Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Life Needs Justice::

Assalamualaikum


Percayakan anda jika saya cakap sudah tidak ada keadilan mutlak kat dunia ni. Semakin kita terima hakikat ni, bermakna kita akan semakin tenang. Selagi anda tak boleh terima kenyataan dunia ni tidak adil, selagi tu lah anda akan kecewa, dan marah bila hanya kezaliman yang anda dapat.
Let me give u some example, orang selalu cakap : BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT.. tp hakikatnya tak seindah realiti. Dah nak buat mcm mana, dunia ni mcm2. Tapi sy tak salahkan dunia, org dalam dunia ni yang mcm2. Dunia hanya berputar untuk meneruskan masanya. Pernah tak tengok orang jahat bebas, terlepas? Hah..its more than that. Kadang2 ada orang jahat plak yang disanjung. Kemuncak ketidakadilan akan tiba ketika Dajjal keluar nanti..
Dan ada jugak bila mana kita mempersoalkan diri dengan orang lain. Ada yang tak solat, hidup senang, hidup mewah, kaya raya..Yang solat siang malam, tak kaya2..
Yg free hair plak boleh masuk U, pandai, bijak, cantik..Yg biasa2 plak, tersadai kat rmh..
Ini bukan drama, bukan filem. Ini yang telah berlaku dan akan terus berlaku terutama pada akhir zaman ni. Ini la yang sebenarnya dinamakan ujian iman..kalau mengikut pengajian tauhid tentang mengenal sifat-sifat Allah, kita sedia maklum bahawa Allah swt memberi dan menunjukkan sifat keadilanNya secara mutlak di akhirat kelak..manakala didunia Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman..

Bercakap tentang keadilan, pasti lah kita semua selalu mengharapkan ganjaran, pembalasan atau penghargaan terutama sesama manusia. Contohnya suami yang berpoligami tentu akan mengalami situasi di mana isteri akan merasa ketidakadilanan terhadap dirinya. Dalam berkerja pon sama..usaha kita yang lebih, tapi kurang mendapat ganjaran setimpal.
So jelas kan, tiada keadilan yang mutlak di dunia ni...dah tu macam mana kita nak menghadapi sesuatu situasi andai keadilan tu memang kita tak dapat walau macam mana pon usaha kita?..takkan kita nak salahkan Allah sebab tak berlaku adil..hahaha..dalam hal ni kita berbalik la semula kepada yang mula tadi..Allah sedang menguji kita..dan sebetulnya memang apa yang Allah berikan pada kita kat dunia ni adalah ujian..
Jangan pulak kita sangka hanya kesusahan tu je satu ujian..buat baik terus terus diberikan balasan, Allah berikan kenikmatan pon sebenarnya satu ujian..dengan cara ni jugak sebenarnya kita belajar untuk berlaku adil..bukan sekadar dengan manusia tetapi berlaku lah adil dengan Allah..ikhlas lah dalam beramal..ingatlah yang di akhirat kelak keadilan yang sebenar-benarnya akan Allah berikan..
Banyak hikmahnya mengapa Allah berbuat demikian..salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikkan dan meninggalkan larangan dengan  ikhlas, sabar dan istiqamah hanyalah orang yang beriman..percaya dengan yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau hukuman yang setimpal..
Cuba anda fikir fikir kan , renung renung kan . ayat ayat , kata kata di bawah ^^



Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.
Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai2 kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA.

Dunia ada keadilan.. cuma mungkin belum kita temukan.. atau kita dalam masa pahit dmana masa itu  keadilan belum ditemukan..ingat tuhan menciptakan kita semuanya adil. kita di beri kelebihan masing-masing..so keadilan bukanlah tidak ada.. tetapi kita tidak berusaha untuk merahi atau kita blom menemukannya...
Heee.eeee... Kerana Dunia ini Bukanlah tempat untuk menuntut & Mencari serta Mendapatkan Keadilan...!!!
Lalu dimana Tempatnya kita Mendapatkan KEADILAAN..??? Heee..eee.eee Mungkin di AKHIRAT..!!

Kesimpulannya, marilah kita betulkan niat dalam melakukan sesuatu tu biarlah kerana Allah. Trust and believe even there is no justice to us, walaupon tiada sapa dapat membalas kebaikan dan kejahatan di dunia, yakinlah hanya Allah yang mampu kemudian hari...jadi terima la hakikat ni dengan jiwa yang tenang. Allah itu Maha Adil!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013