Cuba anda
fikir, dalam sehari berapa banyak perkataan ‘kalau’, ‘jika’ yang anda sebut?
Kalau, jika, andai, sekiranya.... Tajuk lagu, tajuk
cerita banyak menggunakan perkataan2 ni. Cuba kita singkap sekejap::::
Andai Ku Tahu –
lagu kump ungu
Andai Itu
Takdirnya – novel siti rosmizah
Jika – lagu
melly goeslow
Seandainya –
akim
Kalaulah Aku
tahu – novel ayu emelda
Kalau bukan aku
– drama, slot zehra tv3
Kalau aku kaya
– lagu altimet feat awie rafael
Jika engkau –
noah
Kalau dah jodoh
– rancangan ustaz kazim elias
Kalau dah jodoh
tak ke mana – ni quotes famous..faham2 sendiri la
Sifat perkataan
'kalau' ni boleh ditafsirkan dengan dua maksud. 'Kalau' yang dah terjadi, dan
'kalau' yang belum terjadi..
Example:
1. “Kalau la tadi aku tak sempat tekan break, confirm aku berlanggar dengan lembu2 tu tadi”. Nasib baik!!
- merujuk 'kalau' yang dah terjadi..
2. ‘Kalau awak rajin dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, Insyaallah awak akan cemerlang dalam peperiksaan nanti”
- 'kalau' yang belum terjadi..
- merujuk 'kalau' yang dah terjadi..
2. ‘Kalau awak rajin dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, Insyaallah awak akan cemerlang dalam peperiksaan nanti”
- 'kalau' yang belum terjadi..
Dalam Islam
sendiri pun, dinyatakan rukun Iman yang terakhir, percaya Qada’ dan Qadar. Apa
kaitannya dengan rukun iman yang ke-6 ni dengan “KALAU”? Cuba anda baca dan
fahami semula contoh ayat pertama di atas.
“Kalau la tadi
aku tak sempat tekan break, confirm aku berlanggar dengan lembu2 tu
tadi”. Nasib baik.
Percaya qada’
dan qadar atau takdir ni maksudnya beriktikad bahawa Allah SWT Maha Mengetahui
dengan terperinci berkenaan segala kejadianNya sejak azali dan apa yang
berkaitan dengannya pada masa akan datang. Seperti Allah SWT Maha
Mengetahui bahawa seseorang itu akan mengambil sebab-sebab dan ikhtiar
tertentu, lalu dia akan dinilai oleh Allah atas apa yang diusahakannya
tersebut. Beriman dengan qada' dan qadar juga bermaksud membenarkan bahawa
segala sesuatu terjadi dan berlaku dengan kehendak (iradah) Allah SWT dan bertepatan dengan ilmu Allah SWT yangazali atau
bersifat qadim. Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT
dalam surah Yasiin ayat 12:
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam kitab (ibu suratan) yang jelas nyata".
Kesimpulannya, Allah Maha
Mengetahui setiap apa yang berlaku dan akan berlaku. Semuanya di atas kehendak
Allah S.W.T. Allah cakap A, A la jawabnya. Kita tak tau apa yg akan berlaku kat
kita pada masa hadapan kan..thats why kita kena ikhtiar dan usaha. Tak perlu
kita duk dlm rmh terperup je, menunggu ketentuan takdir. Takdir itu Allah dh
tetapkan + dengan ikhtiar kita.
Jika ingin
pandai, kena la belajar molek.
Kalau nak kaya,
kerja la rajin2 pastu doa.
Berbalik kepada
contoh ayat pertama, ia ibarat kita tidak mempercayai qada’ dan qadar. Sebenarnya
contoh ayat pertama tu 'kalau', memang tu la yang akan berlaku dan telah
berlaku..bukan sebab dapat emengence break baru selamat dari eksiden. Kita pun
tak tau andai sempat break sekalipun,
adakah kita akan selamat.haha...perkara ni nampak macam lekeh je kan..tapi agak
melibatkan akidah sebenarnya bak kata ustaz..better kita ucap alhamdulillah
bila kita selamat..
Itulah bukti
kuasa Allah, dia beri kita sesuatu yang boleh kita pilih. Pilihan yang Allah bg
teramat la besar maknanya dalam hidup kita sebagai seorang makhlukNya. Bukankah
Qada dan Qadar tu rukun iman kita..percaya la apa yang jadi tu memang dah
tersurat gitu..
Tak perlu “kalau”
yang akan buat kita rasa kononnya kita yang mengubah keadaan tu.. 'Kalau' untuk
contoh kedua tu pulak penggunaan ayat yang betul..Yg tu kira bagus la sebab
motivasi semangat untuk berjaya. Lagipun perkara tu belum terjadi dan dengan
izin Allah 'kalau' tu akan terjadi dengan usaha kita. Percaya dengan usaha dan
doa sesuatu tu boleh kita miliki..tapi andai apa yang kita inginkan tak dapat
atau terjadi sesuatu di luar kemahuan kita, terus percaya tu semua qadar dan
qadar yang telah ditetapkan..elakkanlah menyalahkan takdir..
Supaya hidup
kita dapat keberkatan dari Allah, jalanilah sesuatu hal yang telah tersurat dan
tersirat di dalam TAKDIR ALLAH SWT.
~cik hafizah nurani