Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

6 Kaedah Mendidik Anak-Anak

Mendidik Akhlak, Adab dan Budi Pekerti
Ilmu yang tinggi tidak membawa apa2 faedah jika seseorang itu tidak beradab serta berakhlak dengan Allah dan sesama manusia di sekelilingnya. Ibu bapa hendaklah memastikan ilmu dan amalan anak-anak menunjukkan akhlak yang terpuji. Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.”(Riwayat Tarmizi).

Mendidik Anak-anak ke Arah Matlamat Hidup yang Jelas
Anak-anak yang lahir sememangnya dalam keadaan suci dan fitrah. Dari sini ibu bapa yang akan mencorak anaknya ke arah Nasrani, Majusi dan Yahudi. Anak-anak yang tidak ada matlamat yang jelas akan mudah terpesong daripada landasan yang benar dan mudah hanyut dengan duniawi. Matlamat hidup tidak lain iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Mendidik Anak Supaya Memiliki Iman yang Teguh dan Mantap
Ibu bapa dituntut menerapkan iman yang teguh dan ilmu yang mantap dalam dada anak-anaknya supaya dapat menepis sebarang anasir jahat. Malah disunatkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri semasa bayi baru dilahirkan. Biasakan anak-anak mentaati perintah Allah. Sabda Nabi yang bermaksud: “Perintahkan anak-anak kamu supaya mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Demikian itu dia dapat melepaskan diri daripada seksa neraka.” (Riwayat Ibnu Jarir).

Mendidik dengan Hukum-hukum Syarak
Mendidik anak-anak dengan rukun-rukun Islam sama ada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Ibu bapa juga disarankan mendidik batas-batas pergaulan dan batas-batas aurat. Hal ini termasuklah memisah dan mengasingkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak lelaki serta anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW: “ Dan pisahkanlah tempat tidur mereka (setelah berumur 10 tahun).” (Riwayat Hakim dan Abu Daud).

Mewujudkan Suasana yang Harmoni dan Toleransi serta Saling Menyayangi
Suasana yang harmoni dan saling bertoleransi serta saling menyayangi akan mewujudkan satu keluarga yang aman damai dan tenang dalam melayari bahtera keluarga dengan penuh keredhaan Tuhan. Dengan bertoleransi, satu umat Islam akan saling menghormati dan menyayangi antara sesama Muslim di seluruh dunia.

Memberi Nama yang Baik dan Membuat Akikah Untuknya
Nama yang baik akan berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah dapat dikaitkan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan terpelihara dengan akikahnya, maka sembelihlah haiwan pada kelahirannya. Pada hari itu dicukur rambut dan diberi nama.” (Riwayat Ahmad)








Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013