Episod 3 : The Mark of Nimueh
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua..Dengan berbekalkan semangat ni, saya akan
meneruskan menulis sinopsis bagi drama bersiri Merlin ini. Tajuk drama bersiri Merlin hari ini ialah The
Mark of Nimueh, episod ketiga dari siri pertama yang bersiaran pada 4 October
2008. Ini menandakan kemunculan pertama Nimueh, watak antagonis dalam siri ini.
Saya
cuba meringkaskan sinopsis tajuk ini dengan lebih skema sikit. Seorang ahli
sihir perempuan yang pada mulanya tidak dikenali mereka seekor makhluk yang
diperbuat dari tanah liat dan air. Lalu ahli sihir perempuan itu meletakkannya
di dalam sebuah bekas yang berbentuk telur dan menjampinya supaya makhluk itu
hidup. Selepas itu, beliau meletakkannya di dalam sebuah takungan air seperti
perigi dan telur itu dengan ajaibnya dapat melalui laluan sumber air ke Camelot
dan akhirnya menetas.
Gaius
dan Merlin menuju ke kawasan pekan dan menemui seorang lelaki yang telah
meninggal dunia dengan kulit berbintik2 dan keputihan. Gaius dan Merlin
mengangkat mayat tersebut dan membawanya ke rumah mereka untuk diperiksa apakah
penyakit yang dihadapi oleh lelaki itu. Pada waktu itu, Merlin terserempak
dengan Guinevere. Guinevere memberikan sekuntum bunga kepada Merlin. Selebihnya
bunga itu sebenarnya adalah untuk Morgana. Merlin suka sangat apabila dapat
bunga dari Guinevere.
Semasa
Gaius dan Merlin sedang memeriksa mayat itu, Arthur datang ke rumah mereka
dengan membawa pesanan Raja Uther nak jumpa dengan Gaius. Gaius pergi jumpa
dengan Raja Uther dan mendapati kes yang sama berlaku pada salah seorang
pekerja mahkamah diraja. Pekerja itu telah mati akibat penyakit yang sama
seperti mayat yang ditemui di pekan. Raja Uther risau melihat keadaan yang
berlaku. Beliau ingin tahu apakah punca penyakit yang membawa maut itu. Gaius
menjelaskan puncanya ada kaitan dengan sihir. Dan apalagi Raja Uther
mengarahkan Arthur menyiasat dan mencari dalang yang menyebabkan penyakit ini.
Merlin
tidak memahami kenapa orang ingin mencederakan orang lain dengan sihir. Gaius
menjelaskan bahawa kuasa sihir boleh merosakkan orang yang mengamalkannya,
tetapi sihir atau magik ni dijadikan alat sama ada digunakan secara baik atau
tidak baik. Sedang mereka menyiasat punca kematian mayat itu, Arthur tiba2
muncul di rumah mereka dan ingin mencari bahan2 bukti penggunaan magik termasuk
juga di bilik Merlin.
Merlin
panik apabila Gaius mengingatkannya tentang buku magik yang dihadiahkan oleh
Gaius. Buku magik tu pula masih berada di dalam bilik Merlin. Merlin berjaya
juga menyorokkan buku magik itu dengan kuasa magik yang ada padanya. Nasib baik
Arthur tidak nampak lagi buku yang tersorok di bawah kain selimut Merlin.
Gaius
mengingatkan Merlin supaya sorok buku itu. Namun Merlin nak guna buku itu
supaya dapat mengubati orang2 yang kena penyakit itu. Merlin marah kerana Gaius tidak
membenarkannya menggunakan magik untuk menyembuhkan mangsa2 yang terkena
penyakit itu, tetapi Gaius menyatakan hanya dengan cara mencari apakah sumber
yang menyebabkan penyakit itu datang. Gaius bagitahu pada Merlin yang benar2
kecewa tu bahawa masa untuk menjadi seorang ahli sihir yang hebat akan muncul suatu
hari nanti.
Apabila
Arthur gagal mencari bukti2 sihir di bandar, Raja Uther mengarahkan Arthur
supaya mengenakan perintahj berkurung kepada setiap rakyat, mengasingkan rakyat
yang berada di pinggir bandar dengan luar bandar di mana kebanyakan mangsa
terdiri daripada rakyat yang tinggal di pinggir bandar. Di dalam rumah Gaius
pula, Merlin dan Gaius berbincang dan akhirnya dapat menyimpulkan bahawa wabak
itu tidak merebak melalui sentuhan fizikal, ianya kerana pekerja mahkamah
diraja tidak akan pergi ke luar bandar, dan ciri-ciri persamaan mangsa ialah
air yang mereka minum. Sementara itu, ayah kepada Gwen, Tom juga telah minum
air dari kawasan pinggir bandar. Gwen terus mendapatkan Gaius dan merayu supaya
menyembuhkan bapanya itu. Gwen sedih apabila Gaius memberitahu bahawa tiada
ubat yang dapat menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh bapa Gwen.
Pada malam itu, Merlin menggunakan sihirnya dan berjaya mengelak daripada dilihat oleh pengawal istana yang dikerahkan untuk mengawal di kawasan pinggir bandar. Merlin ke rumah Gwen dan beliau secara diam2 berjaya meletakkan sebungkus tuam di bawah bantal Tom dan sihir dari tuam tersebut dengan perlahan-lahan menyembuhkan Tom.
Keesokan harinya, Gaius memberitahu Raja Uther bahawa air yang tercemar datang daripada saluran yang membekalkan air ke bandar. Arthur mengetahui khabar berita mengenai Tom yang sembuh dari penyakit tersebut, dan mengaitkan hanya Gwen salah yang bersama dengan Tom ketika sakit. Arthur membuat pemeriksaan dan akhirnya menemui sebungkus tuam yang ada sihir. Arthur terpaksa menangkap Gwen atas kesalahan penggunaan sihir dan membawanya menghadap Raja Uther. Raja Uther menyalahkan Gwen di atas semua penyakit yang merebak dan mengarahkan ia dihentikan. Gwen yang tidak ada magik berkeras kerana dia tidak boleh buat apa yang diarahkan oleh Raja Uther, tetapi Raja Uther menuduh Gwen menipu dan menjatuhkan hukuman sampai mati.
Arthur dan Morgana menentang, menyatakan jika Gwen menggunakan sihir sekalipun, ianya digunakan untuk menyembuhkan penyakit bapanya dan tidak mempunyai niat jahat untuk memusnahkan orang lain. Raja Uther tidak mempedulikan apa yang diberitahu oleh Arthur dan Morgana.
Merlin berjumpa dengan Gwen di dalam jail dan waktu ketika itu Merlin berjanji tidak akan membiarkan Gwen mati. Dia kemudiannya mengganggu mesyuarat Raja dan mengaku menggunakan sihir untuk menyembuhkan Tom. Arthur cuba menyampuk dan mempertahankan Merlin dengan menyatakan bahawa orang gajinya ini menyukai Gwen. Dalam babak ni, memang saya suka sgt2 dengan tingkah laku Merlin yang nampak macam orang bodoh. Dia mengaku terus terang depan Raja yang dia adalah seorang ahli sihir. Nasib baik Arthur ada mempertahankan Merlin. Arthur percaya Merlin bukan seorang ahli sihir.
Gaius marah sgt kat Merlin kerana kebodohan Merlin yang mengaku sebagai ahli sihir. Merlin dan Gaius seterusnya menuju ke sebuah gua di bawah istana. Mereka akhirnya menemui seekor makhluk iaitu Afanc. Gaius menjelaskan Afanc ni hanya boleh dicipta oleh ahli sihir yang benar2 berkuasa. Lepas mendengar penjelasan oleh Gaius, Merlin pergi berjumpa dengan The Great Dragon untuk mendapatkan cara2 menewaskan Afanc. The Great Dragon: dia memberitahu bahawa untuk menewaskan Afanc, Merlin perlu menggunakan elemen2 yang ada, di mana Merlin dan Arthur adalah merupakan ‘kedua –dua bahagian sekeping syiling’.

Raja
Uther terdesak, dia ingin menghentikan rakyatnya daripada mati, menitahkan
supaya Gwen dihukum bunuh malam itu juga. Merlin pula cuba mencari jawapan di
sebalik jawapan yang diberikan oleh The Great Dragon mengenai elemen2. Dengan
bantuan Gaius, Merlin mengetahui bahawa terdapat 4 elemen: tanah, air, udara
dan api. Oleh kerana Afanc dihasilkan
oleh tanah dan air, maka dua elemen lagi iaitu udara dan api yang boleh
membunuhnya.
Morgana datang menemui Gaius untuk memberitahu bahawa Gwen akan dihukum bunuh pada waktu malam itu juga. Dengan bantuan Morgana, Arthur bersama-sama Merlin menuju ke gua di bawah istana untuk berhadapan dengan mahkluk Afanc itu.
Arthur akhirnya berjaya membunuh Afanc dengan menggunakan obor-obor apinya. Tambahan pula, semasa Arthur cuba membunuh Afanc, Merlin membacakan jampi magiknya. Dengan jampi magiknya, udara datang dari semua sudut ruang gua itu. Mereka akhirnya berjaya membunuh makhluk tersebut, tetapi pada masa yang sama, kejadian terbabit disaksikan oleh ahli sihir yang bernama Nimueh ini. Dia bersumpah akan membalas dendam ke atas Merlin yang merosakkan rancangannya itu.
~cikhafizahnurani

Selepas
itu, Gaius pergi berjumpa dengan Raja Uther. Gaius menunjukkan sebiji telur
yang sudah pecah kepada Raja. Pada permukaan telur tersebut jelas2 ada
tanda@corak Nimueh. Raja Uther rasa
teramat kecewa dan sedih apabila mendapat perkhabaran ini.
Akhirnya,
Gwen dibebaskan dari penjara. Ahli sihir Nimueh berjanji akan membalas dendam
terhadap Merlin. ~cikhafizahnurani