Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Susah Dapat Apa Yang KIta Mahu


Dalam meniti hari2 sebagai seorang insan di muka bumi ini, kita sebagai makhlukNya perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kehidupan ini memerlukan banyak perkara utk dilengkapi supaya ianya menjadi lebih sempurna. Pernah tak anda lihat orang kaya? Agaknya mcm mana ye kehidupan mereka dan keluarga mereka? Dilimpahi dengan harta yang tak habis2 dipakai.
Kalau anda (orang kaya) yang terbaca entry saya ni, agak2 apakah perasaan anda sekarang ni? Happy/ Puas dengan semua yang anda miliki? Anda punyai kasih sayang, harta kemewahan? Cukup lengkap…
Kalau anda (orang miskin) yang terbaca entry saya ni, agak2 apakah perasaan anda sekarang ni? Adakah anda merungut dengan kehidupan anda? Anda punyai kasih sayang tapi anda tak ada harta untuk menyempurnakan hidup anda?
Ya, semua orang nak duit. Siapa yang tak nak duit. Nak masuk tandas 30sen. Nak beli aiskrim pun dah RM 1/ 2 dan banyak lagi la benda yang saya sendiri pun tak terhabis fikir untuk nyatakan satu persatu kerana ‘everything needs money’. Tak hairan la bila saya cakap cinta boleh kalah dengan duit.
Bagaimana pula dengan nasib saudara2 kita kat luar sana yang payah untuk mendapatkan sesuap nasi? Mereka bekerja siang malam untuk mendapatkan wang hanya untuk makan. Bila dah dapat 2-3 suap nasi pun sudah memadai bagi mereka (syukur sangat2). Mereka ni ibarat kais pagi mkn pagi kais petang makan petang.
Dan cuba anda bandingkan dengan orang kaya? Makanan mereka pn dah hampir mencecah RM100 sepinggan. Mak aiiii!! Kat rumah ada orang gaji yang masak, baju? Orang gaji yang basuh.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini?
Sebenarnya, saya cuba didik hati saya supaya menerima apa yang saya ada. Apa yang saya miliki sekarang. Dulu, sekarang dan masa depan jauh berbeza. Keinginan saya pada waktu kecik lain. Bila dah remaja berubah. Bila meningkat dewasa, lain la plak.
Waktu kecik nak disayangi. Waktu remaja nak baju cantik2. Waktu dewasa ni nak kahwin!!!!

Hahahaha..kantoi^^

Apa yang saya nak? Saya nak hidup bahagia, ingin disayangi oleh orang yang dicintai, nak suasana baru (alam pekerjaan), nak segala mcm kehendak (perkahwinan, kamera dslr, percutian). Itu semua kepuasan. Kenapa saya inginkan semua ni sedangkan saya tak pernah terfikir pun inginkan semua ni?
Sebab semua orang mampu mendapatkannya. Kenapa saya tak boleh???
Bila tengok kawan saya kahwin, saya pn nak mcm tu jgak. Ntah la, sy sendiri pn susah nak huraikan keinginan saya ini.

Apa yang mampu saya buat?


Hanya dengan doa blh merubah segala2nya
Allah tak pernah kata tidak untuk doa2 yang baik2. Allah hanya beri tiga jenis jawapan bila hambaNya berdoa iaitu
Yes
Not Yet
I got Something better In Mind

And sometimes, I think, lebih baik kita berdoa minta “dapat yang terbaik” daripada mintak benda yang kita nak. Semakin kita nak kat sesuatu benda tu, semakin tinggi kemungkinan yang kita tidak akan dapat.

Jom sama2 kita mengambil ibrah dari entry ini::::::::
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 (-Surah Al-Baqarah ayat 216)..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013