Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita
dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita
terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya
orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis. Dan
selalunya orang yang kita sayang, selalu membuatkan kita menangis. Janganlah
kamu terlalu membenci seseorang pada masa kini kerana pada masa hadapan dialah
yang akan jadi orang yang paling kamu sayangi dan janganlah kamu terlalu
menyayangi seseorang itu kerana pada masa hadapan jugalah dia yang akan menjadi
orang yang paling kamu benci.
Hidup jangan terlalu sayang dan jangan terlalu benci akan seseorang yang tak bersalah…
Bukanlah bagaimana kita melupakan, tetapi bagaimana kita memaafkan. Bukanlah bagaimana kita mendengarkan, tetapi bagaimana kita megertikan. Bukanlah bagaimana kita melepaskan, tetapi bagaimana kita dapat bertahan. Bukanlah apa yang kita lihat, tetapi apa yang kita rasa. Lebih merbahaya mencucurkan air mata di dalam hati, jika dibandingkan dengan menangis tersedu-sedan. Air mata yang keluar akan dapat dihapuskan, tetapi air mata yang tersembunyi akan menggoreskan luka yang tidak akan pernah pudar dan hilang.
Dalam urusan kasih sayang, kita sangat jarang menang. Tetapi ketika kasih sayang itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita berbahagia dapat menyayangi seseorang lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti daripada menyayangi seseorang, bukan kerana seseorang itu sudah tidak menyayangi kita.
Tetapi kerana kita menyedari bahawa dia akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya pergi. Lebih baik menunggu orang menyayangi diri kita kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang. Kadangkala, orang yang kita sayangi adalah orang yang paling menyakitkan hati kita dan kadangkala teman yang memberikan kita ketenangan dan menangis bersama-sama adalah kasih-sayang yang tidak pernah kita sedari.
Saya sayang awak…
Bila kita keseorangan bukanlah kita tidak berteman, bukan
jua kita bersendirian tapi akal yang sejengkal itulah teman, ilmu di dada
itulah kawan, iman yang kukuh itulah sahabat.
Kadangkala luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan dengan kehidupan buat pertama kali, di mana kita mula mengenali kuasanya dan selok-beloknya. Apabila terluka, kita mungkin menemui kebijaksanaan yang akan membolehkan kita hidup dengan lebih baik berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas gambaran diri dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga.
Kadangkala luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan dengan kehidupan buat pertama kali, di mana kita mula mengenali kuasanya dan selok-beloknya. Apabila terluka, kita mungkin menemui kebijaksanaan yang akan membolehkan kita hidup dengan lebih baik berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas gambaran diri dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga.