pencuri yang kita cari!”
Masing-masing membawa pulang kayu hikmat. Si pencuri
begitu takut tertangkap dengan petunjuk kayu hikmat itu. Dia mula berfikir
mencari helah untuk melepaskan diri.
“Ya, aku akan potong kayu ini sejengkal. Jikalau kayu ini
memanjang sejengkal, maka ia akan sama panjang dengan panjang asal!” fikirnya.
Pada keesokan harinya, semua pengawal menyerahkan kayu
hikmat masing-masing. Setelah diperiksa, hanya satu kayu yang berbeza, namun
yang mengejutkan bukannya lebih panjang, tetapi lebih pendek sejengkal!
“Kamulah pencurinya!” kata penasihat istana dengan yakin.
“Tetapi tuan.....kayu hikmat itu bukannya makin panjang, tetapi
lebih pendek?”
“Ya, sebenarnya kayu ini kayu biasa sahaja. Ia tidak
boleh memanjang pun. Tetapi hari ini saya dapati batang kayu kamu lebih pendek
daripada yang lain. Kamu tahu kenapa?”
Pengawal yang bertanya itu diam.
Penasihat berkata, “Kerana kamu memotongnya dengan
anggapan jika kayu itu memanjang maka itu ukurannya akan jadi sama dengan
ukuran asal. Bukankah begitu?”
P/S: Kecerdikan sahaja tidak memadai untuk membina
kehidupan yang baik. Apa yang lebih penting ialah kejujuran. Kejujuranlah akan
menyelamatkan kita dalam menghadapi pancaroba kehidupan.