Alam persekolahan memang merupakan satu pengalaman yang
tidak dapat dilupakan sama ada menggembirakan atau sebaliknya..perkara di bawah
mungkin pernah terjadi pada anda apabila................????
Kes Bengang Apabila........
- Sedang anda menyanyi di depan kelas, tiba2 hujan renyai turun dengan lebatnya...MALU
- Anda dimarah atau didenda depan si dia...MAK...AYAH...TOLONG!!!
- Membuat lawak tetapi tidak dilayan oleh member kerana member di sebelah sibuk membuat kerja sekolah...HAMPEH!
- Anda mendapat markah subjek matematik yang paling tinggi, hampir A, tetapi masih B kerana kurang 1 markah kerana cikgu tersilap kira....KURANG ASAM BOI PUNYA CIKGU..
Senangnya Hati Apabila.........
- Guru masuk kelas dan berkata, “Buat kerja sendiri.” – MERDEKA!!!!
- Guru bermesyuarat....YAHOOOO!!!!
- Dua orang budak lelaki bergaduh semata-mata ingin menjadi kekasih anda...BANGGANYER!!!!
Suspen Bila........
- Cikgu disiplin berkata, “Hei awak! Mari sini!!” – ALAMAK!
- Musuh anda berbaik-baik dan berbual-bual dengan buah hati anda. – CIS!
- Pasukan bola sepak sekolah anda mengambil tendangan untuk memasukkan gol sendiri di pihak lawan – APALAH BENGAP SANGAT!!!
Tiada Mood Belajar Apabila...............
- Rakan sebelah tidak hadir – BORINGNYER..
- Kipas tidak berfungsi – PANASNYER............
- Baju anda basah apabila sampai di sekolah kerana hujan lebat. – TENSIONNYA!
- Mak paksa!......ALAHAI MAK!!