If you were to see a problem as your enemy, it will drain your energy,If you were to see a problem as a blessing, it will be a source of your energy.
Kata2 ini sebenarnya aku petik dalam sebuah majalah,
kata2 yang penuh dengan makna ini terpahat dalam memoriku selama ini. Namun,
aku sendiri bukannya bermotivasi seperti ini. Kadang2 tu, ada jugak merasakan
diri ini tak seuntung macam orang lain. Hah, tu namanya tak bersyukur. Huhuhu..(ditujukan
pada diri sendiri)
Tapi, saya akan mulai belajar untuk memotivasikan diri
dengan sikap2 yg positif. Sepanjang menjalani praktikum bimbingan dan
kaunseling di sebuah sekolah di area Perak, saya kerap kali berjumpa dengan
para pelajar, dan mereka banyak menceritakan tentang masalah pembelajaran dan
ada yang menceritakan masalah peribadi. OK...(mungkin anda faham apa masalah
peribadi yang biasa melanda remaja)....
Kehidupan dan masalah sebenarnya adalah pasangan kembar
yang tidak dapat dipisahkan. (macam cerita P.Ramlee; tidak dapat dipisahkan
ibarat irama dan lagu..). Orang yang mengaku dirinya tidak ada apa2 masalah
langsung hanyalah orang2 yang berada di institusi kesihatan mental seperti
Hospital Tampoi atau Hospital Permai...
Hal ini kerana falsafah penciptaan manusia berkadar terus
kepada tahap kebolehannya menangani masalah2 yang dihadapinya iaitu sebagai
ujian. Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa syurga adalah tempat orang2 yang “lulus
ujian” di dunia.
Berbalik kepada kata2 yang saya tulis di atas tu, apabila
kita berhadapan dengan sesuatu masalah, pokok pangkalnya ialah cara kita
mentafsir dan beranggapan terhadap masalah itu.
Ada dua cara manusia berhadapan dengan masalah;
- Menghadapinya dan menanggapinya sebagai musuh
- Menghadapinya dan menanggapinya sebagai suatu rahmat.
MENGHADAPI MASALAH SEBAGAI MUSUH
Orang yang menghadapi dan mencerakin masalah sebagai “musuh”
dalam kehidupannya akan bersikap negatif terhadap masalah itu. Dia akan
menganggap bahawa masalah yang dihadapinya menggusarkan, merimaskan,
memeningkan, menyugulkan, dan perlu dihindarkan dengan serta merta.
Misalnya, seorang remaja yang menghadapi masalah gagal
dalam peperiksaan pertengahan tahun. Dia berasa risau, cemas, panik dan bimbang
menghadapi kegagalan yang dialaminya itu. Seolah-olah kegagalannya itu penyudah
dalam kehidupan.
Masalah gagal merupakan musuh dalam hidupnya. Natijahnya
dia akan mengalami penderitaan ekoran masalah yang dihadapinya itu. Hal ini
disebabkan tanggapannya yang negatif itu akan menyebabkan dirinya kehilangan
tenaga beransur-ansur. Tenaga dalam konteks ini ialah tenaga fizikal, tenaga
emosi, tenaga fikiran dan sebagainya.
Dari segi fizikal pelajar itu sudah tentu berpeluh dingin, menggeletar seluruh tubuh, muka pucat lesi dan jantung berdegup kencang. Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini berpunca daripada sorotan pemikiran yang negatif iaitu menganggap masalah itu sebagai musuh menjadikan perasaan positif bertukar secara tiba-tiba menjadi takut, terancam, resah gelisah dan panik. Perasaan negatif akan mempengaruhi tingkah laku dan gerak fizikal seseorang.
MENGANGGAP MASALAH SEBAGAI RAHMAT
Dari segi fizikal pelajar itu sudah tentu berpeluh dingin, menggeletar seluruh tubuh, muka pucat lesi dan jantung berdegup kencang. Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini berpunca daripada sorotan pemikiran yang negatif iaitu menganggap masalah itu sebagai musuh menjadikan perasaan positif bertukar secara tiba-tiba menjadi takut, terancam, resah gelisah dan panik. Perasaan negatif akan mempengaruhi tingkah laku dan gerak fizikal seseorang.
MENGANGGAP MASALAH SEBAGAI RAHMAT
Ada pula sesetengah orang menganggap masalah yang
dihadapi ada rahmat di sebaliknya. Dia enggan memikirkan secara negatif masalah
yang dialaminya. Sebaliknya cuba menelaah rahmat dan hikmat di sebalik masalah
yang dihadapi.
Pada zaman Rasulullah s.a.w ada seorang isteri sahabat
baginda telah kematian anaknya. Dia sepatutnya berasa murung dan durja.
Tiba-tiba, sejurus selepas kematian anaknya itu, suaminya telah pergi merantau
sekian lama kembali ke rumah. Si isteri cepat2 menyembunyikan jenazah anaknya.
Dia melayani suaminya dengan penuh kasih sayang dan mesra, seolah-olah tidak
ada apa2 yang berlaku. Apabila si suami menanyakan perihal anak mereka, si
isteri menjawab, anak mereka sihat sahaja dan tenang kini. Malah, si isteri
boleh pula bermesra dengan si suami pada malam itu. Setelah puas melayani si
suami dengan penuh kasih sayang, si isteri bertanya kepada suaminya:
“Abang, kalau ada jiran2 meminjam barang kita, kemudian
dia tidak mahu mengembalikannya, apakah agaknya tanggapan abang terhadap jiran
itu?”
“Hmmm sudah tentulah sikapnya itu zalim..tak sepatutnya
bersikap begitu!” jawab si suami.
“Kalau begitu anak kita adalah pinjam-pinjaman, bagaimana
kalau yang meminjamkannya ingin memintanya kembali?’ tanya si isteri.
Dengan pertanyaan si isteri itu, si suami pun akur dan
redha bahawa anaknya telah pergi buat selama-lamanya. Dia pun menjawab,”innalillahiwainnalillahiraji’un.”
Cerita ini menegaskan betapa jika kita melihat masalah
itu sebagai rahmat, kita akan lebih tenang. Menganggap masalah sebagai rahmat,
bukan bererti kita tidak berusaha menyelesaikannya. Sebaliknya, kita berusaha
mencungkil satu demi satu punca masalah, kemudian merungkaikan penyelesaiannya
satu demi satu. Namun jika kita menganggap masalah sebagai musuh, kita akan
menganggapnya sebagai bebanan dan bersikap negatif terhadapnya.
Albert Einstein, seorang tokoh saintis terkemuka
menyatakan bahawa di sebalik setiap masalah yang timbul, ada peluang yang
wujud. Thomas Alva Edison, seorang saintis yang berjasa kepada manusia dengan
mencipta mentol; menganggap masalah kegagalannya dalam eksperimen sebanyak 9999
kali sebagai suatu rahmat. Apabila wartawan bertanya perasaannya tentang
kegagalannya itu, dia menjawab; ini bukan kegagalan; sebaliknya saya telah
ketemu 9999 jenis rintangan elektrik!
Nabi Muhammad s.a.w pelopor tamadun Islam, tidak pernah
sunyi dengan apa jua masalah. Namun baginda bukan sahaja tabah, malah sentiasa
mencari rahmat di sebalik masalah yang dialaminya itu. Pernah suatu ketika,
baginda dilempari najis, batu, dan kayu ketika berdakwah di Taif, tetapi
baginda tetap tabah dan mendoakan rahmat di sebalik masalah yang dialaminya. Malah
baginda menolak pertolongan para malaikat yang ingin membantunya, sebaliknya
mendoakan penduduk Taif memeluk agama Allah yang maha suci itu. Natijahnya,
selepas itu, penduduk Taif telah menerima seruan Rasulullah s.a.w dengan
memeluk agama Islam.
Kesimpulannya, semua manusia ada masalah. Namun keupayaan
menghadapi masalah terletak kepada kebijaksanaan kita; menganggap masalah itu
musuh sejati atau sebagai rahmat tersembunyi.