Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Tips Untuk Cantik

Semua orang nak cantik, bukan nak cantik sangat sebenarnya nak sedap mata orang memandang kita. Sebenarnya ia tak perlu pun nak habiskan duit beli ubat-uabatan, makan macam-macam segala2nya yang boleh masuk dalam mulut.. jika tersilap makan parah. jika terlebih makan pun parah. jika kurang makan tak menjadi lak. macam-macam akan jadi jika kita sendiri tak tahu nak jaga kecantikan kita. Sama ada lelaki atau perempuan. sama saja. Setiap insan dicipta dengan keistimewaanya. Setiap insan dicipta dengan kebijaksanaan akalnya dan setiap insan dicipta dengan hatinya yang suci. Bagaimana kita nak guna akal menampakkan penampilan kita cantik dan bagaimana nak guna hati kita jaga kecantikkan kita. Semua kecantikan itu bergantung kepada cara dan amalan hidup kita sepanjang hari.
Bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan. Apa yang telah dianugerahkan kita kena bersyukur. Ini penting. setiap pemberiannya kita kena bersyukur. Kadang-kadang ia hanya nak uji kita bagaimana kita laluinya bila kita cantik, dia bagi lagi kita cantik. kita suka, dia bagi cantik lagi orang puji kita tapi kita lupa nak bersyukur dia tarik bila kecantikkan kita. mula la nak cari cara nak cantik balik tapi da silap dari awal.
Sentiasa berfikiran positif. Think positive ini penting untuk memotivasikan diri kita. Jangan kita kutuk diri sendiri nanti kita akan jatuh down dan tak da semangat. rasa diri terhina dan reaksi muka akan berubah sepanjang waktu. terasa diri sentiasa disisih. rasa macam orang kutuk kita. Tapi semua tu fikiran kita jea yang fikir. hati kita jea rasa yang terasa sendiri sebab diri sendiri. Bila kita fikir positif, kita ada keyakinan, ada motivasi walaupun muka tak seberapa orang akan pandang diri kita tinggi sebab mampu menyakinkan mereka. Hari-hari kita sentiasa positif, hari-hari kita akan ceria dan sedikit sebanyak texture muka akan berubah tanpa kita sedari dan lihat lah orang akan puji anda semakin encem dan cantik. bersyukur la sebab mampu menjadikan diri anda berubah. sebab setiap perubahan umur kita, akan berubah berperingkat ada 2 jea nak cantik kea hodoh?? nak baik kea jahat?? semua tu bergantung pada amalan, perbuatan adat harian kita. jaga hati kawal akal.
Sentiasa senyum. senyum ni seperti mana kita tahu merupakan terapi terbaik untuk cantik dan menjadikan diri itu lebih hebat. Dalam kajian pun sudah menunjukkan yang senyum ini mampu mengerakkan otot muka. tak perlu nak pergi spa mengerakkan otot muka. tak perlu nak cucuk muka nak gerakkan otot muka bagi jadi kulit tegang. Selain itu ia mampu membuat suhu badan terkawal seterusnya mampu kawal kawalan darah. dan Kalau seorang taknak senyum try cakap macam ini. awak kacak awak ncem, awak cantik, jika saya senyum, awak senyum la sekali. Bila kita berdua senyum nanti akan berjangkit orang yang tengok kita akan senyum, dan semua akan senyum. bila semua akan senyum dunia tiada penyakit lagi, semua sihat, semuanya sedap mata memandang.
Kurangkanlah penggunaan alat solek atau tak perlu pakai langsung. Alat solek diperbuat daripada apa?? tak adanya diperbuat daripada tumbuhan semuanya kena campur bahan kimia. Bila da campur bahan kimia sedikit n sedikit dia akan makan kulit kita. jika tiada effect diluar ada effect di dalam. Orang lelaki lebih suka memandang perempuan yang tak bersolek suka yang natural.. Jika terlebih solek diowg akan kutuk. Pernah tengok lelaki make up. Kalau pernah itu bukan lelaki dia saja buat-buat ayu .. tak kea hodoh. Hilang seri wajah kita nanti.

Bersenam. Rajin kea kita nak bersenam. jika lelaki bab Fitness jangan halang. mereka bila kata nak Fitness memang akan fitness. jika malas tak perlu bersenam, jika rajin bersenam, kecantikkan itu semula jadi. Senamlah otak anda. itu mampu mengerakkan otot muka. bersenam otak dengan melihat yang cantik, melihat benda baik, tengok lah keindahan alam betapa indahnya ciptaannya begitulah ciptaanya terhadap kita.

Wajib Amalkan pegangan agama, solat 5 waktu dan selalu amalkan solat sunat. Insyaallah muka kita akan berseri dan sentiasa bersyukur kepada yang Maha Esa. Ini memang wajid diamalkan. bila kita amik wudhuk ia seperti pembersih muka. Wudhuk itu lebih menyegarkan dan menyucikan. setiap 5 waktu kita akan cuci muka kita bersihkan muka kita. sepertimana kita tahu bukan saja pada muka sengaja difokuskan kepada muka jea. Solat sunat itu penyeri kita, amalkan selalu insyaallah sedap mata orang akan pandang kita selepas ini. Tanya la orang yang muka dia berseri-seri bercahaya apa rahsia dia. Dia akan cakap sembahyang jangan tinggal dan amalkan solat sunat. Insyaallah akan diterangi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013